Projek Internship Individu Keceriaan Perpustakaan Dan Pondok Matematik Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB,

27600 RAUB,

PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA

KECERIAAN PERPUSTAKAAN DAN PONDOK MATEMATIK

TEMPAT:

PERPUSTAKAAN DAN PONDOK MATEMATIK SEBARAU

TARIKH :

12 MAC 2018 – 16 MAC 2018

ANJURAN:

GURU PELATIH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SEMESTER 8
1.0 PENDAHULUAN

Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses pembelajaran di

sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Institusi pendidikan

membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang

kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan

pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang

kondusif.

Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para murid, guru

pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk menambahbaik latar belakang dinding di

dalam perpustakaan dan menghias pondok matematik. Latar belakang dinding akan

dilekatkan dengan muka depan buku yang tidak digunakan lagi. Latar belakang tersebut

bertujuan untuk murid mengetahui perubahan sistem pendidikan dan sejarah buku teks pada

tahun-tahun sebelumnya.. Latar belakang telah dilekatkan semasa praktikum Fasa 2 tahun

2017. Penambahbaikan yang akan dilakukan ialah melekatkan muka hadapan buku yang

tertanggal pada dinding. Latar belakang berikut merupakan latar belakang yang berinformasi

disamping menceriakan perpustakaan SK Bandar Raub. Pondok Matematik pula akan dihias

dan dilekatkan dengan informasi mengenai matematik.

2.0 MATLAMAT

Projek Keceriaan Perpustakaan dan Pondok Matematik ini diadakan sebagai salah satu

usaha untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan

persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah.

Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru,

kakitangan sekolah dan para murid.


Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, perpustakaan dan pondok

matematik mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya

diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan

dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang

mendidik melalui latar belakang akan terasa lebih mesra. Hal ini sekaligus akan menambah

ilmu pengetahuan murid secara tidak langsung.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta dapat dijadikan

sumber perhatian terutamanya murid dan tetamu yang mengunjungi sekolah.

3.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

3.3 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

3.4 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan

integriti dalam melaksanakan tugas.

3.5 Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan atau

kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.

3.6 Meningkat ilmu pengetahuan murid secara tidak langsung.

4.0 PELAKSANA

Guru pelatih yang menjalani Program Internship PISMP selama sebulan.

5.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

5.1 Tempoh yang dirancang ialah 12 Mac 2018 – 16 Mac 2018.

5.2 Dilaksanakan selama seminggu oleh guru pelatih sepanjang tempoh Internship.

6.0 TEMPAT

Perpustakaan dan Pondok Matematik SK Bandar Raub


7.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Semoga projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para murid di

samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada

semua pihak. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ..................................................

( EFFA NADHIRA FARHANA ( YM RAJA NORSA’ADAH

BINTI SAPAWI ) BINTI RAJA AHMAD )

Guru Internship, Mentor,

SK Bandar Raub, SK Bandar Raub,

Pahang. Pahang.

Disahkan oleh,

----------------------------------------

(SHAMSUL BAHARIN BIN YUSOF)

Guru Besar,

SK Bandar Raub,

Pahang

You might also like