Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1. Bezakan antara tindak balas positif dan negatif yang dialami oleh sesebuah sistem fizikal.

(4m)
i. Tindak balas negatif :
Tindak balas yang berupaya untuk memperlahankan perubahan yang berlaku
dalam sesebuah sistem bagi tujuan mencapai tahap keseimbangan yang baharu.

ii. Tindak balas positif :


Tindak balas yang mengabaikan kesan berlonggok atau kesan yang bertambah
kepada sistem yang lain.

2. Bagaimanakah letusan gunung berapi boleh menjejaskan sistem atmosfera dan hidrologi
setempat? (4m)
Atmosfera
- Pencemaran udara
Debu-debu gunung berapi akan terbebas ke ruang udara menyebabkan udara
tercemar.

Hidrologi

- Pencemaran air
Pencemaran air ini disebabkan oleh hujan asid yang terbentuk melalui tindak balas
antara gas sulfur dioksida dengan wap air semasa pembentukan awan.
(H2SO4 + WAP AIR = hujan asid)

3. Bagaimanakah El-Nino dan La-Nina menjejaskan aktiviti pertanian? (4m)

kejadian el-nino yang berterusan menyebabkan aktiviti pertanian terjejas. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kemarau yang panjang menyebabkan berlakunya tanah
gersang, merkah dan kering. Melalui hal ini, aktiviti pertanian terjejas disebabkan
oleh ketidaksuburan tanah. Manakala La-Nina menjejaskan aktiviti pertanian
melalui lebihan air. Hal ini menyebabkan aktiviti pertanian terjejas disebabkan
kawasan pertanian ditenggelami air yang banyak.
4. Bagaimana fenomena pemanasan global menberikan impak negatif terhadap kehidupan
manusia di bandar. (4m)

Menjejaskan kesihatan manusia


- Akibat daripada cuaca yang panas akan memberikan kesan yang nyata kepada
manusia dari segi kesihatan. Contohnya, boleh menyebabkan penyakit kanser kulit
dan katarak mata.

Menjejaskan kegiatan aktiviti manusia


- Manusia tidak dapat melakukan aktiviti rutin mereka, kerana cuaca di luar rumah
agak panas dan ini akan menghadkan manusia untuk membuat aktiviti di luar.
Contohnya, aktiviti pertanian yang dilakukan dalam rutin harian.

5. Mengapakah banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar Malaysia? (4m)

i. Banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar Malaysia adalah disebabkan oleh


kekurangan permukaan telap air. Permukaan yang tidak telap air seperti bitumen,
simen, aspalt sememangnya mengurangkan kadar susupan ke dalam tanah dan ini
membuatkan lebih banyak air bertakung di permukaan simen berbanding meresap
ke dalam permukaan tanah. Hal ini menyebabkan berlakunya limpahan air di
permukaan simen adalah tinggi.
ii. sistem perparitan yang tidak terancang. Masalah ini sering melanda di kawasan
Bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta iainya
kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit
menyebabkan banjir kilat berlaku.

You might also like