Pengurusan Tugas Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN

6. PENGURUSAN TUGAS GURU


6.1 Rutin Harian
6.1.1 Waktu 7.00 pagi hingga 2.00 petang ialah waktu persekolahan rasmi.
6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan
berkesan bagi menjana ‘core bisness’.
6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Masuk ke kelas masing-masing
tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan
bertulis kepada Guru Besar.
6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah dan waktu
balik serta tidak boleh diwakilkan pada orang lain..
6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama
pengawas bertugas, untuk :-
i. Doa, ikrar, lagu (Sekolah/Bangsa Johor/ Negara ku)/senaman
ringkas.
ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat).
iii. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran
mingguan.
iv. Tindakan-tindakan disiplin/Peringatan terhadap pelanggaran
disiplin.

6.2 Perhimpunan
6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan
setiap minggu iaitu pada hari Ahad (7.20 pagi – 7.50 pagi).
6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas dan
Pengawas.
6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar
sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut.
6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :-
i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.
ii. P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan
Guru Besar pada susunan yang terakhir)
iii. Semua guru wajib hadir.
iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar.
v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar
dengan senyap dan tersusun.

6.2.5 Semua murid dan guru perlu mencatat amanat penting dari Guru Bertugas, GPK
dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya.

6.3 Cuti/Guru tidak hadir.


Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua
tempoh masa pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan
tugas-tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa munasabah boleh
menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib mengikut Peraturan
24.

6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan/swasta.
6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan
menjadi suatu hak pemohon).
6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C
hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang
dipohon.
6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru
terdekat jika anda sakit/kursus/bertugas di luar sekolah/kecemasan dengan
SEGERA (telefon).
6.3.5 Pastikan tugas disediakan/diberi kepada anda. Setiap lembaran kerja atau
tugasan muridhendaklah diserahkan kepada GPK Pentadbiran untuk diserahkan
kepada guru ganti berserta rekod mengajar.
6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada
Guru Besar.
6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan
sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar.
6.3.8 Permohonan ke luar negara hendaklah dikemukakan pada Pendaftar
Sekolah melalui Guru Besar sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum terikh
ke luar negara.

*** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan
hendaklah mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan
serta-merta.

6.5 Pakaian Batik.


Pakaian batik – merujuk Surat JPA (S) TT.193/37/Jld. 4 (57) bertarikh 9 November
2004 menghendaki semua pegawai awam memakai pakaian batik. Keputusan ini tidak
terpakai kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam.

7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU

7.1 Pentadbiran Kewangan


7.1.1 Pungutan Sumbangan PIBG
Serah terus wang kepada Bendahari PIBG dan keluarkan resit rasmi PIBG.
7.1.2 Pembelian Keperluan P&P
Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah
dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan
dan pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan).

7.2 Disiplin dan pergerakan murid.


7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang
melanggar peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada
dikenakan tindakan disiplin.
7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan
keselamatan bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap
sesi mesti memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas
10 minit sebelum balik.
7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar,
dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk
kepada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum.
7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan
sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains / RBT). Guru-guru
hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid.
7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid
supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah
terutama di atas jalan raya.
7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput/lelah, gila babi,
jantung berlubang (surat doktor/permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota
hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJK/sukan. Jika terdapat murid
sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.
7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru
Besar.
7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.
7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas
keluar’.
7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’.
Murid perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh
berseorangan).
7.2.11 Penggunaan Buku Kawalan Kelas diwajibkan.

7.3. Buku Rekod Kedatangan Murid.


7.3.1 Hanya guru sahaja dibenarkan menandakan dan mengisi butiran dan
kedatangan murid. Kehadiran murid mestilah di tanda pada awal pagi setiap hari
persekolahan selewat-lewatnya 9.00 pagi.
7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemas kini dan
dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup buku
kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani.
7.3.3 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 8.00 pagi.
7.3.4 Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang
tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya.

7.4 Buku Rekod Persediaan Mengajar.


7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme,mutu
kerja serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan
maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar.
7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan
segala maklumat berkaitan P&P yang diajar
7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-
tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti
dan difahami dengan jelas oleh guru.
7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti,
sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti
guru/pencapaianperingkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan,
perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan
pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis panduan
yang diberi.
7.4.5 Rancangan Kerja Tahunan boleh difotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan
dengan kemas. Walau bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, komputer,
dan bertaip amat digalakkan.
7.4.6 Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/ GPK
pada setiap hari Khamis sebelum balik.
7.4.7 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999
Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
- Rancangan pelajaran tahunan.
- Rancangan pelajaran harian.
- Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki………….
-
**** Penalti : (Rujuk SPI) Denda tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/
kedua-duanya.

7.5. Menghadiri mesyuarat.

7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran


pentadbiran pemberitahuan/panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-
kurangnya sehari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat
membuat persediaan. Catatan mesyuarat/kehadiran mesti dicatat.
7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian
adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti
perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar.
7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan
kepada GPK/Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).

7.6. Kursus-kursus profesionalisme.


7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan
dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-
jabatan, PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus B wajib
disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah
diserahkan kepada Guru Besar.
7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing
dengan mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.

You might also like