Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kesatuan Eropah

European Unity (EU) Kesatuan Eropah merupakan satu kesatuan


antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.
Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah" diasaskan
pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992
melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya
dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama
"Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 28 negara ahli
dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk
memasukinya.
Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah
terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU
mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan
umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar
Pembangunan Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004
dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak
1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan
yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan
kehakiman.
Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya Eropah,
Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan
Eropah dan juga Bank Pusat Eropah. Warga EU berhak melabur,
bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain dengan
bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam seperti yang
dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.
Status
Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (regional organisation)
yang terbesar di dunia. Negara-negara ahli memindahkan hak-hak
penting kebangsaan, seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara,
perdagangan luar kepada kesatuan ini. Walaupun EU kelihatan
seperti sebuah kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat),
kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan tetapi
berdasarkan "prinsip subsidiariti".
Isu Terkini
Isu terbesar kini ialah pembesaran kesatuan, hubungan dengan
Amerika Syarikat dan penyertaan Euro di negara anggota yang
masih belum menerima mata wang EU ini. Draf terakhir
perlembagaan Eropah telah dicapai pada 18 Jun 2004, dan kini
menunggu pengesahan setiap negera anggota.
Sejarah dan Asal Usul
Usaha usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah
berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula
dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne,
sehinggalah Napoleon dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia
II.
Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan
yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil.
Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan
oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan negara negara
Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat. Sentimen
ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah
pada 1951.
Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian
Rom dan kesatuan ini dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC).
Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini
kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan
Eropah. Kesatuan Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan
perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik.
Parlimen Eropah
Parlimen Eropah (Europarl atau EP) ialah satu-satunya institusi
parlimen yang dipilih secara langsung di Kesatuan Eropah (EU).
Bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah (Majlis), Parlimen ini
membentuk cabang perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan
juga disifatkan sebagai salah satu kuasa perundangan yang paling
berkuasa di dunia.[1] Parlimen dan Majlis membentuk badan
perundangan tertinggi dalam lingkungan Kesatuan. Sungguhpun
begitu kuasa-kuasanya terhad kepada kompetens yang dikurniakan
ke atas Komuniti Eropah oleh negara-negara anggota. Maka itu,
institusi ini agak terhad kuasanya terhadap kawasan-kawasan dasar
yang dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan dua tunggak lain
daripada tiga tunggak Kesatuan Eropah. Parlimen ini terdiri
daripada 785 orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada
para pemilih demokratik kedua terbesar di dunia (mengekori India)
dan para pengundi demokratik transnasional terbesar di dunia (342
juta pengundi yang layak pada tahun 2004).[2][3][4]
Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap lima tahun melalui
hak mengundi umum sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah
mempunyai kuasa perundangan yang tidak dimiliki badan-badan
lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif undang-undang seperti
kebanyakan parlimen kebangsaan. Sedangkan merupakan "institusi
perdana" Kesatuan Eropah (julung kali dinyatakan dalam perjanjian,
mempunyai keutamaan upacara mengatasi segala kekuasaan di
peringkat Eropah[5]), Majlis memegang kuasa lebih besar terhadap
perundangan berbanding Parlimen apabila tatacara keputusan
bersama (hak pindaan dan penolakan yang sama rata) tidak
dikenakan. Namun begitu, Parlimen berkuasa terhadap bajet EU
sejak 1970-an dan memegang hak veto terhadap pelantikan
Suruhanjaya Eropah.

Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan, iaitu Immeuble


Louise Weiss di Strasbourg, Perancis, untuk sesi pleno dan juga
pusat rasmi; dan kompleks Espace Léopold di Brussel, Belgium,
yang menjadi tempat mesyuarat persediaan dan sesi pelengkap
bukan pleno. Kos untuk memastikan semua Ahli dan kakitangan
mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain beberapa kali
setahun membimbangkan sesetengah pihak. Sekretariat Parlimen
Eropah, iaitu badan pentadbiran Parlimen, bertapak di Luxembourg.
Presiden Parlimen Eropah (Speakernya) kini bernama Hans-Gert
Pöttering (EPP), yang dilantik pada Januari 2007. Beliau mengetuai
sebuah dewan berbilang parti yang dikuasai dua parti terbesar iaitu
Parti Rakyat Eropah-Demokrat Eropah (EPP-ED) dan Parti Sosialis
Eropah (PES). Pilihanraya seluruh Kesatuan paling terkini yang
pernah diadakan diadakan pada tahun 2004, namun begitu, Romania
dan Bulgaria menyertai EU pada tahun 2007 dan sudah memilih ahli
masing-masing pada tahun yang sama; pilihan raya seluruh
Kesatuan seterusnya akan diadakan pada tahun 2009.
MAKSUD
Bersubodinat : berpangkat rendah
Perestroika: restrukturisasi ekonomi Soviet.
Glasnost: kebijakan yang dilakukan selama masa pemerintahan
Mikhail Gorbachev pada pertengahan 1980-an. Kebijakan ini
meliputi keterbukaan dalam semua bidang di institusi pemerintahan
Uni Soviet termasuk kebebasan informasi.
Anarkisme: anti pemerintahan

You might also like