Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Reflektif Penyediaan Kit Persembahan serta Aktiviti Seni dalam pendidikan

yang dijalankan

1.0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan merupakan satu teknik yang amat berguna di dalam dunia
pendidikan. Menurut Howard Gardner (1983) pelajar akan mudah memahami sesuatu
pembelajaran jika ia melibatkan penglibatan mereka secara menyeluruh, ini sesuai dengan
objektif seni dalam pendidikan. Seni di dalam pendidikan ini melibatkan 3 mata pelajaran
seperti Seni Visual, Seni Muzik, dan Seni Pergerakan. Menurut Grace Hwang Lynch (2010)
Seni dalam pendidikan mampu meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak untuk berfikir
lebih secara lebih kreatif dan kritikal. Ini menunjukkan bahawa seni dalam pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan insan yang cemerlang. Sesuai
dengan objekftif persembahan kami iaitu untuk menjadikan murid-murid kreatif dalam
menuggunakan pelbagai bahan untuk dijadikan alat muzik. Di dalam laporan reflektif ini saya
dan 2 lagi rakan saya Remnickson dan Tan Xin yi telah menjalankan Aktiviti yang
menggunakan ketiga-tiga seni dalam pendidikan tersebut. Pada hari jumaat yang lepas kami
telah menjalankan sebuah persembahan dengan menggunakan kit yang telah dihasilkan
dan dikitar semula seterusnya melakukan persembahan menggunakan Kit yang disediakan.

2.0 Penghasilan kit persembahan

2.1 Penghasilan Kit

Menurut Ellis Paul Torrance (1966) kreaitivi boleh dimaksudkan sebagai bijak dalam
menyelesaikan sesuatu perkara malahan juga mampu menghasilkan alat-alat dari bahan
terpakai atau terbuang. Seperti yang dikatakan professor Ellis, saya percaya bahawa
penghasilan kit juga merupakan sesuatu kejayaan yang besar ini kerana dalam
menghasilkan sebuah kit samada ada kitar semula bukanlah satu perkara yang mudah. Di
dalam persembahan yang telah kami jalankan kami telah menghasilkan kit dan
menggunakan bahan-bahan yang terbuang. Menurut Alfred North Whitehead (1910)
kreativiti ialah mampu menggunakan kepelbagai yang ada pada persekitraan. Kami telah
menggunakan bahan terbuang seperti, botol kaca, tin kosong, sudu dan garpu, seterusnya
juga menghasilkan botol yang dipenuhi dengan batu-batu untuk menjadikan botol itu seperti
alat muzik ‘Shaker’. Langkah-langkah yang kami gunakan dalam menghasilkan shaker ini
ialah membasuh botol terpakai, membalut botol dengan kertas warna yang berbeza, alhir
sekali mengisi botol dengan batu dan menutup botol tersebut. Selain itu, penghasilkan kit
juga dihasilkan melalui tin kosong, dimana kami mencari tin-tin yang suda tidak digunakan,
membersihkanya, cuci sebersih yang boleh agar tiada kotoran yang mampu menyebabkan
anak murid sakit. Oleh itu, penghasilan kit bukanlah perkara yang mudah untuk dihasilkan
namun kreativiti mampu bertindak di luar kotak.

2.2 Penggunaan Kit di dalam Persembahan

Selepas selesai dalam menghasilkan kit, kami menerangkan cara-cara untuk


menggunakan alat muzik yang dihasilkan melalui bahan kitar semula mahupun yang dibuat
sendiri. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini berlandaskan pendidikan
muzik Tahap Dua Kssr. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti
kepentingan penghasilan kit persembahan tersebut. Dengan menggunakan Kit yang telah
kami hasilkan, kit Tin kosong digunakan untuk menghasilkan bunyi yang kuat, tin ini akan
dipukul menggunakan sudu atau gerpu untuk menghasilkan bunyi yang agak nyaring.
Dengan ini murid-murid akan lebih teruja untuk mendengar. Selain itu, botol yang diisi
dengan batu digunakan sebagai shaker, ianya untuk mengharmonikan lagi lagu yang
dimainkan. Seterusnya ialah Botol kaca yang menghasilkan ton bunyi yang sangat cantik
apabila teknik pukulan betul. Botol itu akan diisi air sebanyak ¼ air, dengan ini ton yang
terhasil selepas dipukul lebih merdu. Oleh itu, penggunaan kit ini amat memainkan peranan
yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana menurut kajian psikologi (2012) kanak-
kanak lebih suka dengan keadan yang memikat mata mereka melalui pendengaran dan
sebagainya.

3.0 Aktiviti Seni dalam Pendidikan menurut Teori.

Menurut Guggenheim (2006) seni dalam pendidikan memberikan kebaikan dari segi
daya pemikiran dan literasi kanak-kanak. Jelas sekali bahawa seni dalam pendidikan amat
membantu dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut Kerlinger (1986) dalam Ismail
Saiman (2014) Teori ialah prinsip yang saling berkait rapat dalam menerangkan seseuatu
fenomena. Di dalam persembahan yang telah kami lakukan, kami telah menggunakan
semua, aktiviti seperi seni, muzik dan juga pergerakan. Terdapat beberapa teori yang kami
aplikasikan. Menurut teori pembelajaran Gagne (1970) dalam Ismail Saiman (2014) kognitif
merupakan proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah kepada
susah. Di dalam persembahan yang telah kami laksanakan kepada telah melakukan
beberapa aktiviti yang memerlukan mereka untuk menggunakan daya kreativiti mereka yang
pertama dari segi Penggunaan ruangan untuk bergerak. Menurut teori Howard Gardner
(1983) iaitu Kecerdasan dalam ruang dan visual, di mana keupuyaan dalam
mempersembahkan seseuatu menggunakan ruangan dan cara yang betul agar
persembahan tidak menjadi statik di tempat yang sama. Menurut Salmah, Ayob. (1994)
pergerakan yang kreatif bermaksud apa saja pergerakan yang menunjukkan penggunaan
interpretasi idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan

Selain itu ialah, pergerakan Lokomotor dan bukan lokomotor. Menurut teori
Howard Gardner (1983) dalam Ismail Saiman (2014) Kecerdasan kinestetik merupakan
kemampuan dalam melakukan pergerakan. Di dalam teori ini, ianya dapat dikaitkan dengan
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, pergerakan lokomotor ialah suatu pergerakan
yang dilakukan dan boleh mengubah kedudukan atau tetap di tempat yang sama malahan
pergerakan haruslah menunjukkan sesuatu yang boleh difahami. Di dalam tugasan ini kami
telah melakukan persembahan yang memerlukan murid-murid untuk bergerak secara statik
iaitu pergerakan tangan manakala pergerakan lokomotor secara bergerak mengikut tempo
yang diberikan.

Sehubungan dengan itu, kami juga telah memasangkan lagu Lengang Kangkung
pilihan lagu yang berlandaskan KSSR tahap dua, lagu ini dimainkan sementara murid-murid
akan menggunakan alat muzik yang disediakan untuk menghasilkan bunyi mengikut tempo
dan rentak yang sesuai. Menurut teori Howard Gardner (1983) dalam Ismail Saiman (2014)
Kecerdasan muzik dimaksudkan sebagai keupayaan untuk memainkan alat muzik dengan
nada,bunyi,rentak, dan tempo yang betul. Di dalam Persembahan yang telah dijalankan,
mereka berupaya dalam melakukan aktiviti tersebut malahan mereka mampu menguasai
Tempo yang diberikan.

Akhir sekali ialah, dari segi Interpersonal pelajar. Menurut Gagne dan Beriner (1991)
dalam Ismail Saiman (2014) pembelajaran kendiri iaitu mampu memahami dan
menggunakan pelbagai cara dalam meningkatkan kekuatan interpersonal pelajar. Didalam
persembahan yang kami jalankan, objektif pembelajaran kami ialah melihat sejauh mana
pelajar mampu untuk berkomunikasi menggunakan pergerakan, seni yang telah diberikan
kepada mereka. Penyapaian yang amat memuaskan ditunjukkan oleh mereka kerana
mampu menguasai kecerdasan dalam interpersonal.
4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhanya, perjalanan dari penghasilan kit sehinggalah ke


persembahan banyak bergantung kepada cara kami mengadalikanya, penggunaan kit yang
berhasil ditunjukkan oleh pelajar-pelajara kerana mereka mampu menggunakan semua kit
dengan baik, seterusnya persembahan yang ditunjukkan mengikut tahap KSSR tahun 2,
mengenali tempo yang diberikan, mampu mengikut tempo yang ditetapkan. Malahan,
melalui persembahan ini menilai perkembangan pelajar melalui teori-teori pembelajaran.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan yang sangat dalam kemenjadian murid abad
ke-21, menyediakan mereka menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran di masa
hadapan. Oleh itu, sebagai seorang guru, perlulah untuk menguasai seni dalam pendidikan
agar dapat digunakan di dalam kelas sebagai pengajaran dan pemudahacara untuk murid-
murid.

You might also like