Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Laporan temubual tentang isu kepelbagaian kelompok dan sosiobudaya yang terdapat di

Malaysia serta kesan kepelbagaian ini terhadap pencapaian Transformasi Nasional 2050
(TN50).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosiobudaya didefinisikan sebagai hubungan
masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain. Laporan ini adalah
berkenaan tentang sosiobudaya yang terdapat di Malaysia. Saya telah menjalankan satu sesi
temubual dengan dua orang individu yang terlibat secara langsung dalam aspek budaya di
Malaysia. Taklimat yang terperinci telah diberi oleh Encik Shasitharan selaku penyelaras kursus
EDUP3073. Sesi temu bual ini telah dirakam dalam bentuk video untuk dijadikan bahan bukti.

Bagi temubual yang pertama, saya telah menemu bual dan bertanya beberapa soalan
kepada Encik Jufree bin Hassan. Pada mulanya Encik Jufreee memperkenalkan dirinya dan
mencerita serba sedikit tentang latar belakang dirinya. Beliau selaku Pengerusi Jawatan Kuasa
Penduduk di Taman Seri Pagi dan ketua UMNO cawangan di sebahagian Negeri Sembilan
serta merangkap pegawai khas Adun Paroi. Encik Jufree menyatakan bahawa beliau sudah
menetap lama di Negeri Sembilan selepas berkahwin dengan isterinya. Bagi soalan kedua,
Encik Jufree berpendapat bahawa sosiobudaya di Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Beliau
juga menyatakan bahawa di Malaysia ini terdapat pelbagai kaum seperti yang disenaraikan oleh
beliau contohnya seperti kaum Melayu, Cina dan India. Beliau juga menyatakan Malaysia
memang dikenali sebagai masyarakat yang majmuk dan dapat hidup dalam keadaan harmoni
kerana masyarakat di Malaysia bebas mengamalkan agama mereka yang tersendiri yang mana
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Encik Jufree menyatakan sosiobudaya di Malaysia
ini tidak seperti di negara-negara lain kerana masyarakat yang berbilang kaum ini dapat hidup
dengan harmoni dan bersatu padu.

Bagi soalan ketiga, Encik Jufree menyatakan pendapatnya bahawa adat resam ini telah
wujud sejak zaman kemerdekaan lagi dan telah adanya kontrak sosial. Beliau berpendapat
bahawa sebagai rakyat Malaysia sememangnya kita mengamalkan adat dan budaya masing-
masing dan ianya harus dikekalkan kerana tiada isu atau masalah dalam Malaysia ini jika setiap
kaum mengamalkannya. Beliau juga menyatakan rakyat Malaysia bebas meraikan setiap
perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia ini kerana tiada apa-apa masalah dan
sememangnya harus dikekalkan. Encik Jufree juga berpendapat kita sebagai masyarakat tidak
seharusnya mengusik sensitiviti antara kaum-kaum yang lain. Tambahan beliau pula negara
Malaysia kita masih kekal kerana wujudnya perpaduan antara kaum. Beliau berpendapat, jika
masyarakat tidak mempunyai semangat perpaduan, maka kaum-kaum lain tidak akan
berpeluang mendapat mengamalkan adat dan budaya sesebuah kaum itu sendiri serta kacau
bilau. Ini membuatkan Malaysia menjadi tidak aman. Malah beliau sendiri berpendapat bahawa
jika masyarakat mengekalkan dan memelihara budaya masing-masing maka Malaysia akan
aman serta sempurna.

Encik Jufree telah menyatakan bahawa negara Malaysia adalah negara


beperlembagaan dan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Menurut
beliau, jika Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen itu, maka Malaysia akan
tergugat. Jadi, menurut beliau yang paling penting adalah perpaduan. Beliau juga berkata,
untuk menerapkan perpaduan itu agak susah tetapi setiap perkara atau dasar perlu diamalkan
supaya masyarakat dapat bersatu padu. Beliau memberi contoh seperti tidak menyentuh adat
resam kaum-kaum lain supaya masyarakat di Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman.
Beliau memberi pandangan bahawa, perpaduan harus dikekalkan supaya negara Malaysia
tidak tumbang dan kucar-kacir hanya disebabkan masyarakat yang tidak bersatu padu. Beliau
juga menyatakan bahawa sesebuah negara yang besar juga turut akan tumbang jika tidak
bersatu. Encik Jufree menyatakan bahawa Malaysia dapat mengekalkan lagi sifat perpaduan itu
sendiri walaupun terdapat beberapa isu yang timbul pada masa kini seperti isu Hindraf iaitu
pertubuhan yang hendak memperjuangkan kaum India. Menurut beliau, isu tersebut dapat
ditangani kerana adanya pemimpin kita pada masa kini iaitu pemimpin membuat keputusan
dengan berbincang (muzakarah) tanpa ada unsur pergaduhan.

Seterusnya, soalan yang telah diajukan dijawab oleh Encik Jufree. Menurut Encik
Jufree, umumnya, majoriti masyarakat di Malaysia adalah kaum Melayu, manakala bagi kaum-
kaum lain seperti kaum India dan Cina pula telah diketahui kedatangan mereka sebelum zaman
Kemerdekaan adalah sebagai pedagang. Dengan adanya kontrak sosial, Encik Jufree
menyatakan dapat mencapai kesepakatan antara kaum-kaum tersebut. Dengan kesepakatan
dan persetujuan antara setiap kaum tertubuhnya Perlembagaan di mana dalamnya adalah
tentang hak-hak bumiputra dan bukan bumiputra. Perlembagaan tersebut tidak boleh
dipertikaikan lagi. Menurut beliau, pada waktu dahulu wujudnya isu daripada golongan minoriti
yang cuba untuk menyentuh sentimen-sentimen sensitif dalam Perlembagaan Malaysia iaitu
kewarganegaraan. Isu-isu tersebut dapat ditangani oleh pemimpin-pemimpin Malaysia. Encik
Jufree menyatakan bahawa golongan muda pada masa kini tidak prihatin tentang sejarah-
sejarah silam. Oleh itu, beliau berpendapat bahawa subjek-subjek seperti subjek Sejarah
ditekankan dari pendidikan sekolah rendah lagi. Tambahan beliau pula, pelbagai aktiviti telah
dijalankan seperti program ‘Sehati Sejiwa’, menayangkan video-video kemerdekaan dan
Malaysia. Hal ini supaya dapat mengawal krisis yang mengancam sesebuah kaum tersebut.
Beliau berpandangan bahawa kerajaan pada masa kini telah memberi peluang kepada semua
bangsa dan kaum supaya masing-masing mendapat hak rakyat yang sama rata. Contoh yang
diberikan oleh Encik Jufree ialah peluang para pelajar mendapat hak pendidikan di Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kecuali di UiTM. Menurut beliau lagi, kerajaan di Malaysia
mencuba sedaya upaya untuk memberi peluang kepada semua bangsa supaya dapat
mengekalkan keharmonian antara sesama kaum. Akhir sekali, Encik Jufree menyatakan
bahawa setiap kaum dan bangsa diberikan hak bukan disebabkan mengikut majoriti atau
minoriti sesebuah kaum itu. Beliau menegaskan bahawa usaha dan hasil seseorang itu yang
dilihat bukan pada apakah kaum seseorang itu.

Bagi sesi temubual yang kedua pula, saya telah menemubual Y.B Tuan Mohd Ghazali
bin Abd. Wahid iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Paroi berkenaan Tranformasi
Nasional 2050 (TN50). Menurut Tuan Ghazali, beliau menyatakan pandangan beliau terhadap
TN50 bahawa ianya adalah satu dasar perancangan kerajaan kepada generasi yang akan
datang untuk mengetahui hala tuju mereka menuju tahu 2050 lanjutan daripada Wawasan
2020. Beliau juga menyatakan kesan kepelbagaian kelompok dan sosibudaya terhadap
pencapaian TN50 ini tidak dapat dilihat lagi kerana belum dilaksanakan lagi. Tetapi, Tuan
Ghazali berpendapat jika kerajaan Malaysia memperkenalkan TN50 kepada rakyat Malaysia,
maka telah disediakan oleh kerajaan tentang garis panduan atau ikutan yang boleh diiukuti oleh
rakyat dan akan tercapailah dasar tersebut. Beliau berpendapat bahawa golongan muda
hendaklah bersedia dari semua aspek terutamanya pendidikan kerana kemungkinan dasar
yang dibawa oleh kerajaan ini memerlukan pendidikan yang setaraf dengannya. Tambahan
pula, beliau berpendapat bahawa untuk mencapai TN50 ini rakyat Malaysia harus bersatu padu
dan berbeza pendapat antara satu sama lain tetapi pada akhirnya keputusan yang dihasilkan
dilihat adalah untuk kepada semua rakyat bukan pada segelintir kaum sahaja. Menurut beliau
lagi, tiada masalah untuk mencapai TN50 jika rakyat masih berpandukan pada Rukun Negara.
Rakyat Malaysia boleh memberi pandangan mereka terhadap sesuatu perkara untuk menjamin
kesejahteraan rakyat.
Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lampiran

You might also like