BAB 3a

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai reka bentuk kajian,
lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan tatacara
penganalisaan data. Dalam reka bentuk kajian, pengkaji membincangkan
bentuk kajian yang digunakan dan sebab-sebab reka bentuk tersebut
digunakan. Lokasi dan sampel kajian merujuk kepada kawasan kajian
dijalankan dan responden yang digunakan dalam kajian. Instrumen kajian pula
menjelaskan kaedah maklumat kajian diperolehi. Prosedur kajian
membincangkan langkah-langkah yang diambil untuk memperolehi data
kajian. Sementara tatacara penganalisaan data pula, menjelaskan langkah-
langkah yang diambil untuk menganalisis data kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Pengkaji ingin mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan transformasional


dalam kalangan guru besar dan komitmen kerja guru di sekolah rendah Daerah
Tenom. Oleh itu, kaedah kajian tinjauan (kajian tinjauan hirisan rentas)
digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini. Menurut Noraini Idris (2010), kajian
tinjauan hirisan rentas digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara dua
faktor. Beliau juga menyatakan bahawa kajian tinjauan hirisan rentas
digunakan untuk mengumpul maklumat sampel populasi yang telah ditetapkan

29
terlebih dahulu dan pada satu titik masa tertentu (single point in time). Sampel
yang dirujuk pula lazimnya merupakan sebahagian daripada populasi yang
dikaji. Maklumat diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada sampel
tersebut dan data yang dikumpul pula adalah untuk memerihalkan keseluruhan
populasi terbabit. Kerlinger (1973) pula menyatakan bahawa kajian tinjauan
(survey research) adalah kajian ke atas satu populasi dengan mengkaji sampel
daripada populasi tersebut untuk mencari kewujudan, taburan serta perkaitan
antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Dalam
kajian ini, pembolehubah bersandar ialah tahap komitmen guru manakala
pembolehubah tak bersandar ialah tahap amalan kepimpinan transformasional
guru besar dan ciri-ciri demografik guru (jantina, umur dan pengalaman
mengajar).

3.3 Populasi dan Persampelan

Populasi ialah kumpulan yang menarik perhatian penyelidik, yang


membolehkan penyelidik membuat generalisasi melalui dapatannya manakala
sampel pula adalah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang
diperlukan. Saiz sampel yang akan diambil adalah berdasarkan Gay dan
Airasian (2003) seperti dalam Noraini Idris (2010) iaitu sekurang-kurangnya
20% daripada keseluruhan populasi.

Dalam kajian ini, bilangan sampel yang digunakan ialah 130 orang dan
kaedah sampel rawak mudah berstrata akan digunakan. Sampel adalah terdiri
daripada guru-guru di sekolah rendah dalam Daerah Tenom, Sabah. Jadual 3.1
di bawah menunjukkan bilangan guru di sekolah rendah dalam Daerah Tenom,
Sabah (sehingga 30 Jun 2015).

30
Jadual 3.1
Data Bilangan Guru Sekolah Rendah Daerah Tenom.
Bilangan Bilangan Guru Bilangan Guru
Jenis Sekolah
Sekolah (Lelaki) (Perempuan)
SK 36 316 346
SJK (C) 10 29 122
Jumlah 46 345 468
Jumlah Keseluruhan 46 813

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A

Bahagian A merupakan maklumat demografik responden iaitu jantina,


umur dan pengalaman mengajar.

3.4.2 Bahagian B

Bahagian B mengandungi item-item yang bertujuan untuk


mendapatkan maklumat mengenai tahap amalan kepimpinan
transformasional yang diamalkan oleh Guru Besar. Ia merangkumi
empat dimensi amalan kepimpinan transformasional iaitu dimensi
pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual,
motivasi berinspirasi dan memupuk pengaruh yang ideal. Soal selidik
Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) berdasarkan Bass &
Avolio yang yang diadaptasi oleh Nursuhaila (2007) merangkumi
empat dimensi amalan kepimpinan transformasional digunakan dalam
kajian ini dan pembahagian item mengikut setiap dimensi adalah
seperti dalam Jadual 3.2 seperti dibawah.

31
Jadual 3.2
Taburan Item Mengikut Dimensi Kepimpinan Transformasional.
Dimensi Kepimpinan Nombor item Jumlah
Transformasional item
Memupuk Pengaruh Yang
Ideal 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12 12

Pertimbangan Berasaskan
Individu 13,14,15,16,17,18,19,20,21,22 10

Merangsang Intelektual 23,24,25,26,27,28,29,30 8


Motivasi Berinspirasi 31,32,33,34,35,36,37,38,39,40 10
Jumlah Item 40

Skala Likert 5 mata digunakan bagi setiap item dan responden


hanya perlu menandakan persetujuan atau sebaliknya di sepanjang
skala 5 mata tersebut seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.3 di bawah.

Jadual 3.3
Jawapan Mengikut Skala Likert.

Amalan Kepimpinan Transformational Mata


Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Jumlah skor min bagi setiap dimensi akan dikira dan akan
menentukan tahap amalan kepimpinan transformational guru besar
secara keseluruhannya. Jadual 3.4 di bawah menunjukkan skala tahap
amalan kepimpinan transformasional guru besar berdasarkan skor min.

32
Jadual 3.4
Skala Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar.

Skala Tahap
1.00 – 2.33 Tahap Rendah
2.34 – 3.67 Tahap sederhana
3.68 – 5.00 Tahap Tinggi

3.4.3 Bahagian C

Instrumen kajian yang dipilih ialah Organization Commitment Questionnaire


(OCQ) oleh Porter dan Smith (1974) dan juga telah digunakan oleh Baharudin
(2004). Bahagian ini merupakan soal selidik yang bertujuan mengenal pasti
tahap komitmen responden terhadap organisasi. Ia mengandungi item-item
yang menggambarkan persepsi responden terhadap kesetiaannya kepada
organisasi, kesudiannya untuk menyumbang lebih tenaga untuk mencapai
matlamat organisasi dan penerimaannya terhadap nilai-nilai organisasi. Skala
Likert 5 mata juga digunakan bagi setiap item dan responden hanya perlu
menandakan persetujuan atau sebaliknya di sepanjang skala 5 mata tersebut.
Susunan item adalah bercampur-campur antara item positif dan negatif seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 3.5 di bawah:

Jadual 3.5
Taburan Item-Item Positif dan Negatif.

Item Nombor Item Bilangan


Item Positif 1, 2, 4, 5, 6, 8, 10, 13, 14 9
Item Negatif 3, 7, 9, 11, 12, 15 6
Jumlah Item 15

33
Skala Likert 5 mata juga digunakan bagi setiap item dan responden
hanya perlu menandakan persetujuan atau sebaliknya di sepanjang skala 5 mata
tersebut seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.6 di bawah.

Jadual 3.6
Pemarkahan Item-item bagi Organizational Commitment Questionnaire
(OCQ).

Jawapan Markah Item Positif Markah Item Negatif


Sangat Setuju 5 1
Setuju 4 2
Tidak Pasti 3 3
Tidak setuju 2 4
Sangat Tidak Setuju 1 5

Jumlah skor min bagi setiap item akan menentukan tahap komitmen
guru. Penentuan tahap komitmen guru pula adalah mengikut skala seperti
dalam Jadual 3.7 di bawah:

Jadual 3.7
Skala Tahap Komitmen Guru.

Skala Tahap
1.00 – 2.33 Tahap Rendah
2.34 – 3.67 Tahap sederhana
3.68 – 5.00 Tahap Tinggi

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis bermaksud suatu kajian percubaan yang dijalankan ke atas


sekumpulan kecil responden yang setara dengan sampel kajian sebenar untuk
menguji kebolehpercayaan item-item dalam alat ukur yang bakal digunakan
(Mohd. Majid Konting, 2005). Bagi memastikan kebolehpercayaan alat

34
ukuran, satu kajian rintis akan dijalankan ke atas 30 orang guru di sekolah
rendah dalam Daerah Tenom. Kajian rintis ini perlu dijalankan untuk
mengetahui sejauh manakah alat ukuran boleh dipercayai untuk digunakan
dalam kajian sebenar walaupun telah digunapakai oleh beberapa pengkaji
lepas. Kebolehpercayaan sesuatu soal selidik ditentukan oleh nilai pekali
Alpha Cronbach yang dimilikinya. Nilai alpha yang menghampiri 1
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi (Sekaran, 2000) . Nilai alpha yang
melebihi 0.8 dianggap baik manakala nilai alpha yang kurang daripada 0.6
dianggap lemah. Nilai alpha di antara 0.6 hingga 0.7 pula boleh diterima
(Sekaran, 2000).

Dalam kajian ini, kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik


diuji dengan Pengaturcaraan SPSS versi 17. Analisis kebolehpercayaan
dilakukan ke atas setiap item dalam Bahagian B dalam Bahagian C. Jadual 3.8
di bawah menunjukkan nilai alpha bagi item dalam Bahagian B ialah 0.98
manakala Bahagian C pula adalah 0.77. Ini menunjukkan bahawa
kebolehpercayaan alat ukur adalah baik dan ia boleh digunapakai dalam kajian
ini.

Jadual 3.8
Nilai Cronbach’s Alpha Bagi Item Bahagian B dan Bahagian C
Alat Ukur Bil Item Cronbach's Alpha
Bahagian B
Multifactor Leadership Questionnaire 40 .98
(MLQ)

Bahagian C
Organization Commitment Questionnaire 15 .77
(OCQ)

3.6 Prosedur Memungut Data

35
Pengkaji telah memohon kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah
Tenom (PPD) untuk membolehkan penyelidik mendapat sokongan dan
kerjasama daripada sekolah-sekolah yang terlibat kelak. Pengkaji juga telah
mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada pihak PPD Tenom untuk
mengedarkan borang soal selidik kepada sekolah-sekolah yang jauh. Bagi
sekolah-sekolah yang berdekatan, pengkaji sendiri telah mengedarkan borang
soal selidik ke sekolah-sekolah berkenaan.

3.7 Prosedur Menganalisis Data

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kod-kod berikut untuk tujuan


memasukkan data ke dalam perisian komputer Statistical Package For Social
Science (SPSS) untuk windows versi 17 dan seterusnya melakukan analisis
yang diperlukan.
i. Jantina

Lelaki =1
Perempuan =2

ii. Umur

30 dan ke bawah = 1
31 – 35 tahun = 2
36 – 40 tahun = 3
41 dan ke atas = 4

iii. Pengalaman Mengajar

5 tahun dan ke bawah = 1


6 – 10 tahun = 2
11 tahun dan ke atas = 3

iv. Alat ukur kepimpinan transformasional

36
Sangat tidak setuju = 1
Tidak setuju = 2
Tidak pasti = 3
Setuju = 4
Sangat setuju = 5

v. Alat ukur komitmen

Sangat tidak setuju = 1


Tidak setuju = 2
Tidak pasti = 3
Setuju = 4
Sangat setuju = 5

Seterusnya, data yang akan diperolehi dalam kajian ini akan dianalisis
dengan bantuan perisian komputer Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 17. Analisis yang akan dilakukan adalah seperti berikut:

i. Analisis data deskriptif digunakan bagi menerangkan taburan demografik


responden dari segi kekerapan, peratusan dan min subjek seperti jantina,
umur dan pengalaman mengajar. Analisis ini juga digunakan untuk
menerangkan tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan
tahap komitmen kerja guru.

ii. Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menilai hubungan antara ciri-
ciri demografik (jantina, umur dan pengalaman mengajar) dengan tahap
komitmen guru.

iii. Analisis Korelasi Pearson juga digunakan untuk menentukan kekuatan


hubungan antara pembolehubah bersandar iaitu tahap komitmen guru
dengan pembolehubah tak bersandar iaitu tahap amalan kepimpinan
transformasional guru besar.

37
3.8 Rumusan

Secara umumnya, metodologi kajian yang digunakan bersesuaian dengan


populasi dan sampel kajian. Instrumen yang digunakan juga merupakan
instrumen yang pernah dan biasa digunapakai oleh pengkaji-pengkaji lepas.
Selain itu, kaedah analisis data yang digunakan juga adalah kaedah yang
pernah diguna dan diterimapakai oleh pengkaji-pengkaji lepas.

38

You might also like