Professional Documents
Culture Documents
Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran
Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran
SEKAPUR SIRIH
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini. Ini merupakan tugasan saya di dalam semester September 2014 ini. Jutaan
berterima kasih saya ucapkan kepada tutor kami En. Jamal Rizal bin Razali kerana telah
memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi menyiapkan
tugasan ini. Tanpa nasihat daripada beliau pasti saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini
mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Di sini beliau telah memberikan
banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Saya amat berharap agar tugasan saya ini memberikan impak yang amat bermakna
kepada saya dan guru-guru dalam membantu para pelajar dalam menguasai kemahiran mereka
bentuk pengajaran supaya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Harapan saya agar tugasan saya ini boleh dijadikan sebagai panduan yang amat
bermakna kepada bakal-bakal guru dan rakan-rakan guru lain untuk membantu para pelajar.
Tidak dilupa ucapan terima kasih ini juga kepada semua ahli keluarga yang sentiasa memberi
semangat dan dorongan kepada saya.
2
HBML 4303 740917115031002
Sekapur Sirih 2
.
4.0 Kesimpulan 20 – 21
5.0 Rujukan 22 – 23
1.0 PENGENALAN
3
HBML 4303 740917115031002
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan pelajar melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala
Dewey ( 1910 ) pula menegaskan bahawa kemahiran berfikir adalah pemikiran yang
dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran
merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan
menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah
fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak pelajar dapat bekerja dan beroperasi.
Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
4
HBML 4303 740917115031002
Kemahiran KBKK di dalam kurikulum sekolah mula diperkenalkan pada awal tahun
1989 iaitu semasa era peralihan daripada KLSM ( Kurikulum Lama Sekolah Menengah)
kepada KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Selaras dengan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah merintis projek
percubaan perlaksanaan kemahiran berfikir merentas kurikulum pada awal tahun 1992/1993.
Ini selaras dengan objektif KBSR itu sendiri iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai
Kemahiran Berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Manakala, objektif KBSM
iaitu mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikirian rasional kritis dan
kreatif. Secara amnya, konsep KBKK itu sendiri bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang
berdayasaing, maju, berfikiran rasional serta dapat mencungkil bakat serta kreativiti pelajar itu
sendiri. Suasana dan gaya pembelajaran yang kreatif dan kritis dapat menggalakkan pelajar-
pelajar berfikir lebih daripada pengetahuan yang diperolehinya.
Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah. Seramai
3000 pensyarah maktab-maktab perguruan telah dilatih dalam bidang Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Pada tahun 1994, Bengkel
Penyoalan dan Pemikiran Kritis telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah maktab
perguruan oleh Profesor William W.Wilen dari UniversitiKent, Ohio, Amerika Syarikat
( Bahagian Pendidikan Guru, 1994). Pengajaran secara KBKK bercirikan “ penyebatian” iaitu
ia tidak di ajar secara berasingan malah diserapkan di dalam keseluruhan mata pelajaran
seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains dansebagainya. Wilen (1995) menjelaskan
bahawa pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan-soalan yang baik selain daripada
kebolehan guru untuk mengutarakan soalan yang bersesuaian dengan pelajar bagi
menggalakkan pemikiran yang tinggi. Guru perlu memiliki pengetahuan yang meluas dan
kemahiran yang tinggi bagi menggunakan teknik-teknik penyoalan yang berkesan .Bertitik
tolak dari sejarah kemahiran berfikir, maka kemahiran berfikir dapatlah ditafsirkan sebagai
satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi,
analisis, sintaksis, atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan,
5
HBML 4303 740917115031002
Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik. Bagi
mencapai hasrat itu, kemahiran-kemahiran ini perlu dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di
sekolah. Oleh itu, KBKK ini perlu diajar secara eksplisit dan diterapkan dalam pengajaran
pembelajaran bagi setiap mata pelajaran di sekolah.
Kemahiran berfikir secara kreatif ialah sejenis pemikiran di mana seseorang dapat
memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjana pemikiran kreatif di kalangan
pelajar-pelajarnya dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah
apabila pelajar-pelajarnya mengeluarkan idea yang unik dan kreatif. Guru-guru boleh
menyemai kemahiran berfikir secara kreatif dengan cara-cara seperti melatih pelajar-pelajar
dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan relevan, guru mengemukakan soalan
mengikut darjah soalan yang diberikan, soalan latihan yang diberikan bermula dengan
6
HBML 4303 740917115031002
soalan mudah dan berakhir dengan soalan sukar, menyediakan soalan lisan secara spontan,
guru-guru mesti memupuk semangat ingin tahu dan pemikiran pelajar dengan soalan yang
unik, pelajar mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak dan guru-guru perlu
memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah agar
menjana pemikirna kreatif.
Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan
pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah untuk menjana
pemikiran kreatif. Selain itu, banyakkan soalan terbuka di dalam bilik darjah dan menerima
pelbagai jawapan yanh betul asalkan ia logik dan munasabah. Guru-guru harus
memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan
debat agar pelajar-pelajar dapat melibatkan diri dalam perbincangan intelektual.
Kemahiran pemikiran secara kritis pula berlaku dalam situasi yang memerlukan
seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang
dihadapinya. Ia adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa
kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Selain itu,
pemikiran kritis juga melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu idea, data atau
maklumat bagi tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah terhadap sesuatu perkara
ataupun idea. Ia juga boleh dirujuk sebagai satu bentuk pemikiran reflektif.
7
HBML 4303 740917115031002
a) Keaslian
Keaslian membawa maksud bahawa idea-idea yang terhasil adalah luar biasa dan
asli, tidak ditiru atau diciplak dari mana-mana idea lain. Keasliannya tetap
dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama.
Idea terhasil dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita atau melalui
pengalaman kita sendiri. Contohnya melihat kesukaran ayah atau ibu kita mengupas
kelapa. Oleh itu tercetus idea untuk menghasilkan mesin pengupas kelapa semi
8
HBML 4303 740917115031002
automatik. Idea dan penciptaan ini boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana
masih belum dicipta oleh sesiapa.
b) Kelancaran
Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula
yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada
individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.
a) Proses menyoal
Sesorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu.
Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan
membuka minda kita dengan lebih luas.
c) Pengalaman
Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses
tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan
berjaya.
9
HBML 4303 740917115031002
d) Proses kesilapan
Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan menjalankan
eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan
dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan tersebut mereka menjumpai
formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan
kajiannya. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melahirkan
pemikiran kreatif di kalangan pelajar iaitu di antaranya :
10
HBML 4303 740917115031002
Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang
berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera. Buah
fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini
ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap
peristiwa yang berlaku.
Berfikiran secara kritis juga menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap
sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari
setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah berdasarkan bilai yang mereka jadikan
panduan hidup, seperti nilai agama bagi mereka yang beragama manakala yang tidak
beragama menggunakan nilai moral sebagai landasan.
Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas fakta dan alasan yang
munsabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan
pengalaman seseorang tersebut. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah
11
HBML 4303 740917115031002
Alat-alat berfikir ialah instrument yang membantu pelajar berfikir dan mengurus proses
pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah soalan dan penyoalan,
peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT ( Cognitive Research Trust ). Alat-alat ini digunakan
12
HBML 4303 740917115031002
oleh pelajar untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu
kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping
itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan.
Kebiasaannya, soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh
digelar sebagai Pengurusan Lisan. Kertas ini akan menerangkan beberapa alat berfikir yang
biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Penyerapan ciri-ciri kemahiran berfikir dapat dilakukan dengan alat-
alat berfikir yang sesuai berdasarkan ciri-ciri kemahiran berfikir itu sendiri.
Alat berfikir CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan
“Cognitive Research Trust”. Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1
diperkenalkan oleh Edward De Bono. Sebenarnya, CoRT menggalakkan individu
untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort. Antaranya termasuklah:
Kesimpulannya bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunyai
kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang pelajar biasa lakukan serta memilih
alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya.
Penggunaan alat berfikir CoRT ini merupakan alat yang digunakan di dalam rancangan
pengajaran bahasa Melayu seperti di Lampiran 1 yang disertakan. Guru akan mewujudkan
13
HBML 4303 740917115031002
satu soalan atau situasi untuk menjana kemahiran berfikir pelajar menggunakan alat berfikir
CoRT ini. Berikut merupakan contoh soalan yang dikemukakan kepada pelajar.
Soalan :
Aplikasikan PMI ( Plus, Minus, Interesting) atau (Kebaikan, Keburukan, Menarik) ke atas
idea menonton televisyen mesti membayar mengikut jam.
PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang
dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau
isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong memperluas
padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit dan beremosi.
Kebaikan :
Mengelakkan anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.
Mendidik jiwa anak-anak supaya lebih mementingkan nilai masa dengan mengisi
masa dengan melakukan kerja-kerja berfaedah selain daripada menonton televisyen.
Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. ·
Keburukan:
Menyebabkan jiwa anak-anak menjadi stress dan menghadapi tekanan lantaran
aktiviti kesukaan mereka disekat .
Anak-anak menjadi lebih nakal dengan mencuri duit ibu bapa bagi membayar
menonton televisyen.
14
HBML 4303 740917115031002
Menarik:
Merupakan satu langkah bijak dalam menangani sikap anak-anak yang menonton
televisyen secara berlebihan.
Satu inovasi yang bagus dalam mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin. ·
Menggambarkan ibu bapa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam
menangani masalah anak-anak.
Keputusan:
Pada pandangan peribadi saya, idea ini kurang sesuai kerana banyak keburukan
daripada kebaikan. Dalam arus dunia globalisasi ini, banyak maklumat atau kaedah
terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui televisyen. Ibu bapa boleh
mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton televisyen dengan kaedah
lain. Tamsilnya, menghadkan rancangan televisyen yang sesuai ditonton oleh anak-
anak. Dorong mereka untuk menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan
seperti rancangan berbentuk agama dan sains sekaligus akan melahirkan anak-anak
yang berakhlak mulia dan cerdas pemikiran.
Alat berfikir yang sesuai digunakan untuk menyerap ciri-ciri kemahiran berfikir ini
ialah CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua
aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita
menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih mana-
mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
Soalan :
Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di Malaysia, masalah ini semakin serius dari tahun ke
15
HBML 4303 740917115031002
tahun. Dengan menggunakan gaya pemikiran kreatif dan alat-alat berfikir yang
sesuai untuk mencadangkan penyesuaian kepada masalah ini.
Gaya pemikiran dan alat berfikir ini perlu dijana oleh pelajar sebagai alternatif
dalam menyelesaikan kemalangan jalan raya. Dalam mencari jalan penyalesaian
kepada fenomina ini, pelajar boleh menjalankan “3P” ” iaitu pendidikan,
perundangan, dan penyelidikan. Bagi pendidikan, ia memainkan peranan yang
terpenting dengan membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan
berlakunya salah laku jalan raya.
Untuk tujuan mengurangkan masalah kemalangan dan salah laku jalan raya,
pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan
raya, dan juga mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan
raya. Pendidikan untuk mengurangkan kemalangan dan salah laku jalan raya perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu,
semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka
pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu melalui sekolah dasar
dalam mata pelajaran moral, melalui sekolah memandu, melalui komunikasi awam
seperti televisyen. Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan
moral di sekolah untuk mengurangkan kemalangan dan salah laku jalan raya ialah
memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam
penggunaan jalan raya.
CAF boleh menjadikan persepsi pelajar lebih luas dan telus. Pelajar tidak
sekadar memfokuskan hanya kepada faktor-faktor yang berdekatan dengan mereka,
tetapi juga terhadap perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial. Hal ini sangat
penting kepada semua pihak. Tujuan untuk meninjau semua aspek situasi dengan
16
HBML 4303 740917115031002
Ciri-ciri kemahiran berfikir seperti di atas boleh diterangkan secara ringkas beserta
contoh seperti berikut :
i) Mengkategori
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-
masing adalah berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini
adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat
banyak item atau maklumat dan item atau maklumat tersebut tidak tersusun.
Contoh:
Dengan diberikan item-item seperti berikut:
papan kekunci (keyboard), Tetikus (Mouse), Mikrofon, Scanner, Speaker , Monitor,
Printer, mesin Fax.
ii) Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan
berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membuat
keputusan bagi memilih sesuatu, dan menerima atau menolak sesuatu idea.
Contoh:
Semasa ingin membuat permohonan agar dipasangkan talian telefon tetap, mereka
memberikan pilihan sama ada ingin menyambung talian internet atau talian telefon
sahaja kerana promosi pada waktu itu dilakukan secara besar-besaran. Adakah ingin
menerima atau menolak permintaan tersebut?
Pelajar boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya
membuat keputusan.
18
HBML 4303 740917115031002
Contoh:
Di sekolah terdapat banyak bahan buangan pepejal. Bagi memupuk minat mereka, satu
permainan berkomputer (game) perlu dibangunkan suapaya pelajar-pelajarnya akan
lebih didedahkan dengan konsep kitar semula serta memahami tujuannya secara
mendalam seterusnya terus menyokong program ini memandangkan pelajar-pelajar
masa kini lebih cenderung kepada permainan berkomputer yang interaktif.
4.0 KESIMPULAN
Amalan KBKK dalam pengajaran masih lagi pada tahap sederhana. Persepsi guru-guru
menunjukkan mereka masih lagi perlu didedahkan secara lebih meluas terhadap konsep ini,
terutama dari aspek pengendalian KBKK dalam bilik darjah. Mereka juga didapati masih lagi
memerlukan kursus-kursus yang banyak menekankan aspek amali dalam melaksanakannya.
Oleh sebab konsep KBKK memerlukan penguasaan yang baik maka persediaan guru
terhadap kefahaman dan pengendaliannya perlulah lebih memberikan manfaat.
19
HBML 4303 740917115031002
dengan merasionalkan pemikiran guru bahawa pengajaran KBKK secara penyebatian adalah
sangat sesuai dengan apa juga jenis kelas sama ada kelas peperiksaan ataupun tidak. Ini juga
memohon komitmen guru dalam menyediakan dirinya untuk menjadi pemikir yang baik.
20
HBML 4303 740917115031002
5.0 RUJUKAN
Alvino,J. (1990). Building better thinkers. Learning, Feb 90, Vol.18 Issue 6, p40.
Beyer, B.K. (1987). Practical Strategies for the teaching of thinking. Boston: Allyn
Bacon.
Chambers. (1988). Thinking in the classroom. New York: Teachers College Press,
Columbia University.
Chance, P. (1986). Thinking in the classroom. New York: Teachers College Press
Columbia University.
Clasen, D.R. , dan C. Bonk. (1990). Teachers tackle thinking. Madison, Wis: Madison
Education Extension Program.
De Bono.E . (1976). The direct teaching of thinking in education and CoRT method.
Dlm McLure . S. dan Davies . P. Learning To Think . New York: Pergamon Press.
Ghazali Mustapha (1997). An investigation into teacher's question and task to develop
reading comprehension: The application of the Cogaff Taxonomy in developing
critical thinking in Malaysia. Tesis PhD.
21
HBML 4303 740917115031002
Johari Yusuf . (1997). Aras kognitif soalan kefahaman ujian Bahasa Melayu tahun 6
sekolah rendah di negeri Terengganu: Hala Tuju UPSR, Dalam Kertas Kerja
Wacana Pendidikan ke-4, MP Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif-
model pengajaran dan pembelajaran. Unit Kurikulum , Bahagian Pendidikan Guru,
Kuala Lumpur.
Leming, J.S. (1989). "Some critical thought about teaching of critical thinking." Social
Studies, Vol. 89 Issue 2.
Lee Lai Guan. (1995). Kajian keberkesanan Kursus kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darul Aman. Kertas kerja
Seminar Penyelidikan Pendidikan , Sarawak.
Laman Web
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Dicapai pada Oktober 20, 2014 daripada
http://mahirkbkk.tripod.com/
Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir. Dicapai pada Oktober 20, 2014
daripada http://mahirkbkk.tripod.com/strategi.htm
Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Kbkk). Dicapai pada
November 03, 2014 daripada
http://faizahothman.wordpress.com/2011/12/04/pembentangan-seminar-serantau-ke-52011-di-
riau-indonesia-bertajuk-kepentingan-penyebatian-kbkk-dalam-proses-pp/
Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dengan Penggunaan Komputer
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dicapai pada November 03,
2014 daripada
22
HBML 4303 740917115031002
http://asyshakor.wordpress.com/2011/03/31/pengintegrasian-kemahiran-berfikir-secara-kritis-
dan-kreatif-dengan-penggunaan-komputer-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-
pendidikan-islam/
Kemahiran Berfikir - Just Another Story. Dicapai pada November 03, 2014 daripada
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html
LAMPIRAN 1
Tahun: 6 Taufik
Hari : Selasa
Pendekatan : Koperatif
Kaedah : Perbincangan
23
HBML 4303 740917115031002
Set induksi a) Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan. Video ‘Akibat
Menonton TV
(5 minit)
b) Guru memaparkan sebuah video mengenai ‘Akibat Berlebihan’
Menonton Televisyen Berlebihan’.
24
HBML 4303 740917115031002
25