Laporan Akhir Tahun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Akhir Tahun 2017 Kelab Bola Jaring

SJK(C) Chi Wen W.P Labuan.

Ahli Jawatankuasa :
1. Puan Sabrina Awat
2. Puan Tresa anak Janting
3. Puan Maryam bt Ahmad
4. Cik Rafedah bt Mohamad

Pendahuluan
Ahli kelab Bola Jaring pada tahun 2017 seramai 60 orang murid yang melibatkan
murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Namun begitu, terdapat dua orang murid telah
berpindah sekolah maka ahli kelab ini tinggal 58 orang sehingga akhir tahun. Objektif
kelab ini adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid cara permainan bola jaring
dan sekaligus mencungkil bakat murid-murid untuk mewakili sekolah dalam
pertandingan yang diadakan. Ia juga untuk menyemaikan sikap bekerjasama dan
semangat kesukanan dalam kalangan ahli-ahli kelab ini.

Aktiviti Yang Telah Dijalankan


Kelab ini telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti yang terkandung dalam
Takwim Tahunan Kelab Bola Jaring 2017. Pada awal tahun murid-murid perlu
mendaftar sebagai ahli kelab Bola Jaring dan diikuti dengan Mesyuarat Agung yang
telah diadakan pada 18 Januari 2017. Dalam mesyuarat yang telah diadakan itu,
pemilihan AJK Tertinggi telah diadakan.Selain itu, dalam mesyuarat tersebut juga turut
membincangkan tentang aktiviti tahunan ( Takwim 2017 dan senarai AJK Tertinggi
seperti yang dilampirkan).
Kelab ini mengadakan perjumpaan sekali seminggu iaitu setiap hari Rabu pada
pukul 3.30 – 4.30 petang di dewan SJK (C) Chi Wen.

1
Aktivit-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar serta kerjasama dalam kalangan
ahli-ahli kelab dan guru-guru penasihat. Selain itu, kelab ini telah berjaya mendapat
tempat ke-4 dalam pertandingan Bola Jaring MSSWPL bagi tahun 2017.

Cadangan Aktiviti
Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti seperti dalam takwim dan akan ditambah
mengikut keperluan semasa.

Penutup
Guru penasihat dan ahli kelab ini akan berusaha untuk menjalankan aktiviti agar
mencapai matlamat dan objektif Kelab Bola Jaring. Semoga kelab ini dapat
meningkatkan kematangan ahli-ahlinya dan terus mencapai kejayaan yang cemerlang
pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

“Berkhidmat Untuk Negara”

Disediakan oleh,

________________
( SABRINA AWAT )
Guru Penasihat,
Kelab Bola Jaring,
SJK (C) Chi Wen W.P Labuan.

You might also like