Professional Documents
Culture Documents
DEFINISI
DEFINISI
Bahasa atau baso Rao berasal daripada bahasa Melayu yang dituturkan oleh
masyarakat Melayu berketurunan Rao (dikenali di Malaysia sebagai Rawa) sama ada
di Malaysia mahupun Indonesia (kabupatan Pasaman, Sumatera Barat). Di Malaysia,
bahasa ini dikembang dan dituturkan oleh masyarakat Melayu berketurunan Rao yang
mendiami kawasan tertentu seperti di Perak (Gopeng, Temoh, Tapah, Tanjong Malim,
Chemor, Selama); Pahang (Raub); Kuala Lumpur, Selangor (Gombak, Beranang,
Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Lenggeng, Mantin). Walaupun ramai orang Rao
mendiami Kelantan (Pasir Mas, Kg. Chetok); Pulau Pinang (Leboh Acheh), Johor
(Kota Tinggi); Terengganu (Kg. Raja, Besut) dan Selatan Kedah (Sg. Petani dan
Padang Serai) tetapi tidak lagi bertutur bahasa Rao sebaliknya fasih berbahasa loghat
kawasan masing-masing.
Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji dialek Melayu Rao yang
berasal dari perak dimana satu kajian yang agak menarik untuk dikaji. Hal ini
demikian kerana pengkaji telah menjumpai beberapa ciri-ciri yang unik dan
berbeza dengan dialek-dialek lain dan dengan bahasa Melayu Standard. Secara
khususnya, pengkaji telah mengkaji beberapa perkataan yang berbeza dengan
perkataan yang berbeza dengan bahasa Melayu Standard (BMS) dan
dipercayai juga tidak terdapat dalam dialek-dialek lain. pengkaji juga telah
mengkaji sistem vokal dan konsonan yang berlaku dalam dialek Melayu Rao
di Gopeng, Perak.
Selain itu juga, kajian ini juga mendapati dialek Melayu Rao ini bukan
hanya berada di Negeri perak malahan banyak Negeri-Negeri lain yang
menggunakan dialek Melayu Rao ini. Sebilangannya, didapati di Semenanjung
Tanah Melayu misalnya di Kota Tinggi, Pasir Mas, Kalumpang, dan juga
Negeri Sembilan.
isu ini serius yang melanda Orang Rao kini ialah keturunan bahasa dan
resam leluhur kita dimana sebahagian besar dari Masyarakat Rao seolah-olah
tidak serius dalam melestarikan sifat suku bangsanya lalu perkara besar seperti
Bahasa Rao juga dipandang enteng sama sekali, malah ada juga yang sekadar
menerima hakikat bahawa kepupusan ini adalah lumrah.