Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TUGASAN 1 : LAPORAN TEMUBUAL

Laporan sesi temubual bersama Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Kelantan.

Tarikh :

Hari :

Masa :

Profil Guru Besar SK Kamil 1

Pada satu sesi temubual yang telah dilaksanakan, saya telah dipertemukan
dengan seorang pentadbir sekolah iaitu tuan Guru Besar. Nama beliau ialah Encik
Samsul Bahari bin Mohd. Jail. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang komited
terhadap tanggungjawab kepada sekolah. Tempoh perkhidmatan beliau bersama
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ialah selama 28 tahun. Beliau mula
berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ialah pada 1990. Sekolah
pertama beliau ialah SJK (C) Kemayang, Pahang. Beliau juga sudah mempunyai
pengalaman menyandang jawatan Guru Besar selama 10 tahun. Beliau merupakan
seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Sains.

Laporan hasil temubual.

Hasil daripada sesi temubual yang telah dijalankan bersama beliau mengenai
kesan kepelbagaian sosiobudaya kepada beberapa pihak seperti murid, guru,
sekolah dan kurikulum kebanyakkan kesan yang diberikan adalah positif. Beliau juga
menyatakan kesan tersebut berdasarkan kepada perkongsian pengalam beliau
sebagai seorang guru yang pernah berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan yang
terletak di Pahang. Berdasarkan kepada pengalaman tersebut, beliau menyatakan
bahawa kesan kepelbagaian sosiobudaya kepada murid dapat dilihat di sekolah
tersebut dari segi akademik terdapat jurang antara pencapaian murid.
Memandangkan sekolah tersebut beroperasi secara dua sesi iaitu sesi pagi untuk
murid-murid Cina dan sesi petang untuk murid-murid India. Terdapat juga segelintir
kaum Melayu yang bersekolah disekolah tersebut. Beliau menyatakan terdapat
jurang pencapaian akademik yang dapat dilihat antara murid Cina dengan murid
kaum lain. Hal ini kerana, ibu bapa murid Cina sangat komited terhadap disiplin
pendidikan anak-anak mereka berbanding ibu bapa murid kaum lain. Beliau berkata
lagi, kebanyakkan ibu bapa murid Cina disekolah itu menyediakan rotan sendiri
kepada guru untuk mendisiplinkan anak-anak mereka disekolah. Secara tidak
langsung dapat kita lihat disini perbezaan cara didikan antara ibu bapa menyumbang
kepada tahap pencapaian anak mereka. Dari tindakan ibu bapa murid Cina tersebut
dapat kita lihat kesungguhan dan ketegasan mereka berkaitan dengan pendidikan
anak-anak mereka. Beliau berpendapat bahawa orang-orang Cina lebih
mementingkan pendidikan anak-anak mereka berbanding dengan kaum lain. Beliau
juga menyatakan bahwa berdasarkan kepada pengalaman beliau, ibu bapa kaum
lain lebih manjakan anak mereka dan kurang prihatin terhadap kepentingan
pendidikan anak mereka. Bagi kesan kepelbagaian sosiobudaya kepada guru pula,
beliau berpendapat bahawa kesannya adalah sama bagi guru setiap bangsa. Hal ini
kerana, setiap guru yang berkhidmat bi bawah pimpinan KPM akan lebih cenderung
utnuk mengambil berat tentang pendidikan. Mereka akan menitik beratkan segala
aspek yang perlu diambil kira dalam pendidikan bagi memastikan pendidikan di
Malaysia sebuah pendidikan yang berkualiti. Beliau telah berkongsi pengalaman
semasa berkhidmat di sekolah di daerah Gua Musang. Di sekolah tersebut terdapat
seorang guru berbangsa Cina. Beliau menjelaskan bahawa cara didikan guru Cina
tersebut berlainan sedikit dengan guru dari kaum lain. Pada mulanya, beliau
menyatakan guru tersebut mempunyai cara yang berbeza berkemungkinan kerana
mereka merupakan golongan minority di sekolah tersebut. Guru Cina itu juga
mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan guru-guru yang lain dan juga
masyarakat kerana beliau kurang fasih dengan penggunaan Bahasa Melayu.
Menurut Encik Samsul, guru tersebut pada mulanya takut untuk berinteraksi dalam
suasana kampong padalam tersebut. Namun, lama-kelamaan, masalah tersebut
dapat diatasi dan guru tersebut sudah dapat mengikuti cara bekerja dan berinteraksi
dengan guru-guru lain disekolah tersebut dan juga masyarakat sekitar. Bagi kesan
kepada sekolah pula, Encik Samsul berpendapat bahawa, kepelbagaian budaya di
sekolah-sekolah sekitar Kelantan tidak mempengaruhi sistem pendidikan. Walaupun
dalam sesbuah sekolah itu, terdapat golongan minoriti iaitu murid Cina mereka tidak
akan mempengaruhi sistem pembelajaran yang berlangsung disekolah tersebut.
Golongan majoriti juga tidak mempengaruhi dan terpengaruh dengan perbuatan-
perbuatan murid-murid cina di sekolah. Bagi kesan kepada kurikulum pula, beliau
menyatakan bahawa kurikulum ini merupakan garis panduan kepada pelaksanaan
kepada proses pendidikan disekolah. Kurikulum ini merupakan elemen yang telah di
rangka dan dikeluarkan oleh KPM sebagai panduan kepada warga pendidik. Oleh itu
kepelbagaian sosiobudaya tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kurikulum.

Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat melalui temubual bersama beliau ialah


kepelbagaian sosiobudaya merupakan suatu aspek mampu memberikan kesan
secara tidak langsung kepada sistem pendidikan di Malaysia. kebanyakkan kesan
kepelbagaian sosiobudaya dalam pendidikan adalah positif dan dapat membantu
meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

You might also like