Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ISNIN 12.2.

2018

RANGKAIAN KOMPUTER
KONSEP RANGKAIAN
- Maksud rangkaian komputer adalah
sekumpulan komputer yang dihubungkan
antara satu sama lain secara elektronik
untuk berkongsi sumber data atau
perkakasan komputer.

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SISTEM RANGKAIAN


KOMPUTER
1. Memudahkan penghantaran data di
antara satu komputer dengan komputer
yang lain.
2. Menjimatkan masa instalasi perisian dan
penyelenggaraan komputer.
3. Mengurangkan kos pembelian
perkakasan dan perisian komputer.
JENIS – JENIS RANGKAIAN
1. LAN ( LOCAL AREA NETWORK ) rangkaian
kawasan setempat.
2. MAN ( METROPOLITAN AREA NETWORK )
rangkaian kawasan metropolitan.
3. WAN ( WIDE AREA NETWORK ) rangkaian
Kawasan luas.

LAN ( RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT )


- Rangkaian kawasan setempat atau ( LAN
) adalah rangkaian komputer yang
menghubungkan beberapa komputer
dalam satu kawasan yang terhad seperti
di rumah , sekolah atau makmal
komputer.
MAN ( RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN )

- Rangkaian kawasan setempat atau MAN


meliputi kawasan geografi yang agak luas
berbanding dengan rangkaian yang
diliputi oleh LAN tetapi masih terbatas
kepada satu tempat yang
sama.Contohnya di universiti atau
disesebuah daerah.
WAN ( RANGKAIAN KAWASAN LUAS )
- Rangkaian kawasan luas atau WAN
merupakan rangkaian komputer jarak
jauh yang boleh menghubungkan
komputer-komputer yang berada di
tempat yang berbeza seperti berlainan
negeri , negara atau benua.

MEDIUM RANGKAIAN
MEDIUM RANGKAIAN WAYAR
- Beberapa buah komputer yng
disambungkan secara fizikal dengan
menggunakan perkakasan rangkaian
kabel , hub , switch atau router.

MEDIUM RANGKAIAN TANPA WAYAR


- Penghantaran data dan komunikasi
antara satu komputer dengan perkakasan
komputer yang lain tidak menggunakan
sambungan kabel.Isyarat dihantar
menggunakan gelombang radio.Contoh
rangkaian tanpa wayar ialah WIFI.

You might also like