ISL Minggu 8

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISL minggu 8,9 dan 10 : Secara kumpulan berdua pelajar dikehendaki menghuraikan

maklumat tentang ciri-ciri guru pemulihan, senarai tugas guru pemulihan dan peranan guru
pemulihan dengan menggunakan borang grafik yang sesuai.

Ciri-ciri guru pemulihan

Ciri-ciri guru pemulihan


penyabar Ciri ini sangat penting bagi guru pemulihan untuk menangani sikap
murid pemulihan yang biasanya nakal dan tidak mahu mendengar
arahan guru dengan baik. Sebagai contoh, jika pelajar pemulihan
membuat bising di dalam kelas pemulihan, guru perlu bersabar dan
jangan terus menghukum pelajar tanpa memberi nasihat terlebih
dahulu.
bertanggungjawab Tugas dan tanggungjawab guru pemulihan ialah mengajar dan
membuat intervensi untuk murid pemulihan yang belum menguasai
kemahiran 3M. Oleh yang demikian, guru pemulihan yang baik bukan
hanya menjalankan tugas kerana dibayar gaji semata-mata tetapi
beranggapan bahawa perkembangan pembelajaran pelajar adalah
tanggungjawab mereka.
rajin Guru pemulihan yang baik mestilah rajin ketika menjalankan
tugasnya, iaitu mengajar murid pemulihan. Guru pemulihan mestilah
rajin untuk menceriakan bilik pemulihan dengan pelbagai jenis BBM,
rajin mengajar murid, rajin mencari pelbagai bahan untuk program
pemulihan dan berbincang dengan guru pemulihan yang lain untuk
bertukar-tukar pendapat dan idea.
pandai mengurus Guru mesti masuk awal ke bilik pemulihan pada masa yang
masa ditetapkan. Guru pemulihan juga mesti menggunakan masa yang
diperuntukkan dengan sebaik-baiknya mengikut jadual waktu guru
pemulihan yang telah ditetapkan. Guru pemulihan mestilah
menggunakan masa persediaan dengan membuat BBM dan RPH
atau RPI.
suka bekerjasama Kerjasama yang dimaksudkan di sini adalah kerjasama dengan
semua pihak termasuk guru mata pelajaran, ibu bapa pihak
pengurusan sekolah dan pihak-pihak lain yang terlibat. Kerjasama ini
sangat penting bagi memastikan program pemulihan dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan. Sebagai contoh, bagi
mendapatkan maklumat berkenaan dengan maklumat murid
pemulihan guru perlu mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa
pelajar.

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

Catatan senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang


telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa,
doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar
belakang murid.
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi
ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid - murid.

Agihan waktu mengajar guru pemulihan khas adalah seperti berikut:

Mata pelajaran
Tahun Jumlah
Bahasa Melayu Matematik
1
2 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30 minit=210 450 minit
3 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30 minit=210 450 minit
Jumlah 480 minit 420 minit 900 minit

*900 minit + 120 minit (waktu persediaan) = 1020 minit seminggu

Waktu Panduan dan Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam
jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang
boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut :
1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.

2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.


3. Mengemas kini rekod-rekod

4. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan
murid di kelas biasa.

5. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid.


6. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

Peranan dan Ciri Guru Pemulihan


Terdapat beberapa peranan guru pemulihan. Peranan yang pertama ialah peranan
penilaian. Dalam peranan penilaian, guru pemulihan menyedia dan menjalankan saringan
untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas. Guru pemulihan juga
menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran khusus yang
dihadapi oleh murid-murid. Guru pemulihan juga menjalankan penilaian berterusan dan
merekodkannya dengan rapi dan tersusun. Terdapat 2 cara pelaksanaan penilaian yang
dilakukan oleh guru pemulihan iaitu secara formal dan secara tidak formal.

Penilaian yang dilakukan oleh guru pemulihan mestilah jelas iaitu bertujuan untuk
menilai kefahaman murid terhadap topik yang telah diajar. Dalam penilaian yang dilakukan,
guru pemulihan mestilah jujur, maksudnya jika murid tersebut hanya menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu maka dalam keputusan penilaian hanya tandakan kemahiran yang
dikuasai oleh murid. Guru juga perlu menilai semua dokumen awal yang berkaitan dengan
KIA2M sebelum mengesahkan penempatan pelajar pemulihan. Seterusnya, guru pemulihan
perlu menjalankan Ujian Pencapaian setiap 3 bulan untuk mengesahkan tahap penguasaan
kemahiran pelajar.

Peranan guru pemulihan yang kedua ialah peranan Preskriptif. Dalam peranan
preskriptif, guru pemulihan perlu merancang dan menyelia serta melaksanakan program
individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran tertentu. Untuk
merancang sesuatu program individu bagi murid pemulihan, guru pemulihan perlu
menjalankan ujian diagnostik terhadap murid pemulihan tersebut. Setelah mengetahui
kelemahan yang dihadapi oleh murid pemulihan, barulah guru pemulihan boleh merancang
intervensi yang sesuai untuk memulihkan murid pemulihan tersebut. Biasanya, intervensi
yang akan dijalankan oleh guru pemulihan akan disusun dan dinyatakan dalam dokumen
Rancangan Pengajaran Individu. Dalam peranan Preskriptif, guru pemulihan juga perlu
mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan apabila diperlukan. Sebagai
contoh, guru pemulihan boleh mengadakan bengkel pengajaran pemulihan untuk ibu bapa
dan guru supaya mereka lebih memahami murid pemulihan dan mengetahui apakah
pendekatan yang sesuai untuk membantu murid pemulihan.

Peranan guru pemulihan yang seterusnya ialah peranan Pengajaran. Dalam peranan
Pengajaran, guru pemulihan akan mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan
menghadapi masalah kemahiran 3M. Disebabkan murid pemulihan tidak menguasai
kemahiran 3M, maka guru pemulihan perlu menggunakan apa sahaja cara bagi memulihkan
murid-murid berkenaan. Sebagai contoh, jika murid pemulihan belum menguasai kemahiran
membaca, maka guru pemulihan perlu mengajar murid tersebut dengan pelbagai cara
seperti penggunaan BBM dan sebagainya. Selain itu, dalam peranan Pengajaran, guru
pemulihan juga berperanan mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai
“team teaching” atau guru pendamping sekiranya perlu. Sebagai contoh, jika guru Bahasa
Melayu memerlukan bantuan ketika sesi P&P dalam kelas aliran perdana, guru pemulihan
boleh membantu guru Bahasa Melayu dengan berkongsi BBM atau teknik mengajar yang
berkesan bagi menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan dan menarik.

Peranan guru pemulihan yang keempat ialah Peranan Khidmat Bantu. Dalam
peranan Khidmat Bantu, guru pemulihan membantu guru-guru merancang dan
menambahbaik aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Guru
pemulihan adalah seorang yang kreatif dan sentiasa mengikuti kursus yang berkaitan
dengan program pemulihan serta BBM untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran 3M. Sebagai contoh, jika BBM yang dihasilkan oleh guru Bahasa Melayu tidak
mempunyai warna yang menarik, guru pemulihan boleh mencadangkan warna yang sesuai
untuk BBM itu supaya pelajar lebih tertarik untuk belajar apabila BBM yang digunakan
mempunyai warna yang menarik. Selain itu, guru pemulihan juga perlu membimbing guru-
guru yang lain untuk melaksanakan teknik dan kaedah mengajar bagi murid-murid yang
menghadapi masalah 3M. Sebagai contoh, jika masih ramai guru yang tidak mengetahui
bahawa teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar adalah sangat berkesan maka guru
pemulihan perlu menjelaskan kelebihan teknik pengajaran berpusatkan pelajar kepada guru-
guru yang lain.

Peranan yang kelima ialah Peranan Perhubungan. Dalam peranan Perhubungan,


guru pemulihan perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan
maklumat murid. Dalam perjumpaan atau perbincangan yang dilakukan dengan ibu bapa,
guru pemulihan boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku pelajar
ketika berada di rumah. Setelah mengetahui tingkah laku pelajar, guru pemulihan boleh
merancang atau mengadakan intervensi yang sesuai untuk murid pemulihan tersebut. Guru
pemulihan juga berperanan memberi cadangan kepada ibu bapa untuk membantu
pembelajaran anak-anak mereka. Sebagai contoh, jika anak mereka menunjukkan ciri-ciri
autisme maka guru perlu memberi cadangan penggunaan PECS sebagai intervensi untuk
anak mereka.

Peranan yang keenam ialah Peranan Kaunseling. Dalam peranan Kaunseling, guru
pemulihan berperanan untuk memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam
suasana yang bebas daripada ancaman. Oleh yang demikian, guru pemulihan tidak boleh
selalu memarahi murid-murid pemulihan kerana mereka lambat menguasai sesuatu
pelajaran. Apabila guru pemulihan selalu memarahi murid-murid pemulihan, murid tersebut
akan berasa terancam dan susah untuk menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Selain
itu, dalam peranan kaunseling, guru pemulihan juga berperanan untuk mengubah tingkah
laku murid ke arah yang positif. Apabila murid pemulihan menunjukkan peningkatan yang
baik dalam pembelajaran mereka, guru pemulihan boleh memberikan ganjaran untuk
mengukuhkan prestasi mereka. Sebagai contoh, jika murid sudah boleh menguasai
kemahiran yang diajar oleh guru pemulihan, guru boleh memberikan hadiah atau token
kepada murid berkenaan untuk meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

Peranan yang terakhir ialah Peranan Advokasi. Dalam Peranan Advokasi, guru
pemulihan mesti mewujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di
peringkat sekolah, daerah malah sehingga ke peringkat negeri. Melalui perkongsian idea,
maklumat dan BBM, sudah tentu banyak ilmu pengetahuan baharu yang diperolehi. Selain
itu, perkongsian tersebut juga membolehkan guru pemulihan membeza dan
mengaplikasikan teori pembelajaran yang terbaik untuk diaplikasikan ketika sesi P&P di
dalam kelas. Guru pemulihan juga mesti mendedahkan apa sahaja perkara yang berkaitan
dengan program pemulihan kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris
melalui program ‘reach out’. Pendedahan ini sangat penting supaya mereka boleh
bekerjasama dengan guru pemulihan untuk menjayakan program pemulihan yang
dijalankan.

You might also like