Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 LAPORAN KAJIAN

1.1 Pengenalan

Statistik merupakan satu bidang pengajian yang melibatkan satu proses


mengumpul, memerihal dan menganalisis maklumat yang boleh membantu kita dalam
membuat keputusan (Tan Poo Chang & Halimah Awang, 1994). Peranan statistik adalah
untuk memberi gambaran tepat tentang sesuatu situasi atau untuk membantu kita
membuat keputusan, kesimpulan atau ramalan yang tepat, gambaran yang jelas bagi
mengambil tindakan yang wajar (Pengantar Statistika, 2006).

Sehubungan dengan itu, pelajar PPISMP semester 2 2018 dikehendaki


menghasilkan laporan kajian tentang satu aspek berkaitan dengan warga IPG Kampus
Ipoh.

1.2 Pemilihan Isu

Pembelanjaan merupakan topik yang sensitif apabila diperkatakan kepada


pelajar. Terdapat pelajar yang boros dan terdapat pelajar yang jimat. Dalam kajian ini,
saya memilih tajuk “Pembelanjaan Di IPG” untuk memerhati penggunaan siswa dan
siswi dalam pembelanjaan mereka.

1.3 Proses Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
dengan penggunaan borang soal selidik iaitu dengan menggunakan kaedah kualitatif.
Kaedah kualitatif adalah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang
boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara
fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan
berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller,
1986).

Responden kajian ini terdiri daripada 50 orang siswa dan siswi IPG Kampus
Ipoh. Jumlah siswa dan siswi ini terdiri daripada 11 orang lelaki dan 39 perempuan. Bagi
teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah teknik persampelan
rawak mudah. Persampelan rawak mudah ialah persampelan di mana setiap elemen
dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel (Piaw
Chua Yan, 2006). Borang soal selidik ini diedarkan kepada mereka melalui aplikasi

1
WhatsApp kerana borang soal selidik ini telah dibuat menggunakan Google Forms. Hal
ini untuk menyenangkan proses pengambilan data agar tidak ada data yang disalah
ambil (Tech Tip: The Benefits of using Google Forms in Education, 2017).

Tujuan penganalisisan data dijalankan adalah untuk memperoleh maklumat yang


berguna untuk mencapai objektif penyelidikan. Kaedah statistik yang digunakan dalam
kajian ini adalah seperti kekerapan, purata dan peratusan untuk menganalisis data-data
dengan menggunakan perisian komputer tertentu. Antara perisian komputer yang
digunakan untuk penganalisisan data ialah Microsoft Words dan Microsoft Excel.

1.4 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan data yang dikumpul dan keputusan analisis data
berdasarkan tindak balas responden terhadap pembelanjaan di IPG Kampus Ipoh.

1.4.1 Jantina Responden

Jantina Kekerapan
Lelaki 11
Perempuan 39
Jumlah 50
Jadual 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jantina Responden
45
40
35
30
Kekerapan

25
20
15 kekerapan responden
10
5
0
Lelaki Perempuan
Jantina

Rajah 1 : Jantina Responden

2
1.4.2 Pembelanjaan Selalunya Digunakan Untuk Apa?

Kegunaan Gundalan Kekerapan, 𝒇


Makan IIII IIII IIII IIII I 21
Barang Keperluan IIII IIII III 13
Hiburan IIII IIII 9
Kerja IIII 5
Lain-lain II 2
Jadual 2 : Jadual Taburan Kekerapan Bagi Soalan 2

Kegunaan Pembelanjaan

4%
10%
Makan
42% Barang Keperluan
18%
Hiburan
Kerja
Lain-lain
26%

Rajah 2 : Kegunaan Pembelanjaan Responden di IPG Kampus Ipoh

Tafsiran dan kesimpulan :

Carta Pai ialah carta berbentuk bulatan yang diberikan kepada beberapa
sektor dan luas setiap sektor dalam carta pai berkadaran dengan kuantiti yang
diwakili oleh sektor itu (Pumadevi, Nurul Shahhida & Fatimah Rozihan, 2015).
Rajah di atas menunjukkan carta pai dengan tajuk “Kegunaan Pembelanjaan
Responden di IPG Kampun Ipoh”.

Pertama sekali, 2 orang responden iaitu 4% dalam kalangan responden


telah memilih lain-lain. Seterusnya, 5 orang responden iaitu 10% dalam kalangan
responden memilih kerja. Di samping itu, 9 orang responden iaitu 18% dalam
kalangan responden memilih hiburan. Selain itu, 13 orang responden iaitu 26%

3
dalam kalangan responden memilih barang keperluan. Akhir sekali, 21 orang
responden iaitu 42% dalam kalangan responden memilih makan.
Kesimpulannya, majoriti daripada siswa dan siswi di IPG Kampus Ipoh
menggunakan pembelanjaan mereka untuk makan.

1.4.3 Adakah elaun yang diberikan mencukupi untuk pembelanjaan sebulan?

Persetujuan Gundalan Kekerapan, 𝒇


Ya IIII IIII IIII IIII IIII 24
Tidak IIII IIII IIII IIII IIII I 26
Jadual 3 : Jadul Taburan Kekerapan Bagi Soalan 3

Kecukupuan Elaun
26.5
26
25.5
Kekerapan

25
24.5
Kekerapan
24
23.5
23
Ya Tidak
Persetujuan

Rajah 3 : Persetujuan Responden Terhadap Elaun

Tafsiran dan kesimpulan :

Carta palang biasanya digunakan untuk membuat perbandingan antara


dua atau lebih perkara pada suatu masa (Marzita, 2003). Rajah di atas
menunjukkan carta palang dengan tajuk “Persetujuan Responden Terhadap
Elaun”.

24 orang responden setuju bahawa elaun yang diberi cukup untuk


sebulan manakala 26 orang responden tidak setuju bahawa elaun yang diberi
cukup untuk sebulan. Kesimpulannya, lebih separuh daripada responden tidak

4
setuju bahawa elaun yang diberi cukup untuk pembelanjaan siswa dan siswi di
IPG Kampus Ipoh untuk sebulan.

1.4.4 Adakah anda mendapat sumber pembelanjaan yang lain selain daripada
elaun?

Persetujuan Gundalan Kekerapan, 𝒇


Ya IIII IIII IIII IIII IIII II 27
Tidak IIII IIII IIII IIII III 23
Jadual 4 : Jadual Taburan Kekerapan Bagi Soalan 4

Sumber Pembelanjaan Lain


28
27
26
25
24
23
22
21
Ya Tidak

Kekerapan

Rajah 4 : Persetujuan Responden Terhadap Sumber Pembelanjaan Lain

Tafsiran dan kesimpulan

Graf garis merupakan satu jenis perwakilan data di mana maklumatnya


diperolehi dalam tempoh masa (Lay Yoon Fah, Khoo Chwee Hoon & Ley Chit
Moy, 2016). Rajah di atas menunjukkan graf garis dengan tajuk “Persetujuan
Responden Terhadap Sumber Pembelanjaan Lain”.

27 orang responden memilih ya manakala 23 orang responden memilih


tidak. Kesimpulannya, lebih daripada separuh daripada responden menerima
pembelanjaan lain selain daripada elaun yang diberikan IPG Kampus Ipoh untuk
pembelanjaan sebulan.

5
1.4.5 Berapakah Purata Pembelanjaan Untuk Sehari?

Selang kelas, RM Kekerapan, 𝒇


1-5 4
6-10 24
11-15 17
16-20 4
21-25 1
Jadual 5 : Jadual Taburan Kekerapan Bagi Soalan 5

Purata Pembelanjaan Sehari


30

25

20
Kekerapan

15

10 Kekerapan

0
1-5 6-10 11-15 16-20 21-25
Selang Kelas

Rajah 5 : Purata Pembelanjaan Responden Untuk Sehari

Tafsiran dan kesimpulan :

Histogram merupakan salah satu bentuk cara untuk mengambarkan


taburan kekerapan dalam bentuk carta bar (Suwandi, 2018). Rajah di atas
menunjukkan histogram dengan tajuk “Purata Pembelanjaan Responden Untuk
Sehari”.

Pertama sekali, 4 orang responden berada di selang kelas pertama.


Selain itu, 24 orang responden berada di selang kelas kedua. Seterusnya, 17
orang responden berada di selang kelas ketiga. Di samping itu, 4 orang
responden berada di selang kelas keempat. Akhir sekali, seorang responden

6
berada di selang kelas kelima. Kesimpulannya, kekerapan tertinggi untuk soalan
ini berada di selang kelas yang kedua.

1.4.6 Berapakah purata pembelanjaan untuk seminggu?

Sempadan
Titik
Selang Kekerapan, Kekerapan atas
tengah, 𝑥2 𝑓𝑥 𝑓𝑥 2
kelas 𝑓 longgoakan selang
𝑥
kelas
11-20 0 0 20.5 15.5 240.25 0 0
21-30 8 8 30.5 25.5 650.25 204 5202
31-40 6 14 40.5 35.5 1260.25 213 7561.5
41-50 19 33 50.5 45.5 2070.25 864.5 39334.75
51-60 17 50 60.5 55.5 3080.25 943.5 52364.25
∑= ∑= ∑= ∑=
∑ = 50
177.5 7301.25 2225 104462.5
Jadual 6 : Jadual kekerapan bagi soalan 6

1.4.6.1 Min, 𝑥̅

∑ 𝑓𝑥
𝑥̅ =
∑𝑓
2225
=
50
= 44.5

1.4.6.2 Mod

△1
𝑀𝑜𝑑 = 𝐿 + ( )𝑐
△1 +△2
19 − 6
= 40.5 + ( ) 10
(19 − 6) + (19 − 17)
= 49.167

7
1.4.6.3 Median

𝑁
−𝐹
𝑀𝑒𝑑𝑖𝑎𝑛 = 𝐿 + ( 2 )𝑐
𝑓𝑚

50
− 14
= 40.5 + ( 2 ) 10
19

= 46.289

1.4.6.4 Kuartil pertama, 𝐾1

𝑁
−𝐹
𝐾1 = 𝐿 + ( 4 )𝑐
𝑓

50
−8
= 30.5 + ( 4 ) 10
6

= 38

1.4.6.5 Kuartil ketiga, 𝐾3

3
𝑁−𝐹
𝐾3 = 𝐿 + (4 )𝑐
𝑓

3
(50) − 33
= 50.5 + (4 ) 10
17

= 53.147

1.4.6.6 Julat antara kuartil

𝐽𝑢𝑙𝑎𝑡 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑢𝑎𝑟𝑡𝑖𝑙 = 𝐾3 − 𝐾1


= 53.147 − 38
= 15.147

8
1.4.6.7 Varians, 𝜎 2

∑ 𝑓𝑥 2
𝜎2 = − 𝑥̅ 2
∑𝑓
104462.5
= − 44.52
50
= 109

1.4.6.8 Sisihan piawai, 𝜎

∑ 𝑓𝑥 2
𝜎=√ − 𝑥̅ 2
∑𝑓

= √109
= 10.440

Oleh sebab 44.5<46.289<49.167, maka min<median<mod. Dalam kes


kepencongan negatif atau ke kiri, min adalah lebih kecil daripada mod. Kiraan di
atas menunjukkan bahawa nilai min adalah lebih kecil daripada nilai mod
membuktikan graf taburan normal tersebut merupakan taburan terpencong
negatif atau terpencong ke kiri (Mohammad Zainal, 1994).

1.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian untuk menganalisis pembelanjaan siswa dan siswi di IPG


Kampus Ipoh telah dilaksanakan dengan sempurna. Laporan kajian ini telah
membolehkan saya untuk pelajari cara-cara menghasilkan borang soal selidik
menggunakan Google Forms. Selepas itu, saya juga telah mengaplikasikan kemahiran
mengelas, meringkas menyusun, menganalisis dan mentakrif sesuatu data. Akhir sekali,
saya turut berupaya untuk membuat tafsiran bagi setiap graf.

9
2.0 RUJUKAN

Kirk, J., & Miller, M. L. (1986). Reliability and validity in qualitative research. Sage.

Lexy, J. M. (2007). Metodologi Penelitian Kualitatif Edisi Revisi. Bandung: PT Remaja


Rosdakarya.

Lay, Y. F., Khoo, C. H., & Ley, C. M. (2016). Pengenalan kepada analisis data dengan IBM
SPSS statistics 19.

Marzita Puteh. (2003). Matematik Permulaan Siri 2. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mohammad Zainal Md. Yusof. (1994). Pengendalian Data Ujikaji. Penerbit UTM.

Piaw, C. Y. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mc. Graw Hill Sdn Bhd.

Pumadevi Sivasubramanian, Nurul Shahhida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan Muhammad.
(2015). Statistik Asas. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suwandi. (2018). Sekilas Mengenai Histogram. Six Sigma. Retrieved from


http://sixsigmaindonesia.com/sekilas-mengenai-histogram/

Tan Poo Chang & Halimah Awang. (1994). Pengenalan Statistik. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

10

You might also like