Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Berdasarkan rakaman simulasi pengajaran mikro yang telah dilaksanakan, saya telah

menganalisis simulasi pengajaran mikro dengan menggunakan Borang Bimbingan


Pengajaran Mikro yang telah disertakan sepanjang pengajaran mikro dijalankan. Saya telah
menganalisis simulasi yang dibuat oleh ahli kumpulan saya yang pertama iaitu Nurul Ira
Shahirah binti Rozhan. Beliau telah memilih dua kemahiran iaitu kemahiran set induksi dan
kemahiran papan tulis. Berdasarkan borang bimbingan pengajaran mikro, beliau
mempersembahkan kemahiran set induksi dengan baik sekali. Beliau mampu menarik
perhatian murid dengan menggunakan suara yang sangat jelas serta mampu difahami oleh
murid. Bukan itu sahaja, gerak geri dan kontak mata yang sangat berfokuskan murid juga
sangat menarik perhatian murid dan dapat mengubah corak interaksi antara guru dan murid.

Seterusnya, set induksi yang ditunjukkan oleh beliau dapat mewujudkan motivasi
dalam kalangan murid. Beliau memulakan pengajaran dengan memberikan bahan yg
bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Beliau berjaya menarik perhatian pelajar dengan
memperkenalkan pengetahuan kepada perkara yang berkaitan dengan persekitaran
pengetahuanya. Beliau menanyakan murid tentang azan sebelum memulakan pengajaran
beliau. Hal ini dapat merangsang naluri ingin tahu dalam diri murid. Namun begitu, set induksi
yang dipersembahkan tidak mempunyai unsur-unsur yang menghairankan. Beliau tidak
mengadakan aktiviti yang menarik dan menceritakan cerita yang mampu menceriakan
suasana kelas. Beliau hanya memasang azan dan bersoal jawab serba sedikit bagi
mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Namun begitu, set induksi yang ditunjukkan
sangat mantap bagi seorang guru pelatih yang baru menceburkan diri dalam bidang
perguruan.

Selain itu, bagi aspek menstruktur pula, beliau mengehadkan tugasan dengan
menggunakan satu aktiviti yang berfokus sahaja bagi set induksi. Beliau menggunakan teknik
soal jawab dan menggunakan soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan set induksi iaitu
audio azan. Audio azan yang digunakan jelas dan kuat bagi membolehkan semua murid
mampu mendengarnya dengan baik. Beliau menggunakan audio azan kerana azan sudah
sinonim dengan diri pelajar dan hal ini merupakan perkara yang biasa dengan murid. Selepas
beliau bersoal jawab, beliau juga membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid
dan menggunakan peristiwa yang diminati murid bagi menjadikan set induksi berkesan dan
mampu menarik perhatian murid.

Kemahiran yang kedua yang digunakan oleh beliau ialah kemahiran papan tulis. Beliau
menggunakan kemahiran papan tulis dengan baik kerana dari aspek kejelasan, beliau
menulis dengan Saiz tulisan yang sesuai dan mudah difahami oleh murid. Saiz yang
digunakan tidak terlampau besar dan tidak juga terlampau kecil. Tulisan beliau juga kemas
dan lurus dengan jarak yang sangat sesuai. Beliau menggunkan papan tulis bagi melekat kad
kad grafik berkaitan rukun-rukun solat mengikut susunan yang telah ditetapkan. Beliau
menggunakan peta alir bagi menunjukkan susunan bagi rukun solat. Peta alir yang digunakan
sangat jelas da mampu difahami oleh murid. Susunan kad grafik pada papan tulis sangat jelas
kelihatan kepada seluruh bilik darjah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

Seterusnya, bagi aspek penonjolan dan penekanan pula, guru menggunakan kad
imbasan yang besar dan berwarna yang dapat menarik perhatian murid dan murid dapat
membuat perbandingan yang memberangsangkan bagi semua susunan rukun-rukun solat.
Seterusnya, teknik persembahan yang digunakan sangat menarik kerana terdapat
pembentukan konsep melalui pembinaan peta alir yang dibina di papan tulis. Peta alir ini
dapat memudahkan idea-idea dan meringkaskan konsep yang susah. Murid-murid perlu
melekat kad imbasan di papan tulis dan hal ini sangat bagus kerana melibatkan murid secara
lisan dan juga fizikal.

Bagi ahli kumpulan saya yang kedua, iaitu Saudari intan jamilah binti ahmad nazri,
beliau telah memilih dua kemahiran iaitu kemahiran penerangan dan kemahiran variasi
rangsangan. Bagi kemahiran penerangan, beliau telah membahagikan murid kepada empat
kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan sampul yang berisi rukun-rukun solat. Setiap murid
akan datang ke hadapan kelas untuk melakukan simulasi. Berdasarkan simulasi tersebut,
beliau akan memberi penerangan setiap rukun-rukun solat tersebut.

Sebelum guru melakukan penerangan, guru telah melakukan satu aktiviti yang sangat
menarik iaitu membahagikan murid kepada kumpulan bagi melakukan simulasi. Hal ini dapat
mengekalkan perhatian murid di dalam kelas. murid juga lebih bersedia untuk menerima
penerangan kerana sudah melakukan simulasi.

Guru juga menggunakan kemahiran ilustrasi yang sangat berkesan dengan


mengemukakan contoh-contoh yang mencukupi serta mengaitkan dengan kehidupan
seharian murid. Penerangan yang dipersembahkan oleh beliau juga sangat jelas dan menarik
kerana gaya suara guru sangat mengikut kesesuaian kefahaman pelajar.

Bagi saya, penyusunan idea yang digunakan sangat teratur dan beliau menggunakan
pelbagai rangsangan bagi mengekalkan motivasi pelajar. Penerangan lisan juga sangat jelas
dan tepat. Namun begitu, penerangan beliau tidak menyeluruh dan lengkap dan hal ini
mungkin menyebabkan murid kekurangan maklumat yang lengkap bagi tajuk ini.
Kemahiran yang kedua yang dipersembahkan oleh saudari intan ialah kemahiran
variasi rangsangan. Tujuan variasi rangsangan adalah untuk membangkitkan perhatian
pelajar agar pelajar dapat memberi fokus terhadap fakta yang penting dalam pelajaran.
Pertama sekali, berdasarkan simulasi yang telah ditunjukkan oleh beliau, beliau sebagai guru
telah membuat perubahan langkah ketika proses pengajaran iaitu beliau melakukan
pergerakan ke kanan, ke kiri, depan dan belakang semasa mengajar. Namun begitu,
pergerakan beliau tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran murid kerana pergerakan
yang dilakukan secara pelahan dan ketika perlu sahaja.

Seterusnya, penerangan yang dilakukan menggunakan variasi rangsangan. Hal ini kerana
ketika melakukan penerangan, beliau menggunakan bahagian anggota badan bagi
menunjukkan contoh kepada murid. Sebagai contoh, beliau menunjukkan kedudukan tangan
ketika takbiratul irham semasa proses penerangan.

Bukan itu sahaja, nada beliau yang pelbagai juga merupakan variasi rangsangan. Beliau tidak
menggunakan suara yang mendatar tetapi beliau mengubah nada tersebut mengikut
penekanan bagi sesuatu topik.

Berikutnya, melalui kemahiran variasi rangsangan, saya dapat lihat perubahan fokus deria
yang ditunjukkan ketika guru melakukan aktiviti dalam kumpulan. Murid akan menjadi lebih
fokus dan menggunakan sepenuh deria iaitu pergerakan badan untuk melakukan aktiviti
simulasi.
Seterusnya, saya bagi ahli kumpulan yang ketiga telah memilih kemahiran penyoalan
dan kemahiran peneguhan. Kedua kemahiran ini sangat berkait rapat antara satu sama lain.
Saya telah melakukan kemahiran penyoalan dengan melakukan permainan kotak ajaib.
Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik
darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan
merangsang aktiviti mental.Kotak ajaib tersebut akan diedarkan kepada ahli kelas dengan
iringan muzik. Apabila muzik terhenti, murid yang memegang kotak ajaib tersebut perlu
bangun dan mencabut soalan yang terdapat dalam kotak ajaib tersebut.

Berdasarkan borang bimbingan pengajaran mikro, soalan yang terdapat dalam kotak
tersebut kesemuanya merupakan soalan yang berkenaan dengan penyelesaian masalah.
Soalan yang disoal sangat ringkas, jelas dan tepat. Namun begitu, soalan yang dikemukan
merupakan soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Soalan tersebut fokus kepada
lebih daripada satu idea. Disebabkan soalan tersebut merupakan soalan yang aras tinggi,
saya telah memberi murid sedikit masa untuk memikirkannya. Murid boleh sebarkan seolan
kepada rakan bagi bertanya kepada kawan yang lain jika memerlukan petunjuk bagi
menjawab soalan tersebut. Soalan yang disoal mengikut aras taksonomi bloom di mana
banyak menggunakan tahap aplikasi dan penilaian. Aras soalan yang disoal merupakan
bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar tersebut.

Cara saya menerima jawapan pelajar pula ialah dengan menggunakan teknik memberi
masa bagi murid berfikir dan memberi petunjuk verbal dan tidak verbal. Saya juga melibatkan
kesemua pelajar dan memberi penjelasan setelah murid menjawab soalan. Saya juga
menggunakan kemahiran peneguhan di mana saya memuji jika murid dapat menjawab soalan
dengan betul. Saya menggunakan lisan positif seperti “bagus”, “bijak” dan sebagainya. Saya
juga melakukan gerak isyarat positif di mana saya memberi tepukan yang gemuruh jika murid
dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat. Saya juga memberi penjelasan dengan
menggunakan jawapan murid supaya murid lain dapat memahami jawapan dan penerangan
bagi soalan tersebut. Saya mengelakkan diri dari menggunakan lisan negatif yang dapat
meruntuhkan semangat yang ada dalam diri murid jika jawapan yang diberikan tidak
bersesuaian dengan kehendak soalan yang disoal.
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

Dalam melaksanakan kerja kursus Perancangan pengajaran dan pembelajaran, kami telah
ditugaskan untuk melaksanakan pengajaran makro. Saya telah meminta bantuan rakan
kumpulan saya untuk mengambil rakaman pengajaran makro yang dijalankan. Saya telah
memilih tiga kemahiran iaitu kemahiran penyoalan, peneguhan dan kemahiran penutup bagi
pengajaran makro yang dijalankan. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran makro bagi
tajuk rukun solat, pendidikan islam, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan
kekuatan serta cadangan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang paling ketara ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang
menarik. Antara faktor yang menyebabkan bahan bantu mengajar itu tidak menarik adalah
kerana saiznya yang kecil dan tidak dapat menarik perhatian murid. Saiz yang kecil akan
menyebabkan murid bosan dan tidak berminat dengan aktiviti yang dilakukan. Bukan itu
sahaja, soalan yang terdapat di dalam kotak tersebut terdiri daripada soalan penyelesaian
masalah sahaja. Soalan yang diberikan juga ialah soalan yang disoal tidak menjurus kepada
penjanaan idea yang luas kerana soalan tersebut lebih kepada fakta yang telah tercatat dalam
buku teks. Di samping itu, penjelasan guru dalam kemahiran penyoalan ini tidak begitu
meluas. Guru hanya menjelaskan ulasan jawapan dan memberi penerangan yang ringkas
tanpa mendalami kehendak soalan. Seterusnya, kelemahan yang terdapat dalam pengajaran
makro ini ialah percakapan guru sangat laju dan mungkin akan menyebabkan murid terlepas
isi-isi penting yang ingin disampaikan oleh guru. Bagi kemahiran penutup pula, kelemahan
yang saya lakukan ialah saya tidak memberi motivasi yang secukupnya kepada murid untuk
mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Penutup sosial yang saya lakukan tidak
menggunakan teknik peneguhan yang sepatutnya dilakukan bagi memastikan kejayaan murid
dapat diraikan setelah melakukan aktiviti. Saya juga tidak mengaitkan pengajaran hari ini
dengan tajuk yang akan datang dan hal ini menyebabkan murid tidak mendapat gambaran
awal tentang apa yang akan dipelajari bagi kelas yang akan datang.
KEKUATAN

Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti sepanjang pengajaran makro ini ialah
penggunaan masa yang sangat rapi kerana semua aktiviti dapat dijalankan dalam tempoh
masa yang ditetapkan seperti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian.
Seterusnya, aktiviti yang dilaksanakan sangat menarik kerana terdapat gabungjalin dengan
muzik. Muzik yang digunakan ialah nasyid rukun solat yang telah ditayangkan semasa set
induksi. Hal ini membolehkan murid berasa seronok serta bertenaga ketika melaksanakan
akiviti soal jawab sekali gus membolehkan murid mengingati rukun-rukun solat yang terdapat
di dalam lagu tersebut. Bukan itu sahaja, hal ini akan membolehkan murid terlibat secara aktif
kerana aktiviti yang dilaksanakan melibatkan semua murid. Murid yang introvert juga akan
aktif kerana aktiviti ini meraikan semua murid dan semua murid bertanggungjawab bagi
memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar. Di samping itu, pemilihan soalan
tersebut adalah mengikut tahap pelajar dan terkandung dalam buku teks. Walaupun aras
taksonomi bloom yang digunakan adalah aras sederhana iaitu mengaplikasi dan menilai,
namun semua murid mampu menjawabnya kerana mereka mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan isi pelajaran yang telah diajar oleh guru. Bukan itu sahaja, guru juga turut
memberi peneguhan yang positif dari segi lisan yang positif, gerak isyarat positif dan
sebagainya yang membuatkan murid akan sentiasa bersemangat untuk menjawab soalan
dengan betul. Seperti yang kita tahu, murid akan berasa bosan untuk menjawab soalan di
dalam kelas. Dengan cara ini, sudah tentu guru dapat mengatasi masalah tersebut dan kelas
juga akan terkawal. Seterusnya, aktiviti ini sangat menarik kerana terdapat unsur saspen
kerana murid akan rasa berdebar sebelum menerima kotak ajaib tersebut. Hal ini
menambahkan keseronokan dalam kelas dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menarik dan tidak membosankan. Bagi kemahiran penutup pula, saya dapat melakukan
penutup dengan baik sekali kerana terdapat penutup kognitif dan penutup sosial. Bagi
penutup kognitif, saya dapat membuat rumusan, mengulang isi-isi penting dan menjalankan
aktiviti penilaian dengan baik. Penutup yang saya lakukan juga bersesuaian dengan objektif
pengajaran yang telah ditetapkan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Walaupun terdapat banyak kekuatan dalam pengajaran makro yang telah saya
jalankan, terdapat beberapa penambahbaikan bagi memastikan kelemahan tersebut dapat
diatasi. Antaranya ialah saya akan menghasilkan bahan bantu belajar yang menarik dan
menggunakan saiz yang besar bagi memastikan tumpuan pelajar lebih berfokus. Saya ingin
memastikan bahan bantu belajar yang saya hasilkan mempunyai pelbagai warna dapat
menarik perhatian murid.

Seterusnya, sebagai seorang guru, saya perlu menyediakan pelbagai soalan dari
pelbagai aras taksonomi bloom dan terdiri daripada aras rendah, aras sederhana dan aras
tinggi dan bukan tertumpu kepada soalan penyelesaian masalah sahaja. Guru perlu
menyediakan soalan yang mencabar dan melibatkan penjanaan idea. Murid boleh
mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi bagi memastikan objektif pembelajaran
tercapai. Hal ini dapat menjadikan kemahiran penyoalan guru lebih kreatif dan mencabar.

Seterusnya, saya perlu membuat penambahbaikan dalam memperluaskan


pengetahuan di dalam penerangan. Penerangan yang dilakukan mestilah diterangkan secara
meluas dan dan membuat penyerapan daripada mata pelajaran lain bagi memberi gambaran
yang luas kepada pelajar. Bagi mengatasi kelemahan percakapan yang laju oleh guru, saya
perlu merangka segala isi penting sebelum menerangkannya kepada pelajar. Saya juga perlu
menerangkan isi pelajaran dengan kadar kelajuan yang sederhana dan perlu mengulang isi-
isi pelajaran supaya murid tidak terlepas isi-isi penting dalam ketika guru mengajar. Guru perlu
memastikan murid memahami setiap yang diajar dengan sering melakukan soal jawab.

Seterusnya, bagi bahagian penutup pula, saya perlu membuat penambahbaikan


dengan memberi motivasi yang lebih memberi kesan kepada diri pelajar yang membolehkan
murid bersemangat untuk belajar pada minggu hadapan. Motivasi yang diberikan mestilah
melibatkan peneguhan positif dan motivasi tersebut diberikan kepada semua murid yang
berjaya mampu menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Akhir sekali,
bagi memastikan bahagian penutup dilaksanakan dengan sempurna, saya perlu mengaitkan
pelajaran hari ini dengan tajuk yang akan datang. Hal ini memerlukan guru merujuk kepada
rancangan pengajaran mingguan bagi memastikan murid lebih bersedia untuk menimba ilmu
bagi kelas yang akan datang.

You might also like