Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BUKU TEKS TAHUN 4

INFO MENARIK

UNIT 3 : PROSES HIDUP MANUSIA


1. Manusia mempunyai dua peparu. Peparu ialah organ yang menjalankan pertukaran oksigen dan
karbon dioksida. (m/s 30)

2. Tulang rusuk melindungi peparu daripada kecederaan. Manakala diafragma membantu mengawal
tekanan udara dalam peparu. (m/s33)

3. Air kencing mengandungi urea, air dan garam yang disimpan di dalam pundi kencing sebelum
disingkirkan daripada badan. (m/s 36)

4. Hasil perkumuhan dan penyahtinjaan merupakan bahan yang tidak berguna kepada badan manusia.
Sekiranya bahan ini tidak disingkirkan, bahan ini akan terkumpul di dalam badan dan menjadi toksik
atau beracun. (m/s 39).

UNIT 5 : PROSES HIDUP TUMBUHAN


1. VENUS FLYTRAP ialah tumbuhan yang mampu memerangkap serangga. Perangkap berduri ialah
bentuk daun yang diubah suai. (m/s62)

2. Fotosintesis berasal daripada perkataan Yunani. Foto bermaksud cahaya dan sintesis ialah
menyatukan. (m/s 63)

3. Kanji yang dihasilkan juga disimpan dala bahagian tumbuhan seperti buah, daun, batang, akar, biji.
(m/s 67)

UNIT 6 : PENGUKURAN
1. Kaedah sesaran air ditemukan oleh Archimedes yang mendapati air dalam tab mandinya melimpah
apabila beliau masuk ke dalamnya. (m/s 93)

2. Cerita rakyat kisah “Sang Gagak dengan Takar” mengingatkan kita dengan burung yang menggunakan
kaedah sesaran air supaya air di dalam takar yang sedikit naik dan akhirnya burung itu dapat minum
air tersebut. (m/s 95)

3. Lantunan bola tidak boleh digunakan untuk mengukur masa kerana ketinggian lantunannya tidak
seragam. (m/s101)

4. 60 saat = 1 minit
60 minit= 1 jam
24 jam = 1 hari
30 hari = 1 bulan
12 bulan= 1 tahun (m/s 103)

Info Menarik @ LennySKBK®


UNIT 8 : PENGARATAN
1. Kentang dapat digunakan untuk menghilangkan karat. Caranya adalah dengan memotong kentang
dan celupkan ke dalam larutan soda penaik. Kemudian, gosokkan kentang pada permukaan yang
berkarat. (m/s 142)

UNIT 9 : SISTEM SURIA


1. Pluto merupakan ahli Sistem Suria tetapi bukan sebagai planet. Pluto dikenali sebagai jasad kerdil
yang terletak paling jauh dan paling sejuk dalam system suria. (m/s 148).

2. Meteor ialah meteoroid yang memasuki ruang atmosfera Bumi dan menghasilkan coretan cahaya.
Meteor yang terhempas di permukaan Bumi dikenali sebagai meteorit. Hentaman meteor
menyebabkan terbentuknya kawah. (m/s 149)

3. Asteroid pertama ditemukan oleh Guiseppe Piazzi seorang ahli astronomi Itali pada tahun 1801.
Asteroid itu dinamakan Ceres. (m/s 151)

4. Planet Zuhrah berputar mengikut arah jam, planet Uranus pula berputar pada sisinya. Putaran planet-
planet lain sama seperti Bumi. (m/s 155)

5. Anggaran saiz Bumi ialah empat kali saiz Bulan. Saiz matahari ialah 400 kali saiz BUlan. Oleh itu,
anggaran saiz Matahari ialah 100 kali saiz Bumi. (m/s 157)

Matahari (1 392 000km) Bumi (12 756km) Bulan (3475 km)

6. Anggaran jarak dari Bumi ke Matahari ialah 400 kali jarak Bumi ke Bulan. Matahari sangat jauh dari
kita. Jika kamu memandu ke sana dengan halaju 100 km/j, setelah 170 tahun, baru kamu sampai.
(m/s159)

Info Menarik @ LennySKBK®

You might also like