Panduan B&K Di Sekolah Pengenalan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENGENALAN

Kementerian PendidikanBimbingan
Perkhidmatan telah berusaha
dan sejak tahun 1969
Kaunseling mulalagi untuk memberi
diperkenalkan dikepada
dalam guru-guru
sistem
yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus
persekolahan kita pada tahun 1960. Selama ini perkhidmatan ini lebih
telah diperkenalkan, di antaranya ialah:
menitikberatkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan
bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama
seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru
- Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan
yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.
bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam
masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(1979) -menegaskan tentang
Mulai tahun 1980 pentingnya
Maktab Perguruanperkhidmatan bimbingan dipertingkatkan
Ilmu Khas memperkenalkan kursus selama lagi
di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.
setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas
Bimbingan dan Kaunseling.
Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan kerjaya di sekolah
hendaklah dilaksanakan
- Mulai dengan
tahun 1980 juga sepenuhnya.
Universiti Perkhidmatan
Kebangsaan ini hendaklah Kursus
Malaysia memperkenalkan
menitikberatkan kegiatan-kegiatan
Diploma Kaunseling bimbingan
selama dua semesterdan
bagitidak semata-mata
guru-guru bimbingankegiatan
yang berijazah
panduan kerjaya sahaja.

- Mulai tahun 1982 Universiti Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun). Keutamaan diberi kepada
guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta
berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

- Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus
Dalam cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti
penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan
rancangan tersebut.

- Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas
selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan
lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan
Kaunseling.

- Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus
Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

- Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya


dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama
tiga bulan, termasuk praktikum.

- Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan
Darul Aman, Jitra Kedah.

OBJEKTIF AM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek


perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman
yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.

Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam


perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku

Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan


semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar
mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.

Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Penggunaan Masa
Seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu diberi peruntukan waktu mengajar tidak lebih
daripada 12 waktu seminggu untuk membolehkannya menjalankan kegiatan bimbingan dan
kaunseling. Walau bagaimanapun ini bukanlah situasi yang ideal. Sebaik-baiknya setiap sekolah
mempunyai kaunselor sekolah supaya kaunselor dapat menumpukan sepenuh masa untuk
membantu pelajar.

I. Masa maksimum untuk seorang guru bimbingan dan kaunseling dalam seminggu:
a) mengajar = 480 minit
b) bimbingan dan kaunseling = 820 minit

JUMLAH = 1300 minit


Ini adalah berdasarkan 40 minit bagi setiap waktu mata pelajaran. Tugas
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah dijadual dan dicatatkan di
dalam buku rekod mengajar.

II. Penggunaan waktu bimbingan dan kaunseling yang minimum untuk aktiviti-aktiviti
spesifik dalam seminggu:
a) Kaunseling tunjuk ajar/kauseling kelompok dan bimbingan kelompok = 640
Minit
b) Kaunseling individu/perbincangan kes/kaunseling keluarga = 120 minit
c) Pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling = 60 minit

JUMLAH = 820 minit


Agihan masa yang lebih untuk kaunseling tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling
kelompok adalah untuk membolehkan pelajar ditemui oleh guru bimbingan dengan
lebih kerap dalam masa yang singkat. Dengan itu, usaha untuk menyampaikan
maklumat dan interasi yang tidak formal adalah digalakkan.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, WAWASAN 2020 DAN SUMBANGAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

FALSAFAH PENDIDIKAN

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Untuk membina Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, kita perlu mengambil kira latar belakang
masyarakat, bangsa dan negara tersebut. Kita perlu melihat dari aspek budayanya, sistem
kepercayaannya, latar belakang ekonominya, dan sistem politiknya. Selain itu matlamatnya
hendaklah selari dengan kehendak dan matlamat Falsfah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Negara berbunyi:

"Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara".

WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 dalam konteks Pembangunan Negara adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi


bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil, dan didukung oleh satu
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa, dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai,
gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenal
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah
kepada sesiapa, dan dihormati rakyat negara lain.

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu


bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bemoral dan beretika, yang warga negaranya
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya


perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan
berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang. Ini adalah masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamaik, giat dan
kental.

SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi


mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020,
dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Ini
boleh dicapai melalui perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.1 Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan
seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran di sekolah. Di mana perlu, khidmat
rujukan kepakaran juga boleh diberikan.

5.2 Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan dan pemulihan yang boleh
disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.

5.3 Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran (instructional


guidance and counseling) dan bimbingan dan kaunseling kelompok. Di mana perlu
diadakan bimbingan dan kaunseling individu.

5.4 Perkhdimatan lebih bersifat terbuka iaitu menggalakkan bimbingan dan kaunseling
terbuka yang melibatkan penyertaan aktif pelajaran melalui bimbingan dan
kaunseling sebaya, dan guru-guru terlatih. Kerahsiaan menjadi konsep yang penting
dalam kaunseling.

5.5 Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai berdisiplin, iaitu input bimbingan dan
kaunseling boleh dan sesuai, disalurkan melalui kurikulum yang ada dan melalui
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan.

5.6 Perkhdimatan bersifat pelbagai modaliti iaitu menekankan sekurang-kurangnya bidang


perkembangan induvidu seperti berikut:
- Agama/moral
- Psikososial/afektif
- Kognitif
- Fizikal/seksual
- Vokasional/kerjaya

Pendekatan yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengadakan


strategi-strategi intervensi berasaskan kepada andaian bahawa tiap-tiap model di atas
berhubung kait antara satu dengan lain. Gabungan atau perubahan pada satu model
membawa kesan kepada lain.

PERSONEL UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH

Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.

Dicadangkan tiap-tiap sekolah menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan


dan kaunseling seperti yang di bawah:

Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah

Penasihat
(Pengetua dan/ atau Penolong Kanan I)

Naib Pengerusi
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi
(Ketua Bidang)

Setiausaha
(Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Penolong Setiausaha
(Penolong Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa
Guru Disiplin
Ketua Bidang
Ketua Panitia Mata Pelajaran
Guru Penyelaras Tingkatan
Guru Asrama
Guru Ko-Kurikulum
Guru Biasiswa
Wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Wakil Pelajar

(Jawatankuasa ini boleh digabungkan atau bekerjasama dengan Jawatankuasa Bimbingan


Pelajar Sekolah - rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985).

1. Peranan penting yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling sekolah ialah
menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokong bantu oleh aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.

2. Objektif Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling ialah


Jawatankuasa ini memastikan semua aktiviti bimbingan dan kaunseling diselaraskan
supaya tidak berlaku tindan-tindih.

3. Fungsi Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling.


3.1 Merancang aktiviti yang tersusun dan tepat kepada sasaran.
PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Bimbingan dan kaunseling, adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan,
pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap
pelakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di
Malaysia.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh
peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau
kepercayaan.

3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka


memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan,
sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan
potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk
melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut
tahap perkembangan dirinya.

5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang
lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta
merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-
usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri,
pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekarang
dalam jangka masa panjang.

7. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi


fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-
aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan


program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir,
guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa, dan pelajar patut
bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

9. Bimbingan dan kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh


mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu untuk membolehkan
guru bimbingan dan kaunseling memahami pelajar secara menyeluruh supaya dapat
memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

10. Setiap individu berbeza gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar . Secara amnya
cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:

10.1 Orientasi Deria


Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2 Gerak Balas (Response)


Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui
pemerhatian sahaja.

10.3 Corak Pemikiran


Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan
tertentu.
PENDEKATAN
PENDEKATAN Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut:
Pendekatan Krisis
Pendekatan Pemulihan
Pendekatan Pencegahan
Pendekatan Perkembangan

1. Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan
perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.
Misalnya, pelajar yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan
tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah, atau yang sedang mengalami
peristiwa cemas seperti (kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan
penderaan).

2. Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal
pasti dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar
mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya pelajar
ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk
mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu.

3. Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan
sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya,
kempen dan pendidikan pencegahan penggunaan dadah, kempen anti merokok, kempen
dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan,
ceramah motivasi atau kem jaya diri.

4. Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha mengenal pasti keperluan pelajar di alam
persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran pengalaman
serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan
kepada pelajar. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum
akademik. Pelajar diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain
sebelum timbul masalah dalam hidup mereka.

Pada hakikatnya keempat-empat pendekatan ini digunakan tetapi adalah disyorkan pe


dekatan perkembang lebih diutamakan. Bidang tumpuan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling pendekatan perkembangan (developmental) adalah seperti berikut:

Perkembangan agama dan moral


Perkembangan psikososial
Perkembangan kognitif dan afektif
Perkembangan fizikal dan seksual
Bidang perkembangan vokasional dan kerjaya.

BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program
bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang
berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan
keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus).

1. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus
dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut
Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti PUTRA Malaysia dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain.

2. Inventori Individu Dan Rekod


i. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar.
ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan
penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
iii. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling.
iv. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
v. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi
pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
vi. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau
berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

3. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat


i. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan
pelajaran kepada pelajar misalnya melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari
kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
ii. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran,
sosial dan peribadi.
iii. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan
dengan tepat.
iv. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat
pekerjaan lain.
v. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh
guru-guru dan anggota masyarakat.
vi. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah AIDS, bahaya merokok
dan inhalen.

4. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Kelompok


i. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri,
vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral-agama pelajar.
ii. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling
tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu,
misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti
yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
iii. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan SPM, SPMV dan
STPM
iv. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti
mereka.

5. Perkhidmatan Kaunseling
i. Kaunseling dengan pelajar secara individu kelompok mengenai:
a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
d) Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan
menggunakan dadah dan bahan inhalen.
ii. Kaunseling keluarga.
Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.
iii. Kaunseling tunjuk ajar
Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait
dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi
masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan
inhalen.

6. Perkhidmatan Penempatan
i. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya
pilihan dan kemampuan.
ii. Penempatan pekerjaan,
a) menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika
program seumpama ini diadakan).
b) membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem
memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan
sekolah vakasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
c) membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.

7. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen


i. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar
dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen.
ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan
rawatan.
iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau
Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.

8. Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan


i. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi,
kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
ii. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai
program bimbingan di sekolah.
iii. Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
iv. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan
prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
v. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk
mengawasi kemajuan pelajar.
vi. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan
dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa,
pegawai kebajikan dan sebagainya.

9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos


i. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah
dengan agensi lain.
ii. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
iii. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan
tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
iv. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi
aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

10. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa


i. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan
pelajar terutamanya dalam pelajaran.
ii. Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
iii. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
iv. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan
pelajar.
v. Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh
pelajar berpunca daripada keluarga.

11. Perkhidmatan Penilaian


i. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya
seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan
motivasi pelajar.
ii. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

12. Sistem Fail, Rekod Dan Dokumentasi


i. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling,
seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja
pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan
rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian
bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh
Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan
Kementerian.

GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan
program atau aktiviti bimbingan di sekolah.

Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan
kaunseling.

1. Tugas Guru Penolong Bimbingan Dan Kaunseling


i. Membantu dalam mengendalikan inventori individu dan rekod.
ii. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
iii. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
iv. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
v. Membantu dalam perkhidmatan penempatan.
vi. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
vii. Membantu dalam pekhidmatan konsultasi dan rujukan.
viii. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
ix. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
x. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.
xi. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan,
seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

2. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.


i. Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling.
ii.Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.
iii. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'
iv. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan
maklumat semasa.
v. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.
vi. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan
kaunseling.
KEMUDAHAN FIZIKAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kemudahan fizikal merupakan satu aspek penting untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan
kaunseling di sekolah.

Setiap sekolah perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk digunakan sebagai pusat aktiviti dan
pusat sumber Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

A. Alat-alat yang perlu diadakan:


1. Kerusi guru dan pelajar
2. Meja guru dan pelajar
3. Rak-rak buku dan risalah
4. Almari berkunci atau peti besi untuk fail dan rekod sulit
5. Bangku panjang untuk pelajar
6. Bangku panjang untuk pelajar
7. Pita rakaman dan kaset
8. Papan putih/ papan kenyataan
9. Set setee
10. Sambungan telefon
11. Tikar atau karpet
12. Projektor slide
13. Komputer
14. Penghawa dingin/ kipas
15. 'Over Head Projector'
16. Papan kenyataan
17. Alat pemusnah kertas
18. Kamera
19. Video kamera

B. Rekod untuk menjalankan kaunseling


1. Kad 001 M
2. Kad kemajuan pelajar
3. Buku temujanji
4. Borang kebenaran keluar dari kelas
5. Rekod peribadi pelajar
6. Borang rekod temuramah

C. Mengadakan ujian atau penilaian untuk peningkatan program bimbingan dan


kaunseling di sekolah.

D. Bahan rujukan seperti buku, risalah dan bahan maklumat.

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Dalam pendidikan moden, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah amat mustahak.
Untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan ini, maka sebuah bilik khas bimbingan
dan kaunseling hendaklah diadakan.

Bilik bimbingan dan kaunseling perlu diubah suai mengikut keperluan perkhidmatan di sekolah.

A ~ Kaunter Pendaftaran, Ruang Menunggu dan Setor Alat Bimbingan dan Kaunseling.
B ~ Bilik Resos
C1 & C2 ~ Bilik-Bilik Kaunseling Individu
D ~ Bilik Kaunseling Kelompok
A. Kaunter Pendaftaran
i. Kaunter terletak di tempat strategik untuk mengawal kegiatan-kegiatan di bilik resos,
bilik menunggu dan bilik-bilik kaunseling.
ii. Tempat bertanya dan buat 'temu janji'

Ruang Menunggu
i. Kedudukannya membolehkan pelajar mudah dipanggil untuk sesi kaunseling.
ii. Pelajar menunggu giliran untuk sesi kaunseling.
iii. Papan kenyataan untuk menampalkan maklumat bimbingan dan kaunseling.
iv. Untuk kakitangan bimbingan membuat kerja-kerja perkeranian dan menaip.
v. Simpanan fail-fail, urusan surat menyurat biasa, borang-borang berkait dengan
program bimbingan dan kaunseling.
vi. Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling.

Setor Alat Bimbingan Dan Kaunseling


i. Terletak hampir (jika boleh sebelah menyebelah) kaunter. Sebagai tempat simpanan
barang/alatan, Setor ini eloklah hampir dengan penggunanya iaitu guru bimbingan dan
kaunseling serta pembantunya.
ii. Tempat simpanan alatan menulis.
iii. Tempat simpanan maklumat alat-alat bimbingan dan kaunseling.
iv. Tempat simpanan rekod-rekod lama sebelum dimusnahkan.

B. Bilik Resos
i. Bersetentangan dengan kaunter untuk memudahkan pengawalan
ii. Rak-rak atau meja disusun untuk memudahkan pergerakan-pergerakan penggunanya.
iii. Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling.
iv. Tempat membaca membuat rujukan dan mengadakan perbincangan mengenai
bahan-bahan atau alatan bimbingan dan kerjaya.
v. Menjalankan sesi-sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.
vi. Tempat menayangkan slaid, lut sinar, filem, video, TV dan juga komputer.

C. Bilik-Bilik Kaunseling Individu


i. Bilik boleh didatangi dengan mudah oleh pelajar. Berdekatan dengan kaunter tempat
menunggu dan setor.
ii. Jika bilik mendapat cahaya matahari terus, tempat duduk pelajar atau guru bimbingan
dan kaunseling hendaklah jangan menghadapi arah datangnya cahaya.
iii. Tempat pelajar atau guru bimbingan dan kaunseling duduk tidak hampir sangat dengan
tingkap.
iv. Kalau rak berpetak dan ada peti besi, eloklah diletakkan sejauh mungkin dari pelajar atau
guru bimbingan dan kaunseling.
v. Untuk sesi kaunseling.
vi. Tempat menyimpan rekod-rekod sesi kaunseling.
vii. Tempat membuat rakaman yang boleh menolong proses kaunseling.
viii. Tempat mengadakan latihan santai dan latihan gerak badan yang boleh mengurangkan
tekanan yang dialami oleh individu.
ix. Tempat fail meja guru bimbingan dan kaunseling yang berkenaan.

D. Bilik Kaunseling Kelompok


i. Bilik ini hendaklah dilengkapi dengan sebuah meja panjang dan kerusi secukupnya.
Lantai bilik ini, eloklah beralas dengan tikar, permaidani atau tikar getah.
ii. Untuk sesi kaunseling dan bimbingan kelompok
iii. Mengadakan bengkel atau perbincangan tertutup antara guru dan ibu bapa.
iv. Membuat kerja kelompok seperti membuat poster carta, risalah dan buku skrap.
v. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dalam
merancang dan melaksanakan program di sekolah.
vi. Bilik untuk mengadakan latihan Pembimbing Rakan Sebaya.

Cadangan :
i. Eloklah dipilih bilik yang senang dilihat dan mudah dikunjungi.
ii. Bilik ini dihias supaya boleh menimbulkan suasana yang mententeramkan. Hiasan
dinding terdiri daripada gambar atau kata hikmat yang boleh menimbul suasana tenteram.
iii. Paling baik jika bilik kaunseling tidak lutbunyi.
iv. Mempunyai pengudaraan yang baik.
v. Warna alatan seperti perabut eloklah berwarna yang menyelesakan.
vi. Tingkap-tingkap digantung langsir yang berwarna lembut dan menarik.
vii. Untuk mengelakkan syak wasangka pintu bilik kaunseling individu hendaklah mempunyai
pintu bertingkap cermin.

E. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi


Fail, Rekod dan Dokumentasi adalah merupakan pengesanan kepada perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan. Oleh itu, fail, rekod dan dokumentasi
aktiviti-aktiviti hendaklah diurus dan disimpan dengan sempurna dan mudah dikesan bila
diperlukan.
PANDUAN
BIMBINGAN
DAN
KAUNSELING
DI SEKOLAH

DISEDAKAN OLEH : AMIRUL BIN ISMAIL (791120025047) DIOLAH DARIPADA- INTERNET PPK/KPM 2007

You might also like