Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

JALAN TUN ABDUL RAZAK,


30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

Telefon :05-501 5000 Faks :05-527 7273


p ortal : ltt tp / /www p e ndi dikanp e rak.gov.my

,.1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN,,

Ruj.Tuan
Ruj. Kami : .l.PenO.Pk.(lCT)470 3112 (9)
Tarikh : 10 Oktober 2014

Semua Pengetua / Guru Besar


Sekolah Menengah / Rendah negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan,

SURAT PERINGATAN PEROLEHAN PERALATAN IGT SEKOLAH TANPA TERLEBIH


DAHULU MENDAPAT KELULUSAN TEKNIKAL JAWATANKUASA PEMANDU ICT
(JPICT) NEGERI JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa jabatan mendapat laporan bahawa masih berlaku
kes perolehan peralatan ICT sekolah menggunakan peruntukan kerajaan tanpa terlebih
dahulu mendapat kelulusan teknikal JPICT. Amalan ini adalah bertentangan dengan
peraturan sedia ada dan arahan Surat Pekeliling IGT KPM Bil. 1 Tahun 2014 Garis -
Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal lnisiatif ICT Bahagian,
Jabatan/ Agensi dan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
bertarikh I 0 Februari 2AM.

3. Sehubungan dengan itu, sekolah diminta berhati-hati dalam menguruskan


peruntukan kewangan bantuan persekolahan yang diterima supaya tidak melanggar
peraturan-peraturan kewangan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan
perbendah ataan (AP), Tatacara Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah, Surat-
surat Pekeliling Perbendaharaan dan Kewangan serta peraturan-peraturan lain yang
berkuatkuasa.

4. pentadbiran ini memohon kerjasama pihak tuan supaya dapat mematuhi tatacara
dan prosedur yang ditetapkan sebelum membuat sebarang perolehan peralatan ICT sekolah
pada masa hadapan. Sayugia diingatkan bahawa kegagalan mematuhi peraturan ini akan
menyebabkan pegawai/ sekolah menanggung risiko berikut :-

i) pegawai bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib


seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta Tatacara
Kewangan 1957 dan penalti di bawah perenggan 13, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002, Akta Pendidikan 1996;

,,
C I NTAI LAH B AHASA K ITA''
(SiLa catatkan ru.jukan pe.juhat ini upubila berlrubmtg)
@ffi
CEBTTFTEO TO rSO 9001 :2003 CEAIFED TO lSO9@1:2N
Ruj. Kami: J.Pend.Pk.(lCT)4703/12 (W)

-2-

ii) Ketua Jabatan/ pegawai bertanggungjawab dikehendaki membayar balik


amaun yang telah dibelanjakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan
92(b) - Tanggungjawab bagi perbelanjaan yang tidak dibenarkan iaitu
seseorang pegawai yang membenarkan atau mengarahkan sesuatu
perbelanjaan tanpa kuasa yang sepatutnya akan dipertanggungjawab sendiri
(termasuk membayar balik) bagijumlah yang dibelanjakan.

iii) Sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran,

iv) Sekolah tidak layak dipertimbangkan untuk menerima apa-apa anugerah


kecemerlangan seperti Tawaran Baru (New Deals).

5. Segala perhatian dan komitmen pihak tuan mematuhi peraturan/ pekeliling


berkuatkuasa adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

.,BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

M
(HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI,
Pengarah Pendidikan Perak
PMP., AMP.)

s.k. i) Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah negeri Perak


ii) FailTimbul

You might also like