WS SP2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SP2

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM


DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
GUAMAN NO: BA-B53CY-02-07/2017

ANTARA
JEGANARTH A/L SAMIKANU
(NO.K/P:890621-10-5129) ….PLAINTIF
DAN

VASANTHAN A/L SINNAPPAN


(NO.K/P:850629-14-5591) ….DEFENDAN

PERNYATAAN SAKSI

Nama : Sangarnarth A/L Samikanu


Umur : 26 tahun
No.K/P : 910705-10-
Alamat : No. 27, Jalan Tun Teja, 35/20, Alam Impian, Seksyen 35, Shah
Alam,Selangor

1. S : Sila berikan nama penuh dan jawatan anda kepada Mahkamah

yang Mulia ini.

J : Nama saya ialah Sangarnarth A/L Samikanu dan saya sedang

melanjutkan pelajaran pasca ijazah di IPTS.

2. S : Sila beritahu Mahkamah yang Mulia ini kenapa anda hadir ke

Mahkamah hari ini?

J : Untuk memberikan keterangan berhubung suatu kes fitnah.

3. S : Apakah hubungan anda dengan Plaintif dalam tindakan ini?

J : Saya ialah adik kandung kepada Plaintif.


4. S : Apakah hubungan anda dengan Defendan dalam tindakan ini?

J : Defendan merupakan dua pupu saya.

5. S :Sila beritahu Mahkamah apakah yang sebenarnya berlaku pada

tarikh 3.3.2016?

J : Pada 3.3.2016, Defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah ke atas

abang saya iaitu Plaintif.dalam media sosial Facebook dalam suatu

ruangan komen posting abang saya.

6. S : Sila beritahu Mahkamah apakah kandungan komen yang

diterbitkan oleh Defendan di akaun Facebook Plaintif?


abang
/
J : Dalam suatu komen pada posting Facebook saya pada 03.03.2016,

Vasanthan Sinnappan telah menerbit kata-kata berikut:

“Im lavaniya thai mama here. What crap is this? U steal


my post and crapping like crazy man. She never look at
you at all. First of all she doesn’t have facebook account
even. Blady bastard! Your parents never taught you
properly ar? A educated man never wont behave
unprofessional way like this. Do not spoil your respect
by posting like this. You only losing your respect in front of
your frends and family. We all getting wiser ony. Do not
think she will read your post because she doesn’t have
facebook id. And her husband knows you well. He knows
that you are one psyco. So they all never bother this
post at all. Better go and treat your sickness with good
doctor.”
7. S : Daripada petikan kata-kata yang diterbitkan oleh Defendan

tersebut, bahagian manakah adalah fitnah?

J : Yang pertama, Defendan menyatakan “u steal my post and crapping

like crazy man”.Yang keduanya, “Blady bastard!” Yang ketiga, “a

educated man wont behave unprofessional way like this.”Yang

keempat, “He knows that you are one psyco. So they all never

bother with this post at all. Better go and treat your sickness with

good doctor.”

8. S : Daripada pemahaman anda dalam maksud semulajadi dan biasa,

apakah erti ungkapan “u steal my post and crapping like crazy

man”?

J : Dalam erti semulajadi dan biasa, ianya membawa maksud “kamu

curi post saya and merapu macam orang gila”. Defendan memfitnah

Plaintif ialah seorang yang mengambil post miliknya dengan niat

curang postnya dan Plaintif merapu seperti seorang yang tidak

siuman” kesemuanya adalah tidak benar dan fitnah belaka.

9. S : Daripada pemahaman anda dalam maksud semulajadi dan biasa,

apakah erti ungkapan “blady bastard!”?

J : Dalam erti semulajadi dan biasa, ianya membawa maksud “anak

yang lahir di luar ikatan perkahwinan sah ibu bapanya”. Defendan

memfitnah abang saya seorang yang lahir di luar ikatan perkahwinan

sah ibu bapa saya yang mana tidak benar dan fitnah belaka.

10. S : Daripada pemahaman anda dalam maksud semulajadi dan biasa,

apakah maksud “a educated man wont behave unprofessional


way like this.”

J : Dalam erti semulajadi dan biasa, ianya membawa maksud “orang

berpendidikan tidak bertindak tidak profesioanl seperti ini.” Defendan

memfitnah Plaintif bertidak tidak professional yang mana tidak benar

dan fitnah belaka.

11. S : Daripada pemahaman anda dalam maksud semulajadi dan biasa,

Apakah maksud “He knows that you are one psyco. So, they all

never bother with this post at all. Better go and treat your

sickness with good doctor.”

J : Dalam erti semulajadi dan biasa, ianya membawa maksud “Dia tahu

Kamu ialah psycho. Jadi mereka tidak peduli dengan post kamu.

Pergi ubati penyakit kamu dengan doktor yang baik.” Defendan

memfitnah Plaintif sebagai seorang diketahui mempunyai

masalah penyakit mental dan tiada orang mempedulikan katanya.

Defendan juga menyatakan memandangkan Plaintif mengalami

masalah penyakit mental, Plaintif perlu mendapatkan rawatan dengan

seorang doktor yang baik.

12. S : Apakah pendapat anda mengenai niat Defendan di sebalik kata-

kata tersebut?

J : Defendan menerbitkan kata-kata tersebut dengan niat jahat (malicious)

untuk tujuan memalukan, menjatuhkan reputasi, mencemarkan imej

Plaintif dalam kalangan saudara mara, sahabat handai dan kenalan

serta menjejaskan kerjaya Plaintif sebagai seorang peguam


13. S : Mengapakah anda menyatakan bahawa kata-kata ditujukan kepada

Plaintif?

J : Kerana Defendan menjawab dan memberikan komen kepada posting

Facebook Plaintif.

14. S : Bagaimana anda tahu wujudnya kenyataan Defendan di akaun

Facebook anda?

J : Sebagaimana yang dinyatakan tadi, Defendan dahulunya ialah rakan

media sosial saya dalam laman Facebook. Jadi, saya boleh melihat

dan membaca aktiviti Defendan termasuklah komennya dalam posting

Facebook saya.

15. S : Adakah kata-kata yang diterbitkan oleh Defendan itu tersiar dan

diperhatikan, dibaca dan ditatap oleh pihak ketiga selain anda?

J : Komen Defendan tersebut dapat dilihat oleh semua rakan-rakan

Facebook Plaintif dan juga rakan-rakan Facebook Defendan kerana

setting tatapan adalah untuk semua rakan-rakan Facebook saya.

Tambahan pula, berdasarkan jumlah, “likes” dan “comments” pada

posting Facebook itu, ianya sememangnya dibaca oleh pihak ketiga.

16. S : Adakah komen Defendan pada 3.3.2016 di dalam akaun

Facebook Plaintif mencemarkan reputasi dan imej Plaintif?

J : Ya.

17. S : Dari pengetahuan kamu, sila beritahu Mahkamah bagaimana

komen tersebut mencemarkan reputasi dan imej Plaintif?

J : Kata-kata fitnah tersebut menjatuhkan maruah Plaintif. Kata-kata

You might also like