Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

TUGASAN 1 (LAPORAN PROJEK)

RANCANGAN PEMASARAN

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Bajet Sport merupakan perniagaan yang menjual pakaian sukan dari pelbagai
jenama yang terkenal dan bermutu tinggi. Kebanyakan pakaian sukan yang dijual adalah
sesuai untuk kegunaan semua golongan dan peringkat usia. Pakaian sukan yang dijual oleh
Bajet Sport merupakan pakaian yang bergred tinggi dan mempunyai, saiz corak dan bentuk
yang menarik serta menawarkan harga yang mampu milik kepada pengguna.

Pasaran sasaran kami ini tertumpu pada golongan yang aktif bersukan di seluruh
Malaysia yang berbajet rendah dan sederhana. Produk kami tertumpu pada golongan muda
dan tua yang mencari pakaian sukan yang mempunyai saiz, corak yang sesuai kepada
semua peringkat umur. Produk yang dijual kami mementingkan kualiti dan keselesaan
pengguna.

Bagi memasarkan produk kami, kami menggunakan beberapa strategi pemasaran.


Antaranya ialah proses penghantaran produk iaitu melalui pos dan tunai, tempahan melalui
online iaitu menggunakan aplikasi “Whattapps, Facebook, dan Email”. Kami juga membuat
laman sesawang iaitu blog bagi mempromosikan pakaian sukan yang dijual oleh kami.

Kelebihan produk yang dijual kami adalah produk yang berkualiti dari jenama sukan
yang terkenal seperti “Under Armour, Nike, Adidas, Puma,” dan sebagainya. Selain itu,
penghantaran produk kami dibungkus dengan baik dan selamat serta tiada penambahan
kos penghantaran untuk setiap produk yang dijual. Seterunya produk kami menawarkan
harga yang berpatutan dan sesuai dengan bajet yang murah dan sederhana.
2. PASARAN SASARAN

Pasaran sasaran yang telah kami mengenal pasti adalah di kalangan staf ,pelajar
dan penduduk di kawasan Jitra dan seluruh Malaysia. Kami banyak memfokuskan
perkhidmatan ini kepada pelanggan sasaran iaitu pihak organisasi dan pelajar yang berada
di Jitra dan seluruh Malaysia, golongan ibu yang sibuk bekerja dan sering melakukan aktiviti
riadah, dan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kawasan Jitra
merupakan kawasan tumpuan di mana mempunyai pelbagai institusi pengajian, pusat Futsal
serta kawasan riadah yang menarik seperti Tasik Darulman. Perniagaan ini sangat
berpotensi kerana, mereka menepati ciri-ciri pelanggan yang kami sasarkan untuk
menggunakan produk kami. Antara ciri-ciri tersebut ialah mereka ialah golongan yang
mencari pakaian yang sesuai untuk aktiviti sukan seperti bola, futsal, jogging, dan
sebagainya, golongan yang tiada masa untuk ke kedai sukan, memerlukan pakaian sukan
yang bercorak menarik dan sesuai untuk aktiviti sukan dan riadah, berpendapatan
sederhana dan rendah serta mementingkan gaya hidup yang sihat.

Di samping itu juga, sasaran pasaran kami kebanyakannya terdiri kepada golongan
yang berpendidikan tinggi iaitu organisasi dan pelajar dari IPTA dan IPTS. Golongan ini
menjadi sasaran kerana mereka lebih terdedah kepada aktiviti sukan dan riadah serta
amalan gaya hidup sihat. Bagi golongan ini mereka kebanyakannya menekankan aspek
tubuh yang cergas dan sihat serta bentuk tubuh yang sasa dan menawan dan memerlukan
pakaian sukan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan dan riadah. Ciri-ciri pakaian sukan
dijual oleh kami sangat sesuai kepada mereka iaitu berkualiti, tahan lasak dan harga
berpatutan sesuai dengan bajet mereka sebagai pelajar dan penjawat awam.

Bajet
sport

Rajah 1: Peta lokasi Bajet Sport

Jika dilihat perniagaan Bajet Sport mempunyai kedudukan yang strategi iaitu berdekatan
dengan pusat membeli belah, institusi pengajian dan tasik.
3. TREND DAN SAIZ PASARAN

3.1 Trend Pasaran

Jangkaan Permintaan dan Tren Permintaan

Perniagaan kami menyasarkan bahawa permintaan pakaian sukan akan tinggi kerana
keperluan penduduk di kawasan Jitra terdedah dengan aktiviti sukan dan riadah kerana
mempunyai institusi pengajian seperti politeknik, institut perguruan, sekolah-sekolah dan
pusat sukan seperti futsal dan badminton. Permintaan pakaian sukan akan meningkat
kerana institusi pengajian sekolah dan pusat sukan sering menganjurkan aktiviti sukan dan
riadah hal ini membolehkan perniagaan pakaian sukan kami sering dikunjungi oleh mereka.

Trend “Online Shopping”

Pada masa kini, menjadi trend kepada kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan
internet sebagai medium perhubungan untuk mendapatkan barangan secara di atas talian.
Hal ini merangkumi kepada semua golongan masyarakat untuk mendapatkan pakaian sukan
secara mudah di atas talian. Oleh itu Bajet Sport merupakan satu perniagaan yang
memudahkan kepada semua golongan untuk mendapatkan pakaian sukan.

Rajah 2: Statistik jualan atas talian LAZADA

Rajah di atas menunjukkan statistik bahawa ramai rakyat Malaysia menggunakan


perkhidmatan atas talian untuk urusan perniagaan. Selain itu juga, menjadi trend kepada
rakyat Malaysia untuk mendapat barangan secara online kerana mudah dan banyak pilihan
dapat dibuat tanpa perlu ke kedai sukan untuk mencari barangan. Bajet Sport menawarkan
pakaian sukan yang berkualiti dan sesuai kepada semua golongan dan berurusan secara
atas talian.
3.2 Saiz Pasaran

Bajet Sport

Pasaran sasaran terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari tiga kumpulan utama:

1. Golongan muda
2. Golongan organisasi/ orang bekerja
3. Golongan berkeluarga/ suri rumah

Hasil kajian:

 Golongan muda = Pembelian RM4,500 sebulan


 Golongan berorganisasi = Pembelian RM 3,500 sebulan
 Golongan berkeluarga = Pembelian RM 2,000 sebulan

Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 Tahun)

=RM 54,000 (4,500 x 12) + RM 42,000 (3,500 x 12) + RM 24,000 (2,000 x 12)

Saiz pasaran = RM 120,000 setahun

Jadual 1: Saiz Pasaran


4. PERTUMBUHAN SASARAN

Perniagaan pakaian sukan di kawasan ini agak samar kerana tidak ramai perniagaan
membuka kedai pakaian sukan dan produk yang dijual tidak mendapat sambutan kerana
produk yang dijual adalah model lama dan tidak menarik. Dari pemerhatian yang dilakukan
tercetus idea untuk membuka sebuah perniagaan menjual pakaian sukan yang menjual
pelbagai jenis pakaian sukan serta pakaian sukan yang berkualiti dan sesuai dengan
kehendak pengguna. Perniagaan ini juga menawarkan harga yang berpatutan dengan kadar
ekonomi penduduk setempat. Perniagaan ini juga membuka perniagaan secara atas talian
dengan menggunakan aplikasi Whatapps, Fecebook, Instagram dan Blog/Website dengan
menggunakan nama Bajet Sport. Melalui perniagaan ini juga dapat membuka peluang
kepada penduduk setempat dan saingan kepada peniaga lain untuk bersaing secara sihat
dan perniagaan pakaian menjadi lebih rancak dan popular kepada penduduk sekitar Jitra.
5. ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN, ANCAMAN DAN PELUANG (SWOT)

KEKUATAN KELEMAHAN
1. Menjual berbagai-bagai jenama dan 1. Orang ramai kurang yakin dengan
reka bentuk terkini pakaian sukan perniagaan baru
2. Pakaian sukan yang berkualiti dan 2. Perlu bekerjasama dengan banyak
tahan lasak pembekal untuk mendapatkan produk
3. Lokasi perniagaan yang strategik. dari pelbagai jenama
4. Menggunakan sistem online dan atas 3. Perniagaan online kurang
talian untuk memasarkan produk kepercayaan orang ramai kerana
5. Mempunyai laman sosial dan masih baru.
sesawang untuk memasarkan produk

ANCAMAN PELUANG
1. Kesukaran mendapat kepercayaan 1. Kepadatan institusi pendidikan,
dari pelanggan. sekolah, pusat sukan futsal dan
2. Mencari pembekal yang boleh badminton, tasik rekreasi
dipercayaai menyebabkan pakaian sukan
3. Barangan yang diposkan kepada menjadi keperluan penduduk.
pelanggan tidak tiba. 2. Banyak pertandingan sukan anjuran
4. Kenaikan harga barang yang tidak institusi dan sekolah seperti hari
menentu harga produk yang dijual sukan, pertandingan bola dan futsal.
3. Penggunaan media sosial mudah
untuk mempromosikan produk jualan

Jadual 2: Analisis SWOT


6. PERSAINGAN
Antara pesaing Bajet Sport

BIL NAMA PESAING KEKUATAN KELEMAHAN


1. SUPER SPORT  Menjual peralatan sukan  Tidak mempunyai
dan pakaian sukan tidak banyak pilihan
khusus kepada pakaian jenama sukan
sahaja  Menjual peralatan dan
pakaian design lama
dan bukan terkini
2. JOHAN SUKAN  Menjual pakaian sukan  Tidak menjual
dan sedikit alatan sukan pakaian sukan yang
 Membuat design t-shirt berjenama popular
sukan  Premis lama dan
 Sudah lama bertapak lokasi tidak strategik
3. AL IKHSAN  Menjual pakaian sukan  Harga agak mahal
dari pelbagai jenama berbanding kedai lain.
sukan terkenal  Tidak mempunyai
 Kedai sentiasa cantik pilihan saiz yang
dan menarik banyak.

Jadual 3: Pesaing Bajet Sport


7. SYER PASARAN

Sebelum pemasaran

BIL NAMA PERNIAGAAN SYER PASARAN JUALAN SETAHUN (RM)

1. SUPER SPORT 15 % 26 000

2. JOHAN SUKAN 30% 54 800

3. AL IKHSAN 55% 84 000

Jadual 4: Syer Sebelum Pemasaran

Selepas Pemasaran

BIL NAMA PERNIAGAAN SYER PASARAN JUALAN SETAHUN (RM)

1. SUPER SPORT 10% 20 200

2. JOHAN SUKAN 25% 49 100

3. AL IKHSAN 35% 65 000

4. BAJET SPORT 40% 71 400

Jadual 5: Syer Selepas Pemasaran


8. RAMALAN JUALAN

Ramalan jualan bagi pemasaran adalah tidak menentu kerana pembelian pakaian sukan
akan berlaku secara bermusim. Sebagai contoh musim sukan sekolah pada bulan Mac,
sukan politeknik bulan April dan Ogos manakala institut perguruan April dan Oktober dan
juga anjuran pertandingan sukan kawasan Jitra iaitu bulan November. Bagi penduduk biasa
dianggarkan membeli kasut sukan pada awal tahun ataupun akhir tahun iaitu pada bulan
Januari dan Disember.

Setelah membuat perkiraan dari beberapa aspek dari kekuatan dan kelemahan pesaing,
kami membuat anggaran syer pasaran antara pesaing dan Bajet Sport adalah seperti
berikut:

Saiz pasaran = RM 120,000.00

Syer Pasaran Bajet Sport = 40%

Ramalan Jualan Purata Bulanan = (40% x RM120,000) /12 = RM 10,000

Bualan Ramalan Jualan (RM)

Januari 8,000

Februari 10,000

Mac 15,000

April 17,000

Jun 9,000

Julai 11,000

Ogos 18,000

September 6,000

Oktober 13 000

November 6,000

Disember 7,000

Jadual 6: Ramalan Jualan Bulanan


9. STRATEGI PEMASARAN

Pemasaran produk perniagaan kami mementingkan beberapa elemen bagi memastikan


produk kami sentiasa berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, kami
menekankan empat elemen iaitu produk, harga, promosi dan lokasi.

1) Produk
Pakaian sukan yang dijual oleh kami mementingkan kualiti dan design yang terkini dan
menarik serta pelbagai pilihan kepada pelanggan. Selain itu, kami juga menjual pakaian
sukan yang digemari dan yang menjadi kebiasaan oleh penduduk setempat seperti
pakaian dan kasut bola, futsal, jogging, running yang menjadi aktiviti kebiasaan
masyarakat setempat untuk kegunaan aktiviti harian untuk aktiviti bermain bola,
berjogging, bermain futsal dan bermain badminton. Kami juga menjual pakaian
berjenama sukan seperti PUMA, ADIDAS, NIKE, UNDER ARMOUR dan sebagainya
untuk kegunaan harian dan untuk bergaya seperti baju, seluar track dan kasut jalan.
2) Harga
Harga merupakan tarikan pelanggan pada sesebuah perniagaan oleh itu kami di Bajet
Sport sentiasa menjaga harga pasaran untuk kepuasan pelanggan dari semua golongan
ekonomi sama ada dari rendah, sederhana dan tinggi. Kami sentiasa membandingkan
harga produk yang dijual oleh kami menandingi harga yang dipasarkan oleh perniagaan
lain. Oleh itu, kami menjual pelbagai jenama pakaian sukan yang sesuai dengan
ekonomi penduduk setempat seperti Line Seven, Kronos, Matrik, Puma, Nike,
Adididas,Under Armour. Sesetengah produk sukan yang berkualiti harganya murah
seperti Line Seven dan Kronos sesuai untuk golongan yang sederhana. Walau
bagaimanapun kami sentiasa membuat pemantauan terhadap harga pasaran
perniagaan lain supaya harga yang ditawarkan oleh kami sentiasa berpatutan dan
mampu milik.
3) Promosi

Promosi produk merupakan satu strategi pemasaran yang sangat penting bagi menarik
pelanggan dan supaya pelanggan sentiasa mendapat info berkaitan dengan produk
yang dijual oleh perniagaan kami. Oleh hal itu, Bajet Sport telah merangka 2 kaedah
promosi jangka pendek dan jangka panjang. Bagi promosi jangka pendek kami
menyediakan sistem kad ahli yang menawarkan potongan harga 10% hingga 15%. Kad
ahli ini mempunyai tempoh satu tahun penggunaannya dan untuk mendapatkannya
adalah mendaftar sebagai ahli dan membuat pembayaran RM5 yuran. Bagi pelanggan
atas talian juga boleh menggunakan kad ini dengan menggunakan nombor ahli yang
tertera pada kad ahli. Bagi promosi jangka masa panjang kami membuat promosi
potongan harga sempena musim perayaan, promosi akhir tahun dan hari sukan negara
dan bulan kemerdekaan. Promosi yang kami lakukan adalah lucky draw, mega sale 50%
- 70% discount dan Happy Hour.

Kami juga menggunakan risalah dan diagihkan ke penduduk setempat sekiranya ada
promosi. Lokasi tumpuan pengedaran risalah adalah di Institut pendidikan seperti
politeknik, institut perguruan dan sekolah-sekolah serta kawasan pasar raya sekitar Jitra.
Kami juga menggunakan banners dan poster digantung pada depan premis perniagaan
kami dan tapak-tapak iklan sekitar kawasan Jitra. Melalui laman sosial dan sesawang
kami juga tidak dilupakan, kami akan sentiasa kemas kini iklan promosi dan produk kami
di Facebook, Instagram dan Blog/Website kami. Kami juga akan membuat Facebook
ads dan Insta ads sebagai iklan promosi produk perniagaan kami.

4) Lokasi

Lokasi perniagaan kami terletak di kawasan yang menjadi jalan utama kepada kawasan
industri dan institusi pendidikan dan sekolah-sekolah di Jitra. Hal ini membolehkan
premis perniagaan kami dapat dilihat oleh ramai orang. Selain itu, premis perniagaan
kami juga terletak berdekatan dengan kawasan tumpuan riadah utama warga Jitra iaitu
Tasik Darul Aman, hal ini membolehkan orang ramai dapat melihat premis kami ketika di
dalam perjalanan ke institusi pengajian, sekolah tempat pekerjaan dan tempat riadah
iaitu tasik. Lokasi yang dipilih kami juga sangat menguntungkan kerana berdekatan
dengan Pasar raya CMART. Hal ini membolehkan premis perniagaan kami sentiasa
dikunjungi oleh orang ramai terutama kaum lelaki ketika menunggu kaum wanita mebeli
belah di dalam pasar raya. Dengan adanya pasar raya ini juga pelanggan kami tidak
perlu risau kerana mempunyai tempat meletakkan kenderaan yang luas dan selesa.
10. BELANJAWAN PEMASARAN

Berikut merupakan belanjawan pemasaran bagi Bajet Sport. Belanja pemasaran ini
merupakan belanjawan yang digunakan untuk proses pemasaran seperti membuat
risalah, poster, banners, membayar gaji, komisen dan promosi.

Aktiviti Belanja Aset Belanja Bulanan Lain-Lain


Tetap Belanja

Papan Tanda RM 2 500

Promosi RM 8 000

Urusniaga harian

 Gaji RM 6 000

 Komisen RM 5 500

 Pengangkutan RM 3 500

Jumlah RM 2 500 RM 15 000 RM 8 000

Keseluruhan RM 25 500

Jadual 7: Belanjawan Pemasaran


11. PENYELIDIKAN PEMASARAN

Penyelidikan pasaran dilakukan bagi mengenal pasti masalah dan membuat analisis supaya
Bajet Sport dapat memastikan perniagaan yang dijalankan dapat menguntungkan Bajet
Sport dan pelanggan. Bagi penyelidikan yang dilakukan empat aspek diambil perhatian
untuk penyelidikan iaitu lokasi, laman sosial/ sesawang, harga dan produk.

1) Lokasi

Dari penyelidikan yang dijalankan untuk memilih lokasi perniagaan Bajet Sport, kami
memilih lokasi yang berdekatan dengan institusi pengajian, sekolah-sekolah, kawasan
industri, kawasan rekreasi, berdekatan pusat sukan seperti futsal dan kawasan pusat
membeli belah.

Rajah 3: Peta lokasi

Pemilihan lokasi ini penting untuk daya tarikan pelanggan supaya mudah untuk ke premis
perniagaan ini. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan premis perniagaan pesaing iaitu
Super Sport 15km, Johan Sukan 12km dan Al Ikhsan 10km agak jauh dari lokasi ini. Hal ini
membolehkan Bajet Sport untuk lebih menyerlah dan memudahkan pelanggan mengunjungi
ke premis kami kerana lebih dekat dengan kawasan tempat tinggal mereka dan berdekatan
kawasan aktiviti sukan dan riadah mereka.

2) Laman Sosial/Sesawang

Kemajuan teknologi canggih masa kini merupakan zaman di hujung jari di mana semua
maklumat berada di hujung jari. Pada masa kini pembelian atas talian menjadi satu trend
kepada rakyat Malaysia kerana ia lebih mudah dan pantas kerana sesetengah pelanggan
yang sering sibuk bekerja dan pelajar di institusi pengajian tinggi tidak mempunyai banyak
masa terluang untuk membeli belah oleh itu Bajet Sport menawarkan perkhidmatan
pembelian atas talian melalui Facebook, Instagram, Whatapps, dan Blog/Website untuk
memudahkan pelanggan menghubungi kami dan mendapat info mengenai perniagaan kami.
Trend masa kini juga menggunakan kuasa viral merupakan satu langkah penting untuk
menaikkan nama sesebuah perniagaan oleh itu Bajet Sport mengambil langkah ini untuk
memajukan perniagaan menggunakan laman sosial sebagai media viral.

Rajah 4: Menunjukkan bahawa statistik pelanggan menggunakan atas talian sebagai


media untuk membeli belah.

3) Harga

Harga memainkan peranan paling penting di dalam pemasaran produk, hal ini telah
dibuat pemerhatian ke atas pesaing berkaitan dengan harga yang ditawarkan oleh
mereka. Berdasarkan penyelidikan yang dibuat Al Ikhsan merupakan perniagaan
pakaian sukan yang menjual berjenama dengan harga yang murah dan berpatutan
berbanding perniagaan Super Sport dan Johan Sukan. Oleh hal itu perniagaan Al Ikhsan
lebih menarik pelanggan berbanding perniagaan lain. Kami di Bajet Sport membuat
perbandingan harga pasaran untuk menandingi harga yang ditawarkan oleh pesaing.
Untuk mempromosikan harga produk kami, kami menggunakan slogan “ Harga Murah
Barang Ori” di iklan-iklan promosi premis kami dan laman sosial.

4) Produk

Produk tiruan merupakan produk yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Hal ini
kerana produk tiruan merupakan sebuah industri yang besar pada masa kini. Produk
tiruan juga dihasilkan seakan-akan produk tulen dan kualitinya juga hampir sama tetapi
produk tiruan tidak boleh menandingi kualiti produk tulen seperti tahan lasak dan tahan
lama. Namun demikian, produk yang dijual oleh premis kami adalah produk tulen dan
bukannya tiruan. Harga yang ditawarkan oleh kami sangat berpatutan dan murah serta
berbaloi kepada pelanggan. Penjualan produk tulen adalah untuk memastikan kepuasan
pelanggan terhadap servis kami dan menaikkan nama baik perniagaan Bajet Sport.
12. TINDAKAN KAWALAN

Malang tidak berbau sangat sinonim di dalam kehidupan seharian kita, sesebuah
masalah akan datang tanpa kita sedari masa, waktu dan tempat. Oleh hal demikian
tindakan kawalan dilakukan untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi bak kata
orang sediakan payung sebelum hujan. Untuk premis perniagaan ada masa naik dan
ada masa turun oleh itu Bajet Sport merangka beberapa tindakan kawalan untuk
mengatasi masalah yang bakal dihadapi.

Pertama ialah sistem keselamatan premis perniagaan, premis perniagaan


berkemungkinan akan di pecah masuk atau di ceroboh, barang yang dijual oleh kami di
premis perniagaan berkemungkinan dicuri ketika premis mempunyai ramai pelanggan
dan pekerja tidak dapat memantau kesemua pelanggan sesuatu masa. Oleh hal
demikian Bajet Sport akan menyediakan kamera litar tertutup untuk memantau bahagian
luar dan dalam premis, kamera ini akan berfungsi selama 24jam sehari dan rakaman
disimpan oleh dua komputer utama iaitu komputer di bahagian kaunter dan di dalam
pejabat. Selain itu, Bajet Sport akan menyediakan sistem keselamatan untuk
menghalang premis di ceroboh iaitu dengan menggunakan penggera dan sistem pintu
kunci automatik apabila penggera aktif.

Seterusnya masalah dengan pihak pembekal iaitu barang yang dipesan tidak tiba
seperti yang dijanjikan. Sebagai contoh baju yang dipesan tidak mencukupi seperti yang
dijanjikan dan barang yang dipesan rosak atau silap barang. Bagi memastikan masalah
ini tidak berlaku pihak kami akan sentiasa peka dengan barangan yang sampai harus
disemak oleh pekerja dan memastikan produk yang dipesan sampai dengan kondisi
yang baik seperti yang dijanjikan. Untuk membolehkan kedua belah pihak bekerjasama
untuk mengatasi masalah ini pihak Bajet Sport akan membuat perjanjian hitam putih
bagi memastikan barangan yang sampai menepati spesifikasi yang ditetapkan dan
sekiranya perjanjian dilanggar akan dikenakan ganti rugi.

Kuasa tuhan tidak dapat diduga, datangnya musibah seperti banjir atau kemalangan
seperti kebakaran menyebabkan barang rosak dan tidak dapat diselamatkan akan
mendatang kerugian yang besar kepada Bajet Sport. Oleh hal demikian, Bajet Sport
akan membuat insurans perniagaan untuk melindungi aset perniagaan supaya dapat
membantu Bajet Sport membangunkan kembali perniagaannya setelah ditimpa musibah.
KESIMPULAN

Daripada rancangan pemasaran yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa


Bajet Sport, sebuah perniagaan yang berasaskan produk pakaian sukan mampu milik
dan sesuai kepada semua golongan tidak kira lelaki dan wanita serta kepada semua
peringkat umur. Bajet Sport dijangka mampu melangkah jauh di dalam bidang
perniagaan dan bersaing secara sihat dengan kedai-kedai sukan lain di pasaran.

Dengan perancangan modal dan target yang tinggi, Bajet Sport boleh memasarkan
produk yang dijual dengan jayanya dengan komitmen yang padu dari setiap ahlinya.
Promosi yang dirancang akan dilaksanakan dan dijangka mendapat sambutan yang
memberangsangkan. Selain itu dengan produk yang dijual menepati kehendak
pelanggan iaitu dengan harga mampu milik dan berkualiti.

Dalam penyelidikan dan cara pemasaran yang rapi telah diatur, perniagaan ini
mampu bersaing dengan pasaran produk yang sedia ada. Dengan ini perniagaan Bajet
Sport berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna
dengan menekankan elemen penting strategi pemasaran iaitu produk, harga, promosi
dan lokasi. Penggunaan laman sosial/sesawang merupakan kaedah yang berkesan
pada masa kini untuk memasarkan produk ke seluruh negara. Jika dilihat penggunaan
laman sosial terutama golongan belia sangat memberangsangkan dan banyak peniaga
menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium
perniagaan kerana mudah untuk berurusan dengan pengguna di atas talian tanpa perlu
ke premis perniagaan. Oleh itu dengan penggunaan laman sosial jelas bahawa Bajet
Sport boleh melangkah jauh untuk mempromosi dan memperkenalkan nama Bajet Sport
sebagai penjual pakaian sukan yang tulen, berkualiti tinggi dan harga berpatutan.
BIBLIOGRAFI
Arang. (2015, November 9). 9 Penyusunan Rencana Pemasaran: Jangka Pendek dan Jangka Panjang!
Retrieved Februari 25, 2018, from Ilmu Pemasaran:
http://www.ilmupemasaran.com/2015/11/9-penyusunan-rencana-pemasaran-jangka.html

Durba. (2015, Disember 25). Online shopping trends in Malaysia 2015 - A Survey. Retrieved Februari
25, 2018, from SlideShare: https://www.slideshare.net/DurbaDasgupta/online-shopping-
trends-in-malaysia-2015-a-survey

eCommerceMILO. (2014, Januari 28). E-Commerce Infographic: Understanding Online Shoppers in


Malaysia. Retrieved Februari 25, 2018, from e27: https://e27.co/e-commerce-infographic-
understanding-online-shoppers-in-malaysia/

Ismail. (2008). Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan. Selangor: Arah Pendidikan
Sdn Bhd.

Sharifah. (2007). Rancangan Perniagaan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Shazwani. (2015, April 2015). Rancangan Perniagaan Seni Reka Fesyen. Retrieved Februari 22, 2018,
from SlideShare: https://www.slideshare.net/shazwani95/rancangan-perniagaan-seni-reka-
fesyen

Westwood, J. (2009). Rancangan Pemasaran Yang Berjaya. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.

Zafir. (2006). Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

Rajah Menunjukkan Rujukan Buku Panduan Memulakan Perniagaan


Rajah Menunjukkan Rujukan Buku Menjadi Usahawan
Rajah Menunjukkan Rujukan Dari Buku Rancangan Perniagaan
Rajah Menunjukkan Rujukan Dari Buku Rancangan Pemasaran Berjaya
Rajah Menunjukkan Sumber Dari Web

You might also like