Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA UNTUK PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU

2018

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS (SKPAP)

1.0 PENDAHULUAN

Minggu Bahasa Melayu ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa Melayu yang
diadakan pada setiap tahun. Pelancarannya bermula pada 26 Mac 2018.Tema bulan Bahasa
Malaysia ialah “Bahasa Jiwa Bangsa”.Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk murid-
murid mengikut tahap masing-masing. Penganjuran Minggu Bahasa Melayu pada kali ini,
mempunyai objektif yang mampu menjana minda murid dan melahirkan murid yang mempunyai
keterampilan bahasa yang baik. Sehubungan itu, panitia Bahasa Melayu telah merangka aktiviti
yang melibatkan penguasaan dan pengayaan bahasa dan kreativiti persembahan murid. Ini
merupakan satu langkah untuk meluaskan pemikiran murid tentang pusat sumber merupakan
salah satu aset dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan mereka.

2.0 RASIONAL

Sekolah merupakan wahana dalam mendaulat dan memperkasakan Bahasa Melayu


sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi menarik minat
warga sekolah agar mampu berkomunikasi dengan baik dan sopan selain memupuk semangat
cintakan bahasa Kebangsaan.

3.0 TEMA

“Bahasa Kita Budaya Kita”

1
4.0 MATLAMAT PROGRAM

Minggu Bahasa Melayu bertujuan membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan


tentang aspek bahasa dan menekankan aspek menghormati, kesantunan dan kesopanan yang
akan menjadikan warga SKPAP warga yang berbudaya dan bertamadun.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Memberi pendedahan tentang keunikan dan kepelbagaian Bahasa Melayu daripada
pelbagai aspek.

5.2 Menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu Bahasa

Melayu

5.3 Melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir mencipta karya tetapi menghayati dan
mengamalkan nilai murni, bersikap positif dan semangat patriotik yang tulen.

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh : 26 Mac 2018 hingga 30 Mac 2018

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, 85300 Labis, Johor Darul Takzim.

2
8.0 PERASMIAN PEMBUKAAN

Tuan Haji Zulkifli bin Samad, Guru Besar SK Pekan Air Panas.

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas.

10.0 KEWANGAN

Rujuk lampiran 1.

11.0 ORGANISASI
Rujuk Lampiran 2.

12.0 SENARAI TUGAS

Rujuk Lampiran 3.

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 4.

3
14.0 SYOR

Segala program yang dirancang adalah bermatlamat mencapai objektif yang telah digarisi.
Diharap semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
tuan.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………… ……………………

(ENCIK MUHAMMAD AMIR AQIL BIN AZEMAN) (ENCIK HUSIN BIN JAMAL)

Setiausaha Program Minggu Bahasa Melayu 2018 Pengerusi Program Minggu

Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas. Bahasa Melayu 2018

Sekolah Kebangsaan Pekan

Air Panas.

Disahkan oleh:

…………………..

(TUAN HAJI ZULKIFLI BIN SAMAD)

Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Pekan Air Panas.

4
15.0 RUJUKAN

Ab. Alim Abd Rahim (1999). “Pengurusan Kokurikulum.” Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdul Mua’ti Ahmad (2003). “Komunikasi Di Tempat Kerja” : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Abdul Rahim M. Ali (2000). “Ilmu Pendidikan DPM.” Kuala Lumpur : Utusan.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1999). “Komunikasi Di Tempat Kerja.” Bentong : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anizah Abdul Razak (2002). “Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan
hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar: Satu tinjauan ke atas Pelajar
Diploma dan Sarjana Muda KUiTTHO.” Batu Pahat : UTHM.

Jumali Hj. Selamat, Khaidzir Hj. Ismail & Shaharuddin Ahmad, 2010. Objektif dan faedah
berpersatuan. Dlm.Shahruddin Ahmad, Khaidzir Hj. Ismail & Jumali Hj. Selamat (pnyt).
Mengurus Persatuan : Proses dan Kemahiran, Bangi : Penerbit UKM

Othman Hussain, Mohd Salleh Berhannudin, Syed Muhammad Dawilah & Sulaiman
Abdullah. 2008. Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
(PBM dan PBMBP) Bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar. Journal of Human
Capital Development. 1(1): 61-73.

5
Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, 2011. Ucaptama : Sanggar Kerja Pemantapan
Kepengetuaan Kolej 2011. Sutera Habour, Kota Kinabalu, Sabah. 1-3 April.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Hassan Basri, Riza Atiq Abdullak O. K. Rahmat,
Khaidzir Hj. Ismail, Jumali Hj. Selamat, Roslee Rajikan, Kadir Arifin dan Salina Ibrahim.
2011. Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi
Pembelajaran UKM.

You might also like