Tugasan 3 Group

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 3 : Penulisan Refleksi Pelaksanaan Terapi Pergerakan Kreatif

Pada 18-22 hari bulan September yang lalu, 3 orang pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus perlis iaitu Anas bin Arshad, Muhammad Azam bin Azmi dan Ahmad Aliuddin bin
Shaharin telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah
Kebangsaan Kampong Raja (SKKR), Besut, Terengganu. Sekolah ini merupakan sekolah
berprestasi tinggi (SBT) yang banyak menyumbang kecemerlangan di daerah besut
khasnya dalam peperiksaan UPSR. Semasa melaksanakan PBS di sini, kami bertiga telah
meminta izin daripada pihak pengurusan sekolah untuk melaksanakan terapi muzik dan
pergerakkan kreatif bagi memenuhi tugasan 3 subjek Terapi Dalam Intervensi Kanak-kanak,
PBKK 3073. Kelas yang diberikan kepada kami ialah 5 Dinamik dan 1 Dinamik.

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang,masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi dan samping meningkatkan
potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.
Pergerakkan kreatif lebih bermakna apabila dimasukkan unsur muzik ke dalamnya bagi
memudahkan proses menjiwai keadaan masa itu. Oleh itu, semasa melaksanakan tugasan
ini di sekolah kami turut memasukkan unsur seni muzik ke dalamnya. Kelas yang pertama
sekali kami laksanakan ialah kelas 5 Dinamik, seperti yang kami jangkakan, murid tahun 5
mudah untuk mendengar dan memahami arahan yang sudah pastinya memudahkan
kelancaran terapi.

Pada awalnya kami memasangkan video yang terdapat pergerakan dan muzik. Kami
meminta mereka fokus kepada video tersebut dan sama-sama mengikuti pergerakkan yang
dipaparkan. Pada percubaan yang pertama, pergerakan yang dilakukan amat terhad kerana
mereka masih lagi berasa malu dan kurang yakin akan diri mereka sendiri. Ada jua yang
bermain dan mengusik kawan dan tidak fokus kepada video yang dipaparkan. Pada masa
itu, kami memberhentikan video dan bertanya kepada mereka kenapa tidak fokus dan
mereka menjawab dengan mengatakan bahawa lagu tidak menarik. Pada percubaan yang
ke-2 kami menanyakan lagu apa yang mereka inginkan dan majoriti memilih lagu yang
didendangkan Aiman Tino yang bertajuk “Ku Rela Dibenci”. Pada percubaan ke-2 ini murid-
murid mula fokus dan dapat menjiwai muzik dan pergerakkan tidak lagi terhad. Perasaan
malu mula berkurang dan mereka mampu bergerak mengikut rentak muzik dan video yang
ditayangkan.

Pada percubaan yang ke-3 kami meminta mereka menutup mata. Muzik dengan
pelbagai genre dimainkan, tanpa disuruh mereka mula bergerak dan melahirkan ekspresi
daripada pergerakkan. Pergerakkan mereka semakin bebas dan tidak terkongkong ditempat

6
sama sahaja. Mereka menjiwai serta melahirkan ekspresi daripada jiwa tanpa rasa teragak-
agak lagi. Murid-murid dapat menghasilkan pergerakkan kreatif tanpa perlu berasa malu
lagi. Bahkan di akhir pelaksanaan terapi, mereka meminta untuk meneruskan lagi namun
kerana kekangan masa, permintaan mereka tidak dapat dipenuhi.

Bagi kelas 1 dinamik pula, agak sukar dikawal kerana mereka susah untuk
memahami arahan yang diberikan. Pada awalnya kami melaksanakan sama seperti 5
Dinamik, namun kerana tahap pemikiran yang berbeza murid-murid tahun 1 Dinamik tidak
mampu menghasilkan pergerakkan kreatif melalui video yang dipaparkan. Maka bagi
mengatasi masalah ini, kami mengaambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti drama di dalam
kelas tersebut. Umum kita ketahui bahawa drama merupakan salah satu cabang
pergerakkan kreatif. Pada mulanya, kami meminta wakil peremuan dan lelaki untuk datang
ke hadapan. Kami memberikan situasi sepasang suami isteri yang sedang bergaduh.
Pertamanya agak sukar untuk mereka melaksanakan, namun selepas dibantu dari aspek
dialog serta pergerakkan yang perlu dibuat mereka mampu membuatnya.

Seterusnya, kami memecahkan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut


cita-cita yang mereka impikan. Kemudiaannya kami meminta mereka untuk melakonkan
pergerakkan perkerjaan yang mereka pilih. Setiap satu murid mampu membuatnya dngan
baik sekali gus menatijahkan kepada penghasilan pergerakkan kreatif tanpa disedar.
Selepas aktiviti yang dilaksanakan, murid-murid kelihatan lebih ceria dan lebih yakin untuk
berada di hadapan bilik darjah untuk melakukan pergerakkan kreatif.

You might also like