Sofia Oo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Industri kerepek merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Bermula dengan
minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan serta tempahan yang diterima secara kecil-
kecilan daripada rakan terdekat, saya telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara
serius dan seterusnya bercadang untuk memulakan perniagaan. Selaras dengan hasrat kerajaan
untuk menghasilkan lebih ramai usahawan dalam memperluaskan produk makanan halal,
saya berharap dapat bersaing dan seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan saya.

Produk kerepek yang akan saya hasilkan merupakan produk yang berasaskan mangga dan
cheese. Perniagaan ini akan menjual perkhidmatan makanan yang diberi nama Sofia kerepek
mangga cheese delicious dimana produk ini telah diinovasikan daripada kerepek pisang
cheese. Produk ini diberi nama Sofia kerepek mangga cheese delicious kerana iainya
diperbuat daripada buah manga dan cheese yang dicampurkan sedikit perisa untuk
menyedapkan lagi produk ini. Kerepek mangga cheese mendapat sambutan yang baik oleh orang
ramai terutamanya dari penggemar kerepek. Oleh itu mari dapatkan produk Sofia kerepek
mangga cheese bagi mengetahui keenakan produk ini sendiri.

2. PASARAN SASARAN

Dalam perniagaan Sofia kerepek mangga cheese delicious yang telah dipilih, pasaran
sasaran yang kami lakukan terbahagi kepada 2 pasaran. Ianya meliputi pasaran runcit dan
pasaran borong. Antara cawangan pasaran runcit yang kami ada di Malaysia ialah di negeri
Kelantan, Terengganu, perlis , Negeri Sembilan , Johor dan Sabah. Cawangan-cawangan ini telah
dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang kami hasilkan ini. Selain itu,
kami juga mempunyai kedai menjual kerepek mangga cheese di kawasan Lembah Klang bagi
sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan kerepek mangga cheese secara borong dari kilang-
kilang kerepek Banting, Selangor.

3. TREND DAN SAIZ PASARAN


SAIZ PASARAN

Sasaran pasaran sekitar 25 km persegi dari lokasi perniagaan.

Kumpulan pembeli utama ialah:

1. Golongan bekerjaya dan berpendapatan sederhana

2. Pelajar-pelajar kolej

Hasil kajian:

1. Golongan bekerjaya = pembelian RM30,000 sebulan

2. Pelajar = pembelian RM10,000 sebulan

Berdasarkan saiz pasaran, jika 12 bulan (1 tahun)

= (RM10,000+RM30,000) x 12

= RM480,000.00

Saiz Pasaran = RM450,000.00 (ambil kira cuti semester)

4. PERTUMBUHAN PASARAN

Pertumbuhan pasaran adalah bertujuan melihat keadaan pasaran bagi sebuah produk
terbaru untuk sebuah syarikat pengeluar kerepek yang terkemuka di dunia. Produk jualan
kerepek ini kian terkenal di pasaran dunia kerana iainya merupakan makanan kegemaran
kebanyakan orang. Menurut jabatan pertanian dan FAMA, kerepek adalah penyumbang jualan
terbesar dalam pertumbuhan industri dengan sasaran jualan sebanyak RM102.1 Juta dalam
setahun dan terus meningkat. Kejayaan peningkatan keseluruh jualan bagi industri kudapan
malaysia kini berada pada tahap yang amat baik dan memberangsangkan dan keadaan ini
disebabkan faktor permintaaan yang tinggi di pasaran. Permintaan yang tinggi bagi produk
pelbagai perisa kerepek telah menyebabkan dimana kini lebih ramai lagi pengusaha menghadapi
kekurangan bahan mentah seperti ubi kayu, ubi dan pisang. Kini bagi menampung kekurangab
bahan mentah untuk pemprosesan kerepek maka jabatan dan agensi mewujudkan sistem
kontrak di mana pesert digalakkan bercucuk tanamdan hasilnya akan dibeli usahawan IAT
5. ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN, ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN

1. ANALISIS ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN

4.1 Kekuatan (Strength)

1) Produk yang kompetitif dan sukar didapati di premis perniagaan sejuk beku yang lain
seperti Ready-to-Eat Meals, Ikan Patin (Pais) Frozen, Ikan Patin (Kukus) Frozen,
Murtabak Raja Frozen, Ayam Organik, Dimsum Halal dan Dumpling Halal.
2) Produk yang diiktiraf berkualiti dan sedap. Sesetengah produk seperti Murtabak Raja dan
Ayam Organik Sufi adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di Malaysia
dan mempunyai pelanggan tetap.
3) Harga produk yang berpatutan dan mampu dibeli oleh penduduk tempatan yang
majoritinya berpendapatan sederhana.
4) Kedudukan lokasi premis perniagaan yang strategik dan mempunyai taburan penduduk
yang agak tinggi berbanding kawasan-kawasan lain di Segamat.
5) Kadar sewa yang rendah.

4.2 Kelemahan (Weakness)

1) Walaupun produk Ready-to-Eat Meals sudah mendapat perhatian masyarakat di bandar-


bandar besar, produk ini masih asing bagi penduduk di daerah Segamat.
2) Pembungkusan produk tidak menarik.
3) Kekurangan kemudahan pengangkutan untuk menghantar bekalan ke kedai runcit, cafe
dan kantin-kantin sekolah. Syarikat hanya mempunyai sebuah kenderaan van.
4) Kurang tenaga kerja. Syarikat hanya mempunyai seorang eksekutif pemasaran yang
melakukan tugas pemasaran dan pengedaran produk.
5) Kurang promosi dan pemasaran.
6) Peralatan peti sejuk tidak mencukupi untuk menambah pelbagai produk baru..
7) Premis kurang dikunjungi pelanggan. Walaupun kedudukan perniagaan adalah strategik,
rupa dalaman kedai uzur dengan susun atur yang agak berserabut sukar untuk menarik
perhatian pelanggan.
8) Pengurusan pekerja dan kewangan yang lemah. Pengurus kurang berpengalaman dan
kemahiran.
9) Kurang modal untuk pemasaran yang agresif.
10) Sukar mendapatkan bantuan kewangan.
11) Kurang jaringan sesama usahawan.

4.3 Peluang (Opportunities)

1) Pembangunan perumahan di Bandar Putra dan pembukaan cawangan baru Kolej


Komuniti Segamat menambah jumlah penduduk di sekitar premis.
2) Facebook Komuniti Segamat yang sentiasa aktif dan sesuai dijadikan medium pemasaran
dalam mempromosikan produk kerana ianya mudah dan percuma.
3) Industri makanan halal yang semakin mendapat perhatian masyarakat. Pensijilan HALAL
kepada produk-produk berpotensi seperti Murtabak Raja, Ikan Patin Kukus dan Ikan Patin
Pais boleh menembusi pasaran luar seperti di pasaraya-pasaraya besar.
4) Produk makanan beku yang mudah disediakan semakin mendapat permintaan tinggi
terutamanya di kalangan golongan yang sibuk bekerja.
5) Kenaikan gaji pekerja pada tahun-tahun akhir kebelakangan membolehkan mereka
mampu untuk menjadikan produk makanan sejuk beku sebagai pilihan makanan harian.

4.4 Ancaman (Threats)

1) Kerenah birokrasi untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan kewangan.


2) Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada perbelanjaan mengurus syarikat. Kos
penghantaran produk dijangka meningkat.
3) Pertambahan pesaing di sekitar kawasan premis perniagaan. Terdapat dua buah kedai
sejuk beku yang baru dibuka di Bukit Siput dan Bandar Putra pada tahun ini.
4) Pesaing menjual produk yang lebih variasi.
6. PERSAINGAN

Di antara pesaing tersebut ialah :

BIL NAMA PERNIAGAAN KEKUATAN KELEMAHAN

1 Kerepek pisang Nangka Mempunyai peralatan yang canggih Teksturnya agak keras sikit

2 Delicious Kerepek Mesrinah Menawarkan pelbagai jenis kerepek kepada Harga jualan yang terlalu
pelanggan mahal

3 D’Melur Kerepek Kiosk yang menarik Tidak mempunyai peralatan


yang mencukupi

7. SYER PASARAN
Setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing, maka dianggarkan pecahan syer
pasaran antara pesaing dan ‘Sofia kerepek mangga cheese delicious’ adalah seperti berikut :

BIL NAMA PERNIAGAAN SYER PASARAN JUALAN SEBULAN (RM)

1. Sofia kerepek mangga cheese delicious’ 38 % RM 171,000.00

2. Kerepek pisang Nangka 25 % RM 112,500

3 Delicious Kerepek Mesrinah 15 % RM 67,500

4 D’Melur Kerepek 22 % RM 99,000

Ramalan Jualan

Saiz Pasaran = RM450,000.00

Syer Pasaran Sofia kerepek

mangga cheese deliscious = 38%

Ramalan Jualan Purata Bulanan = (38% x RM450,000)/12

= RM14,250.00
Bulan Tahun Pertama Tahun Kedua Tahun Ketiga
Jan 12,500.00 16,500.00 18,000.00
Feb 14,500.00 1 6,500.00 17,000.00
Mac 16,000.00 18,000.00 21,500.00
Apr 14,000.00 15,000.00 17,500.00
Mei 14,000.00 16,500.00 19,000.00
Jun 16,500.00 19,000.00 22,200.00
Jul 15,500.00 18,000.00 16,000.00
Ogos 14,000.00 16,500.00 17,000.00
Sep 14,000.00 15,500.00 16,000.00
Okt 14,500.00 16,200.00 17,000.00
Nov 17,000.00 19,000.00 22,000.00
Dis 17,000.00 19,300.00 22,300.00
JUMLAH 179,500.00 206,500.00 220,500.00
Peningkatan 15% 7%

 Ramalan jualan bagi Tahun Pertama rendah memandangkan syarikat ini belum dikenali
ramai dan terpaksa bersaing dengan tiga pesaing baru.
 Penjualan produk dijangka meningkat pada bulan 3, 6, 11 dan 12 kerana cuti sekolah dan
perayaan.
 Dianggarkan ramalan jualan meningkat sebanyak 15% pada tahun kedua selepas pelan
tindakan pemasaran dilaksanakan.
 Manakala pada tahun kedua, peningkatan ramalan jualan ialah 7% apabila kedudukan
syarikat sudah stabil. Dijangka syer pasaran ialah sekurang-kurangnya 60%
STRATEGI PEMASARAN

Berdasarkan analisis SWOT, berikut adalah cadangan rancangan pemasaran dengan


memfokuskan kepada lima elemen utama yang perlu dikawal oleh syarikat.

6.1 PROMOSI

Melalui hasil kajian analisis SWOT, Syarikat NHAAR FOODS mempunyai kelemahan promosi
akibat kekurangan tenaga kerja (eksekutif pemasaran), pengurusan yang tiada kemahiran dan
pengalaman serta tiada bajet yang cukup untuk pengiklanan. Oleh itu, NHAAR FOODS perlu
bijak dalam memilih strategi promosi yang terbaik iaitu kaedah pengiklanan yang sesuai dengan
keberkesanan yang maksimum.

NHAAR FOODS boleh mengiklankan jualan murah produk-produk unik dan yang asing (belum
popular) sebagai tarikan kepada pelanggan baru. Penggunaan flyers atau risalah-risalah kecil
yang mengandungi iklan jualan murah boleh dimasukkan ke dalam akhbar dan diedarkan di
kawasan perumahan yang berhampiran sebagai strategi promosi yang hanya memerlukan bajet
yang kecil.

Penggunaan Facebook Komuniti Segamat sebagai medium pengiklanan juga merupakan satu
strategi yang memberi kesan yang besar dengan kos yang sangat murah. Ketika ini laman sosial
Facebook Komuniti Segamat mempunyai lebih 18,000 ahli dan adalah laman sosial yang aktif
dan popular di kalangan warga Segamat. Dengan meletakkan iklan di status, NHAAR FOODS
dapat mempertingkatkan lagi promosi, publisiti dan memperkenalkan imej syarikat kepada
pelayar laman sosial tersebut.

Selain dari itu, pihak pengurusan NHAAR perlu meningkatkan lagi kemahiran dalam strategi
pemasaran dengan menghadiri kursus-kursus berkaitan pemasaran perniagaan serta menambah
jaringan dengan usahawan-usahawan lain supaya dapat mempelajari selok-belok perniagaan
dan seterusnya membantu pengukuhan syarikat.
Rajah 6a. Laman Sosial Facebook Komuniti Segamat mempunyai lebih 18,000
ahli dan pertambahan lebih 100 ahli baru setiap hari

6.2 PRODUK

Produk merupakan barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan.
Pengusaha perlu menghasilkan produk yang secara fizikal boleh menarik perhatian dan menepati
kehendak pelanggan meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, rekabentuk, ciri-ciri, jenama,
pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan (Sabry 2005). Bagi elemen ini,
NHAAR FOODS perlu memberi keutamaan kepada kelemahan produk yang ketara iaitu
kekurangan dari segi kepelbagaian dan pembungkusan produk.

6.2.1 Kepelbagaian produk


NHAAR FOODS mempunyai beberapa produk unik yang tidak dijual oleh pesaing dan produk
berkualiti yang mempunyai pelanggan tetap. Namun begitu, NHAAR FOODS masih kurang dari
segi kepelbagaian produk. Pesaing mempunyai lebih banyak jenis produk berasaskan sejuk beku
seperti kuih tradisional yang pelbagai, produk tenusu, bahan masakan, makanan laut dan
sebagainya.

Untuk menambah kepelbagaian produk, NHAAR FOODS perlu menambah modal kewangan
selain menyediakan ruang yang mencukupi bagi penyimpanan produk-produk baru ini. NHAAR
FOODS boleh menjalankan kolaborasi dengan usahawan-usahawan yang lain untuk
mendapatkan bekalan produk-produk baru dengan harga lebih murah. NHAAR FOODS boleh
juga menambah bilangan peti sejuk atau chiller melalui kaedah sewa-beli peralatan Dengan cara
ini, NHAAR FOODS tidak memerlukan pertambahan modal yang begitu tinggi tetapi hanya
membayar secara ansuran bulanan. Selain itu NHAAR FOODS boleh menyusun atur semula
susunan produk dan peralatan peti sejuk atau chiller bagi memberi ruang kepada produk-produk
baru.

Dari segi pemasaran, NHAAR FOODS harus menyusun strategi dengan memasarkan produk
yang pelbagai dan tidak tertumpu kepada produk unik dan berkualiti sahaja. NHAAR FOODS juga
boleh mendapatkan pensijilan HALAL bagi produk-produk yang berpotensi untuk dipasarkan di
pasaraya-pasaraya besar.

6.2.2 Pembungkusan

Terdapat beberapa produk NHAAR FOODS yang diperakui kualitinya namun lemah dari segi
pembungkusan, seperti Murtabak Raja, Ikan Patin Pais dan Ikan Patin Pais. Memandangkan
produk ini adalah keluaran pengusaha kecil dari rumah, kerja-kerja pembungkusan dan pelabelan
dilakukan di NHAAR FOODS. Rekabentuk pembungkusan dan pelabelan sedia ada tidak dapat
memberi gambaran yang baik kepada pelanggan dan menyebabkan produk sukar bersaing.

Oleh itu NHAAR FOODS perlu memperbaiki kualiti pembungkusan produk-produk tersebut
dengan memilih cara pembungkusan yang sesuai dan menarik serta dapat memperbaiki imej
produk.

6.3 STRATEGI HARGA


Walaupun produk-produk di NHAAR FOODS diletakkan harga yang berpatutan dengan
kemampuan beli pengguna, kemunculan pesaing-pesaing baru memerlukan NHAAR FOODS
mengkaji semula harga produk.

NHAAR FOODS boleh menggunakan kaedah meletakkan harga berpandukan harga pesaing
bagi mengurangkan persaingan harga.

BELANJAWAN PEMASARAN

BELANJAWAN PEMASARAN Bulanan (RM) Jumlah (RM)


KEPERLUAN ASET TETAP
Chiller (3 unit) 10,000.00

KEPERLUAN MODAL KERJA


Iklan dan promosi 200.00 2,400.00
Cat/papan tanda 1,500.00
Rekabentuk pembungkusan 400.00

KEPERLUAN LAIN-LAIN
Pendaftaran, sijil, yuran proses 200.00

JUMLAH 14,500.00

PENYELIDIKAN PEMASARAN

Penyelidikan pesaingan Dalam Pasaran

Membuat penyelidikan tentang kaedah operasi dan strategi pemasaran yang


digunakan oleh pesaing syarikat sofia kerepek mangga cheese deliscious ini. Melalui
penyelidikan ini syarikat kami dapat mereka bentuk strategi yang berdaya saing dan mampu
mengatasi pesaing bagi mengekalkan kedudukan dalam pasaran.

Penyelidikan Poster atau Banner di tempat strategik

Melibatkan pemerhatian trafik lalulintas (pergerakan manusia dan kenderaan) yang


melalui tempat poster atau banner samada di pusat membeli belah, ditepi jalanraya, di tempat
penjualan atau pada kenderaan. Tujuan nya adalah untuk menarik minat pelanggan tentang
produk yang kami hasilkan. Ia juga dapat mengenal pasti tempat papan tanda yang strategik,
kejelasan pada waktu malam, tinggi di atas tanah, jarak dari bahu jalan, jumlah poster yang
sudah ada di lokasi, jenis lampu yang disediakan dan sebagainya.
TINDAKAN KAWALAN

You might also like