Surat Pinjaman Khemah Hari Koku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS


Tel : 04-978 1522 Fax : 04-978 1593
___________________________________________________________________________

No. Rujukan: KK/IPGKPs/01/(01)


Tarikh: 26 Februari 2018

Kepada,

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis,


KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.

Melalui dan Salinan kepada


Pengarah IPG Kampus Perlis

Tuan/Puan,

MEMINJAM KHEMAH BESERTA LAMPU DAN KIPAS SEMPENA KARNIVAL HARI


KOKURIKULUM IPG KAMPUS PERLIS 2018

Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa pihak urusetia Karnival Kokurikulum IPG Kampus Perlis 2018
ingin memohon pinjaman menggunakan khemah beserta lampu dan kipas sebanyak 23 buah
khemah bagi menganjurkan Karnival Kokurikulum peringkat IPG Kampus Perlis. Tarikh
peminjaman seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 April 2018 sehingga 22 April 2018


Hari : Khamis sehingga Ahad
Tempat : IPG Kampus Perlis

3. Sehubungan itu, pihak urusetia Karnival Kokurikulum IPG Kampus Perlis 2018 berharap
agar pihak Majlis Perbandaran Kangar dapat memberikan maklum balas berkaitan permohonan
di atas.

4. Dengan ini disertakan lampiran 1(a) pelan kedudukan khemah untuk memudahkan
urusan pihak tuan untuk menyusun atur kedudukan khemah-khemah tersebut.
5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan Puan
Che Som binti Baharom ditalian 012-5740843 ataupun Saudara Hammad bin Mohd Fadil di
talian 014-8018186.

6. Kerjasama, perhatian dan kelulusan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

Bersama-sama surat ini dilampirkan Kertas Kerja Karnival Kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………….
(HAMMAD BIN MOHD FADIL)
Ketua Jawatankuasa Persiapan Tempat,
Jawatankuasa Karnival Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

You might also like