Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tajuk: Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Pengerusi Forum : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan


rakan sekelas. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang
membincangkan satu tajuk yang sangat menarik khususnya untuk para
pelajar. Tanpa melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli
panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah saudari A, di sebelah kanan pula ialah
saudari B dan Saudari C. Tajuk forum pada pagi ini ialah "Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang". Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu
saudari A memberi definisi pelajar cemerlang.

Panel A : Assalamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Jika kita


merujuk kepada makna cemerlang dari sudut istilah, ia membawa maksud
sangat baik. Oleh itu, kecemerlangan itu ialah pencapaian tertinggi yang
mampu diraih oleh seseorang dalam satu-satu bidang. Maka, sekiranya
merujuk kepada ciri-ciri pelajar cemerlang, pasti sahaja pelajar tersebut
bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum, malah
sahsiah diri juga mencerminkan kecemerlangan seseorang pelajar.

Panel C : Saudara Pengerusi, izinkan saya mencelah. Memang benar kata


Saudari A sebentar tadi. Sesungguhnya pelajar cemerlang merupakan
suatu aset yang bernilai untuk negara. Pelajar-pelajar yang didefinisikan
cemerlang dari sudut akademik kebiasaannya mereka kurang berinteraksi
dengan persekitaran luar. Sekiranya fenomena ini tidak dibendung,
dikhuatiri akan lahirlah pelajar cemerlang yang tidak mempunyai jati diri
yang tinggi untuk merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal
menerajui tampuk pemerintahan negara.

Pengerusi : Terima kasih kepada saudari A dan Saudari C atas pendapat


yang diberi. Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang bagi saudari B.

1
Panel B : Terima kasih pengerusi. Bagi pelajar cemerlang, pelbagai
kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri pelajar cemerlang perlulah
mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang
mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik
sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun
rakan-rakan. Oleh yang demikian, sifat sombong dan angkuh tidak pernah
wujud dalam kamus hidup pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi
dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga.

Pengerusi : Ya, betul kata saudari B. Pasti sahaja rakan akan berasa
selamat dan dilindungi kerana tidak mengalami provokasi yang tidak
berfaedah. Saudari C, apakah ciri lain yang patut ada pada pelajar
cemerlang?

Panel C : Pengerusi, pelajar cemerlang tidak dilabel sebagai ulat buku


semata-mata. Mereka juga perlu menunjukkan pencapaian yang tinggi
dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang kokurikulum ialah
pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum
ialah wahana bagi aplikasi pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Pelajar
cemerlang perlu menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai kesempatan
menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam
perkhidmatan sosial dan mendekati aktivti kebajikan. Seperti yang telah
saya jelaskan tadi, pelajar cemerlang yang mempunyai jati diri yang tinggi
serta berketrampilan ialah aset negara yang sangat penting bagi
melahirkan pemimpin yang berwibawa.

2
Pengerusi : Terima kasih saudara C. Nampaknya saudari A ingin
menyampaikan sesuatu.

Panel A : Ya. Bagi saya ciri yang paling utama ialah pelajar yang
cemerlang harus mempunyai wawasan hidup. Hal ini demikian kerana
wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala
cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang
sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar
mereka erti disiplin dan bertanggungjawab dalam hidup.Wawasan hidup
merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana mereka kaan
sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih
tidak datang melayang.

Pengerusi : Saya memberi peluang kepada saudari B untuk merumuskan


pandangan sebelum kita mengakhiri forum ini.

Panel B : Tarima kasih pengerusi. Secara menyeluruh, seorang pelajar


perlu mempunyai pelbagai criteria untuk menjadikan mereka pelajar yang
cemerlang. Namun, kita harus berbalik kepada fitrah manusia. Oleh itu,
ajaran agama jangan diabaikan. Pelajar cemerlang perlu sentiasa
menjadikan agama sebagai panduan hidup. Contohnya, seorang pelajar
Islam yang cemerlang wajib menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah
iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai
kejayaan. Di sini jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang
cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat hidup yang
sebenar di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

3
Pengerusi : Terima kasih saudari B, dan saya kira kita sudah berada pada
penghujung forum. Sebagai rumusannya, kriteria-kriteria yang positif
perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang perlu berfikir di
luar kotak pemikiran dan seimbang dari semua aspek. Hal yang demikian
kerana mereka merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui
tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

You might also like