Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hukum Kanun Melaka, yang juga dikenali sebagai Undang – undang Darat Melaka

mengandungi 44 fasal dan dianggap sebagai satu perlembagaan awal yang menyeluruh
walaupun wujud semenjak awal pembukaan Melaka lagi. Antara intipati Hukum Kanun
Melaka ialah bidang kuasa raja, bidang kuasa pembesar, pantang larang dalam kalangan
anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan juga undang –
undang keluarga. Pengaruh Islam jelas boleh dilihat dalam Hukum Kanun Melaka di mana
undang – undang jenayah dibahagikan kepada tiga dan ia berdasarkan Islam. Hukum Qisas
yang berkaitan dengan membunuh, Hukum Hudud yang berkaitan dengan kesalahan zina
dan mencuri serta Hukum Ta’zir , bagi kesalahan yang tidak dikenakan Hudud dan Kisas
merupakan yang mempunyai unsur Islam sebagai asasnya.

Undang – undang Laut Melaka pula, sebagaimana ditertera dalam namanya


berkaitan dengan perairan dan perdagangan. Peruntukannya adalah bersabit dengan hal-
hal di laut seperti tanggungjawab pegawai-pegawai kapal, tatacara pelayaran dan
perniagaan, hukuman terhadap kesalahan jenayah atau syariah Islam, dan juga bidang
kuasa nakhoda kapal. Rasional Undang – undang Laut Melaka diwujudkan ialah untuk
melancarkan urusan perdagangan di Selat Melaka. Perkara ini telah menggalakkan
kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Para pedagang
telah rasa selamat dan perdagangan di Melaka telah berkembang menjadi pesat.

Seterusnya ialah Undang – undang 99 Perak. Undang – undang 99 Perak ialah


undang- undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi
masyarakat tradisional. Sebagaimana dinyatakan dalam namanya, undang – undang ini
menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan. Walaupun Undang – undang 99
Perak dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat namun pengaruh Hukum Kanun
Melaka yang kuat juga boleh dilihat. Sebagai contohnya, Undang – undang 99 Perak
membincangkan tentang penzinaan, perkahwinan, pembunuhan dan peraturan raja, sama
seperti Hukum Kanun Melaka.

Pada masa yang sama, Undang – undang Kedah juga telah menjadi salah satu
undang – undang yang amat penting semasa alam Melayu awal. Undang – undang Kedah
merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam satu jangka masa yang
berbeza – beza, Undang – undang Kedah mengandungi lima bab utama iaitu Undang –
undang Pelabuhan, Tembera Dato’Seri Paduka Tuan, Hukum Kanun Dato’ Kota Star, adat –
adat utama dan Undang – undang 1199H. Setiap bab ini mempunyai keunikannya yang
tersendiri dan telah berjaya mengekalkan Kedah sebagai satu kerajaan yang makmur.

You might also like