Laporan Kuiz Kemerdekaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU,

KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27,

91009 TAWAU, SABAH.

LAPORAN :

PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN


2016

TARIKH :

16 OGOS 2016

TEMPAT :

BLOK AKADEMIK,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.


1.0 PENGENALAN

Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di mana
akhirnya rakyat dapat merasai kebebasan daripada cengkaman penjajah dengan laungan
keramat yang gagak gempita oleh Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj. Sempena meraikan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini, Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah menganjurkan
pelbagai program bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan dalam kalangan warga
di IPG ini antaranya, pertandingan kuiz kemerdekaan di bawah biro keusahawanan.

2.0 Matlamat

Tujuan pertandingan kuiz kemerdekaan adalah bagi menguji sejauhmana ingatan para
guru pelatih terhadap sejarah kemerdekaan Malaysia. Malah, kuiz kemerdekaan ini juga
diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan guru pelatih yang menyertai
program ini di samping untuk mengeratkan semangat perpaduan antara kaum dari pelbagai
bangsa dan tempat yang berlainan. Dengan ini, secara tidak langsung gagasan 1Malaysia
dapat dilaksanakan secara mentality dan fizikal agar insan pendidik yang berwawasan dan
berjiwa patriotik dapat dilahirkan demi pembangunan modal insan masa hadapan.

3.0 LAPORAN PELAKSANAAN

Pada hari Selasa bersamaan 16 Ogos 2016, Biro Keusahawanan Jawatankuasa


Perwakilan Pelajar telah menganjurkan sebuah pertandingan kuiz kemerdekaan sempena
bulan kemerdekaan tahun 2016. Kerja-kerja publisiti telah dijalankan 7 hari sebelum program
bermula bagi memudahkan urusan perjalanan majlis dan memberi peluang kepada para
peserta untuk menghadapi soalan yang akan diajukan semasa kuiz berlangsung.

Pertandingan kuiz kemerdekaan ini diwakili oleh setiap unit, di mana setiap unit perlu
menghantar 2 orang peserta. Pertandingan bermula pada pukul 2 petang di Blok Akademik
IPG Kampus Tawau. Pertandingan ini mempunyai 2 peringkat, iaitu peringkat suku akhir dan
peringkat akhir. Pada peringkat suku akhir, peserta terbahagi kepada 3 kumpulan di mana
setiap kumpulan dihadiri oleh 4 unit. Unit yang mendapat markah tertinggi akan mara ke
peringkat akhir. Di peringkat akhir pula, sebanyak 3 kumpulan yang bertanding. Kuiz adalah
berbentuk lisan dan soalan yang diajukan berbentuk objektif.
4.0 PENILAIAN KEBERKESANAN

Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan dalam pertandingan yang dianjurkan


iini, iaitu :

4.1 Kekuatan Program

Penglibatan daripada setiap unit adalah cukup menggalakkan dalam


mengekspresikan nilai dan persepsi mereka terhadap kemerdekaan berdasarkan tema yang
dihebahkan sempena kemerdekaan tahun ini, iaitu Sehati Sejiwa. Nilai-nilai patriotic dan
semangat cinta akan negara juga dapat dipupuk kepada guru pelatih dan ahli jawatankuasa
pelaksana. Kuiz ini juga secara tidak langsung memberi memperingati sejarah kemerdekaan
negara kita dan perjuangan tokoh-tokoh negara.

4.2 Kelemahan Program

Kekangan waktu peserta disebabkan kepadatan jadual kuliah.

5.0 PENUTUP

Melalui pertandingan ini, semangat patriotism dalam kalangan guru pelatih khususnya
dapat disuburkan lagi daripada pertandingan kuiz kemerdekaan ini. Oleh itu, diharapkan
program seperti ini akan sentiasa mendapat sokongan daripada warga IPG Kampus Tawau
dari semasa ke semasa.

You might also like