Artikel 153 Perlembagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Artikel 153 & Ketuanan Melayu

Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai
Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai
perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu
tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat
sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan
isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153
dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara
satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-
Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal
Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel
mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-
kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam,
biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian
daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi
ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk
asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan
munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan
awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa,
danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau
kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan,
apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan
bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk
kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen
itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban
bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan
keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan
apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana
Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak
berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian
biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan
khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan
itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang
olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau
lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan,
maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-
undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada
mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu
dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk
memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak
berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan
atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau
lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau
dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan
mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian
apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak
seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya
dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana
undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi
mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu
boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit
atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud
memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan,
permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang
dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen
mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen
kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika
pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-
undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik
bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan
hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan
pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian
permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa
pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide
sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk
menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana
orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian
kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika,
mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau
pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-
mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan
selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan
tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi
pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi
apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak
mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong
menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak
berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-
tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong;
dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk
menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah
atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara
161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang
bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan
artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak
istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan
bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu
adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina
dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh
British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan
kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan
Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan
kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana
kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang
Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam
bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau
saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan
Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu
(sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih
sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu
yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa
ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal
tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang
tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi
sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep
keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang
Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian,
berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup
besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP)
dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan
DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan
berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang
terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu
dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan
kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan
pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia
— iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan
yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).
Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153
Perlembagaan Malaysia oleh PAP.
Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri
Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya
menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan
keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”.
Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah,
orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak
hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia
hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha
agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia
sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan
negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid
pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian
kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153
yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.
Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang
lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia
adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah
kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran
Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang
hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap
kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan
Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang
oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti
politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya
daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan
prinsip Ketuanan Melayu.
Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya
pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat
formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak
sosial.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi
hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat
sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat
kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada
Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa
kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial
tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap
sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-
orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina
dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada
orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai
Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati
sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin
Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,
pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa
Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status
kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk
asli Sabah dan Sarawak.” [1]
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen
perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika
kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas
pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak
istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota
ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-
diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-
orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak
balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh
kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India
boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang
paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti
awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun,
sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana
hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan
matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-
orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran
matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh
sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan
orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam
laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat
sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas
kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-
peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak
menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli
masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada
orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan
akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang
menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian
semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen
peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang
Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III
dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan
Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan
diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk
membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik
menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu
memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-
undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian
menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami
(orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan
hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana
mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah
mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada
negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang
bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika
kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan
orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan
menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia
menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka
terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai
orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka
akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang
Melayu.”
Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti
politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-
pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang
menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak
sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin
Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang
sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep
Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat
(sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih
diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan
orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan
untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak
selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep
Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara
kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah
sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan
Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk
DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar
konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian
Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR
dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan
Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep
Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??
Terkini:
Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu
sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah
pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu.
Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi
orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan
“Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan
yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika
itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya
menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah
pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan
masyarakat Malaysia.

You might also like