Seri Nara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1. 1 Penghargaan Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi


kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek
Tamadun Asia dan Tamadun Islam ( TITAS ) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami
telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga
dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup
kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Gejala LGBT di IPT Mengikut Perspektif Pelajar
UTP”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu,
En. Abd Ur-Rahman Mohamed Amin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam
usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi
sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Seri Nara Diraja
2. 2 Bab I : Pengenalan
1.1 Definisi LGBT
1.2 LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender iaitu sebuah
kumpulan yang membentuk satu badan bebas (NGO) di luar negara untuk membantu dan
memperjuangkan kumpulan yang mengalami kecelaruan jantina ini. Puak Hak Asasi
Manusia Malaysia sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun
Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan. Alasan
mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang
menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November
2011. Untuk pergi dengan lebih terperinci, Lesbian secara umumnya dimaksudkan dengan
amalan seks songsang dan luar tabie’e diantara wanita dan wanita. Di Malaysia, perbuatan
ini dianggap sebagai salah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman yang
setimpal dengan perbuatan tersebut. Jika di dalam Islam, lesbian ini lebih dikenali dengan
panggilan musahaqah. Pada masa yang sama, mengikut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi keempat,gay bermaksud lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap
kaum sejenisnya. Gay juga membawa pengertian yang lebih kurang sama dengan lesbian
iaitu amalan seks songsang dan luar tabie’e dengan menjadikan dubur sebagai laluan sek
akan tetapi gejala gay ini dipraktikkan diantara lelaki dan lelaki. Sesetengah orang tidak
biasa dengan penggunaan bahasa gay tetapi lebih biasa menggunakan perkataan liwat.
Biseksual pula ialah amalan seks bebas antara pasangan lelaki dan perempuan. Pasangan
yang dinyatakan di sini termasuklah pasangan yang mengamalkan amalan seks semasa
sebelum berkahwin dan semasa sudah berkahwin juga iaitu dengan menukar pasangan
berkahwin dengan orang lain. Bagi meringkaskan maksud biseksual ini ialah amalan yang
menghalalkan penzinaan. Seri Nara Diraja
3. 3 Sementara itu, Transgender pula membawa maksud amalan songsang dan luar tabie’e
untuk berkelakuan dan bersifat bertentangan dengan jantina iaitu perempuan bersifat seperti
lelaki dan lelaki bersifat seperti wanita. Amalan ini juga turut membawa kepada penukaran
jantina walaupun Islam membenarkan penukaran jantina bagi kaum khunsa iaitu kaum yang
memiliki dua jantina sejak lahir lagi. Maka mereka diberi hak untuk memilih jantina yang
mereka ingini. Kendatipun begitu, Islam mengharamkan dan menolak sama sekali penukaran
jantina bagi yang susah sedia lahir dalam keadaan yang normal. 1.2 Objektif Objektif utama
kami melakukan kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca berlakunya gejala LGBT di IPT.
Bukan itu sahaja, kajian ini juga dilakukan bagi mengenalpasti kesan-kesan yang bakal
dihadapi oleh individu yang terlibat. Dengan mengkaji kesan yang bakal berlaku Seri Nara
Diraja
4. 4 terhadap individu, kesan yang berlaku terhadap seluruh masyarakat juga bakal terserlah
akibat tempias perbuatan individu itu tersebut. Pada masa yang sama, kajian ini juga dapat
membantu kami mengkaji tentang perspektif pelajar UTP terhadap gejala LGBT ini.
Berdasarkan pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh pelajar UTP ini, sedikit sebanyak
dapat mengukuhkan lagi kajian ini sekaligus dapat merungkaikan pelbagai permasalahan yang
berkaitan dengan gejala LGBT ini. Objektif kajian yang seterusnya adalah bagi melahirkan
kesedaran masyarakat Islam tentang bahayanya gejala ini. Bukan itu sahaja, kajian ini
berupaya menimbulkan perasaan bersatu padu dalam kalangan masyarakat bagi mengekang
gejala ini daripada terus menular disamping menentang dominasi budaya Barat yang banyak
membawa kesan negatif terhadap bangsa,agama dan negara.
Bab II : Sorotan kajian-kajian lepas mengenai LGBT
2.1 Sumber buku dan akhbar Kami telah menjumpai tiga buah buku yang menulis mengenai
LGBT. Antara tajuk buku tersebut ialah Counseling Gay Men and Lesbians,Handbook of
Gay,Lesbian,Bisexual,and Transgender Administration and Policy dan Gay Masculinities. Seri
Nara Diraja
5. 5 Ketiga tiga buku ini banyak membincangkan mengenai kehidupan manusia yang
mengamalkan LGBT. Menurut Counseling Gay Men and Lesbians (2002) lima punca seseorang
menjadi LGBT ialah masyarakat,kerja,seks,diri sendiri dan juga semangat spiritual. Kelima lima
punca ini saling berkait dan mampu menjadikan naluri seks seseorang berubah. Perasaaan
stress dan kurangnya sokongan daripada masayarakat membuatkan mereka semakin keliru
dengan orientasi seks mereka. Menurut buku ini juga, LGBT bukan hanya melibatkan seks
semata-mata tetapi turut melibatkan perasaan kasih sayang dan juga mahukan perhatian
yang tidak mampu diberi oleh sesetengah masyarakat. Di samping itu juga buku ini
menerangkan pelbagai cara untuk memberi kaunseling kepada golongan LGBT ini antaranya
tidak terlalu prejudis,sentiasa bersikap sensitif terhadap perbualan,menjadi pendengar yang
baik dan memahami masalah yang dihadapi golongan mereka. Golongan LGBT juga
memerlukan sokongan untuk kembali jalan yang benar disebabkan mereka mempunyai rasa
takut dan malu untuk menghadapi masyarakat. Buku ini juga banyak menceritakan mengenai
pelbagai pengalaman mereka yang terjebak dalam aktiviti LGBT ini di mana ada yang
mengalami penyakit kelamin, didera secara seksual sehingga menyebabkan naluri seks
mereka berubah dan juga masalah dalam penglibatan agama. Berbeza di dalam buku
Handbook of Gay,Lesbian,Bisexual and Transgender Administration and Policy (2004) banyak
menceritakan polisi-polisi yang perlu dihadapi golongan LGBT dan hak-hak yang mereka
punyai. Buku ini banyak menceritakan mengenai undang-undang yang perlu dihadapi
golongan LGBT ini antaranya Undang- undang Sodomi,hak asasi seorang manusia dan juga
penerimaan golongan gay di dalam perkhidmatan tentera. Seri Nara Diraja
6. 6 Walaupun undang-undang dan polisi yang diterangkan di dalam buku ini banyak
berpandukan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia,ia boleh diguna
pakai oleh setiap negara disebabkan banyak polisi ini telah dipersetujui oleh Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Buku ini juga mengaitkan golongan LGBT dengan agama. Ia mengkaji
interpretasi setiap agama dan persepsi mengenai LGBT. Di samping itu juga buku ini turut
menyenaraikan negara-negara yang mengakui golongan LGBT dan menerima mereka sebagai
sesebuah masyarakat yang normal. Di dalam buku ketiga iaitu Gay Masculinities (2000)
banyak membincangkan mengenai kehidupan sosial seorang gay. Sejarah gay juga turut
disertakan di dalam buku ini di mana ia berlaku semasa zaman Victoria ketika hubungan
antara lelaki dan perempuan dipisahkan. Ini menyebabkan sesetengah lelaki mula
berperwatakan seorang perempuan dan di situlah tercetusnya budaya songsang. Pelbagai
kisah bagaimana seorang lelaki boleh terjebak di dalam kancah gay juga turut diceritakan dan
juga kisah pengalaman menjalin hubungan cinta dalam golongan gay turut disingkapkan di
dalam buku ini. Pengalaman mereka yang menghidapi HIV hasil hubungan songsang juga turut
diceritakan di dalam buku ini. 2.2 Sumber internet Bagi kajian lepas yang ada di internet,kami
telah menjumpai 2 artikel jurnal yang ditulis oleh Suriati Ghazali dan Musa Yusuf
Oyewemi.Satu artikel menceritakan kajian Seri Nara Diraja
7. 7 mengenai isu transgender di kalangan pelajar IPT dan satu lagi artikel mengenai
pengalaman mereka yang pernah terlibat dlam kancah LGBT. Dalam artikel jurnal yang
pertama yang bertajuk LGBT : Nature or Ideology : The View of a Former LGBT Practioner in
Malaysia (2013),ia menceritakan serba sedikit mengenai sejarah LGBT di Malaysia dan juga
pandangan agama mengenai isu LGBT. Di samping itu juga ia turut mempunyai temu bual di
antara penulis dengan bekas golongan LGBT di mana penulis mewawancara seorang
transgender dan membongkar mengenai punca-punca LGBT dan kesan-kesan mengamalkan
LGBT di negara Malaysia. Artikel kedua yang bertajuk Difusi Ruangan Budaya Transeksualisme
dan Imaginasi Geografi Pelajar Lelaki Berpenampilan Silang di Universiti Tempatan Malaysia
(2012) pula menceritakan kajian mengenai isu transgender mahasiswa lelaki di universiti.
Menurut artikel ini,peranan media dan juga pengaruh media merupakan faktor utama isu
transgender ini berlaku dalam kalangan mahasiswa lelaki. Ia juga banyak menulis mengenai
pendapat dan luahan perasaan golongan transgender yang tidak bersetuju bahawa golongan
transgender ini merosakkan akhlak masyarakat.
Bab III : Landasan Teori
3.1 Sejarah bermulanya LGBT LGBT bermaksud Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender.
Bagaimana LGBT ini boleh Seri Nara Diraja
8. 8 terjadi? Seperti yang kita ketahui, budaya songsang seperti ini bermula dari pengaruh
Barat yang telah merebak ke seluruh pelusuk dunia. Isu seks bebas berkembang kepada
keinginan di luar tabii iaitu menjalin hubungan sesama jenis. Dalam perjalanan sejarah,
misalnya, kutukan agama terus berlaku akibat mengambil bahagian dalam seks bebas, yakni
hubungan seks tanpa sebarang ikatan perkahwinan, bertukar-tukar pasangan dan
mempunyai lebih seorang wanita (Zin Mahmud, n.d). Namun begitu, bukan semua golongan
masyarakat terlibat dengan budaya ini. Persoalannya, mengapa dalam kehidupan
masyarakat, fenomena ini terus dilihat sebagai sesuatu yang wajar dan tidak melanggar
prinsip hak asasi? Sedangkan hubungan tersebut terus berlaku secara sukarela dan bukannya
kemahuan secara muafakat. Terdapat undang-undang khusus yang boleh digunakan untuk
mensabitkan kesalahan tersebut dan ia dianggap menyebabkan pesalahnya kehilangan
kebebasan. Di Malaysia, isu yang berkaitan dengan seks bebas dikatakan berkembang setelah
rakyat majmuk mengetepikan ajaran agama. Pada mulanya, seks bebas atau perniagaan
pelacuran dikesan berlaku di kawasan-kawasan pelabuhan, yang mana ketika kemasukan
lebih ramai kaum imigran, kemasukan lebih ramai lelaki menyebabkan berlaku permintaan
yang tinggi ke atas wanita untuk memuaskan nafsu. Secara lahiriahnya, seorang lelaki
memerlukan wanita untuk tempoh tertentu bagi melepaskan pautan psikologinya, maka dari
situlah bermulanya perniagaan seks secara terlindung. Kemudian, perniagaan seks itu
berkembang secara lebih besar dan disebabkan masalah undang-undang, perniagaan itu
akhirnya bermutasi dan bergabung dengan lain-lain bentuk perniagaan sebagai produk
pelancongan yang dihalalkan dalam perspektif undang-undang (Zin Mahmud,n.d). Seri Nara
Diraja
9. 9 Menurut beberapa penulisan awal mengenai isu sosial, homoseksualiti ialah seks sama
jenis dan bukanlah terlalu lama dan terlalu baru. Kelompok lelaki gay dan perempuan lesbian
wujud di serata tempat dalam situasi 'kekaburan'. Pada mulanya, aktiviti tersebut bergerak
secara senyap, malu-malu, tetapi kini ianya semakin terbuka. Bahkan, pada tahun lalu, sudah
dihebohkan satu kempen atas nama Seksualiti Merdeka, di mana pengamal-pengamalnya
akan berkumpul, meraikan makan malam bersama pasangan sejenis masing-masing,
melakukan apa sahaja yang diinginkan dan seterusnya mendesak agar mereka turut disahkan
pernikahannya dari sudut undang- undang negara (Zin Mahmud, n.d). Hal ini kerana,
masyarakat Malaysia masih belum menerima pernikahan pasangan sejenis, meskipun
beberapa negara Barat sudah mula memberikan pengiktirafan. 3.2 Konsep dan teori para
ilmuan terhadap LGBT Konsep : Esensialism vs Social Constructionism Seri Nara Diraja
10. 10 Perbincangan LGBT tidak lengkap tanpa pembahasan tentang seksualiti kerana hal ini
menyebabkan adanya diskiriminasi dan kekerasan yang dialami oleh golongan ini. Seksualiti
adalah sifat, tabii atau dorongan seks; keseksualan (Dewan Bahasa dan Pustaka Online, 2014).
Seksualiti dialami dan diekspresikan dalam pemikiran, fantasi, hasrat, kepercayaan,
tingkahlaku, kebiasaan dan hubungan. Seksualiti dipengaruhi oleh interaksi faktor biologi,
psikologi, sosial, ekonomi, politik, sejarah, agama, dan spiritual (Neng Dara Affiah,2011). Pada
dasarnya, terdapat dua pandangan tentang seksualiti yang saling bercanggah; esensialism dan
social constructionism. Kelompok esensialism yakin bahawa jenis kelamin, orientasi seksual
dan identiti seksual sebagai hal yang bersifat semula jadi sehingga tidak dapat mengalami
perubahan. Kelompok ini berpandangan bahawa jenis kelamin hanya terdiri daripada dua
jenis iaitu lelaki dan perempuan. Orientasi seksual hanya heteroseksual dan identiti jantina
harus selaras dengan jenis kelamin menyebabkan kelompok yang berada di luar konsep ini di
anggap tidak normal (Neng Dara Affiah,2011). Sebaliknya, bagi kelompok social
constructionism, bukan hanya jantina, namun seks mahupun identiti jantina adalah biasa.
Mereka berpendapat bahawa hubungan kelamin tidak hanya terdiri dari lelaki atau
perempuan namun turut tergolong dalam golongan transgender dan interseks (Neng Dara
Affiah,2011). * seks : genetik, lahir dengan alat kelamin *orientasi seksual : jenis jantina yang
mana seseorang tertarik *identiti seksual : bagaimana seseorang mengidentifikasikan dirinya
*identiti jantina : mengidentifikasikan lelaki atau perempuan Teori 1 : 'Gen Gay' oleh Tyas
Sarce Gay bukanlah genetik. Menurut Tyas Sarce : 'Pengertian dan pemahaman tentang
patuh, taat dan pasrah terkadang Seri Nara Diraja
11. 11 dimanfaatkan oleh politik tertentu menjadi persefahaman yang berbeza. Patuh, taat ,
pasrah sesuai untuk aturan Tuhan adalah apa yang sudah disuratkan Tuhan dari awal lagi.
Logiknya, ketika Tuhan sudah mentakdirkan seseorang itu menjadi homoseksual, mengapa
harus diubah? Homoseksual itu bukan fitrah manusia tetapi kalau bukan fitrah, Tuhan pun
menciptakan.' Kaum homoseksual yang didukung aktiviti liberal sudah berani menunjuk diri
di pelbagai media dan memperjuangkan cita-cita mereka. Mereka menginginkan pernikahan
sejenis diakui secara hukum. Dengan adanya hak asasi manusia, perilaku homoseksual adalah
kerana faktor keturunan berdasarkan penelitian yang melahirkan teori 'gen gay' (Iwan
Yuliyanto,2014). kesan Berdasarkan penulis buku 'Exploding the Gene Myth' yang juga
seorang pengurus 'The Council for Responsible Genetics' mengatakan : 'Pencarian sebuah gen
gay bukan suatu usaha pencarian yang bermanfaat. Saya tidak terfikir adanya gen tunggal
yang memerintah perilaku manusia yang sangat kompleks. Ada pelbagai komponen genetik
dalam semua yang kita lakukan, dan adalah sesuatu kebodohan untuk menyatakan gen-gen
tidak terlibat. Tapi saya tidak berfikir gen-gen itu yang menentukan.' Teori 2 : Pandangan Islam
terhadap Sekularisme Menurut Kamus Dewan Melayu sekular ialah berkaitan dengan
keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme pula
bermaksud fahaman Seri Nara Diraja
12. 12 yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Manakala isme
ialah kepercayaan gerakan politik atau keagamaan, sikap serta perilakuan (Shopuan Anuar
Ahmad 2003:77). George Holyoake dalam 'English Secularism' menerangkan bahawa
sekularisme sebagai aturan dalam peraturan yang berkaitan dengan kehidupan, berdasarkan
nila- nilai kemanusiaan dan disasarkan kepada mereka yang mendapati ajaran agama tidak
mencukupi, tidak boleh dipegang atau tidak boleh dipercayai. Mereka juga lebih
mempercayai kepada kebijaksaan akal mereka sendiri (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77).
Beliau mengetengahkan tiga prinsip penting iaitu : 1. Sains adalah panduan hidup bagi
manusia. 2. Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan. 3. Matlamat yang
menghalalkan segala cara. Pendedahan dari wahyu Al-Quran tentang kejadian manusia secara
terperinci membuktikan kebenaran al-Quran bahawa ia adalah daripada Allah. Ketika
manusia belum mempunyai pengetahuan yang banyak tentang proses penciptaan manusia,
al- Quran telah menjelaskan tahap demi tahap perkembangan janin dalam rahim. Sifat Sains
yang sentiasa menemui sesuatu yang baru dan tersembunyi bergantung pada kekuatan akal
manusia dan penciptaan alat yang sentiasa terdedah dengan kelemahan. Oleh itu, Sains
dibimbing dengan wahyu supaya ia tidak mengeluarkan teori- teori yang dapat mnyesatkan
manusia daripada jalan yang benar (Shopuan Anuar Ahmad 2003:66). Kesimpulannya,
penghayatan agama sebenarnya bermaksud penghayatan sains sekiranya dengan sains kita
bermaksud untuk mencari kebenaran tentang segaja yang wujud iaitu manusia, alam dan
Tuhan. Agama bertujuan memberikan kita ilmu, panduan Seri Nara Diraja
13. 13 dan kesejahteraan melalui pengetahuan pancaindera yang diproses oleh akal, di
samping wahyu yang mengajar cara bagaimana kita harus bertindak balas segala yang boleh
mencapai kesempurnaan apabila disertai dengan takwa (Syed Muhammad Dawilah 2007 : 19-
20). Gejala LGBT ini mungkin disebabkan kurangnya didikan agama daripada ibu bapa,
undang-undang negara yang lemah mengenai kegiatan LGBT ini. Perkara ini juga bercanggah
dengan teori sains kerana proses pembiakan tidak akan terjadi sekiranya gejala LGBT ini
diamalkan, justeru, memberi kesan negatif kepada negara dan akan menyumbang kepada
keruntuhan masyarakat dan negara. Dari sudut Islam pula, haram untuk mereka yang
beragama Islam mengamalkan LGBT ini. Allah sudah menjadikan lelaki dan perempuan
berpasangan dan akan mendapatkan zuriat dengan cara yang sah. Oleh itu, Islam menentang
secara keras- kerasan mengenai aktiviti atau gejala LGBT ini diharuskan di mana-mana negara
(Zack Zakiy, 2012). Teori 3 : Disonansi Kognitif Teori kognitif merupakan teori komunikasi yang
membahas mengenai perasaan kurang enak seseorang yang diakibatkan oleh sikap,
pemikiran dan perilaku yang tidak Seri Nara Diraja
14. 14 konsisten dan memotivasikan seseorang untuk mengambil langkah demi
mengurangkan perasaan kurang enak tersebut. Seorang lesbian, misalnya, dapat mengalami
bahawa orientasi seksual dirinya kerana dia tahu bahawa agama dan masyarakat
mengganggap bahawa dirinya sudah sesat. Akibatnya, lesbian tersebut akan berusaha untuk
menafikan semua itu dan tetap berpegang terhadap apa yang dia lakukan untuk membuat
keadaan dirinya menjadi semakin baik tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Apa itu
kognitif? Kognitif adalah keadaan tidak nyaman akibat adanya ketidaksesuaian antara dua
sikap atau lebih serta sikal dan tingkah laku (Sarwono, S.W, 2009). Disonansi terjadi apabila
terdapat hubungan yang tidak normal,yang mengakibatkan golongan lain menindaskan
hubungan tersebut (Festinger, 1957). Hubungan Disonansi bererti bahawa elemen-elemen
tidak seimbang antara satu sama lain. Contohnya, seseorang menyokong hak perempuan
untuk memilih pengguguran kandungan atas dasar hak asasi manusia tetapi agama
perempuan tersebut bercanggah dengan undang-undang yang telah tersedia. Hubungan
tidak relevan ada ketikanya tidak memberi sebarang kesan. Contohnya, hubungan sesama
jantina tidak akan menghasilkan zuriat. Roger Brown (1965), mengatakan terdapat beberapa
cara yang dapat digunakan untuk mengurangi disonansi kognitif ini, seperti : 1. Mengubah
sikap menjadi konsisten. Seorang lesbian dalam kalangan masyarakat Seri Nara Diraja
15. 15 yang menentang keras homoseksual, dapat mengaplikasikan mekanisma ini tiga cara;
mengubah sikapnya atau berpura-pura menjadi heteroseksual atau pindah ke tempat yang
menerimanya. 2. Mencari informasi baru yang mendukung sikap atau perilaku untuk
menyeimbangkan elemen kognitif yang bertentangan. Misalnya, mencari artikel yang
berkaitan dengan homoseksual yang tidak bertentangan dengan agama tertentu. Usaha
mecari artikel sejenis ini untuk menenangkan diri atau dijadikan informasi untuk dikongsi
dengan orang lain yang juga merupakan pengamal homoseksual. 3. Mengabaikan atau
menganggap ketidaksesuaian antara sikap atau perilaku penyebab disonansi sebagai hal yang
biasa. Contohnya, seorang lesbian itu berusaha menjalani hari-hari sesuai norma yang ada
meski pun tetap menjalani kehidupan sebagai seorang lesbian. Bab IV : Dapatan 4.1 Soal
Selidik Seri Nara Diraja
16. 16 Berdasarkan borang soal selidik yang telah kami edarkan, kami berjaya menganalisis
perspektif-perspektif pelajar Universiti Teknologi Petronas terhadap gejala LGBT ini. Seperti
yang sudah tersedia maklum, borang soal selidik tersebut mempunyai sepuluh buah
pernyataan yang mengandungi 5 skala-Likert bagi setiap pernyataan iaitu sangat setuju,
setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Berikut adalah jadual dan graf bar
yang menunjukkan bilangan pendapat daripada responden- responden di UTP. Seri Nara
Diraja Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Jumlah 1 2 11
35 11 1 60 2 43 8 5 3 1 60 3 43 8 6 2 1 60 4 24 28 2 4 2 60 5 28 12 8 8 4 60 6 38 13 5 3 1 60 7
20 14 12 9 5 60 8 39 14 6 0 1 60 9 0 1 15 9 35 60 10 39 11 4 2 4 60
17. 17Seri Nara Diraja
18. 18 Melalui jadual di atas, kita dapat lihat pada pernyataan satu, jumlah responden adalah
paling ramai tidak pasti dengan pertanyaan tersebut iaitu seramai 35 responden. Ini
bermakna kebanyakan pelajar UTP tidak pasti dengan kegiatan gelaja ini di sekitar kampus.
Manakala, responden yang memberi respon setuju dan tidak setuju dengan pernyataan
tersebut pula adalah sama iaitu seramai 11 responden dan hanya sebilangan kecil sahaja
bilangan responden yang sangat tidak bersetuju dengan penyataan satu iaitu seramai seorang
sahaja. Pada pernyataan yang kedua pula, responden majoritinya sangat setuju dengan
pernyataan tersebut iaitu seramai 43 responden. Jadi, pelajar UTP dengan jelasnya menolak
gejala LGBT ini. Dalam pada itu, seramai lapan orang responden yang setuju dan lima orang
responden yang tidak pasti dengan pernyataan ini. Bilangan responden yang tidak setuju dan
sangat tidak setuju pula adalah masing-masing seramai tiga orang dan seorang. Bagi
pernyataan yang ketiga pula, bilangan responden yang sangat setuju adalah seramai 43
responden juga dan seramai lapan orang yang setuju dengan pernyataan ini. Dengan ini,
kebanyakan pelajar UTP menganggap LGBT sebagai perlakuan yang tidaj bertamadun.
Responden yang tidak pasti dan tidak setuju adalah seramai enam dan dua orang manakala
hanya seorang responden yang sangat tidak setuju dengan dengan pernyataan ini.
Pernyataan yang keempat pula, responden paling ramai bersetuju dengan pernyataan ini iaitu
seramai 28 orang responden manakala seramai 24 orang yang sangat setuju mengenai
pernyataan ini. Terdapat dua orang responden yang tidak pasti, empat orang yang tidak
setuju dan dua orang responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Oleh itu,
kami berpendapat bahawa pelajar UTP akan mengaitkan gejala LGBT ini dengan negara dan
budaya barat. Seri Nara Diraja
19. 19 Sejumlah 28 orang responden yang sangat setuju dan 12 orang responden yang setuju
dengan pernyataan yang kelima. Bilangan resonden yang tidak pasti dan tidak setuju terhadap
pernyataan yang kelima ini adalah sama iaitu seramai lapan orang responden dan seramai
empat orang responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Oleh yang demikian,
pelajar UTP majoritinya sangat bersetuju bahawa budaya LGBT membawa kesan negatif
kepada diri mereka. Majoriti responden sangat setuju dengan pernyataan yang keenam iaitu
seramai 38 orang daripada jumlah 60 orang responden. Responden yang selebihnya iaitu
seramai 13 orang responden setuju dan lima orang responden tidak pasti dengan pernyataan
yang keenam ini. Pada masa yang sama, seramai tiga orang responden dan seorang
responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Maka, pelajar
UTP kebanyakannya berpendapat budaya ini akan merosakkan bangsa. Untuk pernyataan
yang ketujuh pula, bilangan responden yang sangat tidak setuju adalah yang paling sedikit
iaitu seramai lima orang manakala yang paling ramai adalah responden yang sangat setuju
dengan pernyataan ini iaitu seramai 20 orang. Seramai 12 orang responden yang tidak pasti
dan 9 orang responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bilangan reponden yang
sangat tidak setuju pula adalah seramai 5 orang. Melalui pernyataan ini, kami mendapati
terdapat sedikit golongan yang akan memandang serong terhadap orang yang mengamalkan
gejala LGBT ini dan ada juga yang tidak memandang serong terhadap gejala ini. Bagi
pernyataan yang kelapan pula, seramai 39 orang responden yang sangat setuju dan sejumlah
14 orang responden yang setuju dengan pernyataan ini. Dalam pada itu, seramai enam orang
responden yang tidak pasti dan tiada langsung responden yang tidak setuju dengan
pernyataan ini. Bilangan responden yang sangat tidak setuju pula adalah seramai satu orang
sahaja. Melalui analisis kami, majoriti pelajar UTP berpendapat bahawa masalah LGBT ini
perlu dihalang daripada menular ke dalam UTP. Seri Nara Diraja
20. 20 Seterusnya, pernyataan yang kesembilan telah mencatatkan tiada responden yang
sangat bersetuju dengan pernyataan ini malah seramai 35 orang responden yang sangat tidak
setuju. Selain daripada itu, hanya seorang responden yang setuju, 15 orang yang tidak pasti
dan Sembilan orang responden tidak setuju. Dengan ini jelaslah kebanyakan pelajar UTP
menyatakan yang mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala ini. Pernyataan yang
terakhir ialah pernyataan yang kesepuluh. Melalui analisis yang telah dilakukan,pelajar UTP
majoritinya sangat bersetuju dengan penyataan ini iaitu mereka ingin mengetatkan lagi
undang-undang terhadap gejala LGBT ini. Seramai 11 orang responden yang setuju, empat
orang yang tidak pasti, dua orang yang tidak setuju dan 4 orang yang sangat tidak setuju. Seri
Nara Diraja
21. 21 4.2 Perbincangan Berdasarkan dapatan kajian, majoriti pelajar Universiti Teknologi
PETRONAS (UTP) tidak pasti mengenai gejala LGBT di UTP. Hal ini kerana, individu yang
terlibat dengan gejala LGBT di UTP tidak menonjolkan diri masing-masing kerana masih malu
untuk melakukan hal yang sedemikian do khalayak ramai. Golongan LGBT di UTP masih
mengamalkan gejala ini secara sembunyi. Oleh yang demikian, majoriti pelajar UTP tidak pasti
mengenai perkara ini. Budaya LGBT ini ditolak oleh sebahagian besar pelajar UTP. Hal ini
mungkin kerana mereka masih berfikiran logik dan mempunyai pegangan agama yang kuat.
Majoriti besar sangat bersetuju untuk menolak budaya LGBT ini sekiranya ada. Seperti yang
kita ketahui, gejala LGBT ini ditentang keras oleh semua jenis agama kerana merosakkan
keturunan yang sedia ada. Selain itu, majoriti pelajar UTP bersetuju bahawa LGBT merupakan
perlakuan yang tidak bertamadun. Sebagai seorang pelajar yang cemerlang, seharusnya kita
tahu bahawa perlakuan LGBT ini amat jijik dan seperti seorang yang sudah hilang akal
kewarasannya. Sekiranya gejala LGBT ini berleluasa, mereka yang megamalkannya sama
seperti manusia yang tidak bertamadun dan tidak tahu apa-apa mengenai adab dan tatasusila
hidup. Seri Nara Diraja
22. 22 Budaya barat seringkali berkait rapat dengan LGBT. Sebahagian besar pelajar UTP
bersetuju bahawa LGBT ini bermula dari negara barat. Hal ini demikian kerana, orang barat
beranggapan bahawa mereka adalah orang yang paling moden dan maju. Mereka menyokong
amalan LGBT kerana pada pandangan mereka semua manusia mempunyai hak masing-
masing. Hak asasi manusia seringkali digunakan untuk mendapat kelulusan bagi menjalani
hubungan sejenis ini di negara barat. Majoriti pelajar UTP sangat setuju bahawa LGBT
membawa kesan negatif kepada diri mereka. LGBT merupakan gejala yang sangat teruk dan
ini bukan sahaja memberi kesan terhadap pelajar tapi juga terhadap masyarakat sekitar dan
kanak-kanak. Pada masa ini, kita boleh lihat gejala LGBT ini berleluasa kerana mereka
cenderung melakukan aksi secara terang-terangan tanpa memikirkan pandangan orang lain
terhadap mereka. Perkara ini secara tidak langsung menukarkan perspektif kanak-kanak yang
melihat dan mereka mungkin akan mengambil contoh tersebut untuk diamalkan nanti.
Sebilangan besar pelajar UTP memandang serong terhadap gejala LGBT ini. Bagi seseorang
yang mempunyai agama dan berfikiran jauh serta waras, gejala LGBT ini amat tidak logik dan
diluar norma manusia. Gejala ini turut mengganggu keturunan kerana pengamal LGBT tidak
akan melahirkan zuriat tapi terpaksa melakukan secara saintifik ataupun mengambil anak
angkat. Oleh yang demikian, perbuatan seperti ini akan dipandang serong dan tidak
sepatutnya terjadi pada zaman yang semakin moden ini. Majoriti pelajar UTP amat setuju
untuk menghalang masalah LGBT daripada terus menular di dalam UTP. Sebagai seorang
pelajar yang berpelajaran, LGBT merupakan satu perbuatan yang memalukan bangsa dan
negara sendiri. Oleh itu, ramai pelajar amat setuju untuk menghalang LGBT daripada terus
menular di UTP agar nama baik UTP tidak tercemar. Budaya LBGT ini adalah budaya yang
boleh mempengaruhi orang lain. Berdasarkan Seri Nara Diraja
23. 23 dapatan kajian, pelajar UTP tidak mudah terpengaruh dengan gejala ini. Hal ini
mungkin disebabkan mereka masih dapat berfikir dengan baik dan tidak mahu merosakkan
diri sendiri serta memalukan keluarga. Seterusnya, undang-undang harus di ambil untuk
menghalang LGBT. Pelajar-pelajar UTP amat setuju supaya undang-undang berkaitan LGBT
diperketatkan. Golongan remaja bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Oleh itu,
kerajaan Malaysia secara seluruhnya harus menyekat budaya LGBT daripada terus menular
dalam kalangan remaja bagi membentuk bakal pemimpin negara yang berdedikasi dan
berakhlak tinggi. Oleh hal yang demikian, seharusnya pelajar-pelajar IPT bebas daripada
pengaruh yang tidak bermoral ini. Konklusinya, majoriti pelajar di UTP menolak keras gejala
LGBT kerana perbuatan ini hanya mendatangkan keburukan seperti merosakkan akhlak,
meruntuhkan institusi keluarga, serta bertentangan dengan ajaran agama, justeru, harus
dibasmi agar tidak terus menular dalam kalangan masyarakat. Seri Nara Diraja
24. 24 4.3 Temu Bual RESPONDEN 1 Wartawan : Assalamualaikum abang Responden :
Waalaikummussalam Wartawan : Boleh saya mengambil sedikit masa untuk menemu ramah
abang? Responden : Boleh boleh, saya pun tak ada apa-apa nak buat ni, kamu ni dari
rancangan apa ni? Wartawan : Eh, tak ada la abang, kami cuma membuat sedikit penyelidikan,
kami pelajar UTP Responden : Ok ok, Tanya lah Wartawan : Apa pendapat abang tentang
L.G.B.T yang semakin berleluasa? Responden : Sebelum abang jawab soalan kamu tu, apa tu
L.G.B.T? Wartawan : Oh, maafkan saya, L.G.B.T bermaksud lesbian, gay, biseksual dan
transeksual Responden : Oh, sekarang barulah abang faham, pendapat abang tentang L.G.B.T
ni, memang tak sepatutnya berlaku, abang geli betul dgn L.G.B.T ni, lagi-lagi bila lelaki yang
nak sangat jadi perempuan, sanggup potong sana tambah sini, abang pun tak faham
Wartawan : Saya suka dengan pendapat abang ni, lagi satu soalan, abang senang terpengaruh
tak dengan masalah ini? Seri Nara Diraja
25. 25 Responden : Dulu abang pernah terpengaruh dengan masalah ini, abang hampir
menjadi seorang perempuan, abang nak ‘share’ ni supaya jadi pengajaran bagi orang-orang
kat luar sana, dulu abang ada ramai kawan yang pondan, sama jenis dengan abang, dia orang
semua nak jadi perempuan, pada satu hari, abang terbaca dalam satu blog agama, tuan yang
punya blog ini kongsi yang berkaitan dengan L.G.B.T termasuk lah apa hukuman yang akan
dikenakan bila di akhirat nanti, abang terpaku sekejap, mula pada hari itu, abang pergi ke
masjid untuk minta tunjuk ajar dari imam-imam untuk bertaubat, abang dah insaf dan abang
benci perkara-perkara ini sampai abang tak ada di dunia ini. Wartawan : Saya tersentuh
dengar cerita abang, ok la abang, ini pun dah cukup banyak yang abang ‘share’ kat saya, ini
sangat membantu saya dan kawan-kawan saya untuk projek kami ni, terima kasih banyak-
banyak, kami minta maaf kalau terkasar bahasa dan kami tidak ada apa apa untuk diberi
kepada abang sebagai tanda penghargaan Responden : Tidak ada masalah, abang pun tidak
minta apa-apa, abang pun tidak kisah Wartawan : Ok abang, Assalamualaikum Responden :
Waalaikummussalam Seri Nara Diraja
26. 26 Responden 2 Pada 12 Mac 2014 iaitu pada hari Rabu yang lalu, saya telah mendekati
seorang wanita yang berusia lewat 30-an iaitu Puan Halimah di sebuah pasar malam yang
terdapat di Seri Iskandar. Saya telah berjaya menemubual Puan Halimah berkaitan gejala
LGBT yang kian berleluasa di negara kita. Temu bual itu adalah seperti berikut: Saya:
Assalammualaikum Mak Cik. Puan Halimah: Waalaikummsalam. Ya, ada apa ya nak? Saya:
Sudikah Mak Cik meluangkan sedikit masa untuk saya untuk menemu ramah Mak Cik serba
sedikit tentang tajuk kajian yang saya jalankan iaitu Gejala LGBT. Puan Halimah: Oh boleh.
Apa salahnya. Saya: Jadi Mak Cik, apa yang Mak Cik tahu tentang Gejala LGBT ini? Puan
Halimah: Setahu Mak Cik lah, LGBT ini adalah perbuatan hubungan sejenis misalnya antara
lelaki dan lelaki ataupun antara perempuan dan perempuan. Mak Cik tahu tentang LGBT ini
pun daripada televisyen dan surat khabar. Saya: Oh nampaknya Mak Cik banyak mengikuti
perkembangan semasa. Saya ingin bertanya Mak Cik lagi boleh? Puan Halimah: Boleh, tiada
masalah. Seri Nara Diraja
27. 27 Saya: Terima kasih Mak Cik kerana sudi meluangkan masa. Oleh itu, saya ingin
bertanyakan tentang pandangan Mak Cik terhadap gejala ini. Adakah Mak Cik suka atau tidak
suka atau apa sahaja pendapat dan Mak Cik terhadap gejala ini. Puan Halimah: Pada
pandangan Mak Cik lah, Mak Cik tidak suka dengan kegiatan ini. Pada pendapat Mak Cik,
perbuatan ini amat menjijikkan dan sangat tidak patut wujud di dalam dunia ini. Mak Cik
berasa sangat janggal tentang kehidupan manusia zaman sekarang yang melakukan sesuatu
yang tidak berlandaskan agama terutamanya bagi yang beragama Islam. Saya: Nampaknya
Mak Cik memang menentang habis-habisan tentang gejala ini. Jadi saya ada satu lagi soalan
yang terakhir sebelum saya mengakhiri temu bual ini. Soalan saya adalah, bagaimanakah Mak
Cik menggunakan peranan Mak Cik sebagai seorang wanita yang dewasa dan matang bagi
mencegah gejala ini daripada terus merebak dan merosakkan bangsa, agama dan negara?
Puan Halimah: Pertama sekali, sudah semestinya Mak Cik akan mencegah anak Mak Cik
terlebih dahulu daripada terjebak dalam gejala ini. Mak Cik akan memberikan didikan agama
yang secukupnya agar mereka dapat berfikir dengan sendiri baik dan buruk tentang gejala ini.
Selain itu, Mak Cik juga akan cuba untuk turut menyebarkan tentang keburukan gejala ini
kepada kawan-kawan Mak Cik di sekitar kawasan perumahan supaya mereka juga dapat
menasihati anak mereka daripada terjebak dalam gejala LGBT ini. Saya: Terima kasih atas
penjelasan yang diberikan. Mak Cik memberi saya banyak pengetahuan baru. Jadi, setakat ini
sahajalah temu bual saya terhadap Mak Cik. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas
masa yang sudi Mak Cik luangkan. Saya berharap kita sama- sama dapat mencegah gejala ini
daripada terus menular. Seri Nara Diraja
28. 28 Puan Halimah: Sama-sama. Mak Cik juga berharap anak dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dan juga mencegah gejala ini. Mak Cik balik dulu. Saya: Terima kasih sekali
lagi Mak Cik. Responden 3 Wartawan : Assalamualaikum Encik. Responden:
Waalaikumussalam. Wartawan : Saya dari Universiti Teknologi Petronas. Sekarang saya
sedang melakukan sebuah kajian mengenai LGBT. Saya dan ahli kumpulan saya telah memilih
kelab ini untuk membuat kajian kerana kami mendapat khabar angin tentang kegiatan LGBT
di tempat ini. Jadi, saya ingin menemuramah abang, boleh? Responden: Silakan. Memang
betul, di sini memang terdapat kegiatan-kegiatan seperti adik katakan tadi. Wartawan :
Baiklah, boleh kita mulakan sesi temuramah? Responden : Okay. Wartawan : Soalan pertama
saya, abang buat apa di sini? Responden : Seperti yang adik tahu, di sini merupakan tempat
orang-orang yang mengamalkan LGBT, abang dating ke sini untuk “meluangkan masa”
bersama kawan-kawan abang. Abang memang selalu datang ke sini. Hampir setiap hujung
minggu. Wartawan : Ohh, baiklah. Saya faham tetapi untuk mendapatkan kepastian, adakah
abang seorang yang mengamalkan LGBT? Saya harap abang tidak kisah saya bertanya soalan
sebegitu. Seri Nara Diraja
29. 29 Responden: Ya, abang mempunyai minat terhadap lelaki. Wartawan: Bagaimana abang
mempunyai minat terhadap kaum sejenis? Adakah semua ini bermula sejak kecil atau sesuatu
telah terjadi? Responden: Baiklah, semuanya bermula setelah abang berpisah dengan teman
wanita abang. Abang bukanlah seorang “gay” sejak kecil. 2 tahun yang lalu, teman wanita
abang telah curang dan menduakan abang. Sejak hari itu, abang rasa mempunyai hubungan
dengan lelaki lebih menyeronokkan berbanding hubungan dengan wanita. Lelaki lebih
memahami lelaki dan tidak mempunyai sikap tidak menentu seperti wanita. Wartawan: Jadi,
bagaimana abang boleh terjebak terus dengan gejala “gay” ini? Responden: Abang
sebenarnya pernah menuntut di sebuah IPTA di Malaysia dan dari situ abang telah berkenalan
dengan beberapa orang yang mempunyai haluan yang sama dengan abang. Abang mula rapat
dengan mereka. Abang pernah ber”couple” dengan salah seorang daripada mereka.
Walaupun kadang-kadang kami bertukar-tukar pasangan tetapi abang lebih sayang kepada
teman lelaki abang itu. Tidak seperti perempuan, kami tidak akan cemburu jika kami bertukar-
tukar pasangan. Wartawan : Sepanjang abang menjadi “gay”, sudah berapa ramai teman
lelaki yang abang ada? Responden: Setakat ini 4 orang. Abang masih mengekalkan hubungan
abang dengan keempat-empat teman lelaki abang itu. Mereka semua tinggal berjauhan
antara satu sama lain. Jadi, jika abang ke tempat mereka, abang akan bersama mereka.
Wartawan: Maafkan saya bertanya soalan ini, adakah abang jenis “bottom” atau “top”?
Responden: Tidak mengapa. Perkara ini tidak menentu, hidup ini ibarat roda. Kadang- kadang
kita di atas, kadang-kadang kita di bawah tetapi secara jujurnya, abang lebih suka untuk
berada di bawah (bottom). Seri Nara Diraja
30. 30 Wartawan: Apa perasaan abang tentang orang-orang di sekeliling abang? Abang tidak
kisah jika mereka mengutuk atau memandang serong terhadap abang? Responden:
Sebenarnya ada sahaja orang yang mengutuk abang. Depan-depan pun pernah. Abang terasa
dengan cemuhan-cemuhan yang mereka berikan. Kawan-kawan yang dulunya rapat dengan
abang pun mencemuh abang. “Alah bisa,tegal biasa”. Abang dah jemu dikutuk dan dicaci.
Sekarang abang tidak kisah akan semua itu dan hanya mahu berseronok dengan teman-
teman yang dapat menerima abang seadanya. Wartawan: Baiklah, soalan terakhir saya,
adakah abang tidak merasa bersalah kerana melakukan aktiviti yang haram di sisi syariah ini?
Responden: Abang sedar bahawa perkara yang abang lakukan ini adalah haram dan salah.
Abang tidak berniat untuk meneruskan kegiatan ini selama-lamaya. Jauh di lubuk hati abang,
abang masih ingin menjadi seorang yang normal. Abang akan bertaubat bila tiba masanya.
Wartawan: InsyaAllah. Semoga Allah memberi hidayah kepada abang untuk kembali ke jalan
yang benar. Terima kasih atas kerjasama yang abang berikan kepada kami. Responden: Sama-
sama. Seri Nara Diraja
31. 31 Bab IV : Rumusan Kesimpulannya, LGBT ini boleh didefinisikan sebagai golongan
songsang yang menyalahi norma akal. Walaupun diterima di Barat namun LGBT ini tidak
sesuai diamalkan negara Timur seperti Malaysia kerana bertentangan dengan budaya dan
agama. Undang-undang LGBT juga perlu diperketatkan bagi membendung gejala ini menular.
Tambahan pula, hasil daripada soal selidik mendapati majoriti menolak LGBT kerana dianggap
tidak bertamadun dan mampu memberi kesan negatif kepada diri dan masyarakat. Walaupun
golongan LGBT ini amat sukar untuk dikenali, namun ia perlu dibendung melalui kempen yang
berkesan dan juga kerjasama antara badan bukan kerajaan. Masyarakat di Malaysia perlu
sentiasa diingatkan mengenai kesan-kesan negatif mengamalkan LGBT di samping memberi
informasi mengenai isu ini agar dapat ditentang dan ditolak masyarakat. Sebagai masyarakat
timur yang kaya dengan budaya dan berpegang teguh dengan ajaran agama, LGBT bukan
perkara yang baik untuk diperjuangkan dan diamalkan. LGBT perlu ditentang dan dirawat
dengan segera agar ia tidak menjadi suatu budaya yang akan diamalkan oleh generasi yang
akan datang. Seri Nara Diraja
32. 32 Bibliografi Barret,Bob and Collen Logan, 2002.Counseling Gay Men and Lesbians
Swan,Wallace , 2004. Handbook of Gay,Lesbian,Bisexual,and Transgender Admintration and
Policy Nardi,Peter , 2000. Gay Masculinities Suriati Ghazali, 2012. Difusi Ruangan Budaya
Transeksualisme dan Imaginasi Geografi Pelajar Lelaki Berpenampilan Silang di Universiti
Tempatan Malaysia. Jurnal e-Bangi Musa Yusuf Owoyemi and Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad
Sabri ,2013. LGBT:Nature or Ideology:The View of a Former LGBT Practitioner in
Malaysia.Research Journal of Biological Science Zin Mahmud. (n.d). Retrieved from
http://www.dakwah.com.my/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=397:kenapa-lgbt-dilaknat-
&catid=86:topik&Itemid=357 Neng Dara Affiah, Yuni Nurhamidah (2011). Dari Suara Lesbian,
Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) - Jalan Lain Memahami Hak Minoritas. DIvisi Litbang
dan Pendidikan Komnas Perempuan. Retrieved from https://www.google.com/url? Seri Nara
Diraja
33. 33
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CCYQFjAA&url=http
%3A%2F%2Fwww.komnasperempuan.or.id%2Fwp-content%2Fuploads
%2F2008%2F10%2Fdari-suara-lgbt-jalan-lain-memahami-hak-minoritas-1-
1.doc&ei=vNAuU9XgK4r9rAeA0oCAAw&usg=AFQjCNHoJe6BSKYcUWrnwQ6csMymjYL1q
w&sig2=CS-hAPIEk9D7rka4rxtTbg Iwan Yuliyanto. (2014). Runtuhnya Teori Gen Gay. Fight for
Freedom. Retrieved from http://iwanyuliyanto.wordpress.com/2013/12/08/runtuhnya-
teori-gen-gay/ (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka Online. Retrieved from
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=seks&d=10 Zack Zakiy. (2012). Pandangan Islam
Terhadap Sekularisme. Islam Harmoni dengan Akhlak. Retrieved from
http://islamharmonidenganakhlak.blogspot.com/2012/12/pandangan-islam-terhadap-
sekularisme.html (2011). Teori Disonansi Kognitif (Cognitive Dissonance Theory).
Psychologimania. Retrived from http://www.psychologymania.com/2011/09/teori-
disonansi-kognitif- cognitive.html Sarwono, Sarlito. 2009. Psikologi Sosial. Jakarta: Salemba
Himanika (2013). Teori Disonansi Kognitif. Wikipedia Bahasa Indonesia. Retrieved from
http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_disonansi_kognitif Seri Nara Diraja

You might also like