Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kepada;

Y. Bhg. Prof. Dr. Aida Suraya binti Md. Yunus


Dekan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
Serdang
Selangor Darul Ehsan 15 Februari 2017

Prof,

MEMOHON KHIDMAT PENGANJURAN AKTIVITI PERKHEMAHAN PENDIDIKAN


LUAR BAGI SMK BUKIT INDAH DI BAWAH KENDALIAN JABATAN PENGAJIAN
SUKAN, FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Perkhemahan Pendidikan Luar merupakan aktiviti sekolah kami untuk membentuk


disiplin serta nilai-nilai murni pelajar melalui aktiviti sukan dan rekreasi di samping
menerapkan penghargaan alam semulajadi dalam pendidikan sepanjang hayat. Pihak
sekolah kami amat memandang tinggi kualiti pengajian Pendidikan Jasmani di UPM dan
ingin bekerjasama dengan pensyarah dan pelajar di Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti
Pengajian Pendidikan.

3. Perkhemahan akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 -16 April 2017( 4 hari )


Masa : 4 hari 3 malam
Tempat : Dusun Contoh UPM.
Bilangan pelajar : 80 orang (Tingkatan 4)
Sekolah : SMK Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami juga ingin memohon khidmat pensyarah dan
fasilitator bertauliah dari Jabatan Pengajian Sukan, FPP serta kelengkapan peralatan
untuk menjayakan perkhemahan Pendidikan Luar pada tahun ini. Pihak kami bersetuju
membayar bayaran perkhidmatan untuk perkhemahan ini namun kami berharap ianya
tidak terlalu membebankan pihak sekolah dan pelajar. Pihak kami juga akan
menanggung kos insurans pelajar bagi aktiviti ini.

Pertimbangan dan kerjasama dari pihak professor amatlah dihargai. Pihak sekolah
berharap perkhemahan ini akan manfaat positif kepada semua yang terlibat.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar, Disokong oleh

................................................. .....................
(MOHD HAIRY BIN MAT USOP)
KETUA PANITIA PJPK
SMK BUKIT INDAH.

You might also like