Professional Documents
Culture Documents
Kajian Tindakan Masalah Disiplin Murid Luar Bandar
Kajian Tindakan Masalah Disiplin Murid Luar Bandar
PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR,
SARAWAK
TEMA
TAJUK KAJIAN
OLEH
oleh
Abstrak
Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah luar
bandar, di daerah Sarikei. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan
deskriptif. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang murid yang ada rekod salahlaku
dari sekolah yang dikaji. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa
struktur dengan guru dan murid-murid. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyata
rasmi salahlaku/masalah disiplin bagi tahun 2005 di sekolah yang dikaji. Rekod/penyata
rasmi di sekolah adalah mengikuti kriteria-kriteria yang ditentukan oleh Bahagian
Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan
berbagai jenis salahlaku berlaku di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, 25
daripada enrolmen 107 orang murid (52 orang murid Tahap 1 dan 55 orang murid
Tahap 2), bersamaan 23.36% pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun
2005. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku adalah dari murid-
murid Tahap 2, iaiitu 45.5% daripada murid-murid Tahap 2. Tindakan susulan diambil
berdasarkan dapatan penyelidikan. Moga-moga hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat
membantu para pendidik, pentadbir mahupun pengurus sekolah untuk merancang
strategi / pendekatan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk menangani
masalah ini. Seterusnya, diharap hasrat zero-defect masalah disiplin murid khasnya di
sekolah yang dikaji akan menjadi satu realiti.
Pendahuluan
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang
tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi
perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1981.
“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia
hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar
sekolah”. KPM 1981
Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada
diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Bermacam-
macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan sehinggalah
kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah, merompak, memeras
ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan murid-
murid dan pelbagai lagi.
“ Hari ini sekolah-sekolah menampung murid-murid yang lebih tidak seragam, iaitu dari
segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang bagi mendapatkan
pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga
dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranya
ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid;
suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi
akademik; dan sikap; tanggapan serta harapan para Guru”. (KPM 1988 pp25-26)
Soalan-Soalan Kajian
1. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang
terpilih di Daerah Sarikei?
2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji mengikut
pandangan pelajar?
Objektif kajian
1. Mengenalpasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah luar bandar
yang terpilih di Daerah Sarikei.
Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada tahun 2005 bagi
pelajar-pelajar dari salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih sahaja di daerah
Sarikei. Dapatan dari kajian ini merupakan sampel sebenar responden-responden yang
terhad sahaja. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk membuat generalisasi kepada sekolah-
sekolah lain.
Tinjauan Literatur
“If he has a feeling of being trapped, with no choice, he will react with increasing
difficult behaviour. ”
Train, 1995(pp 60)
Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan dan
asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya(Stodgil, 1970: 27) Selain itu, setiap ibu
bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi. (W. C Miller 1971: 102)
Di samping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian mengetatkan
disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin murid. (Utusan
Malaysia, 1987)
Murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah, di mana mereka tidak
mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup, menambah kepada masalah
tatatertib di sekolah-sekolah. (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad & Ibrahim Saad, 1982:
260)
Kecelaruan dalam keluarga & kurang perhatian ibu bapa adalah punca kuat yang
mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama
remaja terjebak ke kancah maksiat. (Berita Harian. 10.11.93, 23)
Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati purata
masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ini
mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan
membimbing anak mereka.
Tugas mereka sekadar menyediakan keperluan kewangan dan persekolahan bagi tujuan
membesarkan anak. Ibubapa juga tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab
mendidik anak mereka kepada guru sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi
sekolah sekali-sekala supaya lebih memahami situasi anak mereka di sekolah.
Rakan sebaya di alam persekolahn adalah kumpulan rujukan murid yang memberikan
‘sokongan moral’ dalam mencari identiti pembentukan imej. ( Pomberi, 1990, Mahmood,
1991). Rakan Sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan
itu dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan
filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya
melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral
mereka.
Instrumen Kajian
Tiga jenis instrumen telah digunakan untuk melaksanakan kajian, iaitu temubual separa
struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi/penyata salahlaku yang ada di sekolah.
1. Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, Warden dan Penyelia
Asrama mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan
pihak sekolah dan cara-cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)
2. Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah
yang dikaji. (Lampiran 2)
Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin di
salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di daerah Sarikei. Perjalanan ke
sekolah ialah melalui jalanraya bertar dan separuh jalan kampung. Sekolah ini
berasarama dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang asas. Murid sekolah ini
terdiri daripada dua kumpulan, 60 orang murid yang tinggal di asrama dan 57 orang
murid harian. Semua murid sekolah ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam
lingkungan 10 km dari sekolah yang dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual
separa struktur kepada guru besar, warden dan guru disiplin sekolah tersebut. Penyelidik
juga telah menemubual 15 dari 25 orang murid yang ada rekod masalah disiplin di
sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada
temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis secara
kualitatif juga.
Analisis Data
Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa
struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan
maklumat/pandangan sumber lisan disokong dengan rekod/penyata rasmi
salahlaku/masalah yang sedia ada di sekolah yang dikaji.
Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin,
kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca berlakunya
masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah untuk
menangani masalah ini.
Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan Jumlah
Kekerapan Kes Salahlaku
Jadual 1 ialah salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah yang dikaji. Ia
menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat dan jumlah
kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan merangkumi kesalahan
seperti mencuri, berkuku panjang, berkelakuan kasar terhadap murid, ponteng sekolah,
ponteng untuk ‘private study’dan dua kes lain-lain salahlaku, iaitu keluar dari kawasan
sekolah pada waktu petang tanpa izin.
Jadual 1: Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2005
112 Mencuri 0 0 2 2 2 2
121 Mengancam/memukul/mencederakan 2 2 2 2 4 4
murid lain
Kekemasan Diri
Ponteng
Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku
manakala 11 orang murid perempuan telah terlibat denagan 12 kes salahlaku. Pada
keseluruhannya, seramai 25 orang murid telah terlibat dengan 28 kes salahlaku di sekolah
yang dikaji sepanjang tahun 2005.
Jadual 2 menunjukkan perbandingan kekerapan antara murid mengikut gender dan kelas.
Daripada 55 orang murid tahap 2 di sekolah pada masa yang dikaji, 25 orang murid,
bersamaan 45.5% daripada murid-murid Tahap 2 pernah melakukan perbuatan salahlaku.
Pada keseluruhanya, 25 daripada enrolmen 107 orang murid, bersamaan 23.36% murid-
murid pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2005.
Jadual 2: Perbandingan kekerapan salahlaku mengikut gender, Tahun 2005
Lelaki 27 29 0 14 0 16
Perempuan 25 26 0 11 0 12
Jumlah 52 55 0 25 0 28
Pada keseluruhannya, murid-murid Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes salahlaku.
Seramai 14 orang lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 11 orang murid
perempuan telah terlibat dengan 12 kes salahlaku.
2 Keluarga 1 1 2
3 Persekitaran 5 4 9
4 Sekolah 1 1 2
Jumlah 14 11 25
Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk
menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini telah
mengambil keputusan memberi nasihat/bimbingan kepada murid yang telah melakukan
salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat kepada rakan, guru
dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep “Sekolahku Syurgaku” dan
“Sekolah Penyayang” menjadi kenyataan.
Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK Disiplin
sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji. Kesemua 25 orang
murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi bimbingan dan nasihat.
Walaubagaimanapun, 2 daripada 25 orang murid tersebut telah digantung dari asrama
selama seminggu setelah AJK Disiplin menimbangkan seriusnya salahlaku tersebut.
Analisis Kualitatif
Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh
menyokong maklumat /rekod /penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah.
Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang boleh
diambil kira dalam analisis. Perkara-perkara ini diklasifikasikan seperti berikut.
“Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri,
mengancam murid alin, berkuku panjang, berkelakuan kasar terhadap murid, ponteng
sekolah, ponteng ‘private study’ dan keluar dari kawasan sekolah tanpa sebab.” (Guru
A)
.“Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama. Lelaki tidak terlibat
dengan kes mencuri.” (Guru D)
“Salahlaku murid perempuan keluar dari kawasan sekolah adalah lebih rumit
berbanding dengan kesalahan murid lelaki keluar dari kawasan sekolah.” (Guru C)
Sepanjang tahun 2005, seramai 25 orang murid lelaki & perempuan telah dicatatkan
pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Guru C.
Jumlah murid lelaki & perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang
sama seperti yang dinyatakan oleh Guru B. Ini dapat diperkukuhkan dalam contoh-
contoh transkrip temubual separa struktur dengan guru-guru seperti berikut
“Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang
sama.” (Guru B)
“Pada tahun 2005, 25 orang murid telah terlibat dengan 28 kes salahlaku di sekolah
yang dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin murid yang serius pernah
berlaku.” (Guru C)
Punca Salahlaku
Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat kategori
punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut.
“Saya ingin membeli ( jenis makanan ) seperti ( rakan sebaya). Saya tidak ada duit.
Saya ambillah duit daripada beg ( nama mangsa). ( Muird R)
“ Saya tidak yakin saya boleh lulus. Lebih baik saya ponteng sekolah.” (Murid U)
b) Faktor keluarga
c) Faktor persekitaran
9 daripada 25 orang murid, bersamaan 36% telah melakukan salahlaku kerana faktor
keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid
S.
“Saya disuruh mengacau ( rakan sebaya ) oleh ( rakan sebaya ). Kalau saya tidak
menurut, dia marah. Saya takut.” (Murid S)
d) Faktor sekolah
“Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru memberi terlalu banyak kerja rumah
setiap hari.” (Murid V)
Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan
perbuatan salahlaku, diikuti dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor
sekolah.
“Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpa dengan jenis dan beratnya
sesuatu salahlaku murid.” (Guru E)
“ Kami mendapati pendekatan bimbingan & kaunseling atau nasihat adalah lebih sesuai
dan berkesan bagi murid-murid sekolah ini. (Guru A)
“Semua guru dan staf sokonan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan
disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.” (Guru B)
Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya mencari pendekatan yang
sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam murid-
murid itu sendiri. Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya
sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Untuk mencapai
matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan
menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid dengan sentiasa
bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan bersimpati serta bijak
dalam menghadapi masalah.
Keberkesanan Tindakan
“Saya suka dengan (Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan bernas
kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat menghormatinya.” (Murid W)
“Bapa saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak lagi
suruh saya menolongnya di kebun waktunsekolah. Terima kasih, Cikgu.” (Muird X)
“Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibubapa saya, tentu saya tidak
bersekolah lagi.” (Murid Y)
Kesimpulan
Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sebuah sekolah rendah luar Bandar
di daerah Sarikei. Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik, guru-guru mahupun pihak
pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti/ memliti jenis maslah disiplin
murid, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya mengenalpasti strategi/tindakan
yang sesuai untuk mengurangkan/mengatasi masalah tersebut.
Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji dalam
tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 25 orang daripada enrolmen 107
orang murid, bersamaan 23.36% pernah terlibat dengan kes salahlaku sepanjang ahun
2005.
Melalui kajian ini, guru-guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan prihatin
terhadap kebajikan dan disiplin murid-murid yang diajar. Ini dijangka akan membantu
menyelesaikan/mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya meningkatkan
prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak membuat keputusan
dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan masalah disiplin murid.
Oleh kerana itu, semua staf pihak sekolah haruslah bekerjasama dan konsisten dalam
tindakan-tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat zero-defect masalah disiplin murid
khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai.
Cadangan
Daripada dapatan kajian ini, cadangan berikut dikemukakan yang mungkin boleh
dijadikan dasar rujukan dan tindakan susulan yang boleh diambil oleh pihak sekolah
untuk menangani masalah disiplin murid di sekolah.
Semua guru hendaklah memainkan peranan penting dalam usaha memastikan disiplin
murid di sekolah terkawal bagi mewujudkan persekitaran dan suasana yang
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan ke arah
memenuhi matlamat Dasar pendidikan Negara kita. Faktor sekolah yang menyebabkan
masalah salahlaku akan dikikis. Sekolah mempunyai iklim yang sesuai untuk
menghasilkan murid cemerlang.
AJK disiplin sekolah haruslah aktif dan komited, konsisten, mengadakan perjumpaan dari
semasa ke semasa, mengambil tindakan segera dan wajar ke atas mana-mana murid yang
telah didapati melakukan salahlaku disiplin.
Murid-murid digalakkan untuk melapor kepada pihak berkuasa sekolah sekiranya mereka
melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda sekolah (mungkin secara tidak
sengaja) dengan jaminan bahawa tindakan/hukuman yang dikenakan boleh diringankan.
Ini juga boleh menggalakkan sikap jujur dan rasa bertanggungjawab di kalangan murid.
Ibu bapa melalui PIBG juga adalah bertanggungjawab dan berperanan dalam usaha
mengawal disiplin anak-anak sama ada di rumah maupun di sekolah dengan sekurang-
kurangnya memberi sokongan penuh dalam sebarang tindakan wajar pihak sekolah dalam
membanteras dan membendung masalah-masalah disiplin. Kursus keibubapaan di
peringkat sekolah boleh diadakan untuk para ibubapa agar mereka lebih prihatin terhadap
perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Seterusnya, ini akan mengikiskan faktor
keluarga yang menyebabkan masalah disiplin murid di sekolah.
Rujukan
Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distibutors Sdn. Bhd, Bentong
Alan, T. (1995). The Bullying Problem. How To Deal With Difficult Children. Channel
Island: The Guernsey Press Co Ltd, Guernsey
Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With Difficult Children. Channel
Island: The Guernsey Press Co. Ltd, Guernsey
Ee, A. M (1995). Murid Dan Proses pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Unit Disiplin Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia 1994
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kementerian
Pendidikan Malaysia : Dewan Bahasa & Pustaka 1988
Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia
1968 - 2002
Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah
Roy, L (1996). A Whole – School Behaviour Policy : A Practical Guild. London. Great
Britain: Biddles Ltd, Guildford and King’s Lynn
Lampiran 1
Contoh
Contoh Lampiran 2