Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Latihan Jirim – Formula Empirik

1. Dalam suatu eksperimen, 4.53 g oksida logam X yang panas diturunkan oleh gas hidrogen.
Pada akhir eksperimen itu, 3.57 g logam X diperolehi. Apakah formula empirik bagi oksida
logam X itu ?. [Jisim atom relatif : O , 16; X = 119]

2. 8.96 g unsur A berpadu dengan 3.84 g unsur B untuk menghasilkan suatu sebatian. Hitungkan
formula empirik bagi sebatian ini. [Jisim atom relatif : B , 16; A , 56]

3. 8.32 g unsur X berpadu dengan 3.84 g unsur Y untuk menghasilkan suatu sebatian. Apakah
formula empirik bagi sebatian ini ? [Jisim atom relatif : Y , 16; X , 52]

4. 4.78 g oksida logam M diturunkan hingga selesai untuk menghasilkan 4.14 g logam M.
Apakah formula empirik bagi oksida logam M ? [Jisim atom relatif : O , 16; M , 207]

5. Apabila 9.28 g oksida bagi logam M diturunkan sehingga selesai, 6.72 g logam M terhasil.
Hitungkan formula empirik bagi oksida logam itu. [Jisim atom relatif : O , 16; M , 56]

6. Apabila 1.12 g ferum terbakar dalam gas klorin yang berlebihan, 3.25 g suatu klorida bagi
ferum terbentuk. Apakah formula empirik bagi klorida ini ? [Jisim atom relatif : Cl , 35.5;
Fe , 56]

7. 3.12 g suatu sulfida bagi logam X mengandungi 1.28 g sulfur. Apakah formula empirik bagi
sulfida itu ? [Jisim atom relatif : X , 23; S , 32]

8. Satu serbuk putih mempunyai komposisi mengikut jisim seperti berikut :


Na, 36.5%; S , 25.4%; O, 38.1%
Hitungkan formula empirik bagi sebatian ini. [Jisim atom relatif : O , 16; Na , 23; S , 32]

9. Unsur X berpadu dengan unsur Y untuk menghasilkan suatu sebatian. Sebatian ini mmpunyai
komposisi mengikut jisim seperti berikut :
X, 56.04%; Y, 43.96%
Hitungkan formula empirik bagi sebatian ini. [Jisim atom relatif : Y , 16; X , 51]

10. Satu sebatian mempunyai peratus komposisi mengikut jisim seperti berikut :
K, 23.35%; Br, 47.91%; O, 28.74%
Hitungkan formula empirik bagi sebatian ini. [Jisim atom relatif : O, 16: K, 39: Br, 80]

11. 3.17 g suatu klorida logam M mengandungi 2.13 g klorin. Formula empirik bagi klorida ini
ialah MCl3 . Hitungkan jisim atom relatif bagi logam M. [Jisim atom relatif : Cl, 35.5]

12. 2.70 g unsur X bergabung dengan 2.40 g unsur Y untuk menghasilkan satu sebatian yang
mempunyai formula empirik X2Y3 . Apakah jisim atom relatif bagi unsur X ? [Jisim atom
relatif : Y , 16]

13. Suatu hidrokarbon mempunyai jisim molekul relatif 78. Hidrokarbon ini mengandungi
92.31% karbon dan 7.69% hidrogen mengikut jisim. Hitungkan formula molekul bagi
hidrokarbon ini. [Jisim atom relatif : H , 1; C , 12]
14. 5.8 g suatu hidrokarbon mengandungi 4.8 g karbon. Jisim molekul relatif bagi hidrokarbon
ini ialah 58. Hitungkan (a) formula empirik
(b) formula molekul,
bagi hidrokarbon itu [Jisim atom relatif : H , 1; C , 12]

15. Satu sebatian terdiri daripada 2.4 g karbon bergabung dengan 0.4 g hidrogen dan 16.0 g
bromin. Jisim molekul relatif bagi sebatian ini ialah 188. Apakah formula molekul bagi
sebatian ini ? [Jisim atom relatif : H , 1; C , 12; Br , 80]

16. Rajah dibawah menunjukkan radas yang digunakan untuk mengkaji tindak balas antara
hidrogen dengan suatu oksida plumbum. Keputusan berikut diperolehi dalam eksperimen itu.

Oksida plumbum Hidrogen


terbakar

Hidrogen

Perahu porselin

Panas

Jisim perahu porselin kosong = 20.34 g


Jisim perahu porselin + kandungan sebelum pemanasan = 25.12 g
Jisim perahu porselin + kandungan selepas pemanasan = 24.48 g
(a) Hitungkan jisim oksida plumbum yang telah digunakan.
(b) Hitungkan jisim plumbum yang terhasil daripada penurunan sampel oksida itu.
(c) Berapakah jisim oksigen yang terdapat dalam sampel oksida itu ?
(d) Dengan menggunakan keputusan di atas, hitungkan formula empirik bagi oksida
plumbum itu.
[Jisim atom relatif : O , 16; Pb , 207]

Jawapan :

1. XO2 11. 52
2. A2B3 12. 27
3. X2Y3 13. C6H6
4. MO2 14. (a) C2H5
5. M3O4 (b) C4H10
6. FeCl3 15. C2H4Br2
7. X2S 16. (a) 4.78 g
8. Na2SO3 (b) 4.14 g
9. X2Y5 (c) 0.64 g
10. KBrO3 (d) PbO2

You might also like