Safi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KAWALAN

Bagi memasarkan produk Safi ini, Syarikat WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn.Bhd memainkan
peranan penting dalam membuat keputusan dengan menggunakan pelbagai kaedah demi
mendapatkan sambutan yang positif daripada pengguna. Syarikat WIPRO UNZA telah
mengklasifikasikan kebanyakkan kaedah dan terbahagi kepada empat kumpulan utama yang
dipanggil campuran pemasaran (4p) iaitu Product, Price, Place dan Promotion. Syarikat
WIPRO UNZA telah menggunakan strategi yang efektif untuk mencapai objektif pemasaran
dengan menghasilkan produk Safi yang berkualiti dan dijamin halal untuk diedarkan kepada
pelanggan kerana untuk menarik pelanggan membeli produk bukannya tugas yang mudah.
Pelanggan perlu dipengaruhi bukan setakat diperkenalkan malahan perlu diperjelaskan
mengenai kepentingan produk-produk yang ditawarkan.

Produk

Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan untuk menghasilkan
produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui teknologi
serta kepakaran tenaga kerja, Syarikat WIPRO UNZA telah menghasilkan produk-produk yang
berkualiti antaranya kesesuian reka bentuk, kaedah pembungkusan yang lebih unik dan
menarik serta faedah penggunaan produk kecantikan Safi supaya pelanggan kekal dan setia
dengan produk ini memandangkan produk Safi disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) khususnya digunakan untuk penjagaan kulit muka, penjagaan peribadi serta
dandanan diri yang unik serta komprehensif. Produk ini dihasilkan secara eksklusif untuk
memenuhi keperluan wanita dan lelaki muslim serta diperbuat daripada bahan yang berkualiti
tinggi dan selamat digunakan untuk pelanggan.

Harga

Secara umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk, tetapi dalam
realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya diterima untuk dijadikan asas perletakkan
harga yang strategik. Strategi penetapan harga memainkan peranan penting bagi syarikat
WIPRO UNZA dalam mempengaruhi pelanggan untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan
tetap produk Safi. Penetapan harga mestilah berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai
oleh syarikat ini, kerana objektif tersebut merupakan kaedah untuk menghasilkan pendapatan
dan mencipta keuntungan. Kepada pelanggan yang membeli produk Safi pula, ia melibatkan
aspek seperti kemampuan untuk membeli dengan harga yang berpatutan serta diskaun atas
penjualan produk tersebut.

Tempat

Tempat memberi maksud kepada aspek saluran pengeluaran produk yang berfungsi
menyampaikan produk kepada pengguna. Strategi ini mengambil kira faktor liputan
pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap kecekapan dalam perkhidmatan syarikat
WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn.Bhd. Produk-produk Safi boleh didapati di seluruh Malaysia
termasuk farmasi, pasaraya, pasaraya hiper utama. Di samping itu, Safi telah menempatkan
jurujual-jurujual dikebanyakan kaunter jualan Safi yang mana mereka ini amat terlatih dalam
memberi nasihat kecantikan.

Promosi

Terdapat anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya tetapi dalam
strategi pemasaran syarikat WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn.Bhd promosi merupakan faktor
kejayaan kepada produk Safi. Dalam usaha tersebut, pelbagai kaedah promosi dilakukan
supaya pelanggan mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk
menggunakan produk tersebut. Syarikat WIPRO UNZA mempromosikan produk Safi dengan
mengiklankan produk tersebut di media cetak dan media elektronik serta intenet contohnya di
facebook, instagram dan sebagainya.

You might also like