Professional Documents
Culture Documents
Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah Da PDF
Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah Da PDF
Abstrak: Frog-VLE merupakan satu aplikasi di atas talian yang dibekalkan kepada
guru untuk kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran. Penggunaan teknologi
pendidikan aplikasi VLE Frog ini dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan.
Malah ia merupakan satu perkara baru kepada guru dan pelajar. Dalam aplikasi VLE
Frog, bahan multimedia digunakan untuk menyokong pembelajaran dan keupayaan
untuk menyesuaikan kandungan kursus untuk memenuhi pelbagai kepentingan, pelajar
dan kebolehan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru
dalam penggunaan VLE Frog untuk pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
melibatkan seramai 10 orang sampel dari kalangan guru di Sekolah Kebangsaan
Sungai Binjai, Meru, Lembah Klang. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat
peningkatan pengetahuan guru dan kefahaman guru terhadap penggunaan aplikasi VLE
Frog melalui kajian tindakan yang dijalankan berdasarkan pemerhatian dan soal selidik
yang dilakukan penyelidik. Walau bagaimanapun, bagi menjayakan lagi hasrat
Kementerian Pembelajaran dalam menjadikan VLE Frog sebagai satu transfomasi
dalam pendidikan alaf baru, kursus lanjutan yang berkaitan dengan teknologi VLE
Frog perlu untuk semua pendidik dalam meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran
mereka.
1.0 PENGENALAN
VLE Frog diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran bagi
menggantikan sistem pendidikan yang lama. Tujuannya untuk membantu pelajar agar
dapat memperolehi maklumat, menyesuaikan maklumat dan mengaplikasikannya.
Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya. Berikut adalah persoalan yang
menjadi asas dalam perbincangan kajian ini:
Berdasarkan dapatan awal yang telah dijalankan bersama salah seorang guru di
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, didapati guru kurang menggunakan VLE
Frog dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan. Ini mungkin
kerana penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu isu
baru dalam bidang pendidikan (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir 2005). Ting dan
Woo (2005) mendapati masalah yang utama dihadapi guru yang kurang atau tidak
menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka adalah
kekangan masa untuk menghabiskan silibus. Perkara ini dilihat oleh pengkaji akan
menjadi isu kepada kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi yang
melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan menilai bahan yang
bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Guru di sekolah sewajarnya bersikap
kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran
seharian. Hoy, Bayne dan Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka iaitu
pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang
perkembangan pendidikan semasa. Oleh yang demikian, dalam kajian tindakan ini,
penyelidik memberi fokus terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran dalam usaha
membantu guru menguasai VLE Frog dengan mudah. Berdasarkan fenomena-
fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji berhasrat mengenalpasti tentang
tahap pengetahuan guru-guru sekolah terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil perbincangan bersama penyelidik yang
terlibat, kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu terhadap 10 orang guru
yang terpilih.
3.0 METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tindakan. Pada awalnya, pengetahuan guru terhadap VLE
Frog dikenalpasti. Kemudian satu aktiviti dirancang bagi mengetahui sejauhmana guru
memahami dan berpengetahuan mengenai VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sepanjang pelaksanaan tindakan yang dirancang, data dikumpul dan
direkodkan. Setelah tempoh masa tindakan dijalankan berakhir, refleksi dilakukan
berdasarkan dapatan dan data yang dipungut.
Education for Diverse Learners 782
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan 2 jenis instrumen iaitu 1) temu bual dan 2)
soal selidik.
Temubual
Dalam kajian ini penyelidik menemubual 10 orang guru yang terlibat dengan program
VLE Frog. Soalan yang dikemukakan dalam temu bual ini berkaitan dengan
pengetahuan mengenai VLE Frog. Temu bual ini dilaksanakan sebelum guru
mengakses platform VLE Frog.
Soal selidik
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ini
mengandungi 27 soalan berkaitan. Soal selidik ini akan dilaksanakan setelah guru
didedahkan dengan pelaksanaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan soalan soal selidik dilakukan adalah untuk menilai pengetahuan guru terhadap
VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Lembah Klang.
Pemilihan lokasi kajian ini adalah kerana di sekolah terbabit, VLE Frog telah
dilaksanakan secara meluas di mana para guru digalakkan penggunaan VLE Frog
dalam proses PdP.
Responden di dalam kajian ini sebanyak 10 orang guru yang dipilih secara bertujuan.
Mereka yang terpilih dalam kajian ini merupakan guru yang terlibat dalam pelaksanaan
dan penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah terbabit.
Hasil dapatan kajian tindakan yang telah dijalankan dijelaskan meliputi; analisis
keputusan temu bual bersama 10 orang guru dan analisis keputusan soal selidik yang
telah dijalankan oleh penyelidik sepanjang kajian tindakan dilakukan serta kesimpulan.
Hasil temubual yang dilaksanakan berkaitan pendedahan mengenai VLE Frog yang
telah diberikan oleh pihak sekolah terhadap guru-guru, mereka menyatakan
pendedahan yang diberikan masih tidak mencukupi kerana mereka memerlukan
bimbingan dalam penggunaan VLE Frog dengan lebih kerap dan terperinci. Mengenai
persoalan berkenaan penggunaan VLE-Frog dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) pelbagai respon yang kami terima. Ada diantara respondan
Education for Diverse Learners 784
Bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu berkaitan dengan pengetahuan guru
terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 5 item
soalan dikemukan dalam borang soal selidik mengenai konsep VLE Frog dan 4 item
soalan mengenai objektif dan peranan VLE Frog. Data daripada bahagian ini dianalisis
dan ditunjukkan dalam bentuk jadual peratusan item sangat tidak setuju, tidak setuju,
tiada pendapat setuju dan sangat setuju.
785 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)
Berdasarkan hasil analsisi jadual 1, pengetahuan guru terhadap Vle Frog, didapati
purata setuju bagi peratus konsep VLE Frog ialah 84% dan purata sangat setuju
sebanyak 16%. Konsep VLE Frog dalam soalan soal selidik merangkumi aspek
pendapat guru mengenai kewujudan pembelajaran VLE Frog dan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala purata bagi objektif/peranan VLE Frog
ialah tiada pendapat sebanyak 22.5%, setuju 67.5% dan sangat setuju 10%. Soalan soal
Education for Diverse Learners 786
selidik tersebut merangkumi aspek kewujudan VLE Frog dalam dunia pendidikan yang
menuju era teknologi terkini. Secara umumnya, guru-guru dapat menerima kehadiran
VLE Frog dalam dunia pendidikan kerana VLE Frog sebahagian daripada hasrat
kerajaan untuk melahirkan warganegara yang celik IT dan berteknologi khususnya
dalam bidang pendidikan.
Jadual 2: Penggunaan VLE Frog Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
Guru
Berdasarkan hasil daripada analisis tersebut, didapati purata bagi peratus guru jarang
menggunakan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu
sebanyak 52% dan tidak pernah sebanyak 18%. Ini berlaku kerana kesukaran murid
untuk aktif dan akses VLE FROG di sekolah mahupun di rumah dan menyukarkan
guru untuk menggunakannyya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, guru sering kali berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di antara
mereka untuk tujuan perkongsian ilmu. Terdapat juga guru menggunakan VLE FROG
ini untuk memuat turun naik fail iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan
mengakses email. Manakala purata bagi peratus guru sering kali menggunakan VLE
Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu sebanyak 2% dan selalu
sebanyak 28%.
5.0 PERBINCANGAN
VLE Frog merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui, ianya
bertujuan untuk membuat penambahbaikan sistem pendidikan yang sedia ada.
Penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya
sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui
saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah sistem sosial.
Untuk merealisasikan program VLE Frog ini, setiap guru perlu memahami peranan
yang harus dimainkan oleh mereka dalam melaksanakan program VLE Frog
sepertimana yang ditegaskan oleh Mohamed Noor (2001) yang menyatakan bahawa
semua pihak yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran di universiti perlu
memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan program e-pembelajaran ini.
Oleh yang demikian, setiap guru perlu mengambil inisiatif dalam usaha mereka untuk
menguasai pengetahuan berkaitan penggunaan VLE Frog dalam proses PdP. Hasil
dapatan yang dijalankan berkaitan penggunaan VLE Frog di dalam proses PdP guru
dilihat hanya 2% menyatakan hampir setiap kali menggunakan VLE Frog.
Pengetahuan yang kurang menyebabkan guru tidak berminat untuk menggunakan VLE
Frog di dalam proses PdP penyataan ini disokong oleh Othman dan Lukman (2008)
minat merupakan satu sifat afektif berfungsi untuk mendorong guru-guru ke arah
membudayakan penggunaan ICT khususnya berkaitan dengan tugas pengajaran. Minat
terhadap ICT juga seterusnya akan meningkatkan kesediaan guru-guru untuk
memajukan diri sendiri serta mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Oleh yang
demikian, latihan yang berterusan perlu diberikan kepada guru supaya mendapat
pendedahan yang secukupnya berkaitan dengan penggunaan VLE Frog bagi
meningkatkan minat guru menggunakan VLE Frog dalam proses PdP.
6.0 KESIMPULAN
akan menjadi lebih dekat dan guru boleh mengenalpasti kemampuan murid
berdasarkan tugasan yang diberikan. Selain itu, guru juga dapat berinteraksi dengan
komuniti luar untuk mempelbagaikan lagi bahan pengajaran mereka. Guru dapat
bertukar-tukar pendapat dalam menghasilkan bahan pembelajaran dan kaedah-kaedah
yang bersesuaian untuk dilaksanakan dalam proses PdP. Justeru, dapatan kajian ini
menunjukkan pengetahuan guru dalam penggunaan aplikasi ini amat diperlukan kerana
tanpa pengetahuan yang mendalam amat sukar untuk mereka menggunakan aplikasi ini
dan mengadaptasikannya dalam proses PdP mereka.
RUJUKAN