Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Soalan 25:

Faktor kemunculan Perang Dunia Pertama pada tahun


1914 hingga 1918.

Pengenalan :
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun
1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-
negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang
terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain,
Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali,
Belgium dan Turki. Negara-negara di Asia dan Afrika
turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua
tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk
dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat
dua pihak iaitu Triple Alliance iaitu Perikatan Tiga
Kuasa dan Triple Entente iaitu Pakatan Tiga Kuasa.
Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia
berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai
oleh Jerman.

Perlumbaan Senjata
Persaingan untuk memajukan kelengkapan perang
dalam kalangan negara-negara Eropah merupakan salah
satu faktor tercetus Perang Dunia Pertama. Perlumbaan
untuk menambah senjata melahirkan perasaan syak
wasangka dalam kalangan negara-negara Barat. Jerman
dan Britain bersaing untuk menambah kekuatan tentera
laut masing-masing. Bagi mengukuhkan kedudukannya
sebagai kuasa laut yang unggul, Britain telah membina
kapal perang laut yang canggih jenis Dreadnought.
Menjelang tahun 1909, Britain mempunyai lapan buah
kapal jenis Dreadnought. Perancis dan Rusia masing-
masing meningkatkan kekuatan tentera darat. Kuasa-
kuasa besar seperti Britain, Jerman, Perancis, Itali,
Austria-Hungary, dan Rusia mengeluarkan perbelanjaan
yang besar untuk meningkatkan kekuatan tentera
masing-masing. Kecenderungan kuasa-kuasa Barat
untuk mengukuhkan kekuatan tentera menjadi
pemangkin kepada Perang Dunia Pertama. Oleh itu,
perlumbaan senjata merupakan faktor tercetusnya
Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 sehingga
1918.

Imperialisme Kuasa-kuasa Barat


Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain
menyebabkan kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar
imperialisme. Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba
untuk menguasai tanah jajahan bagi mendapatkan bahan
mentah dan pasaran. Umpanya Jerman dan Perancis
bertelingkah untuk menguasai Morocco. Perkembangan
ini hampir mencetuskan peperangan. Britain bimbang
dengan usaha Jerman untuk memperoleh tanag jajahan
di Asia dan Afrika. Persaingan untuk menguasai tanah
jajahan menimbulkan permusuhan dalam kalangan
kuasa-kuasa Barat. Tegasnya, imperialisme kuasa-
kuasa barat merupakan faktor tercetusnya Perang
Dunia Pertama.

Kebangkitan Nasionalisme
Kebangkitan nasionalisme yang melampau
menimbulkan permusuhan di kalangan negara-negara
bangsa di Eropah. Orang Jerman menganggap diri
mereka sebagai bangsa tuan yang paling berkuasa di
dunia. Sikap ini menyebabkan orang Jerman tidak dapat
menerima kebangkitan negara Eropah lain khusunya
Perancis. Semangat nasionalisme mendorong Perancis
untuk mendapatkan kembali wilayah Alsace dan
Lorrain yang diserahkan kepada Jerman ekoran
kekalahan Perancis dalam Perang Perancis-Prussia pada
tahun 1870 sehingga 1871. Britain tidak dapat
menerima kebangkitan kuasa-kuasa Barat lain dalam
meningkatkan kekuatan tentera laut. Tuntasnya,
kebangkitan nasionalisme menjadi faktor tercetusnya
Perang Dunia Pertama.

Pengaruh Autokrasi
Golongan aristocrat dan elit yang mmenerajui
pemerintahan di Jerman, Rusia dan Austria-Hungary
memainkan peranan dalam mencetuskan Perang Dunia
Pertama. Golongan ini menggunakan perang sebagai
alat untuk mengukuhkan kekuasaan dan pengaruh
mereka. Umpamanya Maharaya Jerman, Kaiser Wilhem
II bercita-cita untuk mewujudkan empayar Jerman yang
kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Baginda
membelanjakan sebahagian besar kekayaan Negara
untuk mengukuhkan system pertahanan. Antara usaha
yang dilakukan oleh Kaiser Wilhem II untuk
mengukuhkan tentera ialah membina kapal-kapal
perang, peluru berpandu seperti torpedo dan menggali
Terusan Keil agar kapal-kapal perang yang besar dapat
berlabuh. Tegasnya, tindakan maharaja Kaiser Wilhem
II telah menimbulkan perasaan curiga dan kebimbangan
kuasa-kuasa Barat lain. Tegasnya, pengaruh autokrasi
merupakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia
Pertama.

Pakatan Tentera
Salah satu faktor utama tercetus Perang Dunia
Pertama ialah kemunculan pakatan tentera. Kemunculan
pakatan tentera telah menyebakan negara-negara
Eropah terbahagi kepada dua blok yang saling
bertentangan antara satu sama lain. Kemunculan
pakatan ini berpunca daripada permusuhan antara
Perancis dengan Jerman. Pada tahun 1879, Jerman telah
membentuk pakatan tentera dengan Austria-Hungary
yang dikenali sebagai Perikatan Berdua. Tujuan
perikatan ini dibentuk adalah untuk memencilkan
Perancis. Pada tahun 1882, penyertaan Itali dalam
Perikatan Berdua telah mewujudkan Perikatan Bertiga
iaitu “Triple Alliance”. Tujuan pakatn ini adalah untuk
member bantuan ketenteraan sekiraya mana-mana
negara anggota diserang oleh kuasa lain. Pada tahun
1894, Rusia menjalinkan hubungan pakatan tentera
dengan Perancis yang dikenali sebagai Pakatan Berdua.
Pada peringkat awal, Britain tidak melibatkan diri
dalam persaingan kuasa-kuasa besar. Walau
bagaimanapun, pada akhir kurun ke-19, Britain mula
risau terhadap kekuatan Jerman dalam bidang ekonomi
dan ketenteraan. Pada tahun 1907, Britain menyertai
Perancis dan Rusia untuk menubuhkan Pakatan Bertiga
bagi menghadaoi ancaman Jerman. Oleh itu,
kemunculan pakatan-pakatan ini menambahkan
kemungkinan tercetus Perang Dunia Pertama.

Kesimpulan
Kesimpulannya, pelbagai faktor yang
menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama pada
tahun 1914 sehingg 1918. Perang ini menyebabkan
kemunculan pakatan-pakatan dan perikatan-perikatan
negara Eropah.

You might also like