Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

KM. 5, JALAN GENUANG,


85000 SEGAMAT, JOHOR

KERTAS PENERANGAN
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA / SVM

WTP 3022 – TILING WORKS


KOD/KURSUS
( KERJA-KERJA PENJUBINAN )

KOMPETENSI 01. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT

1.1 Obtain approved construction drawing.


1.2 Interpret approved construction drawing
KOMPETENSI
1.3 Finalise approved construction drawing details
UNIT 1.4 Determine information regarding building residential building finishes
work

Trainee must be able to:


● Type of finisher work listed and explained according to approved
KOMPETENSI construction drawing.
PEMBELAJARAN ● Approved construction drawing details listed and explained based on
design dimension and type of finisher work

NO KOD WTP 3022 / K 01 MUKA : 01 DARIPADA 12


NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 2 Drp : 12

PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa
sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Proses ini merupakan adalah sebahagian dari
kerja kemasan. Bagaimanapun coak dan gaya kemasan sebegini dianggap biasa dan
ketinggalan khusus untuk ruang-ruang yang lebih ekslusif . Oleh itu corak kemasan yang lebih
elegan dengan penggunaan bahan-bahan kemasan pelbagai yang banyak diperkenalkan
dipasaran perlu diaplikasi dan diadaptasi bersesesuaian dengan tuntutan semasa.

2.0 JENIS-JENIS /BAHAN KEMASAN DINDING DAN TEMBOK


Kemasan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kemasan Lembut dan Kemasan Keras
Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca. Berikut adalah
diantara jenis-jenis bahan kemasan dinding/tembok yang biasa digunakan;

Jenis -jenis Kemasan Lembut;


i. Cat
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Pengunaan cat
banyak mempengaruhi fizikal ruang yang dicat. Cat bewarna terang dapat meluaskan ruang,
meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang bewarna gelap akan
menyempitkan ruang, merendahkan siling dan mendekatkan jarak.
Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan berbanding
cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawamood sejuk, ekslusif dan tenang. Ciri-
cirinya dijelaskan seperti berikut:
 Cat terdiri dari dua kumpulan iaitu cat berasaskan air dan cat berasaskan minyak .. Cat
minyak adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan kemasan kayu dan cat air lebih
sesuai untuk permukaan bata atau konkerit.
 Cat terdiri daripada 3 kategori iaitu cat asas, cat alas dan cat kemasan. Proses
pengeringannya berlaku melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.
Akan dijelaskan dengan terperinci dalam kompetensi 10 dan 11

ii. Kertas Hiasan DInding


Kertas Dinding iaitu salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat.
Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan
ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding
kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik.
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 3 Drp : 12

Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian
dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang
penting sekali adalah kos.

Jenis-jenis Kemasan Keras :


iii. Jejalur Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang telah
sedia ada pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam lidah atau
lurah ataupun lekap. Lebar papan tidak melebihi 100mm.Jenis ini boleh dikemaskan
dengan sempang atau lekar.Jenis kayu yang digunakan adalah kayu keras seperti
jati,cengal,dan kempas.

iv. Parket
Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 13.4. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300 mm supaya senang
dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Permukaan parket perlu
diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih
boleh dikemaskan dengan sampan, lekar atau lilin.

v. Mozek
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar melalui
proses pembakaran.Ini merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan pelbagai
rekabentuk. Mozek biasanya diletakkan pada kertas bersaiz 300mmx300mm.Terdapat
pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan
dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek didasar konkrit.Di celah-
celah sambungan diletakkan semin dan pasir halus. Digunakan pada dinding dapur,tangga
dan tandas.

vi. Jubin Tanah liat Bergilap


Diperbuat daripada tanah liat semulajadi halus dalam bentuk kepingan segi empat
sama.Jubin-jubin ini diatur diatas lapisan setebal 20mm dan diturapkan dengan cairan
simen dan air.Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang baik dan tidak rosak pada minyak
dan lemak.Ia juga tahan terhadap asid dan alkali.Dindingnya tidak mudah tercakar dan
mudah dibersihkan tetapi bising dan sejuk.
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 4 Drp : 12

vii. Jubin PVC


Kebiasaannya digunakan sebagai kemasan lantai. Kemasan ini diperbuat daripada
campuran pelekat polivini klorida yang disebatikan dengan gentian asbestos, pelikat
mineral dan perwarna. Ia dipotong menjadi segi empat sama. Jubin ini dihasilkan dengan
rupa siap berkilat,berwarna daripada warna biasa sehingga warna marmar. Ia agak
hangat,tahan dan telap kepada air,minyak,alcohol,kebanyakkan bahan kimia dan tidak
mudah terbakar.Ia juga mudah tergaris dan tercalar.Ia sesuai dilekatkan pada semua jenis
simen lantai dengan syarat lantai kering,aras dan tidak tertakluk pada pengecutan dan
pengembangan

viii. Jubin marmar


Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk
dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen. Permukaan dinding perlu
diasah dengan menggunakan mesin canai dengan batu asah gred kasar (No.24) ke gred
halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudian dikemaskan dengan lilin.

ix. Jubin granit


Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain,di
campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan
diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m.Batu
serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75µm).Contoh
campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu baur.

x. Jubin Kaca
Jubin yang dibuat daripada kaca dengan pelbagai saiz,bentuk dan warna,adalah pilihan
lazim bagi bilik mandi dan dapur kerana ia didatangi dengan pelbagai warna dan kemasan
disamping boleh dikitar semula.Jubin mozek kaca bergilap cukup sesuai untuk lantai bilik
mandi kerana mudah dibersihkan dan tidak mudah lusuh. Perlu diingat gilap jubin lantai
adalah tidak sama dengan gilap jubin dinding. Jubin lantai perlu selamat apabila berjalan
di atasnya

xi. Jubin Seramik


Jubin yang dihasilkan dari tanah liat atau campuran tanah liat dengan bahan tambahan
yang kemudian dibakar dalam relau.Amat sesuai untuk trafik ringan dan sederhana seperti
dalam bilik air dan di sebarang ruang dan persekitaran yang sentiasa basah.
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 5 Drp : 12

Mudah dibersih dan pasang,kalis air,teguh dan mempunyai gaya estetika.Kurang sesuai
untuk ruang lasak kerana mudah serpih,mudah haus dan mempunysi sifat serap air yang
tinggi.

xii. Jubin Porcelain


Dikelasifikasi sebagai jubin seramik. Dihasilkan melalui proses tekanan habuk tanah liat
porcelain. Bersifat tahan fros dan sejuk dan terdiri dari jenis gilap atau tanpa gilap
Mengandungi tiga jenis iaitu:
 Jubin porcelain bergilap- pemukaan disalut
 Jubin porcelain tanpa gilap- permukaan tidak disalut
 Jubin Porcelain sepenuhnya

Parket Mozek Jubin Marmar

3.0 PEMILIHAN BAHAN


Penggunaan jubin memberikan pemandangan yang berbeza-beza pada ruang.Pemilihan
yang menepati keperluan sudah pasti menjadikan ruang lebih terserlah keunikannya.
Bagaimanakah pemilihan bahan dibuat ?. Beberapa kriteria menjadi pertimbangan pemilihan
seperti dinyatakan dibawah;

i. Stail dan corak bahan - corak dan warna jubin akan memberi gaya estetika kepada
ruang, mewujudkan penampilan yang menarik ,moden dan tampak lebih elegan.

ii. Lokasi penggunaan - Tentukan dengan tepat dimana lokasi jubin perlu ditempatkan.
Adakah jubin akan diguna untuk backsplash? Kaunter ? lantai ? dinding/tembok?.
Kebanyakan batu, seramik dan porcelain diguna untuk kaunter dan lantai. Kaca
kebanyaknya diguna untuk dinding dan backsplash (Seksyen yang dipasang pada
tembok dibelakang sink atau kaunter dapur bagi menyediakan permukaan yang mudah
dibersih disebabkan minyak dan sebagainya).
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 6 Drp : 12

Jubin tanah liat adalah pilihan terbaik untuk lantai dan tembok dapur. Jubin batu adalah
sesuai untuk kemasan tangga,ruang tamu dan bilik tidur.

iii. Kesempurnaan fizikal – Pilih Jubin yang tidak serpih ,tiada lubang-lubang kecil atau
tompokan pada permukaan yang menampakkan kecacatan permukaan

iv. Memenuhi spesifikasi – Telitikan pada kotak pembungkusnya.Biasa terdapat label yang
mencatat spesifikasi/ gred piawai. Bahan –bahan perlu menepati spesifikasi yang
diperlukan kerana ia menjelaskan tahap kualiti jubin berkenaan dan sejauh mana
kesesuaian jubin boleh diguna pada ruangan yang dirancang..

v. Bajet/Kos
Nilai bajet yang diperuntukan akan mempengaruhi jenis dan jenama bahan yang akan
digunakan.Bajet yang rendah akan terhad kepada penggunaan bahan yang kurang
berkualiti berbanding bajet yang lebih terbuka . Dalam mengira bajet atau kos, kaedah
berikut perlu dilakukan:
 Pengiraan anggaran harga jubin dan harga upah.
Harga upah secara umum dinyatakan seperti dibawah.Bagaimanapun kadar upah
adalah berubah-ubah mengikut pasaran semasa.

Jenis Kerja Saiz Jubin Kadar Upah(RM)ka.per.


Upah pemasangan sahaja 300x300 dan 300x600 2.50
Upah pemasangan sahaja 600 x 600 3.00
Upah pemasangan dan 300x300 dan 300x600 3.50
membekal simen
Upah pemasangan dan 600 x 600 4.50
membekal simen
Pemasangan jubin untuk 900.00
Tangga standard 19 anak
tangga
Pemasangan jubin untuk bilik 900.00 (termasuk pemasangan
air lantai & dinding barangan bilik air
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 7 Drp : 12

 Menyediakan peruntukan tambahan 20% .


Apabila membeli jubin,tambahan 20% perlu diberikan untuk kerosakan bahan.Jubin
perlu dipotong apabila memasang pada ruang-ruang kecil dan kita tidak boleh menjangka
yang keratan kepada dua keratan dapat dilaku dengan baik dan dapat diguna keduanya.
Sekeping jubin mungkin perlu dipotong melebihi 50% dan selebihnya akan tinggal
sebagai skrap. Oleh itu pastikan membeli jubin melebihi 20% daripada diperlukan

vi. Sejauh mana kekerapan ruang berjubin digunakan.


 Kebanyakan jubin diklasifikasikan menggunakan perkadaran PEI (Percelain
Enamel Institute) dalam 5 kumpulan iaitu:

Kumpulan 1- Tiada laluan kaki,sesuai untuk bilik air kediaman


Kumpulan 2- Trafik ringan , sesuai untuk kawasan kediaman,kecuali dapur dan
sebarang ruang yang tertakluk dengan kegunaan berat.
Kumpulan 3- Sesuai untuk kawasan kediaman dan komersil ringan
Kumpulan 4- sesuai untuk ruang komersial sederhana dan aplikasi ringan seperti
restaurant,hotel dan lobi hospital.
Kumpulan 5- sesuai untuk trafik berat dan ruang lembap yang memerlukan
kawalan keselamatan dan prestasi maksimum seperti pusat beli belah dan laluan
masuk bangunan

Kebanyakan jubin porcelain diklasifikasikan pada tahap 4 atau 5. Jadi untuk lokasi
yang berada pada tahap berkenaan akan memerlukan jenis jubin tersebut.

 Terdapat beberapa lokasi lain yang mempengaruhi sejauh mana kekerapan


penggunaan berlaku. Kaunter atau dapur mungkin memerlukan jubin yang sederhana
lasak,jadi jubin seramik heavy duty boleh digunakan, begitu juga jubin seramik biasa
yang dikelasifikasi pada tahap 2 adalah sesuai bagi bilik air yang dianggap tidak lasak
.Jadi pilihan ditangan pengguna dengan berpandukan konsultasi dari pakar.
 Adalah penting memilih jubin lantai yang boleh bertahan dengan kelasakan harian.
Calar,tumpahan makanan,geseran dan sebagainya perlu diambil kira.Semakin kerap
ruang yang dipasang dengan bahan-bahan ini digunakan maka kelasakan yang
menyebabkan kelusuhan semakin cepat berlaku. Oleh itu pastikan memilih jubin yang
secara spesifik diformulasi untuk penggunaan pada lokasi tertentu contohnya dinding
atau lantai.
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 8 Drp : 12

 Pilih Jubin padu yang mempunyai warna sekata bagi ruang trafik berat. Elakkan
menggunakan jubin berwarna merah atau coklat dengan warna gilap ringan untuk lantai
kerana kesan calar atau serpih akan mudah kelihatan.

4.0 PENYEDIAAN BAHAN- JUBIN


Penyediaan jubin yang cukup untuk sesuatu lokasi adalah langkah terbaik dan cekap. Pihak
kontraktor perlu melakukan penilaian tepat melalui proses anggaran bahan.
i. Anggaran bahan adalah satu cara menilai jumlah bahan yang diperlukan berbanding
dengan ruang yang terlibat. Dengan cara ini penyediaan bahan akan dapat dilakukan
secukupnya. Apabila membuat anggaran, langkah utama adalah memahami kaedah
pengiraannya dimana :

FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN


Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm
Luas Kawasan = panjang x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²
Bilangan Jubin = Luas ruang ÷luas jubin
= 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping

5.0 KUALITI BAHAN KEMASAN


Perkara utama yang dititik beratkan dalam memilih kemasan dinding/tembok ialah bahan yang
tahan dan kuat.yang juga penentu kepada kualitinya. Oleh itu, kualiti bahan kemasan adalah
penting bagi menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman yang baik dan lebih
selesa.Pemeriksaan dan penelitian terhadap kualiti dilakukan melalui beberapa kaedah seperti
dinyatakan dibawah:

5.1 Menentu Kualiti Jubin


Jubin diperiksa bagi menentu kualiti keseluruhannya. Apabila memilih jubin seramik, adalah
penting membanding pada semua aspek bagi mendapatkan jubin terbaik melalui penelitian dan
kaedah-kaedah berikut:
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 9 Drp : 12

i. Memeriksa Gred Jubin


Periksa gred jubin pada kotak pembungkus jubin. Jubin digred kepada tiga peringkat
berasaskan ketebalan dan kualiti.
 Gred Standard memenuhi standard minimum yang diperlukan. Ia adalah Gred 1 adalah
kualiti terbaik dan paling tebal tersedia adalah sekitar 20mm. Ia boleh diguna pada
sebarang lokasi.
 Second grade - Gred 2 dikelaskan terdapat beberapa kecacatan minor wujud tetapi jubin
masih boleh digunakan. Jubin dalam gred ini mempunyai Gilap dan saiz yang tidak sekata,
ketebalan tidak konsisten atau kecacatan kesepadanan warna.Tebalnya adalah 12mm.
Gred 3 adalah paling nipis iaitu 6mm tebal dan hanya sesuai diguna pada tembok atau
dinding.
 Cull Grade- tidak memenuhi standard minimum

ii. Menguji Perintang gelincir


Pilih jubin yang telah di kelas sebagai mempunyai perintang gelincir yang duji di makmal oleh
pengilang. Ia boleh diteliti pada kotak pembungkus “slip-resistance" atau Perintang
gelincir.Perintang gelincir diistilahkan sebagai jumlah perintang pada jubin yang dihasilkan sebagai
alas tapak kasut terhadap lantai basah atau kering.. Berpandukan Coefficient of friction (COF), nilai
COF 0.60 dan lebih adalah mempunyai pemerikatan rintangan gelincir yang tinggi dan memenuhi
standard.

iii. Menguji Kekerasan dan Rintangan calar


 Rintangan calar didefinasikan sebagai kadar kekerasan jubin ditentukan oleh ujian
skala Moh yang menggunakan 10 galian/mineral. Paling lembut adalah Talc (#1) dan
paling keras adalah berlian (#7).
 Ujian ini bagi menentukan dan membandingkan kekerasan antara dua bahan dimana
sesuatu bahan diuji dengan melihat sejauh mana ianya mampu mencalar bahan yang
lain
Gunakan skala kekerasan Moh bagi mengkelaskan bahan dari 1 -10, dengan 10
adalah paling keras. Jika kekerasan melebihi skala 6, ia cukup sesuai untuk lantai
lasak.
 Nilai numerikal #5 atau lebih adalah sesuai untuk kediaman
 Nilai numerikal #7 atau lebih adalah sesuai untuk aplikasi komersil
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 10 Drp : 12

Perbandingan
 Jika specimen A boleh mencalar specimen B, bermakna specimen B lebih keras
daripada specimen B.
 Jika specimen A tidak mencalar specimen B, bermakna specimen B lebih keras dari
specimen A.
 JIka dua specimen sama keras, ia tidak akan memberi kesan atau sukar mengesan jika
terdapat calaran.
 Jika specimen A boleh dicalar oleh specimen B tetapi tidak boleh dicalr oleh spesiemn
C, kekerasan specimen A adalah diantara kekerasan specimen B dan C
Prosedur Ujian boleh dirujuk dalam kertas amali WTP 3022/ M10/KA (10/1)

iv. Teliti persamaan dan perbezaan


Letak 10-15 jubin di atas lantai. Teliti setiap permukaan jubin. Adakah terdapat tompokan atau
sebarang kecacatan. Adakah jubin-jubin tersebut kelihatan sama atau terdaoat perbezaan. Jubin
berkualiti akan kelihatan sama tanpa kecacatan luar biasa.

v. Periksa sisi jubin


Jubin berkualiti mempunyai sisi yang lurus. Periksa sisi jubin pastikan ketebalan pada sisi tidak
beralung.Sisinya perlu lurus kerana ia akan menjejas keseragaman tebal mortar antara celah
jubin

vi. Uji Kerataan Jubin


Letak 10-15 keping jubin di atas lantai dan berjalan di atasnya. Adakah jubin-jubin ini kelihatan
tertekan dengan berat yang diterima? Adakah jubin retak atau serpih. Ini adalah cara mudah bagi
menentukan yang jubin-jubin ini benar-benar rata.

vii. Periksa Saiz Jubin


Letak beberapa keping jubin di atas lantai. Lihat dan Teliti , cara ini akan dapat mengesan saiz
jubin yang tidak sama. Jubin berkualiti seharusnya mempunyai saiz yang seragam dengan had
terima 1/32". Jika melebihi had terima, mata akan dapat mengesan garisan sambungan jubin
yang beralung selepas pemasangannya
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 11 Drp : 12

viii. Periksa Kesempurnaan gilap


Letak beberapa jubin di atas lantai dan perhatikan pada permukaan jubin adakah permukaannya
kelihatan berbeza antara antara satu ruang dengan ruang yang lain atau kehilangan gilap pada
ruang tertentu. Kecacatan ini biasanya disebabkan proses salutan pada permukaan yang tidak
sempurna.

ix. Periksa Kadar Serapan Air


Pemerikatan Jubin terhadap Penyerapan air akan menentukan sejauh mana jubin sesuai untuk
dipasang dalam ruang-ruang tertentu. Contohnya jubin Porcelain mempunyai kadar serapan air
kurang dari 0.5% dan diguna untuk penjubinan lantai dan tembok.
Pemerikatan dikira berdasar berapa banyak air menyerap jubin berbanding beratnya. Jubin
diperingkatkan kepada empat.

 Bukan Kekaca/Non vitreous- Kadar serapan tinggi. Tidak akan mampu bertahan pada
persekitaran lembapan tinggi seperti bilik air kerana ia menyerap melebihi 7% daripada
beratnya. Oleh itu ia hanya sesuai untuk ruang kering sahaja .Bagi ruang yang lembap ,jubin
yang diguna mestilah bersifat kekaca atau kedap.
 Separa kekaca/ Semi Vitreous – Kadar serapan sederhana antara 3-7%. Boleh diguna
pada kebanyakan ruang dalam rumah.
 Kekaca/Vitreous- kadar serapan rendah antara 0.5-3%. Sesuai untuk ruang basah dan
aplikasi luaran.
 Kedap/ Impervious- kadar serapan terendah kurang dari 0.5%. Sesuai untuk semua tempat
dan ruang
Ujian ini disempurnakan dengan mendedahkan jubin kepada air untuk tempoh
sehingga 16 jam dan kemudian periksa

6.0 MENYIMPAN BAHAN –BAHAN KEMASAN


Organisasi stor bahan yang baik adalah penting bagi mengatasi masalah penyimpanan bahan
secara tetap atau sementara. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan jika pengendalian
berkurangan terutama bagi kendalian bahan-bahan bertoksid secara manual. Susunan bahan
yang disimpan seharusnya tidak menghalang laluan,tangga, kelengkapan pemadam api,
kelengkapan rawatan kecemasan dan sebagainya. Diantara perkara-perkara yang dperlu diberi
perhatian adalah:
 Semua kawasan stor khusus untuk bahan –bahan kemasan ditanda dengan jelas kerana
ia adalah bahan sensitif .
NO. KOD : WTP 3022 KOMPETENSI 1 Muka : 12 Drp : 12

 Bahan-bahan mudah terbakar seperti thinner,cat dan turpntine yang diguna sebagai
pencair cat hendaklah disimpan dalam bekas yang telah disahkan selamat ditempat
yang telah ditetapkan

Bahan-bahan bukan kemasan seharusnya juga disimpan secara terurus, diantaranya


 Kepingan panel hendalah disusun berlapis rata , dilapik bagi menjarakkannya dari
permukaan tanah dengan pelapik kayu yang diletak pada jarak mak.400mm
 Panel mesti disimpan kering. Jika disimpan diluar stor, ia perlu dilindungi dari dedahan
cuaca.
 Penjagaan hendaklah diberikan bagi mengelakkan kerosakan (serpih atau pecah) pada
hujung dan sisi.

You might also like