Permohonan Pendingin Hawa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG JAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG JAYA


JALAN SERULING 56 OFF JALAN LANGAT 41200 KLANG, SELANGOR
JALAN SERULING 56 OFF JALAN LANGAT 41200 KLANG, SELANGOR
PERMOHONAN SUMBANGAN 4 UNIT PENGHAWA DINGIN (2.5 H/P) BAGI
PERMOHONAN SUMBANGAN 4 UNIT PENGHAWA DINGIN (2.5 H/P) BAG
MAKMAL KOMPUTER 1 &2 SK TMN KLANG JAYA.
MAKMAL KOMPUTER 1 &2 SK TMN KLANG JAYA.

DISEDIAKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD MUNIB BIN MOHAMAD SOLEH GURU PENYELARAS ICT
MOHAMAD MUNIB BIN MOHAMAD SOLEH GURU PENYELARAS ICT

SKTKJ EXCELLENT
SKTKJ EXCELLENT
PERMOHONAN SUMBANGAN 3 UNIT PENDINGIN HAWA (3 H/P) UNTUK
MAKMAL KOMPUTER
SK TAMAN KLANG JAYA, 41200 KLANG

1.0 LATARBELAKANG

Makmal komputer 1 dan 2 SK Taman Klang Jaya telah dibuka setelah bangunannya siap
pada tahun 2002. Sebuah makmal mampu menempatkan sehingga 40 orang pelajar dan seorang
guru. Kini, dengan ledakan teknologi dan inovasi, penggunaan makmal komputer dan strategi
pembelajaran berbantukan komputer seperti Memperkasa Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI), Frog VLE, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) amat
memerlukan penggunaan komputer dan Internet sebagai bahan sokongan bantu belajar yang
utama dan terpenting.

Sejak awal pembinaannya, pendingin hawa yang ditempatkan di dalam makmal adalah
sebanyak 3 buah untuk satu makmal. Ini menjadikan 6 buah pendingin hawa untuk 2 buah
makmal komputer. Setiap satu pendingin hawa yang dibekalkan, mempunyai kekuatan setinggi
2.5 horsepower (HP). Namun, selepas 15 tahun lebih ia digunakan secara berterusan, lama
kelamaan keupayaannya berkurang dan sehingga kini pendingin hawa tersebut telah tidak lagi
dapat berfungsi dengan normal. Hal ini mengakibatkan ketidak selesaan kepada guru,pelajar dan
staf bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Setelah dikenalpasti,
daripada enam pendingin hawa yang tersedia, 3 daripadanya telah alami masalah teknikal.
Walaupun telah beberapa kali diselenggara, hasilnya amat tidak memuaskan. Wang yang banyak
telah diperuntukkan untuk diselenggara namun tidak berhasil juga untuk memperbaik pendingin
hawa berkenaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1. Mengurangkan suhu panas (ruang dalam) blok makmal komputer 1 dan 2 semasa proses
Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc).
2.2 . Mewujudkan keadaan yang kondusif dan selesa kepada guru dan pelajar.

3.0 RASIONAL
Sebagaimana yang kita ketahui, kesan daripada peningkatan suhu dunia telah
mengakibatkan fenomena pemanasan global. Negara kita juga tidak terkecuali daripada terkena
tempiasnya. Fenomena ini di jangka berterusan sekiranya tiada langkah konkrit diambil oleh
pihak yang berwajib. Setiap bangunan-bangunan, blok-blok pentadbiran kerajaan mahupun
swasta , ruang-ruang pejabat, bilik guru dan bilik-bilik darjah di sekolah khasnya menjadi lebih
panas dan tidak selesa, lebih-lebih lagi sewaktu menjelangnya tengah hari. Keadaan ini
menyebabkan proses pembelajaran dan pemudahcara terganggu. Jadi, dengan adanya
kemudahan pendingin hawa yang sesuai dengan ruang bilik, diharap masalah ketidakselesaan di
dalam makmal komputer dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaaan yang selesa serta
kondusif kepada semua warga SK Taman Klang Jaya.

4.0 ANGGARAN KOS PENGHAWA DINGIN

Kos anggaran bagi 4 unit penghawa dingin setiap satunya berkuasa (2.5 H/P) dianggarkan
bernilai RM 15000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Sahaja) termasuk kos pemasangan
oleh kontraktor

5.0. PELAN/SUSUNATUR DALAM MAKMAL KOMPUTER 1 DAN 2

A/C 2.5HP A/C 2.5 HP A/C 1.0 HP A/C 2.5 HP A/C 2.5 HP

BILIK
PENYELARAS
ICT

STOR &
BILIK
A/C 2.5 HP

A/C 2.5 HP

SERVER

PINTU PINTU A/C 1.0 HP PINTU PINTU

6.0. GAMBAR-GAMBAR.
Gambar-gambar di bawah menggambarkan situasi dan keadaan fizikal sebenar di dalam
blok Makmal Komputer SK Tmn Klang Jaya. Suasana yang padat dengan pelajar, bahan bantu
mengajar, meja, kerusi dan papan putih sekaligus menjadikan kelas-kelas di dalamnya padat dan
panas. Kipas sama sekali tidak membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa di
dalam makmal.
PENDINGIN HAWA DALAM MAKMAL 2
PENDINGIN HAWA DALAM MAKMAL 1

Pendingin-pendingin hawa berkenaan telah digunakan sejak tahun 2003. Maka


keupayaan alat-alatan tersebut telah berkurangan dan amat memerlukan alatan
baharu.
7.0. PENUTUP

Bagi merealisasikan bangunan Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin yang berhawa
dingin dan mesra pelajar sumbangan pihak luar dan swasta amatlah di alu-alukan. Sumbangan ini
diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih.Guru-guru dan
stafnya pula akan menjadi lebih aktif dan inovatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak
bangsa.
Sumbangan ini kelak diharap akan menjadikan kami warga Pendidikan Khas SMK Dato’
Kamaruddin lebih ceria, berdaya saing dan aktif bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat pihak yang
sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami. Semoga Allah SWT memberkati
setiap sumbangan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar istimewa ini.

Disediakan oleh:

…………………………………….
(MOHAMAD MUNIB BIN MOHAMAD SOLEH)
Guru Penyelaras ICT/ Bestari,
SK Taman Klang Jaya
41200 Klang.

Disemak Oleh:

...........................................................
(ROSMAWATI BINTI MIOR ADLAN)
Guru Penolong Kanan 1,
SK Taman Klang Jaya,
41200 Klang

Disahkan oleh:

.........................................................
(SURAYA BINTI GHAZALI)
Guru Besar,
SK Taman Klang Jaya,
41200 Klang

You might also like