Professional Documents
Culture Documents
Bab 3 Soalan Tutorial PDF
Bab 3 Soalan Tutorial PDF
Soalan 1
Perniagaan Sri Kemang (PSK) merupakan pembekal barang runcit. Berikut adalah baki-baki akaun
pada 31 Disember 2002.
Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 24,960
Akaun belum terima 9,000
Nota belum terima 27,000
Inventori barang niaga 13,800
Peralatan 3,810
Susutnilai terkumpul – peralatan 900
Akaun belum bayar 25,800
Modal 51,870
JUMLAH 78,570 78,570
Maklumat tambahan :
Januari 3 Menjual barangniaga kepada Zamri RM 2,400 dengan syarat kredit 2/10,
n/30.
83
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
DIKEHENDAKI :
a. Rekodkan transaksi bulan Januari ke dalam jurnal jualan, jurnal belian, jurnal penerimaan
tunai, jurnal pembayaran tunai dan jurnal am.
b. Pindahkan catatan jurnal ke dalam lejar am dan lejar subsidiari yang bersesuaian.
Soalan 2
Berikut adalah sebahagian daripada baki-baki akaun lejer am Perniagaan Selamat (PS) pada
30 Jun 2001.
RM
Tunai 3,579
Akaun belum terima (ABT) 10,555
Bekalan 1,756
Nota belum terima (NBT) 5,000
RM
Seroja Enterprise 3,100
Perniagaan Daud 7,455
Sepanjang bulan Jun, berikut telah berlaku dan semua jualan kredit adalah bersyarat 2/10, n/30 :
DIKEHENDAKI :
(a) (i) Rekod urusniaga di atas ke dalam jurnal jualan, jurnal penerimaan tunai dan jurnal
am mengikut kesesuaian.
84
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Soalan 3
Along Sdn. Bhd. (ASB) memulakan perniagaan menjual permaidani dan perabot pada 1 Julai
2002. Semua urusniaga berikut berlaku dalam bulan Julai 2002.
Julai 1 Melabur dalam perniagaan tunai RM 500,000 dan juga kenderaan RM 50,000.
3 Membeli kelengkapan kedai RM 25,000 daripada Lan Sdn. Bhd. secara tunai.
9 Membeli permaidani dan perabot masing-masing bernilai RM 45,000 dan
RM 82,000 secara kredit bersyarat 2/15, n/60 dariapada Han Seng Sdn. Bhd.
10 Menjual dua unit permaidani RM 7,500 seunit secara tunai kepada Intan Indah
Sdn. Bhd.
15 Memberi nota debit kepada Han Seng Sdn. Bhd. di atas pulangan perabot yang
rosak RM 12,000.
19 Menjual empat unit perabot RM 14,500 seunit kepada Perniagaan Endah
Konsultan di mana dua unit dibayar secara tunai dan dua unit secara kredit.
22 Membeli seunit permaidani RM 4,500 untuk hadiah kepada Encik Ali, seorang
pelanggan tetap ASB.
23 Membeli 10 unit permaidani RM 2,000 seunit. Daripada jumlah tersebut, enam unit
dibeli secara tunai dan bakinya secara kredit dengan syarat 2/10 , n/60 daripada
Husin Sdn. Bhd.
24 Membayar bil telefon dan elektrik RM 1,200.
25 Membayar upah dua pekerja atas kadar upah RM 35 sehari (sila andaikan jumlah
hari bekerja adalah 20 hari).
26 Menjual tiga unit perabot kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. RM 45,000 secara kredit.
27 Menghantar nota kredit kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. atas pulangan perabot
RM 13,200.
28 Melangsaikan hutang Husin Sdn. Bhd. dan menjelaskan separuh hutang Han
Seng Sdn. Bhd.
29 Perniagaan Endah Konsultan Sdn. Bhd. melangsaikan hutang mereka.
DIKEHENDAKI :
b) Pindah catat ke lejar yang berkaitan dan sediakan imbangan duga pada 31 Julai 2002.
85
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Soalan 4
Abu memulakan perniagaan menjual barangan elektrik seperti televisyen, radio, minikompo dan
perakam video pada 1 Januari 2000. Semua urusniaga berikut telah berlaku dalam bulan Januari
2000.
DIKEHENDAKI :
a) Rekodkan semua urusniaga di atas ke dalam Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal
Penerimaan Tunai, Jurnal Pembayaran Tunai dan Jurnal Am.
b) Sedia dan imbangkan akaun kawalan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.
86
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Soalan 5
Puan Izati telah membuka sebuah kedai yang diberi nama Zett Computer Enterprise yang
membekalkan peralatan dan aksesori komputer. Beliau mengurus sendiri hal ehwal kewangan
serta rekod perakaunannya. Baki-baki akaun di dalam lejar am dan lejar subsidiari Zett Computer
Enterprise pada 1 Oktober 1999 adalah seperti berikut :
Berikut adalah sebahagian daripada urusniaga yang berlaku dalam bulan Oktober 1999;
Okt. 2 Membeli aksesori serta peralatan komputer bernilai RM 10,500 daripada Syarikat
Comptech dengan syarat kredit 2/10, n/30.
8 Membeli kabinet serta rak besi bagi mempamerkan barangan di kedai daripada
Shah Furniture secara kredit berharga RM 1,800.
10 Membayar sewa kedai dan utiliti sebanyak RM 600 dan RM 300 masing-masing.
DIKEHENDAKI :
a. Catatkan urusniaga di atas ke dalam jurnal khas dan jurnal am yang bersesuaian.
87
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Soalan 6
Baki akaun Syarikat Panji pada 1 Disember 1999 adalah seperti berikut :
RM
Jualan 424,720
Belian 260,500
Modal 196,830
Tunai 27,250
Bangunan pejabat 196,000
Tanah 44,000
Ambilan 15,000
Diskaun jualan 6,700
Diskaun belian 14,400
Susutnilai terkumpul –bangunan pejabat 31,000
Elaun dan pulangan belian 18,100
Elaun dan pulangan jualan 21,000
Akaun belum terima 15,100
Angkutan masuk 5,800
Belanja pengangkutan 8,250
Akaun belum bayar 57,800
Belanja gaji 88,650
Dis. 5 Membeli barang niaga daripada Pembekal Utara berjumlah RM 12,000 dengan
syarat kredit 2/10,n/30 dan syarat penghantaran F.O.B titik perkapalan. Kos
pengangkutan berjumlah RM 500 telah dibayar. Barangan telah diterima pada hari
yang sama.
9 Menjual barang niaga kepada Syarikat Antik berjumlah RM 30,000 secara kredit
dengan syarat 2/10, n/30 dan syarat penghantaran F.O.B destinasi. Kos
pengangkutan sebanyak RM 150 telah dibayar.
13 Syarikat Antik telah membayar separuh (1/2) daripada hutangnya bagi pembelian
yang dibuat pada 9 Disember selepas ditolak pulangan barang niaga pada 12
Disember.
14 Menjelaskan semua akaun belum bayar kepada Pembekal Utara bagi urus niaga
yang dibuat pada 5 Disember.
Penyemakan rekod Inventori barang niaga menunjukkan baki pada 1 Januari 1999
adalah RM 54,600 dan baki pada 31 Disember 1999 adalah RM 48,200.
88
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan catatan jurnal di dalam jurnal yang bersesuaian bagi merekod semua urusniaga
sepanjang Disember 1999 dan catatan pelarasan pada 31 Disember 1999.
b. Sediakan Penyata Pendapatan Syarikat Panji bagi tahun berakhir 31 Disember 1999.
Soalan 7
Perniagaan Sirusa (PS) menjual aksesori kereta. Berikut adalah imbangan duga sebelum
pelarasan bagi PS pada 30 Jun 2003.
Maklumat tambahan :
ii. Belanja insurans termasuk RM 450 insurans prabayar bulan Julai 2003.
iii. Peruntukan hutang ragu bagi tahun berakhir 30 Jun 2003 diandaikan 5% daripada baki
Akaun Belum Terima.
v. Sebahagian daripada bangunan telah disewakan RM 300 sebulan. Pada 30 Jun 2003, dua
bulan sewa bangunan masih belum diterima.
89
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
vii. Sebahagian daripada belanja faedah atas pinjaman bank yang dibuat pada 1 Julai 2002
masih belum dibayar.
DIKEHENDAKI :
Soalan 8
Tempoh perakaunan Kedai Dobi Keluarga Kalam berakhir setiap 30 Jun. Anda telah diberikan
maklumat berikut yang memerlukan pelarasan sibuat pada akhir tempoh semasa.
i. Pada 1 April tempoh lepas, Kalam membeli polisi insurans dengan tempoh dua tahun
berjumlah RM 256. Polisi insurans untuk tiga tahun dibeli pada 1 November dalam
tempoh semasa dengan harga RM 630. Kedua-dua belian direkod dengan
mendebitkan Insurans Prabayar.
ii. Kalam telah membuat pinjaman jangka pendek berjumlah RM 9,500 dengan kadar
faedah 8% setahun daripada PAC Bank pada 15 Februari tempoh semasa. Nilai
pokok, termasuk faedah akan dibayar pada 15 Ogos.
iii. Mesin pembasuh automatik berkos RM 8,250 dibeli pada tempoh lepas. Susutnilai
untuk mesin pembasuh automatik ini menggunakan kaedah garislurus dan dijangka
dapat digunakan untuk tempoh sepuluh tahun dengan tiada nilai sisa. Manakala
peruntukan susutnilai tempoh semasa bagi mesin-mesin lain adalah berjumlah
RM 2,500. Baki susutnilai terkumpul pada awal tempoh semasa untuk mesin automatik
dan mesin-mesin lain adalah RM 5,825.
iv. Kalam dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar RM 120 setiap akhir minggu.
Bayaran untuk minggu terakhir tempoh semasa (tempoh enam hari berakhir 3 Julai)
akan dibuat pada 3 Julai.
v. Pada 1 Mei, pelanggan tetap Kalam telah membayar RM 400 bagi bayaran
perkhidmatan dobi terdahulu untuk tempoh empat (4) bulan. Jumlah ini direkod di
dalam akaun Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh.
vi. Sewa kedai berjumlah RM 3,000 untuk jangkamasa enam (6) bulan berkahir 31 Julai
akan dibayar pada 1 Ogos.
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan catatan pelarasan yang diperlukan pada akhir tempoh semasa bagi transaksi di
atas.
90
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Soalan 9
Zunnun Enterprise adalah sebuah perniagaan khidmat pemasangan, senggaraan dan baikpulih
perkakas dan talian elektrik. Perniagaan ini milik Hj. Zunnun bin Mamun yang telah beroperasi
lebih 10 tahun. Berikut ialah kedudukan imbangan duga perniagaan bagi 6 bulan pertama bertarikh
30 hb. Jun, 1993.
Berikut ialah maklumat tambahan berkaitan dengan urusniaga dalaman dan luaran yang
memerlukan pelarasan sebelum penyediaan penyata kewangan bagi setengah tahun berakhir,
pada 30 hb. Jun 2003 :
vii. Polisi insurans telah dibeli pada 1 hb. Januari 1993. Jumlah yang dibelanjakan
hanyalah jumlah yang luput sahaja, tidaklah kesemuanya seperti apa yang direkodkan.
viii. Sewa belum bayar dijelaskan bersama dengan sejumlah sewa untuk bulan Julai 1993
yang bernilai RM 300.
ix. BBMB mengenakan faedah atas baki pinjaman bank sebanyak 15% setahun.
Pinjaman tersebut bertarikh 1hb. Januari 1993.
x. Termasuk dalam akaun tunai di bank ialah tunai di tangan bernilai RM 50. Tiada akaun
berasingan diwujudkan.
91
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan Imbangan Duga bagi setengah tahun berakhir, pada 30hb. Jun 1993.
Soalan 10
Berikut adalah Lembaran Imbangan Perniagaan Langkasuka (PL) pada 31 Mac 2000 :
RM RM
Aset Tetap
Peralatan Pejabat 48,000
tolak : Susutnilai terkumpul (9,600) 38,400
Kenderaan 36,000
tolak : Susutnilai terkumpul (18,000) 18,000
Aset Semasa
Inventori 26,000
Akaun Belum Terima 18,000
Tunai 3,200 47,200
103,600
Ekuiti Pemilik
Modal pada 1 April 1999 100,000
campur : Untung bersih 18,425
118,425
tolak : ambilan (25,575)
92,800
Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar 10,750
103,600
(i) Sejumlah RM 400 hutang daripada seorang penghutang bernama Hassan tidak dapat
dipungut kerana beliau telah diisytiharkan bankrap.
(ii) Peruntukkan hutang lapuk sebanyak 2% atas baki akhir akaun belum terima perlu dibuat.
(iii) Pada 31 Mac 2000, belanja yang terakru adalah belanja elektrik & air RM 1,400 dan
belanja sewa bangunan RM 550.
(iv) Pada 1 Oktober 1999, pemilik perniagaan telah menyewa van daripada R-E-N-T
Enterprise untuk tempoh satu tahun pada harga sewaan RM 6,000 dan dibayar terdahulu.
Catatan urusniaga ini belum direkodkan.
(v) Perniagaan telah menerima tunai RM 580 untuk barangniaga yang akan diserahkan pada
14 April 2000 kepada Encik Samad. Catatam urusniaga ini belum direkodkan.
92
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
DIKEHENDAKI :
Soalan 11
Perniagaan Dayang
Imbangan Duga Belum Terlaras
Pada 30 Jun 2001
Debit (RM) Kredit (RM)
Modal 60,000
Ambilan 6,500
Jualan 74,400
Belian 40,900
Akaun Belum Terima 4,300
Akaun Belum Bayar 1,100
Kenderaan (kos) 70,000
Susutnilai terkumpul – kenderaan 26,500
Perabot & Kelengkapan (kos) 10,000
Susutnilai terkumpul – Perabot & kelengkapan 2,000
Inventori 8,900
Tunai 430
Belanja sewa 18,000
Belanja insurans 600
Belanja penyelenggaraan kenderaan 1,600
Belanja pengiklanan 500
Angkutan masuk 400
Angkutan keluar 300
Pulangan belian 4,200
Pulangan jualan 3,300
Diskaun diterima 2,100
Diskaun diberi 1,400
Belanja hutang lapuk 250
Belanja utiliti 2,800
Belanja am 120
170,300 170,300
Maklumat tambahan :
iii) Belanja insurans ialah untuk tempoh setengah tahun bermula 1 Mac 2001.
iv) 5% peruntukan hutang ragu hendaklah diwujudkan atas akaun belum terima.
93
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
v) Sebuah kereta yang direkodkan dalam akaun kenderaan dengan kos RM 30,000 dijual
secara tunai RM 16,000. Kereta ini mempunyai susutnilai terkumpul sebanyak RM 14,640.
Urusniaga belum direkodkan dalam buku.
vi) Peruntukan susutnilai kenderaan dibuat pada kadar 20% menggunakan kaedah baki
berkurangan. Perabot dan kelengkapan pula dijangka mempunyai hayat selama 10 tahun
dengan tiada nilai skrap. Tiada peruntukan susutnilai dibuat pada tahun pelupusan.
DIKEHENDAKI :
Soalan 12
Petunjuk Ilmu Sdn. Bhd. (PISB) adalah sebuah perniagaan menjual alat tulis. Berikut adalah
imbangan duga sebelum pelarasan bagi PISB pada 30 Jun 2002.
94
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Maklumat tambahan :
(ii) Belanja gaji RM 76,000 tidak termasuk belanja gaji Jun 2002 sebanyak RM 8,000 yang
masih belum dibayar.
(iii) Insurans PISB sehingga 30 Jun 2002 adalah RM 5,000. Polisi insurans ini akan tamat
pada 31 Ogos 2002.
(iv) Pada 1 Februari 2002, PISB telah membayar sewa untuk tempoh 12 bulan dan
mendebitkan akaun sewa prabayar.
(v) Pengiraan fizikal inventori pada 30 Jun 2002 menunjukkan jumlah inventori RM 111,000.
DIKEHENDAKI :
(b) Sediakan Penyata Pendapatan PISB bagi tahun berakhir 30 Jun 2002.
Soalan 13
Berikut adalah baki-baki di dalam akaun Perniagaan Muharam pada 31 Disember 1999.
RM
Tunai 15,200
Kenderaan 18,000
Tanah 90,000
Modal, Muharam 100,000
Jualan 689,100
Ambilan, Muharam 16,800
Belian 368,800
Belanja sewa pejabat 52,000
Pulangan belian 8,800
Belanja gaji 78,000
Hasil komisen 4,200
Akaun belum terima 98,400
Peruntukan Hutang lapuk 1,500
Susutnilai terkumpul – Kenderaan 7,200
Inventori pada 1 Jan 1999 130,000
Insurans prabayar 6,000
Akaun belum bayar 71,200
Pinjaman jangka panjang 39,000
Diskuan belian 2,000
Angkutan masuk 6,500
Pelbagai belanja 8,900
Belanja elektrik & air 30,900
Belanja faedah 3,500
95
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
Maklumat Tambahan :
DIKEHENDAKI :
Soalan 14
Akaun Firma Perniagaan Yummy pada 31 Disember 1997 (sebelum pelarasan) disenaraikan di
bawah mengikut abjad :
RM
Akaun belum bayar 15,000
Akaun belum terima 27,500
Ambilan 36,000
Angkutan masuk 5,000
Bangunan 210,000
Belian 12,000
Bekalan 6,000
Belanja bekalan 600
Belanja gaji 15,000
Belanja insurans 1,500
Belanja pengiklanan 3,000
Belanja sewa 15,000
Gaji belum bayar 10,000
Hasil jualan 46,000
Insurans prabayar 2,400
Inventori 27,000
Modal 300,000
Peralatan 50,000
Pulangan jualan 2,500
Susutnilai Terkumpul – Bangunan, 31 Disember 1996 60,000
Susutnilai Terkumpul – Peralatan, 31 Disember 1996 15,000
Tunai 32,500
96
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
DIKEHENDAKI :
97