Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KAJIAN ORIENTALIS DAN ISLAM (IDE 4112)

TAJUK TUGASAN :
BERNARD LEWIS
Disediakan untuk :
Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki
Disediakan oleh :
MOHAMAD SOLEHULHAFIZ BIN MOHAMAD SUHAIMI

SEMESTER 4/2014
TOKOH ORIENTALIS : BERNARD LEWIS

LATAR BELAKANG

Bernard Lewis dilahirkan pada 31 Mei 1916 di London pada 31 Mei 1916. Bernard Lewis dilahirkan
dalam golongan kelas pertengahan masyarakat Yahudi di Stoke Newington, London. Lewis telah menjadi
warganegara kerakyatan Amerika Syarikat sejak tahun 1982. Pada 1936, Lewis telah menamatkan
pengajiannya di Sekolah Pengajian Oriental ( sekarang School of Oriental and African Studies ) dengan
gelaran BA dalam bidang pengajian sejarah ( NEAR ). Setelah itu, beliau melanjut pengajian peringkat
sarjana di Universiti Paris dan telah menuntut ilmu dengan tokoh orientalis terkemuka iaitu Louis
Massignon dan memperolehi gelaran “Diplome des Etudes Sémitiques” pada tahun 1937.

Setahun kemudian, Lewis kembali ke SOAS sebagai tenaga pengajar di institute tersebut dalam
bidang sejarah Islam serta menyambung pendidikan Ph.D ketika berusia 33 tahun di tempat yang sama
dalam pengkhususan Sejarah Islam. Beliau berkahwin telah berkahwin Ruth Hélène Oppenhejm pada
tahun 1947 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan dan
seorang anak lelaki. Namun demikian, perkahwinan mereka telah menemui jalan buntu serta pasangan
ini telah membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 1974.

KERJAYA

Beliau adalah seorang ahli sejarah British-Amerika yang pakar dalam kajian oriental. Beliau juga dikenali
sebagai penganalisis politik dan intelektual awam. Lewis merupakan Profesor Emeritus di Pusat Kajian
Timur, Universiti Princeton. Kepakaran Lewis adalah di dalam bidang sejarah Islam dan interaksi antara
Islam dan Barat. Beliau juga banyak menghasilkan karya akademik mengenai sejarah Empayar
Uthmaniyyah. Selain itu, Bernard Lewis juga pernah berkhidmat dengan angkatan tentera darat British
di Royal Armour Corp and Intelligence Corp semasa Perang Dunia Kedua sebelum dipinjamkan ke Pejabat
Kajian Luar yang terletak di benua Afrika. Selepas perang tamat, beliau kembali ke Pusat Pengajian
Timur dan Afrika di Universiti London dan telah dilantik untuk mempengerusikan sebuah akademi yang
menjalankan penyelidikan sejarah di kawasan Timur Tengah.

Lewis dikenali mula di kenali masyarakat Islam setelah mengeluarkan buku dan karyanya
tentang sejarah “Kekhalifahan Usmaniyah” dan debat intelektualnya dengan Profesor Edward Said
tentang konflik Israel-Palestin pada tahun 1978. Professor Said dan juga Noam Chomsky mengkritik
Lewis dan melabelkannya sebagai Orientalis yang bersifat negatif dan “agen imperialisme Barat”
terhadap dunia Islam. Pandangan kontroversial Bernard Lewis pada tahun 1993 tentang kejahatan
genosida di Armenia juga semakin membuat namanya dibicarakan ahli akademik.

Bernard Lewis telah menghasilkan lebih dari tiga puluh buku mengenai Sejarah Timur Tengah dan
telah menulis ratusan artikel jurnal ilmiah tentang Timur Dekat (near) dan Timur Tengah. Namanya
begitu autoritatif dalam wacana Sejarah Islam di Timur Tengah, sehingga siapa yang mempunyai
keinginan untuk membuat penyelidikan dan mengkaji sejarah Timur Tengah secara mendalam dan
serius, nescaya akan menggunakan dan merujuk kepada karya-karya yang dihasilkan oleh Lewis.

Untuk memudahkan Barat dalam membuat percaturan politik, Lewis membahagikan kaum Muslim
kepada tiga kelompok :

1) Muslim yang melihat Barat sebagai musuh Islam yang abadi, dan satu-satunya cara mengahadapinya
ialah dengan peperangan.

2) kelompok Muslim yang tetap berpegang pada kepercayaan dan budayanya, tetapi mahu bergabung
dengan Barat untuk menciptakan dunia yang lebih bebas dan lebih baik.

3) masyarakat Islam yang melihat Barat sebagai musuh utama, namun kerana melihat kekuatan Barat
dari aspek ekonomi, sosial dan politik, mereka melakukan akomodasi buat sementara waktu bagi
memperkukuhkan diri sebelum bermulanya “perjuangan akhir”.

KARYA

Bernard Lewis telah menceburi bidang ini selama lebih daripada 60 tahun, sepanjang tempoh tersebut,
di dalam kariernya sendiri beliau telah banyak menghasilkan buku-buku dan artikel jurnal ilmiah, yang
sebagian besarnya mengkaji tentang sejarah Timur Tengah dan Islam. Beberapa karya Bernard Lewis
yang penting, diantaranya :

1. The Crisis of Islam: Holy War and Unholy Terror, buku ini diterbitkan di New York pertama
kalinya pada tahun 2003 oleh penerbit Oxford University Press. Buku ini mengulas tentang
terorisme, Islam, dan Perang Suci sebagai bentuk reaksi terhadap peristiwa 9/11. Menurut
Lewis, buku ini menceritakan tentang dunia Islam yang sedang terkunci dalam sebuah
perjuangan internal untuk menemukan cara terbaik dalam mengatasi dan memecahkan masalah
yang melarat dalam kalangan masyarakatnya, iaitu :

a) kemiskinan

b) kegawatan ekonomi yang melampau

c) sistem kepimpinan yang zalim

d) ketidakmampuan untuk mengimbangi dan bersaing dengan negara-negara berkembang.

Sedangkan menurut kebanyakan tokoh Islam, buku ini sebenarnya memperlihatkan suatu bentuk
pembelaan terhadap Barat dalam menerapkan politik luar negerinya terhadap dunia.

2. Islam and The West, Buku ini diterbitkan pada tahun 1993, dan mengandungi kajian-kajian yang
berkaitan dengan hubungan antara Islam dan peradaban Barat. Dalam hal ini, isi atau bab yang
terdapat dakam buku ini di cerakinkan kepada tiga bahagian . Bagian pertama, membincangkan
sejarah interaksi antara Eropah dan dunia Islam. Bagian kedua, berkaitan dengan persepsi yang
timbul dari interaksi antara masyarakat di Barat dengan masyarakat di dunia Islam. Bagian
ketiga dan terakhir, berkaitan dengan respon dan reaksi pada jaman dulu dan jaman Islam
sekarang.

3. What Went Wrong? Western Impact and Middle Eastern Response, yang diterbitkan pertama
pada tahun 2002, namun proses penulisannya telah dilakukan sebelum peristiwa 9/11. Buku ini
adalah dokumentasi Bernard Lewis tentang masa kejayaan, kemunduran, dan kejatuhan Islam.
Lewis menulis bahawa, tentera yang berada di bawah panji Islam di masa puncak kejayaannya
menyerang Eropah, Afrika, India, dan Cina secara bersamaan. Semua kemunduran ini
menimbulkan reaksi, usaha pembaikan dari para pemimpin Muslim. Usaha-usaha mereka untuk
memperbaiki kekuatan mereka, dapat dikatakan berakhir dengan mengecewakan. Lebih parah
lagi, kini mereka bukan sahaja ketinggalan dengan Barat, tapi juga dari Jepun, Korea, Taiwan,
dan negara-negara lain. Buku ini penting kerana buku telah memberikan gambaran yang lebih
menyeluruh terhadap kejayaan dan kemunduran kebudayaan Islam.
4. The Emergence of Modern Turkey, buku ini diterbitkan pada tahun 1961 dan membicarakan
mengenai sejarah Turki bermula pengakhiran kekuasaan khalifah Turki Uthmaniah hinggalah
keadaan negara Turki pada masa sekarang. Buku ini menjelaskan secara naratif mengenai
sejarah Turki melalui cara membahagikan dua bab yang masing-masing mengandungi beberapa
sub-topik. Kedua-dua bab itu ialah :
a) Stage of Emerge, yang mempunyai sub-bab mengenai sebab-sebab kemunduran Khalifah Turki
Uthmaniah dan proses kemundurannya yang di ceritakan secara berperingkat.
b) Aspect of Change, yang mempunyai pecahan topik yang menganalisis perubahan-perubahan
dalam berbagai bidang di negara Turki pada masa kini.

5. The Arabs in History, adalah buku yang diterbitkan pada tahun 1950, buku itu diterima dengan
baik oleh masyarakat umum kerana sebahagian besar daripada buku ini mengandungi huraian
yang tidak terlalu rumit untu bacaan pembaca yang tidak terdiri daripada kalangan ahli sejarah.
Lewis mengambil sudut pandang komprehensif dengan melihat sejarah bangsa Arab dari zaman
pra-Islam sampai zaman moden. Buku ini telah dicetak semula beberapa kali dan yang terbaru
ialah cetakan yang terbit pada tahun 2002.

PANDANGAN MENGENAI ISLAM

Profesor Bernard Lewis juga di anggap tokoh pertama yang melahirkan istilah ‘fundamentalisme Islam’
di Amerika dan mendorong seorang lagi sarjana Amerika, Samuel Huntington menulis mengenai
pertembungan antara pelbagai agama, termasuk antara Islam dan Kristian. Lewis berhujah bahawa Asia
Barat kini keciciran dan ia berlaku akibat budaya dan agama yang dianuti. Dalam bukunya “Muslim
Discovery of Europe” beliau menyatakan pendapat bahawa masyarakat Islam tidak boleh bersaing
dengan dunia Barat dan ‘kejayaan Perang Sabil dahulu adalah kerana kelemahan pihak Islam.’

Tetapi, dalam kritikan tersebut, berlaku perkara pelik kerana beliau tidak pula menyatakan
mengenai Saladin atau Salehuddin Al-Ayyubi (1137-1193), panglima tentera Islam akhirnya menawan
Baitulmuqaddis setelah menewaskan pihak lawan. Salehuddin Al-Ayyubi juga telah mengalahkan Perang
Sabil kali ketiga yang diketuai oleh King Richard dari England pada tahun 1190-1192.
KESIMPULAN

Secara jelasnya, proses untuk menjatuhkan agama Islam ini telah bermula saat nabi Muhammad wujud
lagi dan harus diyakini bahawa aktiviti ini tidak akan pernah berhenti sehingga hari kiamat. Pihak
Orientalis sentiasa cuba untuk melenyapkan ajaran ilahi ini dengan pelbagai cara. Antaranya ialah
dengan mewujudkan pusat kajian khas yang hanya bertujuan untuk menyelidik dan mencari kelemahan
Islam. Hasil daripada itu, muncul hero orientalis seperti Bernard Lewis ini bagi meneruskan proses yang
telah lama dijalankan mereka.

Sungguhpun karya dan penulisan oleh Orientalis seperti Lewis tidak kesemuanya memutar belitkan hal
yang sebenar mengenai Islam, namun sudah menjadi kewajipan bagi kaum Muslim untuk sentiasa
berwaspada dengan ancaman yang diwujudkan mereka dengan cara mendalami dan menguasai ilmu
kerana ini adalah kunci kepada umat Islam untuk melawan segala serangan yang dilontarkan oleh
Orientalis
RUJUKAN

1. Husaini, Adian. 2005. Wajah Peradaban Barat : Dari Hegemoni Kristian ke Dominasi Sekuler-
Liberal. Jakarta: Gema Insani Press.
2. Wahyu Ilman Patria k. 2013. Jurnal Ilmiah “Ahli falsafah : Bernard Lewis”.
3. Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2012, Jurnal Ilmiah “Sikap Prejudis Cerdik Pandai Barat Mengenai
Islam”

You might also like