Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KERTAS KERJA

PROGRAM

PERTANDINGAN BIJAK SIFIR


TAHUN 4 , 5 dan 6 ( TAHAP 2 )

BAGI SEKOLAH ENROLMEN TINGGI ( SET )


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2017

Disediakan oleh:
Urusetia Program
Sektor Pengurusan Akademik
1. Nama Program

Pertandingan Bijak Sifir bagi Sekolah Enrolmen Tinggi ( SET ) JPN Negeri Sembilan
2017

2. Latar Belakang

Saban tahun, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) telah menyediakan Ujian Pra dan Ujian Pos ProTiM yang mengandungi
40 soalan yang terdiri dari:

2.1 10 soalan operasi penambahan


2.2 10 soalan operasi penolakkan
2.3 10 soalan operasi pendaraban
2.4 10 soalan operasi pembahagian

Hasil dapatan pada tahun 2014 Ujian Pra ProTim telah menunjukkan terdapat seramai
916 orang murid tidak dapat menjawab semua soalan operasi pembahagian (tiada
jawapan yang betul untuk 10 soalan). Perkara ini membimbangkan semua pihak.
Sebagai respon kepada perkara tersebut, Unit Matematik telah mengambil inisiatif
menetapkan semua murid sekolah rendah perlu menguasai kemahiran asas yang kukuh
dalam operasi pendaraban.

Program Bijak Sifir dimulakan pada tahun 2015 yang melibatkan kesemua PPD dan
sekolah rendah di Negeri Sembilan. Pihak sekolah telah diberi kepercayaan untuk
menyenaraikan aktiviti yang bersesuaian supaya program ini mencapai objektifnya.

Lanjutan dari itu , pada tahun 2016 satu Pertandingan Bijak Sifir (Rintis) Peringkat Negeri
Sembilan telah diadakan untuk menilai ‘outcome program’ yang telah dilaksanakan di
semua Sekolah Kebangsaan ( SK ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT ) di
PPD Tampin yang melibatkan 31 buah sekolah telah di dapati memberi impak yang amat
positif atas keberkesanan dan kemenjadian murid di sekolah-sekolah yang terlibat.
Sehubungan dengan itu program ini dirasakan amat perlu diperluaskan dan
diperkasakan lagi ke semua sekolah di daerah yang lain.

3. Objektif

Objektif Pertandingan Bijak Sifir Sekolah Enrolmen Tinggi ( SET ) adalah :

3.1 Membudayakan sifir sebagai sebahagian dari kemahiran yang wajib dikuasai
oleh semua murid sekolah rendah.

3.2 Meningkatkan komitmen sekolah dalam memastikan murid dapat menghafal sifir
dalam apa jua latar belakang dan persekitaran murid.

3.3 Sebagai satu penanda aras bahawa teknik dan strategi PdPc guru matematik
berkesan dan mempunyai impak positif ke atas kemenjadian murid.

3.4 Memperolehi data yang jelas dan tepat dari aspek penguasaan kemahiran sifir
dalam kalangan murid sekolah rendah.
4. Sekolah SET yang terlibat.

Sebanyak 20 buah sekolah berenrolmen tinggi yang mempunyai ramai calon


UPSR dari daerah Seremban telah dipilih bagi menyertai Pertandingan Bijak Sifir
ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

4.1.SK King George V 4.11. SK Taman Tasik Jaya


4.2.SK Taman Paroi Jaya 4.12. SK Taman Rasah Jaya
4.3.SK Pancor 4.13. SK Seri Kelana
4.4.SK Wawasan 4.14. SK Taman Semarak
4.5.SK Paroi 4.15. SK Sikamat
4.6.SK Taman Seri Pagi 4.16. SK Senawang 3
4.7.SK Senawang 4.17. SK Mantin
4.8.SK Seremban Jaya 4.18. SK Taman Dusun Nyior
4.9.SK Sendayan 4.19. SK Mambau
4.10.SK Seremban Jaya 2 4.20. SK Ulu Beranang

5. Pelaksanaan Pertandingan Bijak Sifir Sekolah Enrolmen Tinggi ( SET )

Pertandingan akan dijalankan secara berperingkat :

5.1 Peringkat Kelas


5.2 Peringkat Sekolah
5.3 Peringkat Zon
5.4 Peringkat Daerah

5.1.1 Peringkat Kelas dan Sekolah

a. Tiga peringkat ujian

i. Ujian mendarab satu digit dengan satu digit mengikut urutan sifir dua hingga
sembilan dalam tempoh lapan minit.

ii. 30 soalan operasi bahagi tidak mengikut urutan sifir dalam tempoh 15 minit

iii. 20 soalan mendarab pecahan dengan nombor bulat dalam tempoh 20 minit
untuk Tahun 5 dan 6 sahaja .

b. Rumusan ujian peringkat kelas dan sekolah disediakan dalam Borang A.


Rumusan ini hendaklah dihantar sesalinan kepada PPD dan SPA untuk
dibentangkan dalam mesyuarat berkaitan.

5.1.2 Peringkat Zon

a. Urusetia

Tuan rumah pertandingan Peringkat Zon adalah merangkap urusetia


pertandingan.

b. Panel Hakim
Panel hakim terdiri dari guru-guru sekolah yang mengambil bahagian. Tugas
panel hakim adalah menanda kertas soalan peserta untuk menentukan salah /
betul respon peserta dan seterusnya memilih pemenang pertandingan. Seorang
panel hakim hanya boleh menanda maksimum 10 kertas jawapan sahaja.

c. Peserta

Setiap sekolah dikehendaki menghantar 5 orang peserta sahaja bagi setiap


Tahun ( Tahun 4 : 5 orang, Tahun 5 : 5 orang dan Tahun 6 : 5 orang ) ke
Pertandingan Peringkat Zon. Penyertaan setiap Sekolah SET adalah wajib.

d. Sekolah-sekolah dibahagikan kepada 4 zon.

ZON 1 ZON 2
1.SK King George V 1.SK Senawang
2.SK Taman Tasik Jaya 2.SK Senawang 3
3.SK Paroi 3.SK Taman Seri Pagi
4.SK Taman Paroi Jaya 4.SK Seremban Jaya
5.SK Pancor 5.SK Seremban Jaya 2

ZON 3 ZON 4
1.SK Sikamat 1.SK Wawasan
2.SK Seri Kelana 2.SK Sendayan
3.SK Taman Dusun Nyior 3.SK Taman Semarak
4.SK Ulu Beranang 4.SK Mantin
5.SK Taman Rasah Jaya 5.SK Mambau

e. Kandungan soalan
Soalan yang diuji adalah meliputi soalan kemahiran asas pengiraan yang
melibatkan operasi darab dan bahagi sahaja.

50 soalan operasi pendaraban tidak mengikut urutan


50 soalan operasi pembahagian tidak mengikut urutan
25 soalan pendaraban pecahan dengan nombor bulat ( Tahun 5 dan Tahun 6 )
25 soalan pendaraban peratus dengan nombor bulat ( Tahun 5 dan Tahun 6 )

e. Masa yang diberi untuk pertandingan ini adalah 30 minit. Sekiranya peserta dapat
menjawab soalan kurang dari tempoh yang diberi, perserta boleh menghantar
kertas jawapan kepada panel hakim.

f. Pemenang

Pemenang ditentukan kepada peserta berdasarkan kriteria berikut :

i. Paling pantas menjawab dalam tempoh yang ditetapkan.


ii. Skor betul paling tinggi.
5.1.3 Peringkat Daerah

a. Urusetia

Urusetia adalah Pegawai Meja Unit Matematik , Pegawai-pegawai Unit Matematik


SPA bersama pegawai Sains Matematik dan SISC+ PPD Seremban.

b. Panel Hakim

Panel hakim terdiri dari Guru-guru Cemerlang, SISC+, Jurulatih Utama dan Guru
Hebat Pedagogi ( GHP ) Matematik Daerah Seremban.

c. Peserta

Setiap zon akan menghantar lima orang peserta Tahun 4, 5 dan 6 yang
mempunyai markah yang tertinggi bagi setiap zon yang diwakili.

d. Tarikh, Tempat & Masa

Tarikh : 16 Ogos 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Akan ditentukan kemudian

e. Pembahagian soalan

50 soalan operasi pendaraban tidak mengikut urutan


50 soalan operasi pembahagian tidak mengikut urutan
25 soalan pendaraban pecahan dengan nombor bulat dan
25 soalan pendaraban peratus dengan nombor bulat.

f. Masa yang diberi untuk pertandingan adalah 30 minit. Sekiranya peserta dapat
menjawab soalan kurang dari tempoh yang diberi, perserta boleh menghantar
kertas jawapan kepada panel hakim.

g. Pemenang Individu

Pemenang ditentukan kepada peserta yang terpantas menjawab betul dan skor
paling banyak.

h. Pemenang Sekolah

Pemenang sekolah ditentukan dari pengesahan Borang A oleh urusetia


berpandukan kepada peratus pencapaian murid sekolah berkenaan. Lima
sekolah terbaik dari empat zon akan dilawati untuk ujian pengesahan oleh
pegawai Unit Matematik JPN/PPD
6. Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam menguruskan Pertandingan Bijak Sifir


Sekolah Enrolmen Tinggi ( SET ) adalah seperti Lampiran 1

7. Time Line Pelaksanaan

BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN / TINDAKAN

1. Penyediaan Kertas Kerja 22 .2.2017 Pegawai Meja JPNS


Cadangan

2. Taklimat Program Kepada 27.3.2017 Pegawai Meja JPNS


Guru Besar SET

3. Taklimat Program Kepada 17.4.2017 Pegawai Meja JPNS


Ketua Panitia MT SET

4. Pelaksanaan di Peringkat 26 Apr – 26 Mei Panitia Sekolah


Kelas & Sekolah

5. Pertandingan di Peringkat Zon 12 .7.2017 Dilaksanakan oleh sekolah yang


dipilih menjadi tuan rumah

6. Pertandingan di Peringkat 16 .8.2017 PPD & JPNS


Daerah

7. Mesyuarat Post Mortem 6.9.2017 Mesyuarat Unit Sains &


Matematik

6. Pembentangan / Pelaporan 11.10.2017 Mesyuarat SPA/ Mesyuarat


Program Kurikulum Negeri

8. Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan dan sumber kewangan bagi pertandingan adalah seperti


Lampiran 2.

9. Sebarangan Pertanyaan boleh dipanjangkan kepada

En Abdul Rahim bin Adam Ketua Unit Matematik Sektor Pengurusan Akademik ,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di talian 06-7653185 / 013-6733927 atau
En Mohd Fadzil b Mat Isa 011 28574857.

10. Implikasi Kewangan


OS 21000 untuk tuntutan perjalanan.
11. Pengurusan Risiko

Risiko & Tahap Strategi Kaedah Pelaksanaan


Penyelesaian
Pertandingan tidak Memaklumkan Memberi taklimat kepada
dapat dilaksanakan lebih awal tentang GB dan Ketua Panitia
secukupnya kerana pertandingan ini sekolah yang terlibat dan
kurang persediaan kepada guru dan menyediakan panduan
pihak sekolah pihak pengurusan pelaksanaan program

Tahap risiko: 4,3

KADAR IMPAK
1 2 3 4 5
Tidak Kecil Sederhana Besar Bencana
Bererti
Hampir 5 Sederhana Tinggi Tinggi Sangat Sangat
Pasti Tinggi Tinggi
Selalu 4 Sederhana Sederhana Tinggi Tinggi Sangat
Tinggi
Mungkin 3 Rendah Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi
Tidak 2 Rendah Rendah Sederhana Sederhana Tinggi
Selalu
Jarang 1 Rendah Rendah Sederhana Sederhana Tinggi

12. Kaedah Pemantauan Program

Laporan pemantauan dari pegawai Jaminan Kualiti JPNS.

13. Syor

Ahli Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Bil 4/2017


dipohon untuk mengambil maklum tentang cadangan pelaksanaan Pertandingan
Bijak Sifir Sekolah Enrolmen Tinggi ( SET ) 2017.
LAMPIRAN 1 :

JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN BIJAK SIFIR


SEKOLAH ENROLMEN TINGGI ( SET )
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN 2017

Pengerusi YBrs. Pn. Rusni binti Ab. Jalil K.M.W


Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
Timbalan Pengerusi En. Pkharuddin bin Haji Ghazali
Timbalan Pengarah Pendidikan N Sembilan
Setiausaha Pn. Radziah binti Abdul Manap
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Bendahari Cik Nur Nabilah binti Jamaludin
Akauntan JPN Negeri Sembilan
Ahli Jawatankuasa
Pn. Maznah binti Abu Bakar KS Jaminan Kualiti
Pn. Norwanis binti Tajul Uros KS Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
En. Azmi bin Basir KS Pengurusan Sekolah
En.Muzir bin Ab. Manan KS Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
En. Mohd Wazir bin Hamzah KS Pendidikan Islam
Tn. Hj. Yahaya bin Daros KS Penilaian dan Peperiksaan
En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail KS Pendidikan Swasta & Pendiddikan Khas
Pn. Zainab binti Mohamed Shah KS Pengurusan Maklumat(ICT)
En. Musa bin Lani KS Psikologi dan Kaunseling
Pn. Hjh Rodiah binti Mohd Jan Ketua PPD Seremban
JAWATANKUASA KERJA PERTANDINGAN BIJAK SIFIR
SEKOLAH ENROLMEN TINGGI ( SET )
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN 2017

Penasihat YBrs. Pn. Rusni binti Ab. Jalil K.M.W


Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

Pengerusi Pn. Radziah binti Abdul Manap


Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Setiausaha En Abdul Rahim bin Adam


Ketua Unit Matematik

Bendahari Pn. Shahrul Badriyah binti Mohamed


Penolong Pengarah Matematik

Penyelaras En Mohd Fadzil bin Mat Isa


Penyelia Kanan Matematik

Ahli Jawatankuasa

En. Aminuddin bin Kamisan Ketua Unit Pendidikan Rendah

En. Moskaya Kama bin Mohamed Ketua Unit Jaminan Kualiti

En. Abdul Razak bin Hj. Idris Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran

En. Abdul Aziz bin Adam Ketua Unit Sains

Pn. Rosaila bt Marjan Ketua Unit Sains Sosial

En. Norhisham bin Hj. Omar Ketua Unit ICT dan Pengkomputeran

En. Mohd Hairuddin bin Dahlan Penolong Pengarah Matematik

En.Raimihisham bin Mansor Ketua Unit Teknik dan Vokasional

Pn. Noresah binti Shamsudin Ketua Akademik PPD Seremban

Cik Rusnawaty binti Adam Penolong PPD Sains Matematik Seremban


Contoh soalan Peringkat Kelas dan Sekolah

Bahagian A

Nama :
Masa : 8 minit

Sifir 2 Sifir 3
1 x 2 = 1 x 3 =
2 x 2 = 2 x 3 =
3 x 2 = 3 x 3 =
4 x 2 = 4 x 3 =
5 x 2 = 5 x 3 =
6 x 2 = 6 x 3 =
7 x 2 = 7 x 3 =
8 x 2 = 8 x 3 =
9 x 2 = 9 x 3 =

Sifir 4 Sifir 5
1 x 4 = 1 x 5 =
2 x 4 = 2 x 5 =
3 x 4 = 3 x 5 =
4 x 4 = 4 x 5 =
5 x 4 = 5 x 5 =
6 x 4 = 6 x 5 =
7 x 4 = 7 x 5 =
8 x 4 = 8 x 5 =
9 x 4 = 9 x 5 =

Sifir 6 Sifir 7
1 x 6 = 1 x 7 =
2 x 6 = 2 x 7 =
3 x 6 = 3 x 7 =
4 x 6 = 4 x 7 =
5 x 6 = 5 x 7 =
6 x 6 = 6 x 7 =
7 x 6 = 7 x 7 =
8 x 6 = 8 x 7 =
9 x 6 = 9 x 7 =

Sifir 8 Sifir 9
1 x 8 = 1 x 9 =
2 x 8 = 2 x 9 =
3 x 8 = 3 x 9 =
4 x 8 = 4 x 9 =
5 x 8 = 5 x 9 =
6 x 8 = 6 x 9 =
7 x 8 = 7 x 9 =
8 x 8 = 8 x 9 =
9 x 8 = 9 x 9 =
Bahagian B

Nama :
Masa : 15 minit

1 2÷2= 16 72 ÷ 8 =
2 6÷3= 17 63 ÷ 9 =
3 8÷2= 18 14 ÷ 2 =
4 14 ÷ 2 = 19 27 ÷ 3 =
5 20 ÷ 4 = 20 54 ÷ 6 =
6 15 ÷ 3 = 21 42 ÷ 7 =
7 18 ÷ 2 = 22 36 ÷ 6 =
8 21 ÷ 3 = 23 28 ÷ 4 =
9 36 ÷ 4 = 24 16 ÷ 2 =
10 35 ÷ 5 = 25 56 ÷ 8 =
11 49 ÷ 7 = 26 35 ÷ 5 =
12 9÷9= 27 24 ÷ 4 =
13 25 ÷ 5 = 28 36 ÷ 9 =
14 45 ÷ 9 = 29 45 ÷ 5 =
15 81 ÷ 9 = 30 48 ÷ 6 =
Bahagian C

Nama :
Masa : 20 minit

1 1
2 x 3 x
4 6

1 1
4 x 5 x
8 10

1 1
2 x 3 x
6 9

3 2
4 x 5 x
12 15

3 1
2 x 3 x
8 12

3 2
4 x 5 x
12 15

3 1
2 x 3 x
10 12

3 4
4 x 5 x
16 15

5 4
2 x 3 x
12 15

3 3
4 x 5 x
20 20
BORANG SKOR

Kelas :……………. Bilangan Murid :……….

Sifir Bilangan murid betul 7-9 Bilangan murid yang betul 0-6
2
3
4
5
6
7
8
9

Bil Bilangan jawapan betul Bilangan murid


1 0
2 1-5
3 6-10
4 11-15
5 16-20
6 21-25
7 26-30

Bil Bilangan jawapan betul Bilangan murid


1 0
2 1-5
3 6-10
4 11-15
5 16-20

You might also like