Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Hudud merupakan satu kandungan dalam Hukum Jenayah Islam selain Qisas dan ta’zir. Definisi
hudud ialah satu perkataan daripada bahasa arab merupakan kata jama’ bagi perkataan “had”
bermaksud mencegah atau menyekat sesuatu, had juga membawa maksud halangan.

Manakala menurut istilah syara’ pula ialah Hudud merupakan uqubah (hukuman seksa dunia)
yang telah ditetapkan untuk menjaga hak Allah S.W.T. Oleh sebab itu ia tidak termasuk Ta’zir
kerana Ta’zir tidak ada ketentuan hukumannya dan tidak termasuk pula Qisas kerana Qisas
adalah hak anak Adam.

Kesalahan dalam jenayah Hudud ini merupakan kesalahan terhadap hak Allah, kerana perbuatan
jenayah tersebut menyentuh isu kepentingan masyarakat umum iaitu menganggu ketenteraman
dan keselamatan orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka.

Selain itu, kesalahan ini tidak boleh diampunkan oleh manusia sama ada mangsa jenayah itu
sendiri, warisnya ataupun masyarakat umum. Antara kesalahan jenayah yang melanggar hak-
hak Allah ialah seperti zina, murtad, qazaf, pencurian, perompakan dan liwat. Contoh Negara
yang melaksanakan hokum Hudud ialah Negara Brunei.

Oleh itu, hukuman hudud perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman
masyarakat lebih terjamin daripada jenayah-jenayah yang memberi impak negatif pada generasi
kini mahupun generasi akan datang.
3.0 HUKUM PERLAKSANAAN HUDUD DALAM ISLAM

Hudud ialah undang-undang jenayah Islam yang merupakan syariat Islam yang syumul. Syariat
Islam ialah asas kepada undang-undang yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Hal ini telah disebut
di dalam Al-Quran dan As-Sunah.
4.0 JENIS-JENIS HUKUMAN HUDUD

4.1 ZINA

Di era globalisasi kini, zina merupakan antara gejala sosial yang amat meresahkan masyarakat
kini. Berdasarkan laporan terkini, Utusan online bertarikh 25 April 2016, seramai 10,915 anak
tidak sah taraf direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah. Menurut Datuk Suraya Yaakob
yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani
menjelaskan dalam laporan tersebut bahawa kewujudan anak tidak sah taraf ini disebabkan kesan
rogol, kes luar nikah dan sebahagian besarnya kerana perkahwinan yang tidak teratur. Apa yang
pasti, selain kelahiran anak luar nikah yang berpunca dari kes rogol ini, antara salah satu
faktornya ialah zina. Zina ialah suatu persetubuhan antara lelaki dan wanita yang memiliki ikatan
perkahwinan yang menurut agama. Islam amat memandang hina pada perbuatan zina ini kerana
ia merupakan dosa besar serta memberi impak negatif pada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Perbuatan zina ini amatlah dicela oleh agama dan akan menerima azab daripada Allah. Hukuman
Hudud yang akaan dikenakan terhadap pelakunya ialah hukuman berat iaitu rejam. Memgenai
larangan berzina, Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Isra’ ayat 32 yang bererti:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, itu (zina) sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan
yang buruk”. Ayat ini dimaksudkan ialah larangan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan
zina. Misalnya berpasangan. Hal ini cenderung manusia melakukan zina.

Dalam melaksanakan hukuman rejam, batu yang dipakai untuk merejam haruslah batu yang
sederhana tidak dengan batu yang terlalu kecil kerana ia menyebabkan pelaku itu akan terlalu
lama ia merasakan sakitnya seksaan. Dan tidak juga dengan batu yang besar kerana ia akan
menghilangkan tujuan dari rejam itu sendiri iaitu penyiksaan. Besar batu yang dimaksudkan
adalah sekira sebesar kepala tangan. Kemudian dalam melakukan hukuman rejam dianjurkan
untuk tidak melempar wajah kerana ada sebuah riwayat yang diterima imam Muslim dari Jabir
bin Abdullah, beliau berkata Nabi s.a.w melarang memukul bahagian wajah sebagaimana ia
melarang mengukirnya mengosoknya dengan api. Hal ini dilakukan untuk memberi peringatan
kepada masyarakat sekeliling dan menghapuskan dosa pelaku.

4.2 MURTAD

Murtad pada umumnya ditakrifkan dalam Islam sebagai penolakan dalam kata atau perbuatan
bekas agama mereka (murtad) oleh orang terdahulu pengikut Islam.

You might also like