Jemputan KEM PSV 2018

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan


Tingkat 5, Wisma Persekutuan Tel : 089-668500

Beg Berkunci 02, 90400 Sandakan Faks : 089-669290


e-mail : ppd.sandakan@moe.edu.gov.my
SABAH. Website : http://www.moe.gov.my/jpnsabah/ppdsdk

Ruj. Kami : PPD(SN)/600/04/10 ( )


Tarikh : 30 JANUARI 2018
Pengetua Cemerlang / Pengetua
Sekolah Menengah daerah Sandakan,
Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan.
SMP Yu Yuan, Sandakan
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.
Sekolah Seni Malaysia, Sandakan, Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK ‘KEM PENDIDIKAN SENI VISUAL’ PERINGKAT DAERAH
SANDAKAN 2018.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan SMK Datuk Pengiran Galpam, Sandakan diberi mandat bersama dengan Persatuan
Pengetua Sekolah Menengah Sabah, Daerah Sandakan serta Unit Pengurusan Akademik PPD Sandakan akan
menganjurkan PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL diperingkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada para pelajar yang mengambil subjek PSV di daerah Sandakan seperti pada
ketetapan berikut:-
Tarikh : 10 MAC 2018 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang.
Tempat : Dewan Besar, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan.
Sasaran penyertaan : 12 calon PSV, SPM 2018 serta 1 orang guru pengiring
Sumbangan Sekolah : RM 20.00 setiap sekolah.
Sumbangan peserta : RM 10.00 seorang
( bahan kursus, kertas lukisan, kos penceramah dan makan peserta )
Nota : penganjur hanya menyediakan kertas lukisan sahaja, peralatan
yang lain adalah tanggung jawab peserta sendiri.

3. Bersama – sama dengan surat ini, disertakan borang maklum balas penyertaan program tersebut untuk
tindakan tuan. Sehubungan itu, mohon hantar maklum balas ini bersama dengan sumbangan peserta selewat-
lewatnya pada 05 MAC 2018 (Isnin) bagi membolehkan penganjur membuat persediaan untuk program ini.
Sebarang pertanyaan atau kemuskilan, sila berhubung dengan Penyelaras Program iaitu Encik Mizan bin Mustapa
(SMK Datuk Pengiran Galpam, Sandakan) di talian 013 900 9973.

Segala perhatian, pertimbangan dan kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

HJ. SH. MAHADA BIN SH. ATTAR


Pengawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
HSMSM/mbm/30.01.18 13.00
“ KAMI MENGAMALKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN MS ISO 9001:2008 ”

CERT NO: AR4166


MAKLUM BALAS PENYERTAAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
‘KEM PENDIDIKAN SENI VISUAL, 2018’
PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

Kepada
Penyelaras Program
KEM PENDIDIKAN SENI VISUAL 2018
Daerah Sandakan
(u/p – En. Mizan bin Mustapa)

Tuan

MAKLUM BALAS PENYERTAAN KEM PENDIDIKAN SENI VISUAL 2018 PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

NAMA SEKOLAH

NAMA GURU PENGIRING

BIL NAMA PELAJAR JANTINA NO KAD PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.
 Sila kembalikan sebelum 05 MAC 2018 ( ISNIN ) kepada Penyelaras Program melalui aplikasi Telegram/Whatapps.

Disediakan oleh Disahkan oleh

Nama : ______________________________ Nama : ______________________________


Guru Pendidikan Seni Visual PENGETUA CEMERLANG / PENGETUA
Tarikh : Tarikh :

You might also like