Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Oleh itu, setiap pasangan harus memahami pasangannya sebelum mengambil keputusan untuk

berkongsi komitmen kewangan bersama. Anda harus mengetahui tabiat berbelanja pasangan anda.
Dengan memahami sifat pasangan anda berkaitan wang, anda boleh mendekati pasangan dengan cara
lembut untuk menyokong atau membantah, seterusnya merancang hal kewangan dengan lebih
berkesan.

a) BINCANG SOAL KEWANGAN SEBELUM BERKAHWIN

Hari perkahwinan adalah hari paling penting dalam kehidupan anda bersama.
Walaubagaimanapun, realiti hanya akan datang selepas majlis indah itu berakhir. Jadi, anda harus
berbincang tentang soal komitmen jangka masa panjang sebelum anda melangkah ke pelamin.

Apa yang penting di sini ialah komunikasi yang kerap dan jujur. Bincangkan sejarah dan
matlamat kewangan masing-masing, termasuklah topik yang digeruni iaitu hutang bersama. Lebih awal
anda mencapai kata sepakat dengan pasangan anda, lebih senang hubungan anda untuk maju
kehadapan.

b) MERANCANG PELAN BAJET YANG REALISTIK DAN KONSISTEN (BERPEGANG PADANYA)

Satu bajet yang konsisten mampu menolong anda di masa hadapan dalam mengurus kewangan
keluarga. Apa yang anda perlu lakukan ialah merancang bajet keluarga dengan melihat gaji bulanan dan
perbelanjaan masing-masing.

Cara terbaik untuk merancang pelan bajet bagi perkahwinan ialah dengan mengurangkan
jumlah pendapatan dan melebihkan anggaran kos

You might also like