Esei Sbah Srawak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

2.1.

1 Cabaran Dalaman

a) Politik

Struktur politik dan sistem pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) di
Sabah adalah berasaskan falsafah politiknya yang tersendiri. Pada tahun 1878, Alfred Dent
memutuskan untuk memohon Piagam Diraja bagi pembentukan sebuah syarikat bagi
memajukan Borneo Utara (Sabah).1 Pihak Pejabat Tanah Jajahan membantah tujuan Dent
dengan alasan sesebuah syarikat swasta tidak membenarkan memiliki hak kedaulatan
terhadap sesebuah negeri ataupun wilayah. Namun begitu, usulan Dent mendapat sokongan
daripada Pejabat Luar Negeri yang cenderung untuk mewujudkan semula konsep syarikat
berpiagam setelah pembubaran Syarikat Hindia Timur pada 1858.2 Akhirnya, permohonan
Dent untuk membentuk sebuah Piagam Diraja diluluskan.

Salah satu prinsip yang dikemukakan dalam Piagam Diraja ialah SBBUB harus
menghormati dan berusaha mempertahankan masyarakat peribumi dalam hal ehwal agama
dan adat istiadat tradisi mereka. Namun begitu, perkara itu kurang diberi perhatian.
Pentadbiran SBBUB sejak penubuhannya lebih mengutamakan langkah berjimat cermat dari
segi perbelanjaan yang bertujuan untuk menjana keuntungan supaya pemegang sahamnya
di London memperoleh dividen setiap tahun atas pelaburan mereka.3 Corak pentadbiran
SBBUB condong kepada pemusatan kuasa dengan teraju pemerintahan dipegang oleh
Gabenor dan Setiausaha Kerajaan. Hal ini menyebabkan kebajikan penduduk tempatan tidak
terjaga dan timbul perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran SBBUB.

Sebelum kedatangan Barat, sistem politik di Sabah bersifat tradisional yang masih
berada di peringkat tempatan sahaja. Organisasi sosiopolitik pada zaman itu dapat
digolongkan kepada tiga jenis iaitu corak sosiopolitik suku kaum, penaungan Kesultanan
Brunei dan Sulu, dan wilayah- wilayah di bawah pemerintahan hulubalang berkuasa bebas.
Ketua masyarakat dikenali sebagai Orang Tua yang menjadi ketua di kawasan rumah
panjang.4 Setiap komuniti adalah di bawah bidang kuasa ketua mereka sendiri. Oleh yang
demikian, keadaan politik masyarakat di Sabah sebelum kedatangan Barat adalah bersifat
tradisional iaitu dengan memilih ketua masyarakat di peringkat kampung dan komuniti

1 Evans, S. R.,North Borneo: Under The Rising Sun Goverment . Kuala Lumpur: Sabah State Government, 1999,
hlm. 3.
2 Ibid., hlm. 5.
3 Abdul Rahman Hj Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan &Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005,hlm. 212.
4 Ranjit Singh, The Making of Sabah 1856- 1941, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000, hlm. 46.
mereka sahaja.5 Rumah panjang merupakan pusat institusi politik mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat juga institusi seperti Mahkamah Anak Negeri yang telah
diperkenalkan oleh masyarakat Murut.

Corak pentadbiran dan keadaan politik di Sabah berubah dan berpecah ansur- ansur
selepas kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Kemasukan pihak
Barat telah melahirkan beberapa institusi politik yang baru. Nicholas Tarling dalam karyanya
“Piracy and Politics in The Malay World” menyatakan bahawa kebanyakan polisi penjajahan
Eropah menyebabkan kehancuran dan membawa pengakhiran kepada unit- unit politik yang
besar, terutamanya ke atas empayar- empayar perdagangan Melayu Lama.6 Jawatan
Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Syarikat di London diwujudkan. Sabah juga
dibahagikan kepada empat wilayah yang dikenali sebagai Residensi iaitu Residensi Tawau,
Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman. Setiap Residensi dibahagikan kepada tujuh daerah
yang diketuai oleh Pegawai Daerah iaitu orang Eropah dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri.7

Pentadbiran yang dijalankan pada peringkat awal amat unggul dan menjadi asas
kepada pentadbiran moden pada masa kini. Walaupun pentadbiran SBBUB lebih
berorientasikan keuntungan ekonomi, namun terdapat juga sedikit kelonggaran peruntukan
yang diberikan kepada perlindungan hak- hak peribumi. Dalam hal ini, SBBUB menjalankan
pentadbiran secara langsung terhadap penduduk peribumi. Kedua- dua institusi iaitu
Institusi Ketua Anak Negeri dan Institusi Orang Tua adalah bahagian jawatan paling rendah
dalam perkhidmatan kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Manakala bagi
jawatan Ketua Anak Negeri, tugas mereka merangkumi mengutip cukai, meninjau hal- hal
keselamatan dan menjaga hal- hal berkaitan dengan keadilan masyarakat dalam daerah
mereka masing- masing. Berdasarkan hal ini, ternyata bahawa dasar British telah cuba
menyerapkan penglibatan peribumi dalam pentadbirannya.

Walaupun peribumi Sabah banyak didedahkan dalam soal hal ehwal pentadbiran
moden, namun mereka juga seringkali menjadi mangsa penindasan. Sebagai contoh, E.W
Birch yang pernah menjadi Gabenor Sabah membuat dasar menyusun semula sistem Ketua
Anak Negeri dengan alasan upah yang tidak sesuai dan tidak yakin terhadap kemampuan
anak peribumi Sabah untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran. Malah beliau
menambahkan pegawai- pegawai Inggeris di daerah luar bandar dan meletakkan Ketua
Anak Negeri di bawah mereka. Selain itu, Undang- undang 1891 juga diperkenalkan. Melalui
5 Ibid.
6 Dipetik dari: Nota Kuliah Prof. Bilcher Bala, Sejarah Sabah & Sarawak, Universiti Malaysia Sabah
7 Tregonning, K. The History of Modern Sabah: North Borneo 1881- 1983. Singapore: University of Malaya Press,
1965, hlm. 55
undang- undang ini, pemberian gaji kepada golongan Orang Tua telah bertukar kepada
pamberian elaun yang berbentuk komisen sebanyak 10% hasil dari kutipan cukai kepala.
Institusi- institusi seperti Pembesar Peribumi, Orang Tua, dan Mahkamah Peribumi juga
digabungkan dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB).

Pada tahun 1883, sebuah Majlis Penasihat yang dipengerusikan oleh Gabenor telah
ditubuhkan.8 Institusi ini bertujuan untuk menasihati Gabenor dalam bidang pentadbiran.
Majlis ini terdiri daripada lima ahli rasmi (pegawai kerajaan) dan satu ahli tidak rasmi.
Keahliannya terdiri daripada orang Cina, masyarakat Asia, peladang- peladang dan golongan
peniaga. Masyarakat peribumi berasa tidak puas hati kerana tiada wakil daripada mereka
yang terlibat dalam Majlis ini. Keadaan bertambah buruk lagi dengan penambahan seorang
lagi ahli dari kaum Cina. Ini menimbulkan kemarahan golongan peribumi dan mereka
membantah penubuhan Majlis ini. Hal ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi
oleh SBBUB dalam menjalankan pentadbirannya di Sabah selama 60 tahun. Cabaran ini
akhirnya diselesaikan dengan memberi penjelasan kepada kaum peribumi bahawa
penambahan ahli dalam Majlis adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan orang- orang
Cina.9 Mereka juga diberi jaminan bahawa segala hal yang berkaitan dengan kepentingan
dan kebajikan golongan peribumi adalah dalam kuasa Gabenor Sabah.

Cabaran lain yang dihadapi oleh pihak SBBUB ialah percetusan Perang Padas Damit
yang berlaku disebabkan perubahan bentuk pentadbiran semasa pemerintahan Gabenor C.V
Creagh. Peperangan ini meletus di Lembah Padas Damit yang merupakan sebuah sungai di
Sememnanjung Klias akibat masalah sempadan yang tidak jelas antara wilayah milik SBBUB
dengan wilayah milik Pengeran Shahbandar Hassan. Keengganan penduduk di Padas Damit
membayar cukai dan menuntut bahawa wilayah itu kepunyaan SBBUB menyebabkan
Pangeran Shahbandar Hassan bertindak balas dengan menyerang beberapa buah kampung
dan menawan penduduk kampung tersebut. Beliau juga mendirikan kubunya di tepi sungai
dan bertahan di situ. Pada Disember 1888, pasukan Shahbandar Hassan bertempur dengan
pasukan British yang diketuai oleh D.D. Daly dan Kapten R.D. Beeston dan beliau tewas
pada bulan Mac 1889. Perselisihan ini akhirnya diselelsaikan dengan penyerahan Sungai
Padas Damit kepada SBBUB dengan bayaran sebanyak $1800 setahun kepada Pangeran
Shahbandar Hassan.

b) Ekonomi

8
Abdul Rahman Hj Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan &Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005,hlm. 213.
9 Ranjit Singh,The Making of Sabah 1865 – 1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000, hlm. 77.
Keadaan geografi di Borneo Utara yang diliputi dengan hutan hujan khatulistiwa
menyebabkan Borneo Utara amat subur dan sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan
pertanian, perhutanan dan perikanan. Kekayaan sumber laut dan sumber hutan di wilayah
ini mula manjadi perhatian kuasa- kuasa Barat dan menyebabkan wilayah ini menjadi
rebutan kuasa- kuasa Eropah. Asas ekonomi Borneo Utara bergantung kepada kekayaan
sumber laut dan hasil hutan.10 Kedua- dua sumber ini dimonopoli, dikeluarkan dan
diperdagangkan untuk kepentingan golongan pemerintah. Walau bagaimanapun,
kepentingan sumber ekonomi tersebut berubah apabila SBBUB mentadbir Borneo Utara
yang menjadikan tanah daratan sebagai sumber utama untuk mendapatkan keuntungan.

SBBUB memberikan perhatian terhadap beberapa jenis tanaman bagi tujuan


tanaman komersial. Terdapat dua jenis tanaman secara umumnya iaitu pertanian kebun
kecil termasuklah pertanian pindah serta pertanian sara diri.11 Manakala yang kedua ialah
perladangan yang berkaitan dengan pertanian estet. Pertanian pindah merupakan pertanian
tradisional yang diamalkan oleh majoriti penduduk Borneo. Kegiatan pertanian ini ialah
amalan tanaman bergilir. Pertanian sara diri adalah pertanian kekal dan giat dimajukan
secara kecil- kecilan di kawasan rata dan lereng- lereng bukit oleh keluarga dengan
menggunakan alatan tradisional. Pertanian perladangan estet menjadi tumpuan dasar
ekonomi pihak SBBUB untuk menanam tanaman bagi memenuhi bekalan eksport. Pertanian
ini mempunyai pengeluaran besar- besaran, berkaitan dengan modal pasaran dan
menggunakan teknologi moden.12 Pelbagai tanaman pertanian telah diperkenalkan di
Borneo.

Keadaan ekonomi tradisional Borneo Utara berada pada tahap yang masih mundur
sama seperti keadaan politik yang turut mundur semasa SBBUB mula mengambil alih
puncak pentadbiran. Hal ini membawa kesan terhadap komoditi yang amat sedikit yang
dapat dihasilkan untuk tujuan eksport. Selain itu, kebanyakan penduduk kaum peribumi
Sabah hanya mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri seperti nelayan dan petani. Mereka
menjalankan kegiatan pertanian mencari hasil hutan dan hasil laut hanya sekadar untuk
menampung sumber makanan harian mereka dan bukannya untuk tujuan perdagangan.

10 Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 1977,
hlm. 10
11 Lokin, S. A. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Pribumi Sabah 1881- 1963. Kota
Kinabalu: University Malaysia Sabah, 2007, hlm. 57
12 Ibid.
Dasar ekonomi SBBUB berbeza- beza mengikut keutamaan. SBBUB membenarkan
perdagangan bercorak komersial memasuki kawasan pedalaman dan mendapatkan hasil
hutan dijual keluar. Namun, usaha ini menjejaskan perdagangan yang sudah sedia terjalin
sebelum kedatangan SBBUB.13 Secara keseluruhannya, ia lebih memberikan perhatian
terhadap sektor yang berpotensi untuk memberi keuntungan kepada pentadbirannya seperti
sektor pertanian perladangan. SBBUB sedaya upaya berusaha memajukan sektor pertanian
bagi kepentingan pelabur- pelabur di samping kepentingan ekonomi SBBUB itu sendiri.

Pada peringkat awal pentadbiran, SBBUB lebih menumpukan perhatian dalam sektor
perlombongan, diikuti dengan pertanian dan sektor pembalakan. Pembangunan ekonomi
bagi sektor- sektor ini memperlihatkan ciri pengkhususan dari segi ruang, modal, buruh,
teknologi dan juga pasaran. Namun begitu, kerajaan SBBUB mengalami masalah
kekurangan kewangan pada awal tahun pentadbirannya di Borneo Utara dan hal ini
meenyukarkan kerajaan SBBUB untuk memajukan hasil kekayaan Borneo Utara sepenuhnya.
Situasi ini jelas memperlihatkan masalah kewangan sebagai salah satu cabaran yang
dihadapi oleh SBBUB dalam mentadbir Sabah pada awal tahun 1883.

Pengeksploitasian sumber-sumber perdagangan yang berasaskan perdagangan


tradisional membantu pembiayaan kos pentadbiran di Sabah sebelum sektor ekonomi
moden seperti perladangan dan lain-lain lagi dapat dijalankan dan mendatangkan hasil yang
diharapkan.14 SBBU juga memperoleh bayaran tahunan melalui kutipan cukai ke atas
para pengusaha sarang burung dan cukai eksport semua hasil hutan tersebut. Bagi
menambahkan pendapatan Syarikat, SBBUB memperkenalkan beberapa cukai baru seperti
cukai beras, cukai sempadan, cukai pokok kelapa dan juga cukai menebang pokok kelapa.
Pelaksanaan sistem cukai ini secara jelasnya menambahkan beban masyarakat peribumi dan
mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Selain itu, SBBUB memperkenalkan tanaman tembakau buat pertama kalinya di


Borneo Utara pada tahun 1883 di bawah pengendalian Chinese Sabah Company (CSC).
Tembakau merupakan tanaman eksport terpenting pada awal pemerintahan SBBUB. Ia
dijalankan di Silam, Lahad Datu dihantar ke United Kingdom. Penanaman tembakau
seterusnya diusahakan di Sandakan pada tahun 1884 dan dihantar ke Holland.15 Oleh
kerana tembakau yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik, maka pada tahun 1886

13
Dipetik dari: Nota Kuliah Prof. Bilcher Bala, Sejarah Sabah & Sarawak, Universiti Malaysia Sabah
14 Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlmn. 74.
15 Yap Beng Liang, Perubahan Sosial Dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah , Kuala Lumpur: Universiti

Malaya, 1990, hlmn .255


perladangan tembakau diusahakan secara besar-besaran khususnya di kawasan pantai
timur. Walaupun tembakau menjadi industri yang penting di Sabah namun begitu SBBUB
menghadapi pelbagai masalah dalam perusahaan ini apabila wujud persaingan dengan
industri tembakau di Amerika.

Selain itu, SBBU turut mengalami masalah kekurangan tenaga buruh untuk
menjalankan kegiatan pertanian. Selain tanaman tembakau, SBBU menggalakkan penduduk
peribumi Sabah untuk menanam tanaman seperti kopi, padi dan menternak binatang seperti
kerbau, lembu, ayam dan sebagainya.16 Namun begitu, usaha ini tidak berjaya kerana
penduduk peribumi tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengusahakan
pertanian di kawasan tanah yang berkeluasan besar dan juga tidak mengetahui cara-cara
atau kaedah untuk mengadakan sistem pengairan di sawah padi. Hal ini kerana, kebanyakan
penduduk peribumi lebih tertumpu kepada aktiviti mengumpul hasil hutan sebelum
kedatangan pihak Syarikat ke Sabah.

c) Sosial

 Keselamatan
Pasukan polis yang telah ditubuhkan di Sabah dianggotai oleh majoriti orang
keturunan Sikh dan Punjabi- Muslim. Penglibatan orang Bengali dalam bidang
polis sebagai warden di jabatan penjara membantu British meluaskan kuasa di
Borneo Utara. Pasukan polis ini menghadapi tentangan hebat daripada suku
kaum bajau yang diketui oleh Pengiran Samah yang tidak berpuas hati terhadap
cukai yang dikenakan terhadap perusahaan sarang burung yang
diusahakannya.17 Pasukan keselamatan menjadi lebih berorganisasi dan
sistematik selepas penubuhan Constabulari Bersenjata Borneo Utara (CBBU).
Anggota Sikh menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada penentangan
daripada penduduk tempatan dalam beberapa siri penentangan. Ramai anggota
terkorban dan beberapa yang lain biasanya dikurniakan pingat keberanian
kerana sumbangan yang cemerlang dalam bidang paasukan keselamatan dan
pertahanan.

16 Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 1977,
hlm. 17
17 Othman, Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002, hlm. 77.
Salah satu cabaran hebat yang terpaksa dilalui oleh SBBUB selama
menjalankan pentadbiran selama 60 tahun ialah kegiatan perlanunan dan
perhambaan. Suku kaum yang terkenal sebagai lanun ialah Iranun atau Ilanun
dan Balanini. Lanun Balanini biasanya akan menyerang pedagang Brunei dan
menangkap orang- orang Brunei dan Sabah untuk dijadikan hamba dan dijual
kepada Sultan dan Pembesar Brunei.18 SBBUB berusaha untuk mengawal
kegiatan pelanunan ini di Teluk Marudu dan Tungku dan di kawasan- kawasan
lain dengan cara William Pryer (Residen Sandakan) membeli hamba- hamba
daripada tuan- tuan mereka untuk memerdekakan mereka. Pada tahun 1881,
Undang- undang Perhambaan telah diwujudkan dan digubal balik pada tahun
1883.

 Kesihatan
Borneo Utara pada awal 1882 menghadapi masalah penyakit seperti penyakit
malaria, beri- beri, radang paru- paru, cirit- birit, kolera, kusta dan sebagainya.
Penyakit ini mudah merebah dan seterusnya menyebabkan kematian dalam
kalangan penduduk.19 Oleh kerana itu, SBBUB terpaksa mengambil langkah
mengadakan kemudahan kesihatan di Sabah. Misalnya hospital telah dibina di
bandar- bandar besar seperti Sandakan, Jesselton, Kudat, Tawau dan Beaufort
bagi memenuhi keperluan para pengawai dan kakitangan SBBUB serta rakyat
Sabah. Namun begitu, perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kurang
berkesan kerana kedudukannya di kawasan bandar menyebabkan penduduk
luar bandar tidak dapat mengunjunginya. Tambahan lagi, kebanyakan
penduduk di kawasan pedalaman khususnya tidak begitu yakin dengan sistem
perubatan moden kerana mereka masih berpegang kuat kepada kepercayaan
terhadap para dukun dan bomoh.

 Pendidikan
Usaha untuk memberi pendidikan kepada anak- anak peribumi dilakukan oleh
Gabenor Treacher dan William Pryer selaku Residen pertama di Sandakan.
Antara objektif kerajaan SBBUB terhadap bidang pendidikan yang diperkenalkan

18
Liang, Perubahan Sosial dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. Kuala Lumpur: University Malaya,2007,
hlm 39
19
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1856- 1941, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000, hlm. 66.
di Borneo ialah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam kalangan pelajar
tentang kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di samping
memberikan latihan teknikal untuk meningkatkan kemahiran mereka.20 Selain
itu, pendidikan juga diperkenalkan untuk menyediakan pelajaran bagi anak
ketua kampung dan Ketua Anak Negeri bagi mendedahkan mereka kepada
tugas- tugas pentadbiran. Pryer memulakan sistem persekolahan agama Islam
dengan menubuhkan sekolah agama Islam di Sandakan. Namun begitu usaha
Treacher tidak berjaya kerana sekolah tersebut gagal menarik perhatian
penduduk tempatan.
Pryer membuat tinjauan buat kali kedua pada tahun 1886 di Sandakan sama
ada masyarakat Cina dan Islam mahukan pelajaran bagi anak mereka ataupun
tidak. Mereka menyatakan persetujuan untuk menyekolahkan anak- anak
mereka. Pada akhir Ogos 1886, sekolah dibuka dengan bilangan pelajar seramai
sembilan orang.21 Malangnya sekolah itu juga terpaksa ditutup kerana
sambutan yang begitu dingin daripada masyarakat berkenaan. Secara
keseluruhannya, usaha awal untuk menubuhkan institusi persekolahan secara
rasmi di Borneo Utara menghadapi kegagalan sehinggalah mubaligh Kristian
mengambil alih pada tahun 1887.

20
Fail 66, Educational Policy of the State General, Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah, hlm. 2.
21 Mohd Nor bin Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm.
7.
RUJUKAN

Anwar Sullivan, C. L. (1981). Commorative History of Sabah. Kuala Lumpur: Sabah State
Goverment.

Bala, P. B. (2016). Nota Kuliah: Sejarah Sabah Sarawak. Kota Kinabalu: University Malaysia
Sabah.

D.S, R. S. (1982). Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia.

D.S, R. S. (1984). The Structure of Indigenous Economy in Sabah in the 1860's and 1870's.
Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia .

Evans, S. R. (1999). North Borneo: Under The Rising Sun Goverment . Kuala Lumpur: Sabah
State Goverment.

Ismail, A. R. (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan & Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Liang, Y. B. (2007). Perubahan Sosial dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. Kuala
Lumpur: University Malaya.

Lokin, S. A. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Pribumi Sabah


1881- 1963. Kota Kinabalu: University Malaysia Sabah.

Long, M. N. (1978). Perkembangan Pelajaran di Sabah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Othman, M. I. (2002). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Rahim, M. S. (1977). Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.

Thukiman, K. (2002). Malaysia : Perspektif Sejarah & Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
& Pustaka.

Tregonning, K. (1965). The History of Modern Sabah: North Borneo 1881- 1983. Singapore:
University of Malaya Press.

You might also like