Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TOPIK 2: KONSEP PENYIARAN

2.0 PENGENALAN
Tahun 1930-an: Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an, iaitu melalui
kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur. Pada awalnya penyiaran di Malaysia
berasaskan kepada falsafah British dengan pelantikan Pengarah Penyiaran adalah
warga British iaitu David Lyttle.
Tahun 1950-an hingga 1960-an: Rancangan agama pertama kali disiarkan oleh radio
pada pertengahan tahun 1950-an hingga 1960-an. Arahan daripada kerajaan supaya
siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga siaran bacaan al-Quran
diperdengarkan pada permulaan dan penutup rancangan.
Tahun 1971: Program agama di televisyen pula hanya disiarkan selama 30 minit
seminggu kerana masalah teknikal Menyedari kelemahan tersebut, Radio Televisyen
Malaysia (RTM) mewujudkan Unit Agama dan Dakwah selaras dengan penstrukturan
semula unit-unit lain

2.1. GARIS PANDUAN PENYIARAN


Garis panduan penyiaran merupakan satu perkara penting bagi melindungi
kepentingan orang awam, negara dan kerajaan. Garis panduan ini ditujukan kepada
mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio
dan televisyen yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan 1996)
termasuk stesen-stesen penyiaran milik kerajaan melainkan stesen-stesen penyiaran
berlanggan (subscription) mesti menggunakan garis panduan ini
Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah:
A. Siaran berita dan siaran hiburan
B. Perihal artis dan tata kelakuan artis

Bahan-Bahan Siaran:
Ciri-ciri bahan siaran yang boleh disiarkan Umum
 Menyokong wawasan negara
 Menghormati sensitiviti/kepekaan rakyat
 Memaparkan keindahan dan kemajuan negara
 Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta
 Menggambarkan masyarakat berbilang kaum
Bahan siaran yang tidak boleh disiarkan Ideologi dan Politik
 Aspek Keagamaan
 Ketertiban dan Ketatasusilaan
 Aspek Sosial Budaya
 Ideologi dan Politik
 Menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara Malaysia
 Hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran
 Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecilkan negara yang ada hubungan
baik dengannya
 Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemas kini dan mengandungi
fakta- fakta yang tidak tepat

Bahan siaran yang tidak boleh disiarkan Aspek Keagamaan


 Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan
dengan keimanan dan keinsafan
 Merosakkan kerukunan umat beragama
 Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia
 Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran al-Quran,
sunah dan mazhab Syafii
 Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau penganut agama

Bahan siaran yang tidak boleh disiarkan Aspek Ketertiban dan Ketatasusilaan
 Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang
bertentangan dengan undang-undang dan peraturan negara
 Memaparkan modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah
menimbulkan rangsangan untuk menirunya
 Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan
perbuatan jahat itu sendiri
 Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran
 Menimbulkan sentimen kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara
golongan
 Menggambarkan dan membenarkan penyalahgunaan serta kenikmatan dadah
dan ubat-ubatan terlarang
 Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, kekerasan dan kengerian
sesama manusia dan manusia terhadap binatang
 Memaparkan adegan-adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan
penjenayah pada akhirnya
 Menunjukkan perlakuan-perlakuan yang mengghairahkan
 Menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan
bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
 Menunjukkan “close-up” pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki dan
perempuan kecuali siaran liputan sukan
Bahan siaran yang tidak boleh disiarkan Aspek Sosial Budaya
 Bercanggah dengan peruntukan Akta Hasutan 1948
 Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan
umum di Malaysia
 Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat yang
diamalkan di Malaysia
 Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan yang tidak
bermoral dan jahat
 Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan “counterculture”
 Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan
tertentu
 Menonjolkan/mengagungkan agama lain selain agama Islam
 Mengandungi adegan babi
 Mengagungkan “martial arts” asing seperti kung fu melainkan dengan
kebenaran
Ciri-ciri siaran berita kepada umum
Ciri-ciri siaran berita yang boleh Ciri-ciri siaran berita yang tidak
disiarkan boleh disiarkan
Bersesuaian dan meyakinkan rakyat Sebarang bentuk ancaman dan
akan dasar dan rancangan-rancangan kecaman
semasa negara
Semua liputan berita atau laporan Mencemarkan nama baik seseorang
kenyataan, fakta dan perangkaan yang atau organisasi
digunakan adalah benar.
Gambar orang ramai yang Menjejaskan imej kerajaan
mencerminkan masyarakat berbilang
kaum
Peranan rakyat dalam proses Memperkecilkan Negara lain
pembentukan negar

2.1.1 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM


Penyiaran: Aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen
kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran
dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel
Dari segi bahasa - proses, cara dan perbuatan menyiarkan
Dari segi istilah - proses komunikasi yang disampaikan kepada audiens, iaitu suatu
proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses
pemancaran elektro magnetik atau gelombang yang lebih tinggi
Kesimpulannya penyiaran ialah pengedaran isyarat audio dan/atau video yang
memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan
tertentu melalui proses elektro magnetik atau gelombang
Penyiaran Islam - sesuatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan
nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam
kehidupan dunia dan kehidupan akhirat

KONSEP PENYIARAN ISLAM


Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung kepada tasawur kemanusiaan
yang dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan tiga segi antara Allah SWT, manusia
dan masyarakat (Islamic triangular relationship)
Allah: Manusia berkomunikasi dengan Allah secara vertical untuk memenuhi asas
penciptaan, Teknologi penyiaran yang menafikan keagungan Allah adalah terbatal
dan tidak perlu, Semua kerja sehingga menghasilkan output penyiaran dianggap
ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah
Manusia: Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah, Manusia telah
dilengkapkan keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara
baik dan buruk, Penyiaran dianggap sebagai jalan bagi mengenali Allah
Masyarakat: Kepelbagaian etnik, warna kulit, bahasa dan agama mewujudkan
keadilan dan persamaan dalam komunikasi Islam. Akhlak merupakan prinsip asas
dalam merancang fungsi penyiaran. Prinsip ini boleh menghasilkan produk penyiaran
yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan Objektif
tertinggi penyiaran Islam adalah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal
masyarakat

2.1.2 AKTA PENYIARAN


Terdapat 5 bahagian berasingan di bawah Akta Penyiaran 1988 iaitu:
 Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa dan tafsiran
 Lesen untuk menyiarkan yang menyentuh keistimewaan eksekutif/ kerajaan,
lesen untuk menyiarkan, penalti, tempoh tangguh, kesalahan lesen, kuasa
menteri untuk mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan
dan pembatalan atau penggantungan lesen
 Kuasa menteri untuk memberi arahan dan membenarkan pemeriksaan
 Lesen bagi memasang atau mengendalikan atau berniaga alat terima siaran
radio atau alat terima siaran televisyen
 Menerangkan kuasa menggeladah, perwakilan kuasa, kuasa menteri memberi
kuasa atau memberi lesen dan menentukan kadar dan menetapkan terma dan
syarat mesej iklan, kuasa khas dalam darurat dan kuasa untuk membuat
peraturan
2.1.3 KOD ETIKA PENYIARAN DI MALAYSIA
Setiap bentuk persembahan penerbitan rancangan yang disiarkan melalui saluran
radio dan televisyen mana-mana media penyiaran di Malaysia sama ada terbitan
dalaman atau dibekalkan oleh pihak luar, wajib mematuhi undang-undang negara,
peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang sedia ditetapkan.
Antaranya:
 Rukun Negara
 Sosiobudaya Malaysia
 Garis panduan penapisan LPF (Lembaga Penapis Filem Malaysia)
 Misi dan visi Jabatan Penyiaran
 Dasar-dasar semasa kerajaan
 Undang-undang dan akta yang berkaitan

Kod Etika Pengiklanan


Kod etika ini dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, Negara dan
kerajaan dari anasir yang boleh mengancam perpaduan.
Etika bagi wanita dan lelaki dalam iklan hendaklah:
 Autoriti
Kaum wanita dan lelaki hendaklah ditunjukkan secaa berautoriti dan berhak dalam
menentukan sesuatu.
 Hak membuat keputusan
Iklan mestilah menunjukkan kaum wanita dan lelaki adalah sama-sama berkuasa
untuk membuat keputusan dalam menetukan pembelian.
 Keganasan
Pengiklanan tidak boleh menunjukkan kaum lelaki menindas wanita.
 Perbandingan Jantina
Pengiklanan tidak boleh eksploitasi kaum wanita dan lelaki berdasarkan jantina
apabila mempromosikan barangan.
 Kepelbagaian
Iklan menunjukkan peringkat umur kaum wanita dan lelaki yang dipelbagaikan
boleh turut serta dalam pebagai aktiviti.

You might also like