Kuiz Pentadbiran Buruh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama: Hariveenthiran a/l Thanabalan No Matrik: 229885

Soalan 1

1)Nyatakan pendapat anda tujuan pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja?

i) Motif ekonomi

Penyertaan mereka dalam kesatuan dapat menambah baik terma-terma dan syarat-syarat
perkhidmatan seperti upah dan faedah-faedah yang diperolehi. Ini dapat dilakukan melalui
perpaduan mereka di dalam kesatuan. Apabila mereka bersatu padu, mereka mempunyai
kekuatan secara kolektif untuk berunding dan tawar menawar dengan majikan bagi mendapat
termaterma dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik. Di samping itu, penglibatan
mereka dalam aktiviti kesatuan yang sah dilindungi oleh undang-undang. Oleh itu, kejayaan
perjuangan kesatuan bagi mendapat terma-terma yang lebih baik akan memberi pulangan
faedah secara langsung kepada ahli- ahlinya.

ii) Perlindungan hak-hak.

Daripada diskriminasi oleh pihak pengurusan atau majikan seperti pilih kasih, membezakan
upah antara individu pekerja dari segi ras, agaman, jantina (gender), dan sebagainya. Menurut
Allen Flanders, antara sebab utama pekerja menyertai kesatuan ialah untuk mendapat
perlindungan. Selain melindungi taraf hidup kebendaan juga sekuriti, status dan maruah
insan. Kesatuan bertindak sebagai “watch dog” bagi ahli-ahlinya daripada sebarang layanan
yang tidak adil.

iii) Perlindungan sekuriti kerja.

Oleh itu, kesatuan akan cuba melindungi pekerja daripada pemberhentian secara beramai-
ramai (retrenchment) atau pemberhentian secara yang tidak adil.

Soalan 2

2) Berdasarkan definisi kesatuan sekerja (Seksyen 2 akta kesatuan sekerja), nyatakan


implikasi daripada definisi tersebut? LUCKY STAR 8 SDN BHD

Seksyen 2 Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-
orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka
adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau
majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau
majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau
Sarawak, mengikut mana yang berkenaan

(a) Dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-
apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa; dan
(b) Sama ada secara sementara atau tetap; dan

(c) Yang mempunyai di antara tujuan-tujuanya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang
berikut:-

(i) Peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dengan majikan-majikan, bagi maksud
menggalakkan perhubungan perindustrian yang baik di antara orangorang kerja dan majikan-
majikan, memperbaiki syarat-syarat pekerjaan orang-orang kerja atau memperbaiki status
ekonomi dan social mereka, atau meningkatkan produktiviti;

(ii) Peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dan orang kerja, atau di antara
majikan-majikan dan majikan-majikan;

(iii) Perwakilan sama ada orang-orang kerja atau majikan-majikan dalam pertikaian-
pertikaian tred; dan

(iv) Menjalankan, atau mengatur atau membiayai mogok atau tutup pintu dalam mana-mana
tred atau industri atau peruntukan gaji atau faedah-faedah lain bagi ahli-ahlinya semasa suatu
mogok atau tutup pintu.

Kesatuan sekerja majikan berasingan daripada kesatuan sekerja pekerja. Sesebuah kesatuan
tidak boleh menerima keahlian daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja atau majikan. Tidak
boleh wujud satu kesatuan yang keahliannya terbuka kepada semua pekerja di Malaysia atau
kepada seseorang yang diambil dari luar Malaysia dan juga antara timur dan barat Malaysia.
Kesatuan yang berbentuk umum adalah tidak dibenarkan. Mesti terdiri dalam lingkungan
tred, pekerjaan atau industri yang sama termasuk yang bersifat bersekutu.

Soalan 3

3) CUEPACS merupakan jurubicara antara pekerja-pekerja awam dengan majikan, nyatakan


bagaimana CUEPACS berjuang bagi menambah baik keadaan pekerjaan ahli-ahli kesatuan
gabungannya?

(i) Memelihara kepentingan dan menambah baik pekerjaan kesatuan-kesatuan


gabungannya

(ii) Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan gabungan dan ahli-ahlinya;

(iii) Berjuang bagi menambah baik keadaaan pekerjaan ahli-ahli dalam kesatuan-kesatuan
gabungannya

(iv) Memelihara peraturan-peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan


kepentingan ahli-ahli kesatuan khasnya dan kesatuan sekerja amnya.
Soalan 4

4)Nyatakan syarat-syarat utama yang perlu dipatuhi oleh kesatuan sekerja berkenaan dengan
penyertaan ahli kesatuan yang hendak menyertai sesebuah kesatuan sekerja?

Perkara-perkara dan butir-butir berikut hendaklah dilengkapkan apabila memohon


pendaftaran iaitu

(i) Yuran pendaftaran;


(ii) Satu salinan bercetak kaedah-kaedah kesatuan sekerja yang ditandatangani oleh anggota
yang membuat permohonan; dan
(iii) Suatu penyata yang mengandungi butiran berikut:
• Nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonannya;
• Nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibu pejabatnya; dan
• Nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan sekerja itu, dan maklumat lain
mengenai pegawai-pegawai yang diperlukan supaya diberi oleh Ketua Pengarah dalam
sesuatu kes.

You might also like