Kertas Kerja - Kuiz Ekonomi 2018

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KUIZ EKONOMI PIALA DEKAN-DEKAN FEP 2018


FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI MALAYA

TARIKH: 7 APRIL 2018


HARI: SABTU
TEMPAT: FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI MALAYA

JAWATANKUASA PELAKSANA
KUIZ EKONOMI 2018
FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI MALAYA
1. PENGENALAN

Bertitik tolak daripada kejayaan program Kuiz Ekonomi Piala Dekan-dekan FEP 2016
yang diadakan sempena sambutan ulangtahun Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEP)
yang ke-50 pada tahun 2016, pihak Fakulti telah bersetuju menjadikan program Kuiz
Ekonomi sebagai acara dwi-tahunan Fakulti. Program seumpama ini dilihat mampu
meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan ilmu ekonomi di samping menarik
minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang
Ekonomi secara umumnya dan di Universiti Malaya secara khasnya.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan dari Profesor Dr. Noor Azina Ismail
selaku Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran bagi mengadakan “Kuiz Ekonomi Piala
Dekan-Dekan FEP 2018” yang dicadangkan untuk diadakan pada 7 April 2018.

3. OBJEKTIF

3.1 Membina kerjasama yang baik di antara pihak Fakulti, sekolah / matrikulasi dan
Kementerian Pelajaran Malaysia;

3.2 Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan ekonomi dalam kalangan pelajar sekolah
/ matrikulasi; dan

3.3 Mempromosikan Universiti Malaya sebagai destinasi utama untuk melanjutkan


pengajian.

4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh dah Tempat

Tarikh : 7 April 2018 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

4.2 Hadiah
Tempat pertama: Piala Dekan-dekan FEP
Wang Tunai RM3000
Plak untuk setiap pelajar
Tempat kedua: Wang Tunai RM2000
Plak untuk setiap pelajar
Tempat ketiga: Wang Tunai RM1000
Plak untuk setiap pelajar
2
Tempat keempat: Wang Tunai RM1000
Plak untuk setiap pelajar
Setiap peserta, sekolah dan kolej matrikulasi akan menerima sijil penyertaan.

4.3 Syarat-syarat Penyertaan

1. Kuiz ini terbuka kepada pelajar sekolah dan kolej Matrikulasi di seluruh
negara (pelajar tingkatan 6 atas atau sekurang-kurangnya semester kedua
pengajian).
2. Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada
4 orang pelajar (3 peserta + 1 peserta simpanan).
3. Setiap sekolah dan kolej matrikulasi boleh menghantar lebih daripada satu
kumpulan tetapi terhad kepada dua (2) kumpulan sahaja.
4. Sekolah dan kolej matrikulasi yang hendak mengambil bahagian perlulah
melalukan pendaftaran secara atas talian atau menghantar borang
penyertaan dengan mengisi borang yang dilampirkan (Lihat Lampiran 1)
dan mengembalikan kepada urusetia selewat-lewatnya pada 31 JANUARI
2018.
5. Pihak sekolah dan kolej matrikulasi diminta menyediakan seorang guru
bertugas untuk dihubungi oleh urusetia berkenaan urusan Kuiz Ekonomi
FEP.
6. Setiap peserta bertanggungjawab menyediakan sendiri peralatan yang
diperlukan seperti pensel 2B, pemadam dan kalkulator.
7. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
8. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang bantuan kewangan untuk
segala perbelanjaan seperti pengangkutan dan penginapan. Semua
perbelanjaan adalah di bawah tanggungan peserta/sekolah/kolej
matrikulasi sendiri.
9. Minum pagi dan makan tengahari untuk peserta akan disediakan oleh
pihak penganjur.

4.4 Prosedur Kuiz

Kuiz Ekonomi FEP akan dijalankan dalam dua (2) peringkat. Kedua-dua peringkat
akan menggunakan Bahasa Melayu.

Peringkat Pertama:
 Dijadualkan bermula pada jam 10.00 pagi.
 Melibatkan semua peserta Kuiz Ekonomi FEP.
 Kuiz adalah secara bertulis. Peserta perlu menjawab 60 soalan aneka
pilihan dalam masa 1 jam.

Peringkat Kedua
 Dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang.
 Empat (4) buah sekolah atau kolej matrikulasi yang mendapat markah
tertinggi dalam Kuiz Ekonomi bertulis akan dipilih untuk masuk ke
peringkat kedua.
 Sekiranya terdapat dua (2) sekolah yang mendapat markah yang sama,
pemilihan akan dibuat berdasarkan markah pelajar yang tertinggi bagi
sekolah tersebut.
 Kuiz akan dijalankan secara lisan.

3
 Soalan kuiz adalah dalam pelbagai bentuk (aneka pilihan, benar atau
salah, pengiraan dan jawapan terbuka).

4.5 Skop dan Liputan Soalan

Soalan Kuiz Ekonomi FEP akan melibatkan dua komponen utama, iaitu teori dan
pengetahuan am ekonomi. Untuk bahagian teori, soalan adalah daripada topik-
topik Mikroekonomi dan Makroekonomi. Soalan akan turut melibatkan pengiraan
(kuantitatif) dan penggunaan graf. Untuk bahagian pengetahuan am ekonomi,
soalan akan melibatkan isu-isu ekonomi semasa domestik dan antarabangsa,
tokoh-tokoh ekonomi negara serta sejarah ekonomi tanahair.

4.6 Syarat-syarat Kuiz

Kuiz Bertulis:
 Kuiz ini merupakan saringan bagi memilih empat (4) kumpulan terbaik ke
peringkat akhir.
 Setiap wakil akan menjawab soalan kuiz secara perseorangan.
 Peserta tidak dibenarkan berbincang semasa kuiz dijalankan.
 Pensel 2B dan kertas OMR akan disediakan oleh pihak penganjur.
 Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa kuiz
dijalankan.
 Masa yang diperuntukkan untuk semua peserta adalah 60 minit. Tidak
ada masa tambahan yang akan diperuntukkan untuk peserta yang keluar
semasa kuiz dijalankan untuk apa juga alasan.
 Kuiz akan diadili oleh panel yang akan dilantik oleh FEP.
 Keputusan panel pengadil adalah muktamad.

Kuiz Peringkat Akhir


 Kuiz akan dijalankan secara lisan.
 Kuiz akan dijalankan serentak untuk keempat-empat kumpulan yang
terpilih.
 Kuiz akan berlangsung dalam 3 pusingan. Setiap peserta perlu
menjawab 3 soalan.
 Setiap pusingan akan dimulakan dengan peserta memilih sampul soalan
untuk kumpulan masing-masing.
 Soalan akan dibacakan sebanyak dua (2) kali oleh juru kuiz.
 Perbincangan jawapan dalam kumpulan adalah dibenarkan.
 Setiap kumpulan diperuntukkan masa selama 1 minit untuk menjawab.
Setiap jawapan yang tepat akan diberikan dua (2) markah.
 Sekiranya kumpulan pertama gagal menjawab dengan tepat, soalan akan
dibuka kepada kumpulan lain. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat.
Satu (1) markah akan diberikan untuk jawapan yang betul.
 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Johan
Kuiz Ekonomi FEP 2018.
 Jika terdapat persamaan markah, soalan tambahan akan berikan oleh
juru kuiz untuk menentukan johan.
 Keputusan juru kuiz adalah muktamad.

4
4.7 Carta Alir Proses Kuiz Ekonomi

Saringan
•Semua peserta secara
- Kuiz Bertulis
individu
- 60 soalan aneka pilihan (1 jam)

Akhir
-Kuiz Lisan •4 sekolah yang
mencatatkan markah
- 3 pusingan purata tertinggi dalam
-Soalan: Aneka Pilihan, Benar Kuiz Bertulis
atau Salah, Jawapan Terbuka

5
5. TENTATIF PROGRAM

7 April 2018 (Sabtu)

Masa Program Perkara / Tempat

9.00pg Pendaftaran Perkarangan Dewan


Jamuan ringan Kuliah

9.15 – 9.45pg Taklimat kuiz Dewan Kuliah 3

10.00 – 11.00pg Saringan Kuiz Ekonomi Dewan Kuliah 1, 2,


dan 4
12.30 – 2.00ptg Makan tengahari dan solat Zohor

2.30 - 3.30ptg Kuiz Ekonomi Pusingan Akhir Dewan Kuliah 2

3.30 - 4.30ptg Perasmian penutup Dewan Kuliah 3


Penyampaian hadiah

6. PENUTUP

Diharap dengan terlaksananya program ini akan dapat memupuk hubungan yang
erat di antara Universiti Malaya amnya dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
khususnya, dengan pihak sekolah/matrikulasi yang terlibat dan Kementerian
Pelajaran Malaysia di samping memberikan pengalaman yang berharga kepada
pelajar tentang kepentingan ilmu ekonomi. Kami juga berharap agar Kuiz Ekonomi
Piala Dekan-dekan FEP ini menjadi satu wadah untuk memupuk semangat pelajar
untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti Malaya.

You might also like