Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KRP6054 : PENGUJIAN DAN PENTAKSIRAN


SEKOLAH RENDAH
TAJUK:

TUGASAN 2
SIKAP MURID TERHADAP PEMBELAJARAN MATEMATIK
MENGGUNAKAN KOMPUTER DIKALANGAN PELAJAR
SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN
A( M171)
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SYARANI BINTI MD SARIFF M20162002132 0135306679
SITI AMINAH BINTI OMAR M20162002128 0164175164

NAMA PENSYARAH : DR RAMLAH BINTI JANTAN


ISI KANDUNGAN LAPORAN: MUKA SURAT

ABSTRAK BM. 3

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 pengenalan

1.2 penyataan masalah

1.3 objektif kajian

2.0 KAJIAN LITERATUR 5-6

3.0 METODOLOGI KAJIAN-KAJIAN KES. 7 - 13

CARA ANALISIS DATA (DESKRIPTIF, INFERENSI)

4.0 DAPATAN 14 - 25

5.0 PERBINCANGAN 25 - 27

5.0 RUMUSAN 27 - 28

6.0 RUJUKAN 29

2
Abstrak

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap murid terhadap

pembelajaran matematik menggunakan komputer dikalangan pelajar sekolah

rendah. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang murid bagi mata pelajaran

matematik di sekolah Rendah sekitar daerah Kuala Selangor, Selangor. yang

dipilih secara rawak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal

selidik dan dianalisis secara deskriptif. Nilai alpha yang diperolehi melalui

kajian rintis ialah 0.84. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas

daripada murid-murid bagi subjek Matematik tentang sikap mereka terhadap

pengajaran Matematik berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi

menunjukkan bahawa murid mempunyai persepsi yang baik terhadap

penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik. Di bahagian akhir,

pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan komputer

dalam pengajaran Matematik berdasarkan dapatan kajian.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ekoran daripada perkembangan pesat teknologi canggih ini, ia telah

menyebabkan teknologi dan penggunaan komputer menjadi penting dalam

kehidupan seharian. Maka dengan ini, Kementerian Pendidikan Mualaysia

sedar bahawa komputer merupakan elemen yang sesuai untuk dijadikan

perantaraan yang berkesan dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Lantas budaya persekolahan seharusnya diubah daripada

3
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,

kreatif, dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).

1.2 Pernyataan Masalah

Semua pihak sedia maklum, bahawa hampir semua sekolah di Semenanjung

Malaysia telah dilengkapi dengan kemudahan komputer sebagai satu usaha

untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi pada masa

kini kebanyakan para guru di sekolah hanya menggunakan komputer dalam

pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam

pengajaran dan pengurusan fail. Kenyataan ini di sokong oleh Robiah &

Juhana (2002) dalam kajian mereka.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap

pembelajaran Matematik menggunakan komputer dalam kalangan pelajar

sekolah rendah daerah Kuala Selangor. Kajian ini akan mengenal pasti

kemungkinan terdapat perbezaan antara sikap terhadap komputer bagi jantina

dan penggunaan komputer dalam dalam pengajaran dan pembelajaran di

kalangan murid.

4
2.0 KAJIAN LITERATUR

Sikap memainkan peranan penting dalam penggunaan komputer kerana ia

bukan sahaja sebagai permulaan kepada penerimaan seseorang terhadap TM

(Selwyn, 1997; Teo, 2006) malah ia juga mempengaruhi tingkah laku

seseorang untuk menggunakan komputer pada masa hadapan (Huang & Liaw,

2005). Menurut Noyes dan Garland (2006), jika seseorang tidak menyukai

sesuatu objek, maka ini akan menyebabkan mereka tidak menggunakannya. Ini

bermakna, jika seseorang tidak suka menggunakan komputer walaupun ianya

telah direka bentuk dengan baik, maka mereka tetap tidak akan

menggunakanya. Dalam erti kata lain, tidak kira betapa canggih dan

berkuasanya sesuatu teknologi, keberkesanan penggunaannya masih

bergantung kepada sikap positif pengguna terhadapnya (Huang & Liaw, 2005).

Sikap yang positif terhadap komputer merupakan penentu terhadap kejayaan

untuk mengintegrasikan komputer dalam persekitaran pendidikan

(Palaigeorgiou et al, 2005) dan mempengaruhi pembelajaran juga pencapaian

pelajar (Sankaran et al, 2000). Roussos (2007) berpendapat sikap bukan sahaja

mempengaruhi penerimaan seseorang terhadap komputer, malah ia juga

mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk menggunakan komputer pada

masa hadapan. Menurut Selwyn (1997) pula kewujudan infrastruktur teknologi

yang lengkap sekali pun tidak menjamin proses pengintegrasian teknologi

komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya pelajar

bersikap negatif terhadap penggunaan teknologi tersebut. Pelajar yang

mempunyai sikap positif terhadap komputer adalah dari kalangan mereka yang

mempunyai pengetahuan tentang teknologi tersebut (Koohang & Byrd, 1987;

5
Lau & Ang, 1998) dan mereka yang mengikuti subjek berkaitan komputer di

sekolah (Geissler & Horridger,

1993; Omar, 1992).

Faktor jantina telah dikenal pasti mampu mempengaruhi sikap terhadap

komputer dan merupakan pembolehubah yang paling kerap dikaji oleh

penyelidik. Kajian-kajian berhubung sikap afektif dan kognitif terhadap

komputer menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berkeyakinan apabila

menggunakan komputer (Shashaani, 1993; Shashaani & Khalili, 2001), lebih

berpengalaman (Broos, 2005; Comber, Colley, Hargreaves & Dorn, 1997),

lebih berminat (Shashaani, 1993; Shashaani, 1994) dan mempunyai tahap

kegelisahan yang lebih rendah terhadap komputer (Baloğlu & Cevik, 2008)

berbanding pelajar perempuan. Menurut Broos (2005) pula, walaupun pelajar

perempuan merasakan diri mereka lebih mahir ketika menggunakan komputer,

namun mereka masih lagi mempunyai kegelisahan yang tinggi berbanding

pelajar lelaki. Robertson et al (1995) membuat kesimpulan bahawa pelajar

perempuan lebih cenderung mempunyai sikap yang negatif terhadap komputer

berbanding pelajar lelaki disebabkan mereka kurang berminat terhadap

komputer dan menganggap komputer merupakan alat yang tidak berguna.

Mereka juga menganggap komputer kurang membantu, membuat mereka

berasa bimbang dan berasa kurang selesa (Shashaani & Khalili, 2001)

6
3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian. Perkara yang dibincangkan

termasuklah pembolehubah kajian iaitu pemboleh ubah bersandar dan pembolehubah

tak bersandar, rekabentuk kajian, prosedur pengujian dan pengukuran, pentadbiran

instrumen kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen kajian,

kesahan instrumen ujian, populasi kajian, sampel kajian dan kaedah penganalisisan

data.

3.2 Reka Bentuk Kajian dan Prosedur

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian kuantitatif yang bersifat tinjauan iaitu

menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Kajian tinjauan adalah

bersesuaian dengan tajuk kajian ini kerana ianya bertujuan ingin melihat sikap pelajar

terhadap pembelajaran matematik menggunakan komputer di sekolah rendah. Dalam

kajian ini pendekatan kajian tinjauan didapati berkesan dan tidak mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dan berupaya mendapatkan data

yang diperlukan tanpa sebarang masalah. Beberapa perkara yang ingin dijelaskan

termasuklah mencari hubungan antara factor-faktor sikap, minat, pengajaran guru dan

pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik pelajar. Kajian korelasi telah

dipilih untuk mengenalpasti hubungan antara pembolehubah. Mohamed Najib (1999)

menyatakan kajian korelasi menerangkan tentang kekuatan kaitan dan juga sama ada

terdapat hubungan yang signifikan ataupun tidak.

7
3.3 Pentadbiran Instrumen

Penyelidikan ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai alat

pengumpulan data. Rasional kepada pemilihan kaedah soal selidik adalah kerana

kemudahantadbiran untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam masa yang

singkat. Set soal selidik yang digunakan dibangunkan oleh pengkaji berdasarkan

kepada pembolehubah-pembolehubah yang telah ditetapkan.

Soal selidik tersebut dinamakan SIKAP MURID TERHADAP PEMBELAJARAN

MATEMATIK MENGGUNAKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH RENDAH dan mengandungi dua bahagian yang utama.

Bahagian A soal selidik adalah untuk mendapatkan data tentang demografi responden.

Pemberian skala adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Skala maklumat Bahagian A

Maklumat dan Latar Belakang Pilihan Skala


Responden
Jantina Lelaki 1
Perempuan 2
Umur 10 tahun 1
11 tahun 2
12 tahun 3
Kelas Tahun 4 1
Tahun 5 2
Tahun 6 3
Bangsa Melayu 1
Cina 2
India 3
Lain-lain 4
Tahap pendidikan tertinggi ibubapa UPSR@setara 1
SPM@setara 2
IJAZAH SARJANA MUDA 3
IJAZAH SARJANA 4
DOKTOR FALSAFAH 5
Pencapaian Bahasa Melayu Gred A (80-100) 6
(2017) Gred B(65-79) 5
Gred C(50-64) 4
Gred D(40-49) 3
Gred E(20-39 2
Gred F(0-19) 1
Pencapaian Matematik Gred A (80-100) 6
Gred B(65-79) 5
Gred C(50-64) 4
Gred D(40-49) 3

8
Gred E(20-39 2
Gred F(0-19) 1

Dalam Bahagian B, responden telah disediakan pilihan jawapan mengikut skala lima

mata yang terdiri daripada “Sangat Tidak Setuju”, “Tidak Setuju”, “Tidak Pasti”,

“Setuju”, dan “Sangat Setuju”.

Sebanyak 10 item telah dibina dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang

sikap murid terhadap pembelajaran Matematik Menggunakan Komputer.. Jadual 3 di

bawah menjelaskan jumlah keseluruhan item mengikut pembolehubah yang

ditetapkan:

Jadual 3: Item Soal Selidik Bahagian B

Bil. Item

1. Matematik menggunakan komputer adalah penting di sekolah

2. Saya berkeinginan untuk mempelajari Matematik dengan komputer.

3. Saya merancang mempelajari Matematik dengan komputer sebaik mungkin.

4 Menguasai Matematik menggunakan komputer adalah sesuatu yang hebat.

5. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari Matematik.

6. Saya sungguh seronok belajar Matematik dengan menggunakan


komputer.
7. Saya gemar belajar Matematik dengan menggunakan komputer.

8. Saya seronok didalam kelas Matematik menggunakan komputer.

9. Apabila terdapat latihan Matematik menggunakan komputer, Saya akan


siapkan dengan segera.
10 Saya fikir mempelajari Matematik dengan komputer dapat
meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

3.4 Kajian Rintis

Analisis kajian rintis telah dilakukan kepada instrument yang telah dibina. Seramai 10

orang pelajar telah terlibat dalam kajian rintis ini dan nilai Alpha Cronbach telah

diperolehi iaitu dengan nilai keseluruhan 0.83. Menurut Mohamed Najib (1999) soal

selidik yang mempunyai nilai alpha 0.8 dan ke atas merupakan soal selidik yang

9
berkebolehpercayaan tinggi. Mohd Majid (2005) pula mengatakan tiada batasan

kepada nilai kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian, tetapi nilai 0.60 dan ke atas

sering digunapakai dalam kajian pendidikan.

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen

mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010;

Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut

dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa

yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990).

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran

yang dibuat dalam kajian yang di jalankan. Dalam kajian ini, tahap kebolehpercayaan

ujian pra dan ujian passca telah diukur dengan menggunakan Indeks Cohen Kappa, ia

bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji

(Zamri dan Noriah 2003)., indeks Cohen Kappa yang berjaya mencapai nilai lebih

daripada 0.6 adalah menunjukkan item-item dalam ujian para dan ujian bertulis

mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima.

3.6 Populasi Kajian dan Sampel

Populasi bagi kajian ini adalah pelajar-pelajar tahun empat di dua buah sekolah

kebangsaan harian biasa dalam daerah Kuala Selangor, Selangor. Seramai 30 orang

pelajar telah dipilih sebagai reponden kajian. Mereka ini telah dipilih kesemuanya

untuk terlibat dalam kajian ini. Pemilihan mereka adalah berdasarkan peluang dan

masa yang dimiliki oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Berikut adalah

sekolah-sekolah yang terlibat:

1. Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2


2. Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3

10
3.7 Kaedah Penganalisisan Data

Data-data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 21.0 untuk mengira skor setiap

item dalam bentuk peratusan dan min. Dalam menganalisis data-data berkaitan sikap

murid terhadap pembelajaran matematik menggunakan komputer, analisis min seperti

Jadual 4 di bawah telah digunakan untuk pengkelasan.

Jadual 4: Selang kelas (min) bagi penentuan tahap pembolehubah yang dikaji

Nilai min Tahap

3.01 – 4.00 Tinggi

2.01 – 3.00 Sederhana

1.00 – 2.00 Rendah

Manakala pekali korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara

faktor sikap... dengan pencapaian matematik pelajar. Pekali Pearson ini menentukan

darjah hubungan antara dua faktor melalui angka + 1.00 kepada – 1.00 (Mohamed

Najib, 1999). Indeks positif menandakan hubungan sehaluan dan indeks negatif pula

menandakan hubungan yang songsang. Petunjuk kekuatan korelasi yang diperolehi

ditentukan berdasarkan Jadual 5 di bawah:

Jadual 5: Klasifikasi Kekuatan Korelasi

Julat (+ atau -) Kekuatan


0.0 hingga 0.2 Sangat Lemah, Sangat Rendah
0.2 hingga 0.4 Lemah, Rendah
0.4 hingga 0.7 Sederhana
0.7 hingga 0.9 Tinggi, Kuat
0.9 hingga 1.0 Sangat Tinggi, Sangat Kuat

KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK SIKAP MURID TERHADAP

PEMBELAJARAN MATEMATIK BERBANTU KOMPUTER (SMAT).

11
Soal selidik diperolehi daripada kajian Azmi (2016). Kebolehpercayaan diperolehi

melalui ketekalan dalaman-cronbach alpha 0.807.

Kaedah ketekalan dalaman – cronbach alpha. Hasil analisis mendapati ketekalan

dalam item = cronbach alpha 0.763. Menurut Majid Konting (2000), ketekalan soal

selidik dengan nilai 0.6 dan ke atas sesuai digunakan dalam penyelidikan.

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

.763 10

Item-Total Statistics

Scale Mean if Scale Variance if Corrected Item- Cronbach's Alpha


Item Deleted Item Deleted Total Correlation if Item Deleted

S1 37.2500 17.013 .638 .717


S2 36.8000 17.703 .526 .732
S3 37.3500 18.387 .260 .770
S4 37.0000 20.000 .181 .770
S5 36.7500 19.987 .136 .778
S6 36.9500 15.638 .627 .711
S7 37.1500 16.541 .578 .721
S8 37.1000 15.785 .731 .698
S9 36.8500 15.823 .573 .720
S10 36.7000 21.241 -.030 .788

3.8 Rumusan

Bab ini menjelaskan tentang reka bentuk kajian, kaedah analisis ada yang digunakan

dalam menjalankan penyelidikan ini. Sebelum penyelidikan sebenar dijalankan, satu

12
kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan

instrumen yang digunakan. Analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan gambaran

awal tentang latar belakang responden. Beberapa kaedah penganalisisan data seperti

min dan sisihan piawai digunakan dalam kajian ini bagi menjawab soalan kajian yang

telah ditentukan.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang dapatan kajian berdasarkan analisis data

yang telah ditetapkan. Data mentah yang dikumpulkan dianalisis

menggunakan Program SPSS (Statistical Package For Social Science version

20). Dua jenis statistik digunakan, iaitu statistik deskriptif dan statistik

inferensi. Statistik deskriptif frekuensi, peratusan, sisihan piawai dan min

digunakan bagi menjawab persoalanpersoalan kajian. Sementara itu statistik

inferensi ujian-t digunakan dalam soal selidik. Kajian ini telah menggunakan

ukuran Skala Likert 5 mata bagi pernyataan atau item yang disoalkan, iaitu

skala 1 – sangat tidak setuju, skala 2 – tidak setuju, skala 3 – kurang setuju,

13
skala 4 – setuju, dan skala 5 – sangat setuju. Pada bahagian pertama huraian

adalah berdasarkan statistik dekriptif yang akan menyentuh aspek latar

belakang responden serta pembelajaran matematik menggunakan komputer.

Kemudian, perbincangan akan berkisar kepada analisis item

4.2 Latar Belakang Subjek

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan jantina, umur, kelas,

bangsa, pendidikan ibu, sekolah, pencapaian Matematik dan Pencapaian

Bahasa Malaysia.

4.2.1 Taburan Subjek Berdasarkan Jantina

Subjek kajian terdiri daripada 40 orang murid-murid daripada darjah 4

RESAK dan 5 MARIKH. Komposisi subjek terdiri daripada 20 orang (50%)

murid lelaki dan 20 orang (50%) murid perempuan.

Jadual 4.1 Taburan Subjek Kajian Berdasarkan Jantina


Variabel Frekuensi Peratus

Lelaki 20 50.0
Perempuan 20 50.0
Jumlah 40 100.0

4.2.2 Taburan Subjek Berdasarkan Umur

14
Berdasarkan Jadual 4.2, 20 orang (50%) murid adalah berumur 10 tahun dan

20 orang (50%) murid adalah berumur 11 tahun.

Jadual 4.2 Taburan Subjek Berdasarkan Umur

Variabel Frekuensi Peratus


10tahun 20 50.0
11tahun 20 50.0
Jumlah 40 100.0

4.2.3 Taburan Subjek Berdasarkan Bangsa

Berdasarkan Jadual 4.3, didapati murid yang daripada bangsa Melayu seramai

38 orang (95%), dan daripada bangsa India seramai 2 orang sahaja (5%).

Jadual 4.3 Taburan Subjek Berdasarkan Bangsa

Variabel Frekuensi Peratus


Melayu 38 95.0

India 2 5.0

Jumlah 40 100.0

4.3 Analisis Deskriptif :

Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran (deskripsi) tentang

sesuatu data, seperti purata (mean), jumlah (sum), sisihan piawai ( standard

deviation), varians (variance), julat (range) , nilai maksimum, nilai

minimum dan sebagainya.

15
4.3.1 Apakah tahap skor Sikap (SMAT) ?
Analisis tahap sikap mendapati bahawa sikap pelajar terhadap matematik

adalah tinggi iaitu seramai 35 orang (87.5%). Peratusan ini menunjukkan

bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran

matematik (Sila rujuk Jadual 4.4 di bawah). Analisis min juga menunjukkan

nilai yang tinggi iaitu pada aras 3.68


Jadual 4.4 : Analisis Tahap Sikap Pelajar Terhadap Matematik

Tahap Sikap Kekerapan Peratusan

Tinggi 35 87.5

Sederhana 21 5.9

Rendah 0 0

Jumlah 361 100

Berdasarkan jawapan responden yang diterima, responden cenderung BERSETUJU

dengan setiap item yang disoal.


ITEM 1:

Statistics
S1
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.7300
Std. Deviation .59160

ITEM 2:

Statistics
S2
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.6000
Std. Deviation .44721

ITEM 3 :

Statistics

16
S3
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.5200
Std. Deviation .31622

ITEM 4:

Statistics
S4
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.4000
Std. Deviation .50000

ITEM 5:

Statistics
S5
N Valid 40
Missing 0
Mean 4.9000
Std. Deviation .27386

ITEM 6:

Statistics
S6
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.6500
Std. Deviation .44721

ITEM 7:

Statistics
S7
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.3700

17
Std. Deviation .54772

ITEM 8:

Statistics
S8
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.7500
Std. Deviation .41833

ITEM 9 :

Statistics
S9
N Valid 40
Missing 0
Mean 4.4500
Std. Deviation .47485

ITEM 10:

Statistics
S10
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.4800
Std. Deviation .41833

4.4 Pengkelasan Skor Min

18
Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu
instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992;
Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman
1999). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang
tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur
adalah tinggi (Mohd Majid 1990).

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan


kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant
2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk
semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach
1946; Norusis 1977). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering
kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen
(Mohd Majid 1990; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003).
Bagi Sekaran (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang kurang
daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai
Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alfa yang
melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan di atas,
penulis telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan
kebolehpercayaan soal selidik.
Menurut Majid Konting (2005),dan Wiersma (2000)menyatakan

bahawa min yang melebihi nilai 3.67 ialah min yang mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual 4.5 Pengkelasan Skor Min

Pengkelasan Skor Min Tahap Penilaian


0.00 – 2.49 Rendah
2.50 – 3.49 Sederhana
3.50 – 5.00 Tinggi
(Weirsma, 2000)

19
Jadual 4.6 : Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Matematik (SMAT)

Pembolehubah Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat Min SP Tahap


Setuju (4) Pasti Setuju Tidak
(5) (3) (2) Setuju
(1)

1.SMAT1 13 14 5 5 3 3.73 0.59 Tinggi

2.SMAT2 15 8 7 6 4 3.6 0.5 Tinggi


3.SMAT3 15 4 12 5 4 3.52 0.32 Tinggi
4.SMAT4 12 10 7 4 7 3.4 0.7 Sederhana

5.SMAT5 33 3 1 1 2 4.9 0.52 Tinggi


6.SMAT6 16 8 5 8 3 3.65 0.67 Tinggi
7.SMAT7 11 12 4 7 6 3.37 0.55 Sederhana

8.SMAT8 18 7 6 5 4 3.75 0.42 Tinggi


9.SMAT9 12 9 15 3 1 4.45 0.47 Tinggi
10.SMAT10 12 7 14 2 5 3.48 0.42 Sederhana

Min Keseluruhan 15.7 8.2 7.6 4.6 3.9 3.68 0.53 Tinggi
(39%) (21%) (19%) (11%) (10%)

20
Statistics
minSikap
N Valid 40
Missing 0
Mean 3.6800
Std. Deviation .53014

4.5 Analisis Inferensi

Statistik inferensi melibatkan analisis bivariat dan multivariat. Analisis

bivariat hanya melibatkan dua variabel kajian untuk tujuan menentukan

hubungan ataupun perbezaan/perbandingan di antara kedua-duanya.

Antara jenis analisis bivariat yang popular dalam kalangan pengkaji

kajian kuantitatif ini ialah analisis korelasi, ANOVA, regression dan

juga t-test. Dalam kajian ini, untuk menentukan perkaitan dan juga

hubungan di antara jantina dan sikap murid terhadap pembeljaran

Matematik (SMAT) . Oleh itu terdapat dua variabel utama yang

dibincangkan iaitu jantina dan sikap murid. Analisis yang sesuai ialah

dengan menggunakan UJIAN T untuk menentukan jantina mempunyai

perkaitan dan hubungan dengan sikp murid terhdap pembelajaran

Matematik iaitu sama ada responden lelaki atau permpuan lebih tinggi

sikap dan minat atau sebaliknya.

4.5.1 Adakah terdapat perbezaan skor sikap (SMAT) berdasarkan jantina?

21
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor sikap (SMAT)

berdasarkan jantina.

Untuk menguji hipotesis, ujian t telah dijalankkan.

Hasil analisis ujian t menjelaskan bahawa t(2,40)= -0.299,

p = 0.767<0.05. Oleh itu tidak terdapat signifikan dalam skor S1

berdasarkan jantina. Oleh itu Ho1 diterima.

Jadual 4.7 Hasil Analisis Ujian t Perbezaan Skor Min S1 berdasarkan Jantina
Variabel N Nilai t Darjah Signifikan
kebebasan
Lelaki 22 -0.299 38 0.767
Perempuan 18

Signifikan pada aras 0.05

4.5.2 Adakah terdapat perbezaan skor sikap berdasarkan pendidikan ibu?

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor sikap berdasarkan

pendidikan ibu. Untuk menguji hipotesis, analisis ANOVA dilaksanakan.

Berdasarkan Jadual 4.8, hasil analisis menjelaskan

F(4,39)=2.053,p=0.108>0.05. Oleh itu tidak terdapat perbezaan signifikan

dalam skor S1 berdasarkan pendidikan ibu. Oleh itu Ho2 diterima.

Jadual 4.8 Hasil Analisis ANOVA Perbezaan Skor S1 berdasarkan


Pendidikan Ibu.
S1

22
Darjah
Jumlah Kuasa kebebasa Min Kuasa
Dua n Dua F Sig.
Antara
4.009 4 1.002 2.053 .108
Kumpulan
Dalam
17.091 35 .488
Kumpulan
Jumlah 21.100 39
Signifikan pada aras 0.05

4.5.3 Adakah terdapat hubungan antara skor sikap (SMAT) dengan pencapaian

Matematik dalam kalangan murid?

Ho3: Tidak terdapat hubungan signifikan antara skor sikap (SMAT) dengan

pencapaian Matematik dalam kalangan murid.

Untuk menguji hipotesis, analisis korelasi Pearson telah dilaksanakan.

Dalam Jadual 4.9, hasil analisis menjelaskan r=0.067, p=0.682>0.05. Oleh itu

tidak terdapat hubungan signifikan antara skor sikap dengan pencapaian

matematik dalamkalangan murid.

Jadual 4.9, Hasil Analisis Korelasi Skor Sikap dengan


Pencapaian Matematik
Variabel minSikap Mat_mrk
minSikap Pearson
1 .067
Correlation(r)
Sig. (2-tailed) .682
N 40 40
Mat_mrk Pearson Correlation .067 1
Sig. (2-tailed) .682

23
N 40 40

4.6 Gred pencapaian Sekolah Rendah

Jadual 4.10 di bawah menunjukkan tentang Gred Markah UPSR terkini.

Skala gred standard yang digunapakai oleh semua sekolah dalam SAPS

untuk rujukkan.

Jadual 4.10
Pencapaian Matematik Mengikut Gred dan Markah

Gred Markah
A 85 – 100
B 70 – 84
C 60 – 69
D 50 – 59
E 40 – 49
FF 00 – 39

(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia)

5.0 Perbincangan

Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang ketara antara pemboleh

ubah yang diuji. Dalam factor sikap dapatan kajian ini mendukung dapatan kajian-

24
kajian lepas seperti yang dilakukan oleh Zainun (1991), Masita (2002), dan Chong

(2003). Mereka mendapati bahawa sikap mempengaruhi pencapaian matematik

pelajar. Pelajar yang bersikap tinggi terhadap matematik lazimnya akan menyiapkan

kerja yang diberikan dalam masa yang ditetapkan, hadir ke kelas, bersemangat untuk

belajar, bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan sebagainya. Dengan sikap

sebegini sudah pasti akan meningkatkan pencapaian. Rahil (1995) menyatakan

bahawa sikap yang positif terhadap pembelajaran akan meningkatkan pencapaian

pelajar.

Kesimpulan yang sama dapat juga dibuat bagi pembolehubah minat pelajar.

Didapati bahawa minat mempunyai hubungan yang jelas dengan pencapaian pelajar.

Dapatan ini bersesuaian dengan kajian-kajian terdahulu seperti yang dijalankan oleh

Chong (1998) dan Mohd Zahir (2003). Mereka telah mendapati bahawa minat

mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian matematik pelajar. Kajian

ini juga selari dengan kajian oleh Azizah (1999) yang menyatakan pengaruh minat

terhadap pencapaian. Dengan lain perkataan dapat dikatakan minat yang ada dalam

diri pelajar akan mendorong pelajar mempelajari pelajaran tersebut secara mendalam.

Dalam aspek pengajaran guru didapati terdapat hubungan yang jelas antara

aspek pengajaran itu dengan pencapaian pelajar. Dengan lain perkataan pelajar akan

berpendapat bahawa kaedah pengajaran akan mempengaruhi secara langsung

pencapaian matematik mereka. Kepelbagaian pengajaran dan kaedah merupakan

beberapa contoh yang berkaitan dengan pengaruh pengajaran guru. Justeru sebagai

guru mereka perlu memilih pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-

pelajarnya. Pernyataan ini selari dengan kajian-kajian lepas seperti yang dilakukan

oleh Ridzuan (2002) dan Dee (2004).

Berdasarkan kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai

maklumat tambahan kepada proses peningkatan pencapaian matematik di kalangan

pelajar. Didapati bahawa suatu kajian lanjutan yang lebih menyeluruh perlu

dilaksanakan untuk melihat kesan pengaruh ini dengan lebih mendalam. Hal ini

25
kerana jumlah responden yang terhad kepada dua buah sekolah sahaja dalam daerah

Kuala selangor, Selangor, tidak memadai untuk mendapatkan gambaran yang lebih

mendalam tentang masalah pencapaian pelajar dalam matematik secara keseluruhan.

Di samping itu faktor-faktor yang dikaji juga perlu lebih menyeluruh dan

tidak hanya dihadkan kepada aspek sikap, minat dan pengajaran guru. Ini kerana

proses pembelajaran pelajar meliputi pelbagai perkara sama ada di sekolah, atau di

rumah, ataupun semasa berada dalam masyarakat yang lebih luas. Penilaian kepada

pelbagai faktor yang lebih menyeluruh akan dapat memberikan gambaran yang lebih

luas dan tepat berkenaan dengan pencapaian pelajar dalam Matematik.

Justeru kaedah pengumpulan data juga perlu dipelbagaikan dan tidak hanya

terfokus kepada kaedah menggunakan soal selidik. Kepelbagaian dalam kaedah

pengumpulan data akan dapat memastikan kepelbagaian jenis data yang saling

lengkap melengkapi. Oleh yang demikian penjelasan tentang faktor, sebab dan akibat

akan dapat dijelaskan dengan lebih tepat dan mendalam.

6.0 Rumusan

Dengan menjalankan kajian ini diharapkan agar dapat dijadikan maklumat

tambahan yang bermanfaat kepada semua pihak yang berkaitan, khususnya di dua

buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini.

Wujudnya hubungan yang positif antara sikap, minat dan pengajaran guru dengan

pencapaian matematik pelajar menunjukkan aspek-aspek tersebut adalah penting

dalam proses meningkatkan pencapaian. Secara tidak langsung ianya memberikan

gambaran tentang pentingnya peranan ibubapa, guru, dan pihak sekolah dalam

menanamkan dan memupuk sikap dan minat yang positif di kalangan pelajar

khususnya dalam mempelajari matematik.

Sebagai ibubapa setidak-tidaknya akan lebih memahami pentingnya memberikan

pendedahan yang positif berkaitan dengan budaya belajar dalam kalangan anak-anak

26
mereka. Ini kerana pendedahan awal semasa berada di rumah memberi kesan yang

lebih besar apabila mereka pergi ke sekolah dan belajar matematik. Kebiasaan

membawa ke kedai buku dan membelikan buku-buku atau bahan berkaitan dengan

matematik contohnya akan dapat memupuk kecenderungan pelajar kepada mata

pelajaran tersebut.

Perkembangan ini seharusnya diteruskan semasa pelajar tersebut berada di sekolah.

Justeru para guru seharusnya memaklumi tentang pengaruh pengajaran mereka

kepada proses pembelajaran matematik pelajar di sekolah. Dapatan kajian

menunjukkan adanya permasalahan dalam proses pengajaran guru di mana merasakan

pendekatan yang digunakan oleh guru matematik mereka kurang menarik sehingga

menyebabkan mereka lebih meminati mata pelajaran yang lain. Kepelbagaian dalam

pendekatan dan strategi pembelajaran perlu dititikberatkan kerana akan

mempengaruhi minat dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari matematik.

Penggunaan multimedia dan teknologi seperti penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran (PdPc) boleh mempertingkatkan minat pelajar untuk

mempelajari matematik. Penggunaan warna, rekabentuk, suara, dan seumpamanya

dapat merangsang minat dan perhatian pelajar. Di samping itu pendekatan psikologi

pendidikan yang lebih menyeluruh dan tepat adalah penting bagi memastikan hasil

pembelajaran yang diharapkan dapat dicapai.

Bagi memupuk minat terhadap matematik ini pula pihak sekolah boleh memainkan

beberapa peranan seperti menyediakan sudut atau ruang matematik dalam kawasan

sekolah. Penyediaan kemudahan ini setidak-tidaknya akan memberi peluang kepada

pelajar untuk mendekati mata pelajaran matematik dengan lebih dekat. Keselesaan

dan pengetahuan mendalam disertai dengan peluang yang ada akan memupuk minat

dan kefahaman yang lebih tepat dalam kalangan pelajar.

27
7.0 Rujukan

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi


Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Cetaktama Press.

Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Kuala


Lumpur: Fajar Bakti.

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azizah Tumirah. (1999). Factor-faktor yang mempengaruhi kelemahan pelajar


bumiputera dalam mata pelajaran sains. Tesis Sarjana Muda. Fakulti
Pendidikan, Unversiti Teknologi Malaysia.

Azrul Azlan. (1988). Satu tinjauan mengenalpasti factor-faktor yang


mempengaruhi mata pelajaran lukisan kejuruteraan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Mersing. Tesis Sarjana Muda. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarudin Hamat (2003). Factor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran:


Satu tinjauan di kalangan pelajar pengajian kejuruteraan jentera di dua
buah sekolah menengah teknik di Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Shok Mee. (1991). Asas Pendidikan Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.

Marimuthu, T. (1990). Pengenalan Sosilogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar


Bakti.

Masita Miskam. (2002). Factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam


mata pelajaran di kalangan aliran teknik dan vokasional di Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Masmuda Bakri. (1980). Persepsi terhadap mata pelajaran matematik di


kalangan pelajar sekolah menengah: Satu kajian kes. Tesis Sarjana
Muda. University Teknologi Malaysia.

Mohamed Najib Abdul Ghaffar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai:


Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28
Mohd Zahir Khasim. (2003). Tinjauan terhadap minat, pengajaran guru,
pengaruh keluarga dan tahap pembelajaran pelajar terhadap mata
pelajaran matematik di Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Tesis
Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang. (1994). Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Selangor: Kumpulan Budiman.

Nik Aziz Nik Pa. (1989). Pembelajaran matematik sebagai aktiviti membina
dan bukan aktiviti membuat replika. Berita Matematik. (34).

Quek Miow Leng. (2006). Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian


matematik di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Batu Pahat. Tesis
Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Rahil Mahyuddin. (1995). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ridzuan Ismail. (2002). Factor-faktor yang mendorong pencapaian pelajar


sekolah menengah agama bagi mata pelajaran KHB dalam peperiksaan
PMR daerah Rendang. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Psikologi Pendidikan DAlam Perspektif


Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sin Chew Daily, 30 Disember 2006. Perbandingan peratusan kelulusan mata


pelajaran berlainan dalam PMR tahun 2005 dan tahun 2006 untuk
seluruh negara.

Suradi Salim. (1989). Tinjauan sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar di


sekolah-sekolah negeri Selangor. Jurnal Pendidikan. Kuala Lumpur.

Syuhada Choo Abdullah. (2001). Pencapaian matematik rendah: Persidangan


Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002. Berita Harian, 30 Oktober
2001.

Zamrah Yaacob. (1999). Satu kajian mengenal pasti factor-faktor kelemahan


pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di tiga buah
sekolah menengah di daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Muda.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

29

You might also like