Adat Istiadat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan adat kematian kaum Iban dan kaum Kadazan dalam
kelangsungan hidup. Adat merupakan peraturan hidup yang diamalkan oleh sekumpulan
masyarakat. Adat ini juga telah menjadi warisan nenek moyang kepada generasi berikutnya.
Kajan ini memfokuskan kepada dua kaum iaitu Iban dari Sarawak dan Kadazan dari Sabah.
Kedua-dua kaum ini mempunyai adat kematian tersendiri. Adat kematian terbahagi kepada dua
jenis iaitu adat semasa kematian dan selepas kematian. Oleh itu, pengkaji akan mengenal pasti
adat-adat kematian yang dipraktikkan oleh kaum Iban dan Kadazan. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah kajian keperpustakaan untuk mendapatkan sumber rujukan. Selain itu,
pengkaji juga turut melakukan lawatan ke Muzium Adat Jelebu Negeri Sembilan yang
sememangnya menyediakan dan memaparkan adat-adat masyarakat yang terdapat di Malaysia
termasuklah adat kematian kaum Iban dan kaum Kadazan. Bagi memantapkan lagi sumber
yang digunakan dalam kajian ini, pengkaji turut melayari beberapa laman sesawang yang boleh
dipercayai keabsahannya..

ABSTRACT
This study discuses the custom in Iban’s culture and Kadazan’s culture of death which its
inheritance from theirs ancestory. This custom of death has been practiced for century in a
group of people. This custom also has been inheritant from a generation to generation. In this
research, the Iban and Kadazandusun are the main focus which Iban race are from Sarawak
while Kadazandusun originally from Sabah. While both are from Borneo, the custom of death
are have a different. The culture and ethnicity itself have own unique way to practice their
custom of death. To finished this study, the researcher used the method of library study to
gain a reference source. Researchers also had visit the Custom Museum of Jelebu Negeri
Sembilan which provides all the customsary socieeties that available in Malaysia. To further
enhance the resources used in this study, researchers also browse some reliable websites of
legitimacy.

TAJUK

Tajuk esei pengkaji adalah perbandingan adat kaum iban dan kaum kadazan dalam
kelangsungan hidup.

PENGENALAN

Adat merupakan satu peraturan yang telah diamalkan oleh masyarakat dahulu dalam kehidupan
seharian. Adat juga membawa pengertian kepada kebiasaan, peraturan dan hukum yang
dijunjung oleh sekumpulan masyarakat. Secara keseluruhan, adat merupakan peraturan dan
hukum yang merangkumi aspek politik, ekonoi dan juga sosial dalam kehidupan masyarakat
seharian. Masyarakat dahulu juga percaya sekiranya adat ini dilanggar, maka akan terjadi
malapetaka yang berlaku dengan mereka.
Dalam esei ini, pengkaji mengetengahkan adat kematian dalam kelangsung hidup kaum
Iban di Sarawak dan kaum Kadazan di Sabah. Kaum Iban merupakan kaum peribumi Sarawak
yang terbesar di Sarawak. Kebanyakkan kaum Iban ini menetap di kawasan pendalaman. Bagi
kaum Iban yang tinggal di pendalaman, mereka masih lagi menetap di rumah panjang.
Manakala kaum Kadazan pula, kebanyakkan mereka juga tinggal di kawasan pendalaman dan
berumah kampung. Adat kematian merupakan adat atau peraturan yang perlu diikuti oleh
sesebuah kaum ataupun masyarakat apabila berlakunya kematian. Proses kematian ini
merangkumi semasa kematian dan selepas kematian. Misalnya, semasa kematian selagi
jenazah tidak dikebumikan tidak dibenarkan melihat cermin.

Secara kasarnya kita mampu melihat jarak kedua-kedua kaum ini adalah jauh. Oleh itu
terdapat perbandingan antara kaum Iban dan Kadazan dalam adat kematian.

OBJEKTIF

Objektif kajian pengkaji adalah mengenalpasti perbandingan adat kematian kaum iban dan
kaum kadazan dalam kelangsungan hidup.

METODOLOGI

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah keperpustakaan. Pengkaji mencari sumber
bahan rujukan daripada buku ilmiah, jurnal, artiket dan jugaportal-portal rasmi yang
dibenarkan. Bahan rujukan seperti buku didapatkan di Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM
Bangi. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah kajian lapangan. Pengkaji telah pergi ke
Muzium Adat yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Pengkaji telah melawat kawasan kajian
dan memperolehi maklumat yang dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kajian.

PERBINCANGAN
Perbandingan Adat Kematian Antara Kaum Iban di Sarawak dan Kadazan di Sabah.
Kematian adalah perkara yang pasti dalam setiap kitaran perjalanan hidup seseorang
individu. Walaubagaimanapun, kaedah pengurusan sesebuah kematian akan mempunyai
perbezaan berdasarkan adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum ataupun komuniti. Oleh itu,
disini akan dijelaskan beberapa perbandingan adat antara kaum Iban di Sarawak dengan
Kadazan di Sabah berpaksikan adat semasa dan selepas kematian.

Masyarakat Iban percaya bahawa setiap kawasan pasti mempunyai penunggu dan
semangat yang menjaganya. Oleh itu, sebelum proses menggali tanah untuk mengguburkan si
mati, satu upacara kecil akan dijalankan dimana seekor ayam akan disembelih dan darahnya
akan disiramkan di kawasan tanah yang akan digali. Tujuan upacara kecil ini dilakukan adalah
untuk mententeramkan semangat tanah yang menghuni kawasan tersebut. Berbeza dengan
masyarakat Kadazan, mereka tidak menjalankan sebarang upacara sebelum menggali kubur
untuk si mati sebaliknya upacara kecil akan dijalankan sebelum mayat si mati ditanam. Seorang
pawang/bomoh ditugaskan untuk menjampi mayat si mati dan liang kubur akan disapu dengan
daun pisang hijau bagi mengelakkan semangat orang ramai yang hadir ke majlis pengebumian
tersebut tertinggal bersama si mati.

Dalam masyarakat Iban, mereka percaya bahawa si mati perlu dibekalkan dengan
barangan peribadi dan kegemarannya sebagai bekalan menghadapi dunia selepas kematian.
Pemberian makanan terakhir kepada si mati dilakukan dengan memecahkan pinggan bersama
nasi dan lauk sehingga ianya menjadi serpihan kecil. Lalu makanan tersebut akan dibuang ke
tanah dengan melalui ruang lubang lantai ruai (koridor) keluarga si mati. Manakala dalam
masyarakat Kadazan pula, keluarga si mati perlu menghantar makanan setiap petang selama
tujuh hari daripada tempoh pengebumian ke kubur si mati. Makanan yang disediakan untuk si
mati tersebut tidak boleh dikacau dan kebiasaannya makanan yang disediakan adalah makanan-
makanan kegemaran si mati. Penyediaan makanan untuk si mati ini juga adalah bertujuan
sebagai persediaan untuk si mati menghadapi dunia selepas kematian.

Setelah selesai proses pengebumian, terdapat lagi beberapa adat atau upacara yang
perlu dijalankan tidak kira masyarakat Iban mahupun masyarakat Kadazan. Bagi masyarakat
Iban, mereka khususnya keluarga si mati akan berkabung dalam tempoh yang telah dipersetujui
yang kebiasaannya adalah selama 3 bulan. Upacara yang dikenali sebagai Ngetas Ulit
dilakukan sebagai tanda berakhirnya tempoh berkabung. Semua ahli keluarga dan masyarakat
rumah panjang akan berkumpul di halaman rumah si mati dan Manang (Bomoh) yang lengkap
berpakaian perang akan mengetuai upacara tersebut. beliau akan menjerit sebanyak 3 kali
sebelum masuk ke ruangan rumah keluarga si mati lalu memulakan upacara Ngetas Ulit
tersebut. seekor ayam akan diserahkan kepada beliau dan ayam tersebut akan digunakan untuk
beliau menyentuh kotak Lengguai yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan barangan
berharga si mati. Rotan yang mengikat kotak Lengguai akan dipotong dan barangan di
dalamnya dikeluarkan. Kemudian saudara mara si mati maju ke hadapan dan meminta Manang
memotong rambut mereka menggunakan pisau dan dalam masa yang sama mendoakan mereka
agar hidup dalam keadaan sedia kala dan roh-roh si mati diberkati.

Selain daripada berakhirnya tempoh berkabung, Ngetas Ulit juga turut membawa
maksud perpisahan terakhir antara si mati dengan ahli keluarganya. Beserara Bunga yang
bermaksud pemisahan bunga adalah simbolik kepada pemisahan ikatan kekeluargaan tersebut.
dalam masyarakat Iban, mereka percaya bahawa roh si mati mampu membahayakan mereka
yang masih hidup disebabkan oleh rasa kerinduan dan kecintaan yang mendalam. Rasa rindu
dan cinta si mati akan menyebabkan roh mereka tidak tenang. Dalam upacara ini, Manang
sekali lagi memainkan peranan yang penting dimana mereka berperanan sebagai penghubung
antara dunia manusia dengan roh si mati.

Dalam masyarakat Kadazan pula, setelah pengebumian keluarga si mati akan


menjalankan majlis makan yang terdiri daripada Makan 3 Hari, Makana 7 Hari, Makan 40 Hari,
Makan 100 Hari, dan Kenduri 3 Tahun. Makan 3 Hari dan Makan 7 Hari adalah majlis makan
yang dijalankan setelah genap 3 atau 7 hari dari hari pengebumian si mati. Dalam majlis ini,
makanan yang dihidangkan hanyalah makanan harian dan dijalankan secara kecil-kecilan
sahaja. Istimewanya majlis ini ialah terdapatnya upacara menitikkan lilin ke bawah rumah
melalui celah lantai rumah sebanyak tiga kali pada malam Makan 3 dan sebanyak tujuh kali
sewaktu Makan 7. Kemudiannya Makan 40 pula akan dijalankan secara besar-besaran setelah
genap 40 hari pengebumian. Majlis ini dijalankan sepanjang hari dari siang sehinggalah ke
malam. Dalam majlis ini, seorang kanak-kanak lelaki, kebiasaanya anak si mati akan ke kubur
si mati untuk menjemputnya ke majlis tersebut. setibanya kanak-kanak lelaki tersebut ke
rumah, barulah majlis makan dijalankan. Kemudiannya majlis Makan 100. Majlis ini
dijalankan secara lebih besar-besaran dimana ianya melibatkan penyembelihan ayama, kerbau
atau lembu. Majlis ini juga adalah tanda berakhirnya tempoh berkabung bagi ahli keluarga si
mati yang berpakaian putih sepanjang tempoh tersebut dan mereka kini boleh berpakaian biasa.
pakaian putih yang mereka pernah gunakan sepanjang tempoh berkabung akan dibakar. Selain
itu, sedikit daripada rambut keluarga si mati turut akan dipotong. Akhir sekali ialah majlis
Makan 3 Tahun. Majlis ini dijalankan setelah tempoh tiga tahun kematian si mati dan majlis
ini dijalankan secara sangat besar-besaran. Antara hidangan yang disajikan dalam majlis ini
ialah hidangan tujuh ekor ikan yu, tujuh ekor ikan pari, tujuh tandan pisang, empat belas ikan
lain, setempayan air tuak, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis, dan seekor kerbau.
Dalam aspek persamaan pula, kedua-dua kaum ini akan meletakkan mayat si mati di
rumah terlebih dahulu. Mereka tidak terus mengebumikan mayat si mati seperti orang Melayu.
Kedua-dua kaum ini akan membiarkan mayat di rumah selama beberapa hari. Hal ini kerana
tujuan untuk memberi peluang kepada keluarga si mati yang jauh untuk memberi
penghormatan yang terahir. Selain itu juga, kedua-dua kaum ini mempercayai sekiranya kucing
hitam melangkah mayat. Mayat tersebut akan bangun semula dan tidak tenang. Perkara ini
hanyalah mitos, namun kedua-dua kaum ini masih mempercayai kepercayaan ini. Akhir sekali,
mereka percaya bahawa roh si mati masih lagi berada di rumah mereka sehinggalah mayat
selesai dikebumikan. Mereka percyaa bahawa si mati akan memerhatikan setiap kelakuan
keluarganya sehinngalah dikebumikan. Tuntasnya, perbezaan dan persamaan pada kedua-dua
ini adlaah berdasrkan amalan dan kepercayaan masing-masing.

KESIMPULAN

Tuntasnya, kedua-kedua kaum ini meskipun jauh dari segi fizikal asal usulnya namun terdapat
persamaan serta perbezaan dalam adat kematian. Kedua-dua kaum ini mempunyai agama dan
kepercayaan yang berbeza. Dalam adat kematian pula turut terdapat perbezaan adatnya. Namun
begitu, disebabkan juga faktor daripada sejarah lampau dan usul peribumi ini, masih terdapat
juga sedikit sebanyak persamaan. Persamaan yang berlaku adalah disebabkan pengaruhi Hindu
Buddha sebelum kedatangan Islam. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga dan pengaruh
daripada nenek moyang mereka yang percaya akan unsur alam
RUJUKAN

Benedict Sandin. 1980. Iban Adat & Augury. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

Japuin Madisah.1986. Tatacara adat istiadat dan kebudayaan Kadazan. California: Sikuk
Publication.

Noria Tugang. 2014. Pua Identiti dan Budaya Masyarakat Iban. Kota Semarahan: Penerbit
Universiti Malaysia Sarawak.

Noriah Taslim dan Chemalin Osup. 2013. Ensera Ayor: Epik Rakyat Iban. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Robiah K. Hamzah. 2006. Remaja Berbudaya Positif. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama.

Zaini Mohd Isa. 1969 . Kebudayaan dan adat resam Kadazan dan Murut. Kota Bharu : Pustaka
Aman Press

Mohd. Razalee Goroh. 1986 . Sepintas lalu mengenai adat istiadat Dusun/Kadazan Kota
Belud. Kota Kinabalu : Kota Kinabalu Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah

You might also like