Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PUTRAJAYA 26 oktober - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 menetapkan tiada murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada
mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif.

Dalam hal berkenaan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa


berusaha untuk memastikan golongan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di
negara ini mendapat akses dan keperluan prasarana pendidikan yang
lengkap dan sewajarnya.

Bahkan usaha dan komitmen berterusan Bahagian Pendidikan Khas


membangunkan golongan MBK terbukti tidak meletakkan mereka sebagai
liabiliti sebaliknya menjadi sebahagian daripada sumber modal insan negara.

Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan


berkata, pelaksanaan Pendidikan Khas sehingga kini melibatkan seramai
78,310 orang MBK dan keperluan terhadap akses pendidikan itu terus
meningkat dari semasa ke semasa ekoran tahap kesedaran ibu bapa yang
semakin baik.

“Pendidikan Khas ini disediakan di 34 buah sekolah pendidikan khas (SPK),


2,284 sekolah harian biasa yang menawarkan Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) dan 5,884 sekolah harian yang melaksanakan Program
Pendidikan Inklusif (PPI).

“Bahagian Pendidikan Khas bertanggungjawab menguruskan 28 buah


Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua buah Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (SMPK) dan empat buah Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional (SMPKV). Jumlah keseluruhan MBK di SPK adalah 2,396
orang.

“Secara keseluruhannya, kami memiliki sebanyak 1,264 guru di sekolah


pendidikan khas; 13,396 guru terlatih di sekolah yang menawarkan PKPI dan
kami juga memberikan latihan tambahan kepada guru di sekolah yang
mempunyai PPI,” menurut kenyataan itu.

Sejak 1990-an, negara telah menunjukkan kemajuan pesat dalam program


pendidikan khas dari segi penyediaan guru, pedagogi, penaik tarafan Jabatan
Pendidikan Khas kepada Bahagian Pendidikan Khas serta peryataan
mengenai pendidikan khas yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

Selain itu, peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang me-


rupakan pindaan daripada Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
yang diwartakan pada 5 Julai 2013 juga membantu memperjelaskan
pelaksanaan pendidikan khas.

Menurut kenyataan itu, golongan MBK dipecahkan kepada enam kategori


iaitu kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah
pembelajaran dan kurang upaya pelbagai yang merupakan kombinasi dua
atau lebih ketidak upayaan.

Dalam kategori masalah pembelajaran, MBK terdiri daripada Sindrom Down,


kurang upaya intelektual, Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia.

“Kementerian Pendidikan akan berusaha menyediakan lebih banyak peluang


iaitu kemasukan MBK daripada peringkat prasekolah ke peringkat lepasan
menengah menjelang 2025.

“Selain kurikulum akademik, kementerian turut menawarkan aliran kemahiran


dan vokasional kepada MBK yang tidak berupaya dalam aliran akademik.

“Kementerian juga akan memperkenalkan Program Transisi kepada MBK


bermula seawal persekolahan, pendidikan rendah, menengah, vokasional
sehinggalah ke peringkat memasuki alam pekerjaan,” menurutnya.

Katanya, PPPM 2013-2025 menggariskan penyertaan lebih ramai MBK dalam


PPI menerusi kualiti penyediaan yang ditingkatkan secara menyeluruh sejajar
dengan matlamat mempersiapkan murid-murid dengan realiti kehidupan.

“PPI di Malaysia dipacu dengan kerjasama mapan daripada pelbagai pihak


berkepentingan termasuk keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO), organisasi antarabangsa dan kerajaan,” katanya untuk menggalakkan
interaksi MBK dengan murid normal.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian menitikberatkan keperluan prasarana


untuk golongan MBK dengan melengkapkan sekolah-sekolah kemudahan
mesra orang kurang upaya (OKU) meliputi kemudahan parkir OKU, susur
landai (ramp), susur tangan (railing) dan tandas mesra OKU.

Melalui Inisiatif Peningkatan Akses kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti,


Bahagian Pendidikan Khas juga mengatur pelbagai aktiviti untuk mencapai
pendidikan inklusif yang berkesan setanding dengan negara-negara maju.
Dalam hal berkenaan, Bahagian Pendidikan Khas menggalakkan guru untuk
menjadi pemikir pedagogi yang mampu merancang, membentuk dan
menghasilkan pendekatan, proses pengajaran dan pembelajaran yang
dinamik dan inovatif.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendidikan-khas-


realisasi-matlamat-inklusif-1.543543#ixzz5Bhscve9p
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kesedaran pendidikan khas
meningkat
Kementerian temui ibu bapa sampai maklumat program untuk anak OKU

 Berita Harian
 26 Oct 2017
 Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my Putrajaya
Usaha berterusan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan menjalankan program turun padang dan bertemu
ibu bapa menyaksikan peningkatan enrolmen kanak-kanak
golongan kurang upaya (OKU) ke program pendidikan khas
yang dikendalikan kementerian.
Kementerian itu berkata ibu bapa masa kini semakin
terbuka dan mempunyai kesedaran lebih tinggi berkaitan
pendidikan anak mereka bagi memastikan kanak-kanak
terbabit tidak tersisih daripada arus pembangunan negara.
“Bahagian Pendidikan Khas menjalankan program
‘outreach’ ke bandar kecil, malah sehingga ke Sabah dan
Sarawak bagi memastikan maklumat yang tepat berkaitan
program pendidikan khas yang ditawarkan di sekolah
pendidikan khas, program pendidikan khas integrasi (PPKI)
dan program pendidikan inklusif (PPI) dapat disampaikan
kepada ibu bapa,” kata jurucakap kementerian itu.
Menerusi maklum balas, kebanyakan ibu bapa bukan tidak
mahu menghantar anak mereka, tetapi tidak tahu ke mana
hendak dihantar.
Jumlah MBK meningkat
“Malah, dengan adanya Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) yang
diperkenalkan di sekolah harian, kita lihat jumlah murid
berkeperluan khas (MBK) ini semakin meningkat saban
tahun,” katanya.
Beliau berkata, ketika ini ada seramai 78,310 MBK yang
belajar di 34 sekolah pendidikan khas di seluruh negara
bermula peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah.
“Kami menguruskan 28 sekolah kebangsaan pendidikan
khas (SKPK), dua sekolah menengah pendidikan khas
(SMPK) dan empat sekolah menengah pendidikan khas
vokasional (SMPKV) di seluruh negara.
“Aliran vokasional ditawarkan kepada MBK yang tidak
berupaya mengikuti aliran akademik yang diwujudkan sejak
1988.
“Selain itu ada 2,272 sekolah harian biasa yang
menawarkan PPKI, iaitu kelas pendidikan khas yang
diwujudkan di sekolah arus perdana, manakala 4,995 sekolah
harian yang melaksanakan PPI yang mana MBK belajar
bersama murid arus perdana dalam kelas yang sama.
Boleh berinteraksi
“Kami mahu kanak-kanak ini bercampur dengan orang
biasa, kerana apabila hidup di dunia luar, mereka akan
bersama kita semua, kita tidak mahu ada perasaan tersisih
dalam kalangan anak istimewa ini, ini yang kita bentuk
supaya MBK berkeyakinan dan boleh berinteraksi dengan
orang lain,” katanya.
Mengulas lanjut aliran vakasional dan kemahiran, beliau
berkata, terdapat empat SMPKV, iaitu SMPKV Shah Alam,
Selangor; SMPKV Indahpura, Kulai, Johor; SMPKV Kuantan,
Pahang dan SMPKV Merbok, Kedah.
“Pada masa ini ada 25 kursus aliran kemahiran ditawarkan
antaranya refleksologi kaki, tangan dan telinga; penyediaan
pembuatan makanan, roti dan pastry; dandanan rambut,
pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan
dobi dan pembuatan pakaian lelaki dan wanita.”
“Sejak 2010 hingga 2015, seramai 964 MBK berjaya
menamatkan pengajian dengan 96.58 peratus memperoleh
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), manakala 2.84 peratus
mendapat Penyata Pencapaian. Malah, kementerian turut
mendapat maklum balas positif sektor industri bahawa modal
insan yang dihasilkan memenuhi kriteria yang diperlukan
pihak syarikat,” katanya.
Selain perluasan aliran vokasional dan kemahiran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (KSSMPK) di sekolah harian yang
menawarkan PPKI, kementerian juga berhasrat memulakan
program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) bersama
pihak industri bermula tahun depan.
“Program yang menetapkan 70 peratus masa pembelajaran
di industri dan 30 peratus akademik di dalam kelas ini akan
membabitkan murid di Tingkatan Empat dan Lima sahaja.
“Bagi tujuan ini, kementerian mengalu-alukan penyertaan
MBK berkelayakan untuk memohon secara dalam talian
kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat di SMPK dan
SMPKV melalui laman sesawang http://epkhas.moe.gov.my
dengan permohonan dibuka bermula Ogos sehingga
September setiap tahun,” katanya.
Kami mahu kanakkanak ini bercampur dengan orang biasa,
kerana apabila hidup di dunia luar, mereka akan bersama kita
semua, kita tidak mahu ada perasaan tersisih dalam kalangan
anak istimewa ini, ini yang kita bentuk supaya pelajar MBK
berkeyakinan dan boleh berinteraksi dengan orang lain”
Jurucakap Kementerian Pendidikan

You might also like